7
KERTAS KERJA LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGOH, IPOH PERAK DARUL RIDZUAN. 1. Pendahuluan - Latihan kebakaran ini amat penting di jalankan sebagai asas pengetahuan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh tentang keselamatan diri apabila berlakunya kebakaran di sekolah. Latihan kebakaran ini di jalankan setiap tahun dan ini merupakan aktiviti AJK Keselamatan murid di bawah anjuran pihak Hal Ehwal Murid . 2. Objektif - Latihan kebakaran ini di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh bukan sahaja kepada murid malah kepada semua guru dan kakitangan pejabat Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh untuk menghadapi sekiranya berlaku kebakaran di sekolah. 3. Perlaksanaan Latihan Kebakaran ini di laksanakan seperti yang tertera di bawah :- Tarikh : 04 Mac, 2015 ( Rabu ) Masa : 9.00 pagi Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh Sasaran : Semua warga Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh, Perak. Aktiviti : 1. Melakukan aktiviti latihan kebakaran yang di kendalikan oleh pegawai bomba yang terlatih dari Unit Bomba Pasir Putih Pengkalan. : 2. Demonstrasi memadamkan kebakaran dengan cara yang betul yang di lakukan oleh

Kertas Kerja Bako

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Bako

KERTAS KERJA LATIHAN KEBAKARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGOH, IPOH

PERAK DARUL RIDZUAN.

1. Pendahuluan

- Latihan kebakaran ini amat penting di jalankan sebagai asas pengetahuan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh tentang keselamatan diri apabila berlakunya kebakaran di sekolah. Latihan kebakaran ini di jalankan setiap tahun dan ini merupakan aktiviti AJK Keselamatan murid di bawah anjuran pihak Hal Ehwal Murid .

2. Objektif

- Latihan kebakaran ini di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh bukan sahaja kepada murid malah kepada semua guru dan kakitangan pejabat Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh untuk menghadapi sekiranya berlaku kebakaran di sekolah.

3. Perlaksanaan

Latihan Kebakaran ini di laksanakan seperti yang tertera di bawah :-

Tarikh : 04 Mac, 2015 ( Rabu )

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh

Sasaran : Semua warga Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh, Perak.

Aktiviti : 1. Melakukan aktiviti latihan kebakaran yang di kendalikan oleh pegawai bomba yang terlatih dari Unit Bomba Pasir Putih Pengkalan.

: 2. Demonstrasi memadamkan kebakaran dengan cara yang betul yang di lakukan oleh beberapa orang guru dan murid dengan bimbingan daripada ahli bomba yang terlatih.

: 3. Ceramah berkenaan keselamatan diri dan cara mencegah berlakunya kebakaran di sekolah atau di rumah .

Anjuran : Jawatankuasa Keselamatan Sekolah , Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Page 2: Kertas Kerja Bako

4. Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Encik Rustam Affandy B. Abdul Aziz

Pengerusi : Puan Zaharatul Akmar Bt. Mohamad

Naib Pengerusi 1 :Puan Zulaida Bt. Abdul Rahman

Naib Pengerusi 2 : Encik Yatin Yazix B. Mohamed.

Setiausaha : Puan Nor Safinas Bt. Osman

Ketua Insiden : Encik Luqman B. Kamaruddin

AJK Kecil :

Penyelaras Tahun 1: Puan Siti Norhayati Bt. Nawi

1 Sukses : Puan Fadelah Bt. Subari

1 Kualiti : Puan Mazlin Bt. Ibrahim

1 Jauhari : Puan Mazwa Bt. Hazizi

1 Progresif : Puan Vijayalakshimi a/p Tamotharan

Penyelaras Tahun 2: Encik Hakim Bt. Mohamad Faizal

2 Sukses : Puan Normah Bt. Mohd Ali

2 Kualiti : Puan Zawani Bt. Mat Rose

2 Jauhari : Puan Hidayat Putri Adawiyat Bt. Toha

2 Progresif : Puan Nadyatul Hashimah Bt. Mohd Sagir

Penyelaras Tahun 3: Encik Firdaus Bt. Abdullah

3 Sukses : Puan Rosidah Bt. Mohamed

3 Kualiti : Puan Norliza Bt. Hamdan

3 Jauhari : Puan Mardiana Bt. Md. Aznam

3 Progresif : Puan Noorhatini Bt. Ibrahim

Page 3: Kertas Kerja Bako

Penyelaras Tahun 4: Puan Salwa Bt. Samsuddin

4 Sukses : Puan Norashikin Bt. Uda Dzulahyal

4 Kualiti : Puan Robita Bt. Pandak Udin

4 Jauhari : Puan Zanariah Bt. Zaini

4 Progresif : Puan Sharina Bt. Shaari

4 Inovatif : Puan Noorain Bt. Ismail

Penyelaras Tahun 5 : Encik Eimiza Qamal B. Azmi

5 Sukses : Puan Noraini Bt. Mohamed

5 Kualiti : Puan Noorsyafrina Bt. Osman

5 Jauhari : Puan Azura Bt. Saadduddin

5 Progresif : Puan suzieliana Bt. Roslan

5 Inovatif : Puan zanizah Bt. Shaharuddin

Penyelaras Tahun 6: Encik Syafiq B. Murad

6 Sukses : Puan Ashah Bt. Osman

6 Kualiti : Puan Hamidah Bt. Sabran

6 Jauhari : Encik Zulmazran Bt. Mohamad

6 Progresif : Puan Noranishak Bt. Hamzah

6 Inovatif : Puan Roslina Bt. Ahmad

Page 4: Kertas Kerja Bako

Laporan Latihan Kebakaran

Tarikh : 04 Mac, 2015 ( Rabu )

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh

Pelaksanaan

7.30 – 8.00 pagi : Penerangan tentang latihan kebakaran oleh Puan Zaharatul Akmar Bt. Mohamad , selaku Guru Penolong Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh semasa perhimpunan pagi di dataran sekolah.

8.00 – 8.40 pagi : Murid – murid bergerak masuk ke kelas masing – masing untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

9.40 – 10.30 pagi : Loceng Kecemasan di bunyikan tepat jam 9.40 pagi dalam tempoh yang lama .

: Guru – guru , murid serta kakitangan pejabat bergerak untuk mengosongkan bangunan seperti yang di arahkan oleh Ketua Insiden.

: Semua warga sekolah termasuk kakitangan pejabat, guru dan murid berkumpul di padang sekolah dalam barisan kelas masing – masing dengan kawalan dari penyelaras tahun dan guru kelas.

: Guru kelas mengambil kehadiran bagi memastikan semua murid berada di padang sekolah.

: Penyelaras Tahun mencatat masa yang di ambil oelh setiap kelas untuk turun dan berkumpul ke padang .

: Pasukan Bomba dan AJK Keselamatan membuat pemeriksaan bangunan bagi memastikan tiada penghuni yang berada dalam bangunan .

: Taklimat ringkas oleh Ketua Insiden ketika sesi berkumpul di padang sekolah.

: Taklimat daripada pihak bomba yang di jemput khas, Encik Razak B. Mohamad Mahyuddin Sajudi dari Unit Bomba Pasir Putih, Pengkalan , Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Page 5: Kertas Kerja Bako

: Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak bomba dan penjelasan daripada pihak bomba pada setiap sesi kebakaran yang di lakukan.

: Guru – guru dan murid – murid yang terpilih di beri peluang unuk memadamkan kebakaran dengan bimbingan daripada pihak bomba .

Masalah Yang Di hadapi .

1. Ada sesetengah murid bergerak lambat dan ada sesetengahnya kurang prihatin dengan bunyi loceng kecemasan ini sehinggakan ada yang berjalan berlenggang lengguk seolah olah tiada apa yang berlaku pada ketika itu.

2. Ada guru yang masih lagi mengajar di dalam kelas walaupun loceng kecemasan masih lagi berbunyi sehinggakan ketua insiden terpaksa mengarahkan pengajaran di berhentikan dan murid – murid di arah turun dan berkumpul di padang.

3. Murid – murid tidak serius dengan persekitaran yang berlaku dan ada yang masih bergurau senda di tangga blok masing – masing. Segelintirnya bertolak – tolak di tangga menyebabkan ada yang terjatuh dan terluka .

Cadangan Penambahbaikkan.

1. Latihan kebakaran ini perlu di lakukan setiap tahun bagi memastikan setiap murid sentiasa bersedia jika benar – benar berlakunya kebakaran di bangunan sekolah.

2. Semua warga sekolah sama ada kakitangan pejabat, guru – guru dan murid – murid perlu mengikut arahan bertulis di mana ia di laksanakan. Namun ada segelintir pihak kakitangan sekolah tidak mahu mengikuti latihan kebakaran ini.