22
PENGENALAN. Pada era globalisasi ini, isu adat dan pantang larang dari pelbagai kaum semakin hari semakin dilupakan. Hal ini kerana isu ini makin dianggap lapuk dan semakin dimamah oleh arus kemodenan yang kita selusuri pada hari ini. Isu ini sering ketinggalan dan tidak diberi focus dalam segala aspek perbincangan rasmi mahupun tidak rasmi. Definisi adat ialah peraturan dalam masyarkat yang diamalkan sejak dari dulu lagi dan menjadi hukum yang perlu dipatuhi. Adat juga didefinisikan sebagai satu cara atau perlakuan yang menjadi kebiasaan. Dari segi etimologi pula, perkataan adat adalah dari pinjaman bahasa Arab iaitu ‘Adah’ yang bermaksud perbuatan yang dilakukan secara berulang kali lalu menjadi kebiasaan dan dihormati masyarakat. Seterusnya, definisi pantang larang pula ialah merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi secara turun-temurun sejak berkurun-murun lamanya. Rakyat Malaysia yang pelbagai kaum masing mengamalkan pantang larang mengikut kaum masing-masing. Pada zaman dahulu, pantang larang digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Sesuatu peraturan yang hendak dikuatkuasakan akan disertakan dengan pantang larang supaya masyarakat takut untuk melanggar peraturan tersebut. Sebenarnya, isu adat dan pantang larang ini merupakan satu isu yang amat penting kerana adat dan pantang larang yang selama ini diwariskan kepada setiap generasi pelapis sehingga hari ini merupakan salah satu identiti masyarakat Malaysia yang amat unik. Adat dan pantang larang setiap kaum adalah berbeza namun masih terdapat persamaan yang jelas antara setiap adat yang diamalkan kerana masih terdapat pengaruh dari budaya dari negara sempadan seperti Thailand, India dan Indonesia. Sebagai contoh, adat dan pantang larang kaum india yang banyak terpengaruh dengan kebudayaan Hindu dari India dan adat bumiputera pula banyak

Kertas Kerja Bm

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Bm

PENGENALAN.

Pada era globalisasi ini, isu adat dan pantang larang dari pelbagai kaum semakin hari semakin dilupakan. Hal ini kerana isu ini makin dianggap lapuk dan semakin dimamah oleh arus kemodenan yang kita selusuri pada hari ini. Isu ini sering ketinggalan dan tidak diberi focus dalam segala aspek perbincangan rasmi mahupun tidak rasmi.

Definisi adat ialah peraturan dalam masyarkat yang diamalkan sejak dari dulu lagi dan menjadi hukum yang perlu dipatuhi. Adat juga didefinisikan sebagai satu cara atau perlakuan yang menjadi kebiasaan. Dari segi etimologi pula, perkataan adat adalah dari pinjaman bahasa Arab iaitu ‘Adah’ yang bermaksud perbuatan yang dilakukan secara berulang kali lalu menjadi kebiasaan dan dihormati masyarakat. Seterusnya, definisi pantang larang pula ialah merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi secara turun-temurun sejak berkurun-murun lamanya.

Rakyat Malaysia yang pelbagai kaum masing mengamalkan pantang larang mengikut kaum masing-masing. Pada zaman dahulu, pantang larang digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Sesuatu peraturan yang hendak dikuatkuasakan akan disertakan dengan pantang larang supaya masyarakat takut untuk melanggar peraturan tersebut. Sebenarnya, isu adat dan pantang larang ini merupakan satu isu yang amat penting kerana adat dan pantang larang yang selama ini diwariskan kepada setiap generasi pelapis sehingga hari ini merupakan salah satu identiti masyarakat Malaysia yang amat unik.

Adat dan pantang larang setiap kaum adalah berbeza namun masih terdapat persamaan yang jelas antara setiap adat yang diamalkan kerana masih terdapat pengaruh dari budaya dari negara sempadan seperti Thailand, India dan Indonesia. Sebagai contoh, adat dan pantang larang kaum india yang banyak terpengaruh dengan kebudayaan Hindu dari India dan adat bumiputera pula banyak diwarisi secara turun-temurun dari nenek moyang mereka sejak zaman berzaman. Terdapat beberapa bahagian dalam setiap adat dan pantang larang ini seperti adat berkahwin, hamil, kematian dan sebagainya mengikut kaum masing-masing.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti adat resam kaum Melayu, Cina dan India yang terdapat di Malaysia.

2. Menjelaskan pantang larang bagi kaum Melayu, Cina India dalam aspek tertentu.

Page 2: Kertas Kerja Bm

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PERKAHWINAN

Biarpun dunia diasak dengan pelbagai kemajuan dan teknologi yang serba canggih lahir yang lahir daripada akal fikiran yang dianugerahkan oleh-Nya kepada manusia, namun kepercayaan pengamalan adat dan pantang larang masih dipegang kuat dalam kehidupan seharian terutamanya dalam upacara perkahwinan setiap kaum.

Adat Resam dan Pantang Larang Perkahwinan Kaum Melayu

Adat perkahwinan kaum Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau, peminangan, pertunangan, akad nikah, majlis berinai dan majlis persandingan.

MERISIK ATAU MENINJAU

Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan si gadis yang dihajati oleh seseorang lelaki masih belum berpunya. Hal ini amat penting kerana mengikut agama Islam, seseorang dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumah tangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Adat ini kebiasaannya dilakukan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu bapa dan ibu serta bapa saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perli dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Kadang kala, semasa merisik wakil pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin dan jika pihak si gadis menerima, maka mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun, adat merisik ini jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu. Justeru, mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

MEMINANG

Setelah mengetahui bahawa si gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenar secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkaitan dengan jumlah hantaran dan jumlah rombongan yang akan menganggotai adat pertunangan. Hal ini adalah untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan pada hari yang ditetapkan.

BERTUNANG

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara-mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan sempena pertunangan di rumah pihak perempuan.

Page 3: Kertas Kerja Bm

Hantaran terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung, sebentuk cincin berserta hantaran-hantaran yang lain seperti buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan. Mengikut adat bertunang, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki.

Upacara bertunang ini dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua-dua belah pihak akan membincangkan tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan, mas kahwin dan hal-hal lain yang berkaitan. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin oleh wakil pihak lelaki sama ada ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah selesai menyarung cincin, maka rasmilah pertunangan tersebut.

AKAD NIKAH

Akad nikah bukanlah semata-mata adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan kaum Melayu yang beragama Islam. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau di rumah pengantin perempuan. Bapa pengantin perempuan perlu menjadi wakil untuk menikahkan anaknya tetapi dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau tok iman.

Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan memakai baju Melayu berwarna cerah. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan hantaran-hantaran lain akan diperiksa oleh tok kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk bersila di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan berjumpa pengantin perempuan untuk menanyakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan tersebut. Tok kadi juga akan membaca khutbah nikah dan menerangkan secara umum tentang tanggungjawab suami isteri dan hal-hal lain berkaitan rumah tangga dari sudut agama. Seterusnya, tok kadi atau tok imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi “Aku nikah dikau (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak (mengikut negeri) tunai” dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi “Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca

Page 4: Kertas Kerja Bm

sejurus selepas akad nikah selesai sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas upacara akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan seutas rantai kepada isterinya. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

ADAT BERINAI

Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat. Berinai curi diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara terdekat sahaja. Seterusnya, berinai kecil diadakan dua sebelum hari langsung untuk saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai manakala berinai besar pula diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan. Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah ataupun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

MAJLIS PERKAHWINAN

Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, pelbagai persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Majlis ini merupakan upacara kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari. Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin, kebiasaannya baju songket dan dihias indah dengan perhiasan. Pengantin perempuan akan di andam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi oleh bunga manggar menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang disediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan dibawa ke rumah untuk bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu, wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan semasa adat bersanding dijalankan, adat tepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut. Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.

Page 5: Kertas Kerja Bm

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat majlis ini dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin pihak perempuan. Setelah beberapa hari, pasangan suami isteri akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak-saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim di samping kedua-dua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

PANTANG LARANG

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Pantang larang bermula dengan dilarang keluar dengan pasangan selama empat puluh hari sebelum dinikahkan untuk mengelakkan pandangan buruk masyarakat dan untuk menimbulkan perasaan rindu. Perasaan yang timbul akan menjadikan wajah pengantin lebih berseri-seri.

Selain itu, pasangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik. Pasangan pengantin juga tidak digalakkan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum berkahwin untuk mengelakkan perut buncit pada hari perkahwinan.

Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib bagi mengelakkan sihir dan pasangan mempelai ini dilarang membuang air kecik dan besar secara serentak di dalam air contohnya di dalam sungai kerana organ seks akan menjadi lemah.

Adat Resam dan Pantang Larang Perkahwinan Kaum Cina

Perkahwinan dalam masyarakat cina penting untuk membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka kerana mereka berpendapat perkahwinan akan mengekalkan institusi keluarga dan keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Pada asasnya adat resam dan pantang larang perkahwinan kaum cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

MERISIK

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang diidamkan. Masyarakat cina terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Kebiasaannya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang mengenali keluarga si gadis. Sebahagian kaum cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara-mara yang lain.

Page 6: Kertas Kerja Bm

MEMINANG

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil akan dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis begi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin perempuan akan membincangkan berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar-menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah pihaknya. Setelah kedua-dua pihak saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

BERTUNANG

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar cina dan tarikh ini hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua-dua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su . Jika majlis dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah pengantin perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara pertukaran cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga majlis perkahwinan. Hantaran dan mas kahwin selalunya diberi semasa upacara pertukaran cincin perkahwinan atau pada hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Antara hantaran yang diberikan ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pihak pengantin perempuan, sejumlah wang tunai akan diberi. Golongan cina menganggap semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

MAJLIS PERKAHWINAN

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pada hari perkahwinan tersebut, baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih, merah atau kuning. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing untuk meminta restu daripada keluarga mertua.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran sama ada di rumah, dewan atau restoran. Tetamu-tetamu yang menghadiri jamuan makan ini akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Page 7: Kertas Kerja Bm

PANTANG LARANG

Masyarakat cina mempunyai beberapa pantang larang berkaitan perkahwinan. Bakal pengantin tidak digalakkan menghadiri majlis pengebumian selama tiga bulan sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Sekiranya terdapat kematian dalam kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.

Selain itu, hiasan dalam perkahwinan tidak digalakkan untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Mereka juga dilarang memakai baju berwarna hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Nombor genap digunakan dalam majlis perkahwinan kerana menurut kepercayaan orang cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah tidak sah.

Adat Resam dan Pantang Larang Perkahwinan Kaum India

Perkahwinan masyarakat india di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat tirumanam, tamil, tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat india biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar, dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya.

MERISIK

Beberapa aspek diberi perhatian ketika adat merisik dijalankan seperti faktor etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor seperti status ekonomi dan status sosia merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.

KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN

Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perwatakan calon isterinya. Seterusnya, mereka akan mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin melalui adat penyesuaian bakal pengantin yang dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal kerana di dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep penceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.

PROSEDUR IKAT JANJI ATAU NICCAYAM

Adat ini dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dengan jumlah bilangan hantaran yang ganjil seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan dan cendana untuk diberikan kepada wakil perempuan. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk

Page 8: Kertas Kerja Bm

mengahwini bakal pengantin perempuan. Sebagai tanda ikatan kedua-dua mereka akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.

ADAT PARISAM

Adat ini terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa dan udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada sebelah pagi hari perkahwinan dilangsungkan. Adat parisam ini umpama majlis pertunangan. Pada hari adat ini dilakukan, bakal pengantin perempuan akan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita yang sudah bersuami dan memulakan adat tersebut dengan upacara sembahyang. Kemudian bapa pengantin akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberikan kepada anaknya. Pada masa yang sama, pengantin perempuan akan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan.

UPACARA KANGGENAM

Upacara kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia selamanya. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga ke aras dada. Kedua-dua mempelai memberi penghormatan kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa ini, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

PANTANG LARANG

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan. Antaranya ialah semasa merisik bakal pasangan akan saling membalas kunjungan. Ketika rombongan bakal pengantin perempuan ke rumah bakal pengantin lelaki, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana hal ini dianggap tidak sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan. Jika terdapat kesilapan bermakna

Page 9: Kertas Kerja Bm

perkahwinan tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar. Di samping itu, jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu kerana agama hindu melarang makan daging lembu.

Walaupun kini zaman semakin moden berbanding zaman dahulu, adat resam dan pantang larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah oleh setiap kaum di Malaysia. Adat resam dan pantang larang harus diteruskan untuk melambangkan satu simbol kebanggaan yang masih lagi diperlukan oleh setiap kaum kepada generasi-generasi yang akan datang.

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN.

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Amnya semua kaum dalam masyarakat sangat menitikberatkan penjagaan sepanjang tempoh kelahiran. Proses kelahiran ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu proses kelahiran semasa hamil dan selepas hamil. Masyarakat Melayu, Cina dan India mempercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezeki masing-masing. Oleh itu, mereka mengamalkan adat-adat dan pantang larang sepanjang tempoh ini yang diwarisi sejak turun temurun. Kebanyakan pantang larang adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Adat dan budaya nenek moyang yang diturunkan ini bukanlah untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang terkandung di sebalik pantang larang yang wujud secara lisan ini.

Adat Resam dan Pantang Larang Kaum Melayu Semasa Hamil.

ADAT MELENGGANG PERUT

Masyarakat Melayu mengamalkan adat melenggang perut semasa hamil. Adat ini dikenali sebagai ‘Kirim Perut’ oleh masyarakat Melayu yang tinggal dibahagian utara Semenanjung Malaysia manakala dibahagian lain dikenali sebagai ‘Mandi Tian’. Kebiasaannya adat ini dilakukan kepada wanita yang hamil anak sulung dan kandungan itu telah mencapai usia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Adat ini akan dilakukan dan diawasi oleh bidan yang berpengalaman. Menurut kepercayaan nenek moyang pada zaman dahulu, adat ini dilakukan bertujuan untuk membuang kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Page 10: Kertas Kerja Bm

PANTANG LARANG.

Selain daripada adat resam yang diamalkan semasa tempoh hamil, wanita yang mengandung turut dituntut untuk mengamalkan pantang larang yang wujud secara lisan oleh nenek moyang ini.

Pantang larang yang pertama ialah, wanita hamil dilarang untuk memukul atau menyakiti haiwan kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan menjadi cacat atau terkena kenan. Tujuan sebenar pantang larang ini diwujudkan bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan terhadap haiwan.

Pantang larang kedua ialah wanita hamil tidak dibenarkan melintas dibawah ampaian kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi gagap dalam pertuturannya. Sebaliknya, tujuan pantang larang ini digunakan untuk melindungi wanita yang hamil daripada terkena kecelakaan ketika melintas dibawah ampaian. Sekiranya wanita tersebut melintas lalu tersadung sesuatu ini akan menyebabkan keselamatan ibu terjejas dan seterusnya mampu membahayakan keselamatan ibu dan anak yang dikandung.

Pantang larang ketiga ialah wanita hamil dilarang bersikap dingin dan bermasam muka terhadap ibu mertua kerana dikhuatiri semasa proses kelahiran wanita hamil tersebut akan mengalami kesulitan untuk melahirkan. Sebaliknya, pantang larang ini wujud bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni yang perlu digunakan dalam kehidupan berumahtangga agar institusi kekeluargaan sentiasa aman dan harmoni.

Adat Resam dan Pantang Larang Kaum Cina Semasa Hamil

Masyarakat Cina juga mempunyai adat resam dan pantang larang yang digunapakai dalam kehidupan mereka. Kehidupan harian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka lebih bergantung kepada nasib. Adat dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina.

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang yang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa hamil. Pantang larang ini bertujuan untuk memastikan bayi yang bakal dilahirkan tidak akan ditimpa kejadian buruk seperti kecacatan, keguguran atau kematian. Oleh itu, wanita masyarakat Cina yang hamil akan sentiasa diberikan kawalan ketat terhadap setiap pergerakan dan kegiatan seharian mereka.

Mengikut amalan kaum Cina, ibu mertua akan memainkan peranan penting dan bertanggungjawab menjaga wanita hamil. Masyarakat Cina amat mementingkan kelahiran anak lelaki daripada anak perempuan. Hal ini demikian kerana, mereka beranggapan bahawa anak lekaki boleh meneruskan keturunan mereka melalui perkahwinan manakala anak perempuan pula hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sebelum mereka dewasa dan berkahwin lalu menjadi milik keluarga suaminya.

Page 11: Kertas Kerja Bm

PANTANG LARANG

Masyarakat Cina juga mengamalkan pantang larang kepada wanita hamil dan pantang larang ini perlu dipatuhi dengan baik. Pantang larang pertama ialah wanita hamil tidak dibenarkan memukul dan menyakiti haiwan kerana dikhuatiri bayi yang bakal lahir akan menerima kenan daripada perbuatan tersebut.

Pantang larang kedua ialah wanita hamil tidak dibenarkan untuk memilih nama bayi yang belum lahir kerana dikhuatiri wanita tersebut akan mengalami gangguan emosi dan kecewa sekirannya terjadi sesuatu kepada kandungan tersebut. Pantang larang ketiga ialah wanita hamil tidak dibenarkan terlalu kerap menggosok perut kerana khuatir bayi yang bakal lahir akan memiliki sifat manja apabila dewasa kelak.

Adat Resam dan Pantang Larang Kaum India Semasa Hamil.

Masyarakat India juga seperti kaum lain yang mempunyai adat resam dan pantang larang yang diamalkan dalam kehidupan mereka. Kebiasaannya, adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan adat dan budaya masyrakat Melayu.

ADAT VALAIKAAPPU

Masyarakat kaum India mengamalkan adat valaikaappu kepada wanita hamil. Adat ini dilakukan terhadap kandungan sulung yang telah menjangkau usia tujuh hingga Sembilan bulan. Wanita tersebut akan dipakaikan gelang tangan yang dikenali sebagai suulkaappa. Suul bermaksud kandungan ibu manakala kappa bermaksud perlindungan. Pemakaian gelang ini bertujuan untuk memberi perlindungan kepada ibu dan bayi yang dikandung serta untuk mengelakkan berlakunya kesulitan semasa proses kelahiran.

ADAT KULITTAL

Selain itu, mereka juga mengamalkan adat kulittal. Adat ini merupakan adat memandikan wanita yang sedang hamil. Wanita tersebut akan dimandikan dengan air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan air bunga-bungaan. Setelah selesai dimandikan, wanita tersebut akan dihias cantik seperti pengantin dan akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.

Page 12: Kertas Kerja Bm

PANTANG LARANG

Wanita hamil masyarakat India turut mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi bagi memastikan kandungan terhindar daripada sebarang kecelakaan. Pantang larang pertama ialah wanita hamil tidak dibenarkan untuk mengumpat, menfitnah dan bergaduh. Hal ini demikian kerana, khuatir bayi yang bakal lahir akan terkena badi atas perbuatan tersebut.

Seterusnya ialah wanita hamil ini tidak dibenarkan untuk tidur pada waktu siang atau tidur secara berlebihan. Pantang larang ini bertujuan untuk mengelakkan bayi yang bakal lahir menjadi lemah dan tidak aktif.

Adat Resam dan Pantang Larang Selepas Hamil Kaum Melayu.

Adat resam yang sering diamalkan oleh nenek moyang pada zaman dahulu ketika seseorang wanita telah mencapai tempoh hamil iaitu Sembilan bulan sepuluh hari, secekak daun mengkuang akan digantung dibawah rumah. Mengikut fahaman mereka, adat ini dilakukan untuk menghalang daripada gangguan makhlus halus.

POTONG TALI PUSAT

Setelah selesai melahirkan, bayi tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Selepas selesai dibersihkan, tali pusat bayi tersebut akan dipotong menggunakan sembilu buluh. Baki tali pusat yang berada di perut bayi akan disapukan kunyit dan kapur lalu dibungkuskan dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal dengan sendirinya.

MEMBERI NAMA

Adat yang seterusnya ialah pemilihan nama untuk bayi yang baru lahir. Mengikut ajaran islam, masyarakat Melayu disunatkan untuk memilih nama yang mempunyai makna yang baik. Kebiasaannya jika bayi lelaki, nama yang dipilih sebaiknya dalam kalangan nama para nabi manakala jika bayi perempuan, nama yang disunatkan adalah dalam kalangan para isteri nabi atau nama anak-anak nabi.

MAJLIS CUKUR RAMBUT

Setelah tujuh hari bayi tersebut selamat dilahirkan, kebiasaannya masyarakat Melayu akan mengadakan majlis cukur rambut atau lebih dikenali sebagai majlis cukur jambul. Majlis ini akan disertakan dengan majlis dia selamat dan akan menghidangkan pulut kuning kepada pengunjung yang datang melawat ibu dan bayi yang dilahirkan. Bayi akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan akan didukung oleh bapa atau datuk. Bilangan yang menggunting rambut bayi adalah dalam bilangan yang ganjil.

Page 13: Kertas Kerja Bm

ADAT BERTUNGKU

Seterusnya adat bertungku. Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita hamil kembali normal. Semasa berpantang, mereka akan diberi makan ubat-ubatan tradisi. Tunggu yang dipanaskan diatas bara akan dituam pada bahagian perut dan bahagian-bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Setelah selesai bertunggu, wanita tersebut akan disapu air limau yang dicampur dengan kapur pada perut sebelum dipakaikan bengkung. Pemakaian bengkung ini bertujuan untuk mengatasi masalah perut buncit selepas bersalin dan memberikan keselesaan kepada wanita selepas mengalami proses bersalin.

PANTANG LARANG

Tempoh berpantang yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu msetilah selama 44 hari. Sepanjang tempoh berpantang, ibu dilarang untuk makan makanan yang sejuk dan berangin. Hal ini demikian kerana, makanan ini mampu untuk mendatangkan kemudaratan kepada si ibu. Setelah tempoh berpantang mencecah tujuh hari, barulah si ibu dibenarkan melakukan pergerakan ringan namun masih tidak dibenarkan untuk memijak tanah.

Adat Resam dan Pantang Larang Selepas Hamil Kaum Cina.

Wanita Cina yang baru melahirkan akan berpantang selama 40 hari. Ibu ini tidak dibenarkan mandi menggunakan air sejuk kerana dibimbangi akan menyebabkan ibu mengalami sakit badan, otot dan sendi.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, bayi yang baru dilahirkan dan mempunyai pusat yang tenggelam ke dalam merupakan suatu petanda baik. Bayi tersebut akan menjalani kehidupan yang mewah pada masa hadapan kelak. Selain itu, bayi yang memiliki saiz telinga yang lebar dan cuping telinga yang tebal bakal pendapat kehidupan yang serba lengkap dalam erti kata lain bayi ini bakal menjalani kehidupan yang kaya. Namun begitu, jika bayi ini mempunyai pusar di kepala lebih daripada satu, bayi tersebut akan menjadi budak yang nakal dan tidak mendengar kata sepanjang proses tumbesaran bayi ini..

KENDURI

Masyarakat Cina akan mengadakan satu majlis yang bertujuan untuk menyambut kedatangan insan baru dalam lapisan keturunan mereka. Majlis ini akan diadakan setelah bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas kaum Cina yang berbentuk bulat akan diagihkan kepada saudara mara yang terdekat dan sebagai balasan, mereka akan membawa buah tangan kepada ibu dan bayi semasa melawat mereka.

Page 14: Kertas Kerja Bm

MENCUKUR RAMBUT.

Kaum Cina juga mengamalkan upacara mencukur rambut. Adat ini menyerupai adat yang diamalkan oleh kaum Melayu. Majlis cukur jambul ini diadakan kerana mereka beranggapan bahawa rambut bayi yang dilahirkan merupakan rambut sementara. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baharu ke dalam keluarga dan keturunan mereka.

MEMBERI NAMA

Adat pemilihan nama merupakan adat yang sangat penting dan sering menjadi perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga. Nama kaum Cina terdiri daripada tiga perkataan iaitu nama keluarga, nama di kalangan adik beradik dan nama panggilan untuk diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu menitikberatkan unsur makna, unsur Yin dan Yang yang dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Kesulitan masyarakat Cina memilih nama yang sesuai menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat dan budaya nenek moyang yang memerlukan mereka untuk merujuk kitab-kitab lama sebagai panduan.

Adat Resam dan Pantang Larang Selepas Hamil Kaum India.

Proses kelahiran merupakan satu proses yang sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat India. Waktu kelahiran sangat penting bagi mereka kerana melalui detik inilah mereka akan mencatat dengan tepat tarikh dan maklumat-maklumat penting mengenai bayi yang dilahirkan pada tenpoh-tempoh tertentu. Maklumat yang dicatat bertujuan untuk menentukan bintang bayi mengikut almanac Hindu. Bintang ini akan menentukan mental,fizikal dan rohani bayi ini sehingga mereka dewasa.

ADAT MENYAPU MADU

Kaum India akan menjalankan adat menyapu madu kepada bayi yang baru dilahirkan. Adat ini menggunakan madu yang dicampur bersama minyak sapi laluu disapu pada lihat bayi tersebut. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk melembutkan lidah bayi dan memudahkan mereka untuk bertutur kelak.

ADAT MEMBAWA PULANG BAYI KE RUMAH

Selain itu, bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujug atau hari-hari yang lain tetapi mestilah hari ganjil. Adat ini mengamalkan upacara aalati sebelum bayi dibawa masuk ke rumah kerana mereka beranggapan upacara ini mampu mengelakkan bala atau malapetaka daripada berlaku. Ibu dan bayi yang di bawa pulang ke rumah akan diasingkan di sebuah bilik yang dijaga kebersihannya dari ahli keluarga yang lain. Semua ahli keluarga tidak dibenarkan untuk melawat ibu dan bayi ini pada dua minggu yang pertama. Jika ibu bersalin melalui proses pembedahan, ibu tersebut tidak dibenarkan mandi selama dua minggu akibat masalah kesihatan iaitu keadaan fizikal ibu yang lemah selepas

Page 15: Kertas Kerja Bm

melahirkan bayi yang dikandung manakal bagi ibu yang melahirkan bayi secara normal, mereka akan dimandikan selepas dua hari daripada tarikh bersalin.

MEMBERI NAMA

Kaum India juga amat mementingkan upacara pemilihan nama yang sesuai untuk bayi yang baru lahir. Apabila bayi telah berusia enam belas hari, upacara pemberian nama akan dilakukan. Bayi akan dimasukkan ke dalam buaian dan akan dikendalikan oleh ahli keluarga yang arif. Nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak Hindu yang akan berdasarkan tarikh sebenar kelahiran bayi itu. Upacara pemberian nama ini akan dilakukan dengan teliti kerana nama yang bakal dipilih untuk bayi ini akan mempengaruhi perwatakan bayi ini kelak.