Kertas Kerja Bengkel Badminton Pendidikan Khas

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Bengkel Badminton Pendidikan Khas

    1/7

    SMK TUNKU SYED IDRUS

    73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

    KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASASPERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN

    KHAS) 1 MURID 1 SUKAN 2013

    27 OGOS 2013 / SELASA

    Anjuran :

    KELAB PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS)

    SMK TUNKU SYED IDRUS

    Dengan Kerjasama :

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Bengkel Badminton Pendidikan Khas

    2/7

    KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

    R. B SPORTS & TRAVEL

    BUKIT KATIL, MELAKA

    Page 2

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Bengkel Badminton Pendidikan Khas

    3/7

    KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

    KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON

    (PENDIDIKAN KHAS) 1 MURID 1 SUKAN 2013

    1.0 PENGENALAN

    Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap pelajar menyertai

    sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong

    pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan

    insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan

    dasar ini, setiap pelajar akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti

    sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan

    Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat Malaysia.

    Setiap pelajar termasuk pelajar berkeperluan khas yang tidak mengalami

    masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-

    kurangnya satu jenis sukan. Maka, sukan permainan badminton telah dipilih

    sebagai aktiviti yang wajib disertai oleh para pelajar bekeperluan khas SMK Tunku

    Syed Idrus. Bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan penguasaan kemahiran di

    dalam permainan badminton, aktiviti seperti penganjuran klinik kemahiran ini

    diadakan sebagai salah satu aktiviti bagi mencapai objektif dan matlamat yang telah

    ditetapkan. Aktiviti ini juga telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada

    pihak sukarelawan R.B Sports & Travel. Mereka telah bersetuju untuk

    mengendalikan program klinik kemahiran ini dan mengajar para pelajar pendidikan

    khas teknik asas kemahiran dalam permainan badminton.

    2.0 RASIONAL

    Selaras dengan dasar 1 Murid dan 1 Sukan dan keperluan melahirkan pelajar yang

    mempunyai minda yang cerdas dan fizikal yang cergas, secara relevannya Kelab

    Permainan Badminton PPKI SMKTSI perlu mengadakan Klinik Kemahiran Asas

    Permainan Badminton sebagai salah satu aktiviti pada tahun 2013 ini. Ia juga

    merupakan medium atau sebagai satu kaedah pembelajaran secara langsung, iaitu

    Page 3

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Bengkel Badminton Pendidikan Khas

    4/7

    KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

    para pelajar didedahkan kepada pengurusan dan tatacara bagi sesuatu perlawanan

    atau kejohanan.

    3.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

    3.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran permainan badminton di kalangan

    para pelajar pendidikan khas SMK Tunku Syed Idrus.

    3.2 Memberi pendedahan dan meningkatan keyakinan diri di kalangan pemain

    baru yang belum menyertai pertandingan badminton.

    3.3 Mendedahkan para pelajar pendidikan khas kepada teknik pengurusan

    pertandingan.

    4.0 TEMPOH / MASA PROGRAM

    4.1 Program ini dijalankan selama 1 hari iaitu pada hari Selasa.

    4.2 Masa perlaksanaan program ini melibatkan waktu siang sahaja di mana ia

    bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang (rujuk

    lampiran / tentatif program)

    5.0 TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

    27 Ogos 2013 (Selasa)

    6.0 LOKASI / TEMPAT

    6.1 Dewan Gemilang SMK Tunku Syed Idrus

    6.2 Dataran Gelanggang Badminton Smk Tunku Syed Idrus

    7.0 SASARAN PESERTA

    Page 4

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Bengkel Badminton Pendidikan Khas

    5/7

    KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

    7.1 Para pelajar Pendidikan Khas SMK Tunku Syed Idrus, Tampin (27 orang)

    7.2 Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI (8 orang)

    8.0 RINGKASAN AKTIVITI / PROGRAM

    Aktiviti akan dikendalikan oleh tiga jurulatih permainan badminton dari R&B Sports

    & Travel yang bertindak sebagai sukarelawan bagi program ini. Para pelajar

    pendidikan khas akan dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana para pelajar kelas

    Amanah dan Bahagia akan bermain sebagai satu kumpulan manakala para pelajar

    kelas Cergas dan Dedikasi dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut tahap

    penguasaan permainan yang akan dikendalikan oleh jurulatih tersebut.

    9.0 SENARAI JAWATANKUASA

    JAWATANKUASA PENGURUSAN

    Penaung : Pn. Hjh. Nurul Azmi Binti Zaini

    Penasihat : Tn. Hj. Mohammad Jeffry Bin Mohd Isa

    Penyelaras PPKI : Pn. Syazrah Binti Sahrani

    JAWATANKUASA PERLAKSANA

    Pengerusi Program : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

    Setiausaha : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

    Bendahari : Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Muhagirin

    AJK Peralatan / Persiapan Tempat : Pn. Faizol Azni Binti Azazi

    AJK Disiplin : En. Jaafar Bin Md. Zin

    AJK Kebajikan / First Aid : Pn. Nur Ilyani Binti Mamat

    AJK Dokumentasi : Pn. Nurafidah Binti Razali

    AJK Sijil / Cenderahati : Pn. Azura Binti Rosli

    AJK Makanan : Pn. Azura Binti Rosli

    Pn. Nurafidah Binti Razali

    Pn. Navamani A/P Raman

    Page 5

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Bengkel Badminton Pendidikan Khas

    6/7

    KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

    10.0 TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM

    TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

    27 OGOS 2013

    SELASA

    8.30 am

    8.40 am

    9.00 am

    10.00 am

    10.30 am

    2.00 pm

    - Berkumpul di Dewan Gemilang

    SMK Tunku Syed Idrus

    - Kata Alu Aluan Jurulatih dan

    Sesi Penerangan Ringkas

    - Pelajar dibahagikan kepada 3

    kumpulan

    - Bengkel Kemahiran Asas

    Permainan bermula

    - Rehat / Makan Pagi

    - Sambungan Bengkel

    - Bersurai

    Semua pihak

    Jurulatih

    Semua pihak

    AJK Makanan

    Semua pihak

    11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

    BUTIRAN ANGGARAN

    a) Makanan

    - RM 3.00 x 12 x 1 hari (sarapan pagi)

    - RM 15.00 x 2 katon air mineral

    RM 36.00

    RM 30.00

    JUMLAH BESAR : RM 66.00

    12.0 SUMBER KEWANGAN

    12.1 Peruntukan LPBT Pendidikan Khas

    12.2 Peruntukan PCG Kokurikulum Pendidikan Khas

    13.0 PENUTUP

    Page 6

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Bengkel Badminton Pendidikan Khas

    7/7

    KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

    Adalah diharapkan agar Klinik Kemahiran Asas Permainan Badminton ini akan

    dapat membantu mengembangkan semua aspek potensi pelajar pendidikan khas

    yang berteraskan semangat kesukanan ke arah pembinaan dan pengukuhan

    sahsiah pelajar di bawah program Satu Murid Satu Sukan yang dilaksanakan oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan kesempatan mengadakan aktiviti ini

    akan digunakan sepenuhnya untuk mengumpul seluas mungkin pengalaman,

    pengetahuan dan meneliti teknik permainan badminton yang efektif. Semoga

    segala ilmu dan pelajaran yang disampaikan di dalam program ini akan dipraktikkan

    dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang

    cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Disediakan oleh, Disemak oleh,

    (PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT) (PN. SYAZRAH SAHRANI)

    Guru Penasihat Penyelaras Pendidikan Khas

    Permainan Badminton PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi

    SMK Tunku Syed Idrus SMK Tunku Syed Idrus

    73000 Tampin, Negeri Sembilan 73000 Tampin ,Negeri Sembilan

    Disokong oleh, Diluluskan oleh,

    (TN.HJ MOHAMMAD JEFFRY MOHD ISA) (HJH. NURUL AZMI BINTI ZAINI)

    GPK Kokurikulum Pengetua

    SMK Tunku Syed Idrus SMK Tunku Syed Idrus

    73000 Tampin, Negeri Sembilan 73000 Tampin ,Negeri Sembilan

    Page 7

    Catatan / Ulasan :

    ..............................................................................................................................................

    ..............................................................................................................................................