32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU Name : Lim Mooi Siam ID:831230095066001 H/P:0192878993 Email:[email protected] Centre : Petaling Jaya Centre 1

Kertas Kerja Bahasa Malaysia

  • Upload
    johari

  • View
    111

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian morfologi dan pembentukan kata bahasa melayu

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

HBML2103

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Name : Lim Mooi Siam

ID:831230095066001

H/P:0192878993

Email:[email protected]

Centre : Petaling Jaya Centre

1

Page 2: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KONSEP-KONSEP DALAM MORFOLOGI 2

2.1 Morf 2

2.2 Morfem 3

2.3 Kata 4

3.0 BENTUK KATA 5

3.1 Kata Tunggal 6

3.2 Kata Terbitan 7

3.3 Kata Majmuk 8

3.4 Kata Ganda 10

4.0 PERBEZAAN KATA MAJMUK DENGAN FRASA NAMA, 11

KATA NAMA KHAS DAN SIMPULAN BAHASA

4.1 Kata Majmuk dan Frasa Nama 11

4.2 Kata Majmuk dan Nama Khas 11

4.3 Kata Majmuk dan Simpulan Bahasa 12

5.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AYAT 14

TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Bibliografi

2

Page 3: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

1.0 PENGENALAN

Kata merupakan unsur penting dalam memahami suatu bahasa sebagai alat komunikasi.

Oleh itu, kajian terhadap bahasa dapat difokuskan pada kata dan proses pembentukannya.

Cabang linguistik yang mempelajari kata dan pembentukannya disebut morfologi. Menurut

Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh

Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji

pembentukan kata. Beliau menyatakan “morphology” itu berasal daripada bahasa Latin

“morphe” yang membawa maksud bentuk.

Menurut Abdullah Hassan pula dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang

mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang

membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang

dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117).

Ramlan (1985) mengatakan bahawa morfologi merupakan salah satu cabang linguistik

yang mempelajari atau mengkaji tentang bentuk kata serta pengaruh perubahan-perubahan

bentuk kata terhadap kelas kata dan makna kata. Dengan perkataan lain, morfologi mempelajari

bentuk kata serta fungsi perubahan-perubahan bentuk kata itu, baik fungsi gramatikal, mahupun

fungsi semantik. Morfologi berkaitan dengan kajian pembentukan kata melalui proses

penggabungan morfem yang satu dengan morfem yang lain. Kridalaksana (1996) pula

mengatakan bahawa morfologi dipandang sebagai subsistem yang berupa proses yang mengolah

leksem menjadi kata. Dalam pengertian ini leksem sebagai satuan leksikal, sedangkan kata

sebagai satuan gramatikal.

Berdasarkan pengertian di atas, dapat dikatakan bahawa kajian terkecil dari morfologi

adalah morfem dan kajian terbesar adalah kata. Dapat juga disimpulkan di sini bahawa ilmu

morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan

golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses

pembentukan kata.

3

Page 4: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi

barat yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau

telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa

serumpun, termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang

ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk

memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini, beberapa konsep penting dalam bidang ini

haruslah difahami terlebih dahulu.

2.0 KONSEP-KONSEP DALAM MORFOLOGI

2.1 Morf

Menurut Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya yang bertajuk Linguistik Am 2Siri

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menyatakan setiap bentuk fonologi yang

berlainan sebagai morf. Beliau memberikan contoh morfem {meN-} yang mempunyai enam

morf. Setiap morf itu diwakili dengan satu lambang, iaitu meN-.

Dapat disimpulkan bahawa morf adalah satuan bentuk terkecil yang sudah mempunyai

erti (makna). Pada hakikatnya morf adalah deretan fonem. Oleh sebab itu, morf-morf kita

tuliskan secara fonemis. Dalam bahasa Melayu kita jumpa kata seperti rumah, berumah, rumah-

rumah, di rumah, dan sebagainya. Dengan melihat deretan bentuk itu saja, kita dapat memerikan

bahawa ada bahagian bentuk yang dapat kita pisahkan dengan mudah, iaitu rumah. Dengan

demikian kita dapat menetapkan bahawa / r u m a h/, / b e r /, / d I / merupakan satuan terkecil

yang bermakna. Satuan-satuan itu masing-masing disebut dengan morf.

Satuan meN- yang mempunyai struktur fonologik mem-, men-, meny-, meng-, dan me-,

misalnya membawa, mendatang, menyuruh, menggali, dan melerai. Bentuk-bentuk mem-, men-,

meny-, meng-, dan me-, masing-masing disebut dengan morf, yang semuanya merupakan

alomorf dari morfem meN-. Contoh lain, morfem ber-, yang terdiri dari morf ber- pada kata

4

Page 5: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

berjalan, morf be- pada kata bekerja, morf bel- pada kata belajar. Morf ber-, be-, dan bel-,

ketiganya merupakan alomorf1 morfem ber-.

2.2 Morfem

Morfem pula adalah bentuk yang paling kecil yang mempunyai erti yang terdapat dalam

pembentukan kata dari setiap bahasa. Sebuah morfem dapat terbentuk dari satu atau dua bunyi

atau beberapa bunyi yang mempunyai sebuah unit yang bermakna. Sebuah morfem merupakan

segmen terkecil dari bahasa yang harus memenuhi kriteria:

(a) sebuah morfem adalah sebuah kata atau bahagian dari kata yang mempunyai erti,

(b) sebuah morfem tidak dapat dipisahkan ke dalam bentuk yang lebih kecil tanpa

mengubah ertinya atau tanpa bahagian-bahagian yang bererti, dan

(c) morfem dapat muncul pada lingkungan verbal tertentu dengan erti yang tetap.

Kata memperbesar, misalnya, dapat dipisah sebagai berikut.

mem-perbesar

per-besar

Jika satuan besar dipisah lagi, maka be dan sar masing-masing tidak mempunyai makna.

Satuan seperti mem-, per-, besar disebut morfem. Morfem yang dapat berdiri sendiri, seperti

besar, dinamakan morfem bebas, sedangkan yang melekat pada satuan lain, seperti mem- dan

per- dinamakan morfem terikat. Dengan batasan itu, maka sebuah morfem dapat berupa kata

(seperti besar di atas), tetapi sebuah kata dapat terdiri atas satu morfem atau lebih. Contoh, kata

memperbesar di atas adalah satu kata yang terdiri atas tiga morfem, iaitu dua morfem terikat

mem- dan per- serta satu morfem bebas besar. Satuan besar itu sendiri terdiri satu morfem yang

kebetulan juga satu kata.

1 Dalam buku Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan, Nik Safiah Karim ada menyenaraikan enam alomorf bagi awalan peN-, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge- dan pel-. Menurut beliau, penyebaran alomorf-alomorf tersebut ditentukan oleh faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama yang bercantum dengan awalan tersebut serta faktor perkembangan dan perancangan bahasa.

5

Page 6: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

Oleh itu, jikalau ditinjau dari sudut kemampuannya untuk dipergunakan dalam tuturan,

morfem itu dapat dibahagi menjadi dua jenis, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem

bebas2 ialah morfem yang dalam tuturan biasa, mampu berdiri sendiri sebagai unsur tuturan.

Morfem terikat3 tidak mampu berdiri sendiri dalam tuturan biasa. Setiap morfem bebas disebut

dengan bentuk dasar atau asal, dan morfem terikat dapat berwujud afiks. Kata dalam bahasa

Melayu dapat berbentuk kompleks dan dapat pula berbentuk tunggal. Bentuk tunggal terdiri atas

sebuah morfem, sedangkan bentuk kompleks dapat terdiri atas lebih dari satu morfem. Morfem

imbuhan selalu merupakan morfem terikat.

Berdasarkan pentingnya morfem dalam berkombinasi dengan morfem lain dapat

diklasifikasikan menjadi morfem dasar dan morfem imbuhan. Pada setiap kombinasi, morfem

dasar itu selalu ada, karena memang menjadi dasar bentukan yang lebih besar daripada morfem

dasar itu sendiri. Tetapi morfem imbuhan tidak selalu harus ada dalam kombinasi. Tidak pernah

ada suatu bentuk yang hanya terdiri dari atas kombinasi dari morfem-morfem imbuhan saja.

2.3 Kata

Kata adalah satuan bebas yang paling kecil, atau dengan kata lain, setiap satu satuan

bebas merupakan kata. Jadi satuan-satuan rumah, duduk, penduduk, kedudukan, dan sebagainya,

masing-masing merupakan kata, kerana masing-masing merupakan satuan-satuan bebas. Satuan-

satuan dari, kepada, sebagai, tentang, karena, meskipun, lah dan sebagainya, juga termasuk

golongan kata. Satuan-satuan tersebut meskipun tidak mempunyai satuan bebas, tetapi secara

gramatikal mempunyai sifat bebas.

Satuan-satuan rumah makan, kamar mandi, kamar tidur, dan sebaginya sekalipun terdiri

dari dua satuan bebas, juga termasuk golongan kata, kerana satuan-satuan tersebut memiliki sifat

2 Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya, Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menjelaskan morfem bebas secara ringkas sebagai morfem yang boleh wujud bersendirian. Beliau ada memberikan contoh perkataan peluh yang boleh hadir secara bersendirian sebagai sebuah kata.3 Abdullah Hassan (2005: 120) menegaskan morfem terikat mesti digunakan bersama sekurang-kurangnya satu morfem lain. Beliau memberikan contoh kata berpeluh daripada cantuman ber- dan peluh. Imbuhan awalan ber- ialah morfem terikat kerana ber- tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan suatu bentuk lain dalam penggunannya. Menurut Abdullah Hassan (2005) lagi, kata akar seperti kata anai juga merupakan morfem terikat. Kata anai ini tidak boleh wujud bersendirian jika tidak digandakan menjadi anai-anai.

6

Page 7: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

sebagai kata, yang membezakan dirinya dari frasa. Berdasarkan contoh di atas jelas bahawa kata

itu dapat berupa morfem tunggal dan dapat berupa morfem kombinasi. Kata merupakan satuan

yang lebih tinggi dari morfem, kerana kata dapat digunakan secara langsung dalam pertuturan,

sedangkan morfem belum tentu dapat digunakan.

Ditinjau dari fungsinya sebagai unsur pertuturan, ada dua jenis kata, iaitu kata yang

langsung dapat digunakan sebagai unsur pertuturan, dan yang lebih dahulu harus melaui proses

morfemis. Yang pertama berupa morfem tunggal bebas, dan yang kedua berupa morfem tunggal

terikat. Berdasarkan dari huraian di atas, kata juga dapat diklasifikasikan menjadi kata leksikal,

kata morfologis, dan kata semantik (makna).

Kata mempunyai dua jenis satuan, iaitu satuan fonologi dan satuan gramatikal. Sebagai

satuan fonologi, kata terdiri dari satu atau beberapa suku, dan suku terdiri dari satu atau beberapa

fonem. Kata belajar, terdiri dari tiga suku, iaitu be, la, dan jar. Suku be terdiri dari dua fonem,

suku la terdiri dari dua fonem, suku jar terdiri dari tiga fonem. Sebagai satuan gramatik, kata

terdiri dari satu atau beberapa morfem. Kata belajar terdiri dari dua morfem, iaitu morfem ber-

dan morfem ajar.

3.0 BENTUK KATA

Terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata

majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga

bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan,

pemajmukan, dan penggandaan. Proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan

imbuhan pada kata dasar, merupakan salah satu cara pembentukan perkataan dalam bahasa

Melayu. Malahan, bahasa Melayu adalah antara bahasa di dunia yang membentuk banyak

perkataannya menggunakan proses pengimbuhan. Dengan ciri ini, bahasa Melayu tergolong ke

dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif.

Proses pembentukan kata dengan cara ini adalah dengan menggabungkan morfem kata

dasar dengan morfem imbuhan. Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu bentuk yang tidak

7

Page 8: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

dapat wujud secara bersendirian. Bentuk ini hanya membawa makna apabila digabungkan

dengan morfem bebas, iaitu kata dasar. Imbuhan digandingkan dengan kata dasar dalam empat

keadaan, iaitu mendahului (awalan), mengikuti (akhiran), mengapit (apitan) dan menyisipi

(sisipan) kata dasar. Proses penggabungan dua morfem tidak setara ini disebut proses

pengimbuhan. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.

3.1 Kata Tunggal

Konsep kata tunggal ada dijelaskan oleh Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997)

dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Mereka mentakrifkan kata tunggal sebagai bentuk kata

yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk

imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal ini terbahagi kepada dua jenis. Pertama, kata

tunggal yang merupakan unit bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat seperti kata itu,

pergi dan saya. Kedua, kata tunggal yang merupakan jenis kata tugas seperti di, untuk dan yang.

Menurut Drs. Zainuddin (1992) dalam buku Materi Pokok Bahasa dan Sastra Indonesia

pula, kata tunggal ialah bentuk kata yang belum mendapatkan tambahan, belum diberi imbuhan

atau belum mengalami perubahan bentuk. Beliau memberi contoh perkataan mandi, pergi, tulis

dan baca yang tidak menerima sebarang perubahan atau tambahan unsur-unsur lain. R.L Trask

menyebut kata tunggal sebagai “singular word”, iaitu “In a language with the grammatical

category of number, that form of a word (most often a noun) which is tipically used to talk about

a single object such as dog, tree and idea”.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata tunggal ialah kata yang tidak menerima

sebarang bentuk imbuhan dan perubahan bentuk. Kata tunggal ini berpotensi mengalami

perubahan bentuk melalui proses pengimbuhan (pelajar dan makanan), penggandaan (baik-baik

dan gunung-ganang) dan pemajmukan (warganegara dan atur cara). Kata tunggal boleh

dibahagikan kepada empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata

tugas. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata seperti tin, sen serta lap dan dua suku

kata atau lebih seperti doa, suara serta masyarakat.

8

Page 9: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

3.2 Kata Terbitan

Kata terbitan pula ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami

proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau

apitan. Kebanyakan daripada kata dasar yang menerima imbuhan terdiri daripada morfem bebas,

manakala imbuhan terdiri daripada morfem terikat. Misalnya dalam bahasa Melayu mendukung

(men- +dukung), dipukul (di- + pukul), makanan (makan + -an) dan biarkan (biar + -kan).

Manakala contoh dalam bahasa Inggeris pula ialah, quickly (quick + -ly), dan kindness (kind + -

ness).

Berdasarkan keadaan-keadaan imbuhan itu digandingkan, maka wujudlah empat jenis

imbuhan, iaitu masing-masing dikenali sebagai awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan

sambung umpamanya, dapat dijadikan bersambung (awalan), sambungan (akhiran),

disambungkan (apitan) dan sinambung (sisipan). Malahan, bentuk sisipannya dapat pula

menerima awalan dan apitan, iaitu bersinambung, bersinambungan, dan kesinambungan.

Imbuhan dalam bahasaMelayu pula terdiri daripada imbuhan kata nama, imbuhan kata kerja, dan

imbuhan kata adjektif. Imbuhan-imbuhan ini tidak sahaja dapat bergabung dengan kata dasar

tunggal dan kata akar tertentu, tetapi juga dengan kata dasar terbitan dan kata dasar majmuk

Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama

terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan

tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk

kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu –an, -wan, -wati, dan

sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-,

ter- dan di- serta akhiran –kan dan –i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu,

misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…an, dan peR-…-an yang membentuk kata nama; dan meN-

…-kan, beR-..-kan, meN-…-kan, meN-…-i, dan mempeR-…-kan yang membentuk kata kerja.

3.3 Kata Majmuk

9

Page 10: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa katadasar,

dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu

unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih. Dalam sistem baku, kata majmuk

dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap seperti:

Contoh 1

Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk

air mata air mata

ambil alih ambil alih

meja tulis meja tulis

ketua menteri ketua menteri

tanggung jawab tanggungjawab

antara bangsa antarabangsa

Contoh 2

Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk dieja sebagai

satu perkataan

antara bangsa antarabangsa

apa bila apabila

apa kala apakala

apa lagi apalagi

bagai mana bagaimana

barang kali Barangkali

beri tahu Beritahu

bumi putera Bumiputera

dari hal darihal

dari pada Daripada

duka cita Dukacita

hulu balang Hulubalang

10

Page 11: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

jawatan kuasa Jawatankuasa

kaki tangan Kakitangan

ke pada Kepada

kerja sama Kerjasama

mana kala Manakala

Mata hari Matahari

olah raga Olahraga

pada hal Padahal

Pesuruh jaya Pesuruhjaya

setia usaha Setiausaha

suka rela Sukarela

suruhan jaya Suruhanjaya

tanda tangan Tandatangan

tanggung jawab Tanggungjawab

warga negara Warganegara

Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi ia dieja atau ditulis sebagai satu perkataan

apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:

Kata Majmuk Apitan Ejaan

kuat kuasa peN....an Penguatkuasaan

kemas kini meN...kan Mengemaskinikan

anak tiri meN...kan Menganaktirikan

ibu bapa ke...an Keibubapaan

kuat kuasa di...kan Dikuatkuasakan

campur aduk peR...an Percampuradukan

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk

berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat

jadual di bawah.

11

Page 12: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan

berR- garis pusat bergaris pusat

meN- ambil alih mengambil alih

peN- cari gali pencari gali

-an daya serap daya serapan

-kan urus niaga urus niagakan

3.4 Kata Ganda

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada

secara sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh

sesuatu kata dasar, contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna

pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau

kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan

pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan kata dasar.

Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannya vocal e pepet.

Misalnya, laki→lalaki→lelaki.

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya

menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada kata kerja dan

kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar,

misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar, contohnya bantu-membantu

dan cinta-mencintai.

Penggandaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak

bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar

digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku sama ada

melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui pengulangan

konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda.

12

Page 13: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

4.0 PERBEZAAN KATA MAJMUK DENGAN FRASA NAMA, KATA NAMA KHAS

DAN SIMPULAN BAHASA

4.1 Kata Majmuk dan Frasa Nama

Frasa nama boleh terdiri daripada satu kata dan diperluaskan manakala kata majmuk

terhasil daripadap proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna

tertentu. Kata majmuk ini terdiri daripada rangkai kata bebas, istilah khusus, dan maksud kiasan.

Rangkai kata ini tidak boleh dipisahkan kerana jika dipisahkan akan membawa maksud yang

berlainan.

Frasa mempunyai unsur penggantian seperti ayat “air panas” boleh digantikan dengan

“air sejuk dan air milo”. Kata majmuk tidak mempunyai unsur penggantian seperti kata

“setiausaha” kerana kata majmuk ini sudah dianggap mantap.

Frasa boleh disisipkan dengan kata relatif iaitu “yang” seperti “air panas” menjadi “air

yang panas”. Kata majmuk pula tidak boleh disisipkan dengan kata relatif seperti “jalan raya”

tidak boleh menjadi “jalan yang raya”. Jika kata majmuk ini disisipkan dengan kata relatif, maka

ayat tersebut tidak difahami.

4.2 Kata Majmuk dan Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan

ejaannya berpangkalkan huruf besar. Manakala kat majmuk tak semestinya bermula dengan

huruf besar. Ia bergantung kepada ayat yang dibina.

Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak

hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan

kata nama khas hidup bukan manusia.

13

Page 14: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

Contoh:

i) kata nama khas hidup

a)manusia

- Nina, Ahmad, Raja Azlan Shah

b)bukan manusia

- Tompok, Si Belang, Comel

ii) kata nama khas tak hidup

-Kuala Lumpur, Proton Saga, Gunung Kinabalu

4.3 Kata Majmuk dan Simpulan Bahasa

Di dalam setiap simpulan bahasa bukan hanya terkandung makna kamus tetapi juga

makna kiasan, tidak hanya erti kata-kata tetapi juga erti kiasan yang merupakan garapan

semantik. Apabila kita berbahasa, kita bukan sekadar mengungkapkan idea yang terkandung

dalam fikiran, malah kita ingin menyembunyikan kebanyakan pemerhatian ke dalam pemikiran

dan melalui bahasa kita menyampaikan semula perkara atau fenomena yang diperhatikan.

Melalui pemerhatian terhadap alam sekitar, manusia pada zaman awal mula meletakkan

kepentingan alam sebagai salah satu cara mendidik dan menyampaikan suatu teguran mahupun

pengajaran menerusi bahasa. Ini berbeza dengan kata majmuk yang penggunaannya bukan

berdasarkan nilai estetika.

Seterusnya, simpulan bahasa menjadi petunjuk kepada mereka untuk memiliki cara hidup

yang baik. Peribahasa dapat juga memberi panduan mengenai sikap yang harus dikuti dan sikap

yang wajar dihindari oleh mereka. Nilai-nilai murni yang terdapat dalam peribahasa sesebuah

masyarakat bukan sekadar berfungsi menyatupadukan ahli-ahli masyarakat tersebut, tetapi lebih

daripada itu, bagi membentuk tamadun masyarakat itu dari satu zaman ke satu zaman yang lain.

Peribahasa merupakan kalimat yang dalam dan luas maknanya kerana apabila menjelaskan

maknanya, keterangan yang panjang lebar diperlukan. Kata majmuk tidak sedemikian.

14

Page 15: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

Simpulan bahasa juga ditakrifkan sebagai frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang

tepat dan mengandungi makna khusus. Manakala Kata majmuk adalah susunan perkataan yang

digabungkan menjadi satu makna yang lain.

15

Page 16: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

5.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan

Pembelajaran

Catatan

Set Induksi ( 3 minit ) Lakonan

1. Guru menyuruh salah

seorang murid tampil ke

hadapan.

2. Guru menyuruh murid

tersebut berlakon situasi 1

iaitu duduk di kerusi membaca

surat khabar.

3. Guru bersoal jawab dengan

murid yang

lain.

a) Apakah yang sedang

dilakukan oleh Wei Jia?

Jawapan murid Wei Jia

sedang membaca surat khabar.

4. Guru bersoal jawab pula

KB: Menilai

BCB:Mendapatkan Maklumat

TKP:Intrapersonal Verbal-

linguitik BBB: slide power

point, komputer, projektor

16

Page 17: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

dengan murid. a) Apakah jenis

ayat tersebut?

Jawapan murid Ayat tunggal

5. Seterusnya guru menyuruh

murid tersebut berlakon untuk

situasi yang kedua iaitu duduk

di kerusi membaca surat

khabar sambil minum segelas

air.

6. Guru bersoal jawab dengan

murid untuk situasi yang

kedua.

a) Apakah yang sedang

dilakukan oleh Wei Jia

sekarang?

Jawapan murid Wei Jia sedang

membaca surat khabar sambil

minum air.

7. Guru bersoal jawab pula

dengan murid. a) Apakah jenis

ayat tersebut?

17

Page 18: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

Jawapan murid Ayat majmuk

8. Guru mengaitkan tajuk

pelajaran hari ini.

Langkah 1 ( 6 minit ) Memperkukuhkan kefahaman

murid tentang ayat tunggal dan

ayat majmuk

Ayat Tunggal

Ayat Majmuk

1. Guru memaparkan maksud

ayat tunggal serta contoh ayat

tunggal.

2. Guru menjelaskannya dan

murid diminta membaca .

1. Guru memaparkan maksud

ayat majmuk serta dua contoh

ayat majmuk.

2. Guru menjelaskanya dan

murid diminta untuk membaca

ayat majmuk tersebut

KB: Menilai

BCB:Mendapatkan Maklumat

TKP:Intrapersonal Verbal-

linguitik BBB: slide power

point, komputer, projector

Langkah 2 ( 12 minit ) Lima keping gambar bersama

kosa kata yang berkaitan

dengan “Bagaimanakah Teh

Dihasilkan

1. Guru memaparkan lima

keping gambar yang berkaitan

dengan “Bagaimanakah Teh

Dihasilkan”

2. Setiap gambar

diperuntukkan dengan

kosa kata.

KB: Menjana idea dan

menghubungkaitkan BCB:

Kemahiran bertutur

Nilai:Kerajinan,Kerjasama,

Tanggungjawab BBB: slide

power point, komputer,

projektor

18

Page 19: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

3. Murid meneliti gambar-

gambar tersebut.

4. Guru memberitahu murid

cara-cara membina ayat yang

lengkap sebelum mereka

sendiri membina ayat

berdasarkan gambar yang

dipapar.

5. Guru menerangkan teknik-

teknik membina ayat

berdasarkan paparan.

6. Guru memperkenalkan kata

hubung dan kata sendi nama

yang kerap digunakan semasa

membina ayat.

7. Guru meminta murid-murid

cuba membina ayat yang

lengkap berdasarkan gambar

yang dipaparkan satu per satu.

8. Guru memastikan murid

membina ayat tunggal dan

ayat majmuk berdasarkan

19

Page 20: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

gambar yang dipapar tersebut

secara lisan.

9. Guru memaparkan serta

menerangkan contoh jawapan

yang betul.

10. Murid-murid membaca

contoh ayat yang dipaparkan

dengan sebutan dan intonasi

yang betu.

Langkah 3 ( 6 minit ) Lembaran Kerja 1. Guru memberi lembaran

kerja kepada murid-murid.

2. Guru memastikan murid

membina dan menulis ayat

tunggal dan ayat majmuk

berdasarkan gambar yang

terdapat dalam lembaran kerja.

3. Guru memberi tunjuk ajar

kepada murid yang lemah.

4. Guru dan murid berbincang

jawapan bersama.

KB: Menilai

BCB:Mendapatkan maklumat

Nilai: yakin pada diri sendiri ,

bersyukur

Penutup ( 3 minit ) Bersoal jawab untuk menilai

kefahaman murid.

1. Guru bersoal jawab dengan

murid untuk menilai

KB: Menilai

BCB:Mendapatkan maklumat

20

Page 21: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

kefahaman murid tentang

pengajaran dan pembelajaran

hari ini.

a) Apakah yang anda semua

pelajari hari ini?

b) Nyatakan satu contoh ayat

tunggal dan ayat majmuk.

2. Tepuk galakkan diadakan

untuk semua murid di dalam

kelas.

Nilai: yakin pada diri sendiri ,

bersyukur

21

Page 22: Kertas Kerja Bahasa Malaysia

Bibliografi

Asraf (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu. Morfologi dan Sintaksis. Pahang : PTS

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (2009). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah.Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kridalaksana, Harimurti. 1996. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia. Jakarta: Gramedia

Pustaka Utama.

Ramlan, M. 1985. Ilmu Bahasa Indonesia Morfologi suatu Tinjauan Deskriptif. Yokyakarta.

C.V. Karyono.

Safiah, Nik et.al (2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

22