10
SK (A) BUKIT CHEDING 42700 BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL & FAX 03-31916158 “ BILIK MESYUARAT DAN KELAS ” ANJURAN : JAWATANKUASA 3K SK (A) BUKIT CHEDING Hari : Sabtu Tarikh : 14 Februari 2015 Tempat : Kawasan sekitar SK (A) Bukit Cheding

Kertas Kerja Cintai Sekolah Kita

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Cintai Sekolah Kita

SK (A) BUKIT CHEDING42700 BANTING, KUALA LANGAT,

SELANGOR DARUL EHSAN.TEL & FAX 03-31916158

“ BILIK MESYUARAT DAN KELAS ”

ANJURAN :

JAWATANKUASA 3K SK (A) BUKIT CHEDING

Hari : SabtuTarikh : 14 Februari 2015

Tempat : Kawasan sekitar SK (A) Bukit Cheding

1. NAMA PROJEK :

Page 2: Kertas Kerja Cintai Sekolah Kita

Projek Sayangi Sekolah Kita : "Lorong Ilmu"

2. PENGENALAN :

Sekolah merupakan institusi yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, kami pelajar Program Pensiswazahan Guru Semester 5 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dan Kampus Ilmu Khas bersepakat menganjurkan Projek Sayangi Sekolah "Lorong Ilmu" bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana kondusif di kalangan guru dan murid semasa di sekolah.

3. RASIONAL :

  Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek melukis mural dan menceriakan lorong Blok A, laluan ke Blok C dan D ini dijalankan berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif dan ceria. Persekitaran yang bersih dan sihat akan memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

4. MATLAMAT :

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan suasana dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca pelbagai maklumat serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah di samping menceriakan semula tiang-tiang bumbung di lorong tersebut.

5. OBJEKTIF :

Page 3: Kertas Kerja Cintai Sekolah Kita

5.1 Untuk menjadikan lorong Blok A, laluan ke Blok C dan D sebagai suatu tumpuan yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah. 5.2 Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah. 5.3 Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah. 5.4 Hasil kerja pelajar PPG Semester 5 2014 IPG Kampus Pendidikan Islam Dan Kampus Ilmu Khas sebagai tanda kenangan semasa sesi pembelajaran mereka. 5.5 Dapat memberi pengalaman baru kepada guru PPG Semester 5 2014 IPG Kampus Pendidikan Islam dan Kampus Ilmu Khas dalam pengurusankeceriaan sekolah dan ia dapat menambah pengalaman dalam profesion perguruan.

6. SASARAN :

6.1 Pelawat, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Kampung Medan

7. TEMPAT :

7.1 Lorong Blok A Sekolah Kebangsaan Kampung Medan

8. TARIKH / JANGKAMASA :

8.1 Tarikh : 19.03.2014 hingga 07.07.2014

Hari : 19.03.2014 -Rabu ( Perasmian )

Masa : 4.00 hingga 6.00 petang

9. JAWATANKUASA PROJEK :

9.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK :

Page 4: Kertas Kerja Cintai Sekolah Kita

PENAUNG

TUAN HAJI ROSMAN BIN PAINUDY

( GURU BESAR )

PENGERUSI

ENCIK AHMAD LATFI BIN KADRI

( GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN )

NAIB PENGERUSI

PUAN ZALEHA BINTI MOHAMAD KHALIL

( GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID )

ENCIK SAZALI BIN SHAARANI

( GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM )

PENYELARAS

PUAN YURIANA BINTI MOHD. MAHROL

SETIAUSAHA

PUAN NOR NIKMAH BINTI MUNAWAR

BENDAHARI

PUAN ROHASIMAH BINTI ABD. RASHID

9.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA :

Page 5: Kertas Kerja Cintai Sekolah Kita

9.2.1 Persiapan Tempat :

- Puan Yuriana Binti Mohd. Mahrol

- Puan Asmahaney Binti Abdullah

9.2.2 Perasmian :

- Puan Radhimah Binti Abd. Rashid

- Encik Yahya Binti Abd. Aziz

9.2.3 Pendaftaran peserta :

- Puan Rohasimah Binti Abd. Rashid

- Puan Fatimah Az Zahrah Binti Abd. Rahman

9.2.4 PA Sistem :

- Encik Muhammad Taufik Nurudin Bin Ahmad

- Encik Fakhruddin Bin Baharom

9.2.5 Pembaca doa :

- Encik Mohd. Sahal Bin Alias

9.2.6 Juru acara :

- Puan Nornikmah Binti Munawar

9.2.7 Fotografi :

- Encik Adzuan Hafiz Bin Ahmed

9.2.8 Hadiah :

- Puan Rohasimah Binti Abd. Rashid

- Puan Fabilah Binti Abd. Halim

9.2.9 Buku Program :

- Puan Maslina Binti Masiran

- Puan Halina Binti Sairoji

9.2.10 Jamuan :

- Puan Fara Wahida Binti Wangit

- Puan Rashadah Binti Abd. Rahim

10. TENTATIF PROGRAM :

Page 6: Kertas Kerja Cintai Sekolah Kita

TARIKH / HARI MASA AKTIVITI CATATAN

19 Mac 2014

( Rabu )

4.00 petang

4.15 petang

4.20 petang

4.25 petang

4.45 petang

5.20 petang

5.35 petang

5.50 pagi

6.00 petang

- Pendaftaran peserta - Ucapan Pengerusi Majlis

- Bacaan doa - Ucapan guru besar dan Perasmian

- Penyampaian cenderamata perasmian

- Senamrobik

- Taklimat peserta

- Lawatan ke tapak projek

- Minum petang

- Bersurai

20 Mac 2014

hingga

7 Julai 2014

Pelaksanaan Projek

-Melakar lukisan

-Mengecat lukisan

-Mengecat tiang

11. ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL. PERKARA KOS SEUNIT KUANTITI JUMLAH

1. Cenderahati Perasmian RM 25.00 1 set RM 25.00

2. Berus RM 2.65 8 batang RM 21.50

3. Cat ( 3 liter ) RM 65.00 3 tong RM 195.00

4. Cat (1 liter) RM 22.00 2 tin RM 44.00

Page 7: Kertas Kerja Cintai Sekolah Kita

5. 'Marker Paint' RM 4.00 2 batang RM 8.00

6. Makan / minum RM 3.00 35 orang RM105.00

Jumlah RM398.50

12. SUMBER PERBELANJAAN :

Sumbangan guru Program Pensiswazahan Guru Semester 5 / 2014, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dan Kampus Ilmu Khas. 13. PENUTUP :

Perancangan kertas kerja ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan dikendalikan oleh guru PPG Semester 5 Institut Pendidkan Guru Kampus Pendidikan Islam dan Kampus Ilmu Khas. Kami berharap Projek ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan dengan jayanya. Semoga program seperti ini mendapat kerjasama semua warga Sekolah Kebangsaan Kampung Medan dan dan memberi manfaat kepada semua guru dan murid terutamanya untuk keceriaan persekitaran Sekolah Kebangsaan Kampung Medan.

Disediakan oleh,

( NORNIKMAH BINTI MUNAWAR )Setiausaha,Projek Sayangi Sekolah Kita, SK Kampung Medan.

Disemak oleh,

( YURIANA BINTI MOHD. MAHROL )Penyelaras,

Page 8: Kertas Kerja Cintai Sekolah Kita

Projek Sayangi Sekolah Kita, SK Kampung Medan.Disokong oleh,

Disahkan oleh :

( ROSMAN BIN PAINUDY )Guru Besar,SK Kampung Medan.

Ulasan: