kertas kerja congkak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

congkak

Citation preview

CADANGAN KERTAS KERJA MENGADAKAN KARNIVALSUKAN PERMAINAN TIMBANG BULU AYAMINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAUTAHUN 20131.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada pihak pentadbir Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau untuk menganjurkan Karnival Sukan Permainan Timbang Bulu ayam di dalam kampus.Aktiviti Permainan Tradisional merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua pelajar-pelajar di Institut Perguruan Kampus Tawau. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Permainan Tradisional ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Permainan Tradisional ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga IPGM Kampus Tawau. Antara pengisian dalam Permainan Tradisional ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan, sambutan aktiviti Permainan Tradisional ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1Pertandingan ini adalah bertujuan untuk memenuhi sillibus dalam subjek PJM 3112 peringkat Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 20112.2Di samping itu, program ini adalah bertujuan untuk memupuk perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan guru IPGM Kampus Tawau.2.3Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk menyerlahkan bakat terpendam dalam permainan tradisional.2.4Memberi ruang kepada guru-guru pelatih untuk mengenali dan meluaskan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam permainan tradisional seperti Timbang Bulu Ayam.2.5Program ini juga diharap dapat memberi pengetahuan dan menyemai perasaan cinta akan permainan tradisional yang semakin lupus dari ingatan generasi muda masa kini.

3.0 TEMA Cadangan tema hari Permainan Tradisional ialah PRIDE AND JOY

4.0 PERINCIAN PROGRAM 3.1Tarikh: 02 November 20133.2Jumlah Peserta: 20 orang ( 5/6 orang wakil setiap kumpulan )3.3Masa: 8.00 pagi 12.30 tengah hari3.4Tempat: Gimnasium Jabatan Pendidikan Jasmani3.5Pensyarah Terlibat: 4 orang ( termasuk Ketua Jabatan )3.6Dif Jemputan: Hajah Masni Bin Madat ( Pengarah IPGM Kampus Tawau)

5.0 PENYERTAAN Terbuka kepada guru-guru pelatih IPGM Kampus Tawau Ambilan Jun 2011

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Rujuk Lampiran 1

7.0 PERANCANGAN

7.1 PERINCIAN TUGAS Rujuk Lampiran 2

7.2 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran 3

8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN: Institut Perguruan Kampus Tawau Rujuk Lampiran 4 8.2 YURAN DAN JADUAL KUTIPAN Rujuk Lampiran 5

PENGISIAN PROGRAMACARA, PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN TRADISIONAL Rujuk Lampiran 9

SYARAT PENYERTAAN Lampiran 10

BORANG SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGANLAMPIRAN 11

11.0 PENUTUP Dengan terlaksananya Permainan Tradisional antara guru-guru pelatih IPGM Kampus Tawau Ambilan Jun 2011 dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan guru-guru pelatih, dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif pendidikan jasmani untuk mencapai kesan yang optima dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh : .. (ABD RAHMAN BIN OTHMAN) Setiausaha Program Aktiviti Permainan Tradisional guru-guru pelatih Ambilan Jun 2011, Institut Perguruan Kampus Tawau.

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAPENGERUSI

Azman Shah Bin Talib

NAIB PENGERUSI

Mohd Solehuddin Bin Abdullah

SETIAUSAHA

Abd Rahman Bin Othman

TIMBALAN SETIAUSAHA

Puan Erlinda Binti Lahu

BENDAHARI

Puan Nora Pala

NAIB BENDAHARI

Puan Mariesia Enggoh

PENGURUS TEKNIK

Encik Francis Gabau

AJK PERALATANEncik Abd Malik bin Abd Samad ( Ketua )Encik Abd Rahman Bin OthmanEncik Abdul Hilmi Bin Sayaddi

SIARAYAEncik Abdul Ralup Bin Lahadjun ( Ketua )Encik Labara @ Abdullah Lakabolasi

DOKUMENTASIEncik Zahari Bin Tibin Ketua )Encik Mohd Sollehuddin Bin Abdullah

PUBLISTIEncik Mohd Saud Bin Ahmad ( Ketua )Encik Mohd Ghazali Bin Mohd Yunus

KEPEGAWAIAN :

PENGADILEncik Sudin Bin Sabani

PENOLONG PENGADILEncik Safari Bin Maraleh

PENGURUS PENYELIA PESERTA

Encik Peter Anak Chapi

PENOLONG PENGURUS PENYELIA PESERTA

Encik Azmanshah Bin Talib

KETUA PERTANDINGAN

Encik Utohbill Bin Kawasa

PENOLONG KETUA PERTANDINGAN

Encik Hamid Abdulajim

AJK PERMAINANEncik Aliasah Bin Abd Lima (Ketua)Encik Almmi Bin Mohd NurihEncik Dahlan BadueEncik Denih Rofinus

PENGURUS STATISTIKEncik Hajim Bin Amir Salleh

PENOLONG PENGURUS STATISTIKPuan Hamidah Binti Hadjirul

7.2 AHLI JAWATANKUASA PROTOKOL MAJLIS:BUKU PROGRAM

Encik Hamirudin Bin Lasanipa ( Ketua )Encik Jeferen Bin Lasanipa

CENDERAHATI

Encik Misdifian Bin UddinEncik Mohamad Amin Bin Sunari

PENYAMBUT TETAMU

Puan Rosida BustanEncik Zahari Bin TibiPuan Sabturiah Binti Abdullah Sani

PPENGERUSI MAJLIS

Puan Sahida Bin Suratman

AJK KESELAMATAN

Encik Sohibu Bin LapammuEncik Sufriady Bin Istar SyarainiEncik Susaini Bin SabaladinEncik Ridwan Bin Tassa

AJK MAKANAN

Puan Wariah LaupaPuan Armah SaaliCik Thien Kim LenPuan Noraisah Awang

LAMPIRAN 2SENARAI TUGAS DAN SPESIFIKASI JAWATANKUASA

JAWATANTUGAS

Pengurus Ketua pengurusan program Mempengerusikan mesyuarat Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa program Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa. Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli.

Penolong Pengurus Membantu pengurus dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengurus. Menjalankan tugastugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan pengurus dari masa ke semasa.

Setiausaha Menyediakan kertas kerja program Menguruskan halhal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat diadakan. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program. Menyediakan laporan akhir program. Menjalankan tugastugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan pengurus dari masa ke semasa.

PenolongSetiausaha Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi. Menjalankan tugastugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan setiausaha dari masa ke semasa.

Bendahari Bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan program. Membuat dan menyimpan kirakira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Menyediakan laporan Penyata KiraKira program. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat. Menjalankan tugastugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Istiadat Perasmian, Penutup dan sambutan. Merancang, mengatur dan menjalankan perbarisan lintas hormat. Mengadakan pasukan-pasukan pancaragam, kompang bunga manggar, silat untuk istiadat sambutan. Menentukan kedudukan ahli-ahli jawatankuasa semasa istiadat sambutan. Menyediakan dan menyematkan rozet. Menentukan kedudukan pasukan-pasukan di tempat permulaan perbarisan, di padang dan di astaka. Menentukan pasukan-pasukan mempunyai bendera, papan nama dan pakaian kemas serta berdisplin. Menyusun aturcara istiadat perasmian. Mengadakan raptai Menyediakan juruacara perasmian.

Jawatankuasa Teknik dan Petandingan

Menempah / meminjam stadium. Memeriksa dan menentukan keadaan gelanggang dan kawasan permainan yang sesuai untuk digunakan. Menyediakan alat-alat sukan, alat-alat untuk hakim dan lain-lain pegawai sukan. Menyediakan pembantu-pembantu yang cukup dan menentukan tugas serta mengawal displin mereka. Menyediakan minuman dan makanan sekiranya perlu. Menjemput dan mengatur jadual bertugas untuk pegawai-pegawai sukan dan mengadakan taklimat untuk mereka. Mengatur acara-acara sukan yang dipertandingkan dan mempastikan ianya berjalan secara lancer.. Mengembalikan peralatan sukan tradisional dalam keadaan yang selamat. Menguruskan secret-borang penyertaaan dan lain-lain secret untuk pegawai. Menguruskan secretariat dan menyediakan juruacara pertandingan.

Jawatankuasa keselamatan dan keceriaan Menyediakan dan memasang bendera-bendera hiasan, bendera negeri dan Malaysia, kain bunga raya. Menyediakan pasu-pasu bunga dan meletakkan di tempat-tempat yang sesuai. Menguruskan penyiramnya. Memastikan kebersihan kawasan pertandingan Menyediakan bakul-bakul sampah, penyampu, berus dan kain pengelap. Menyediakan tugas jadual bertugas pembantu-pembantu serta memastikan ianya dijalankan. Menjaga keselamatan peserta sepanjang perjalanan program. Menjaga kebajikan para peserta program. Menyediakan kotak kecemasandan pertolongan cemas kepada peserta yang cedera.

Jawatankuasa Sijil, Hadiah dan Cenderahati Mencari contoh-contoh hadiah/cenderahati dan harganya sesuai untuk acara pertandingan. Menempah dan Menyemak secukupnya selepas dipersetujui. Menyemak bekalannya dalam keadaan baik dan mencukupi bilangan. Menyusun mengikut giliran penyampaiannya. Membawa semua hadiah dan cenderhati ke tempat penyampaian. Memastikan ada meja, alas meja, dulang dan lain-lain alat diperlukan. Mengiringi penyampai hadiah. Menjalankan upacara penyampaian hadiah / cenderhati selaras dengan bahagian pertandingan dan juruacara. Menempah , Menaip dan mengedarkan sijil-sijil penyertaan dan penghargaan.

Jawatankuasa Peralatan

Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan dari pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil. Mendapatkan /meminjam peralatan tersebut dari pihak-pihak tertentu. Mendapatkan bantuan kenderaan dari pihak IPGMT atau lain-lain punca sekiranya terpaksa. Memastikan peralatan diangkut dan diserahkan di tempat-tempat yang memerlukannya dalam masa yang ditetapkan dalam keadaan yang baik. Mengemas / memulangkan peralatan tersebut selepas selesai pertandingan.

Jawatankuasa Dokumentasi dan Tugas-tugas Khas Menyediakan Jadual Tugas mencatat / melapor setiap aktiviti yang dijalankan.

Menyediakan dan melengkapkan borang penilaian aktiviti semasa KarnivalMengumpul semua catatan / laporan untuk didokumentasikan.

Menyediakan filem yang mencukupi untuk rakaman gambar dan slaid dan bertanggungjawab mencuci filem-filem tersebut untuk tujuan dokumentasi.

Mengumpul dan menyediakan dokumentasi pertandingan.

Menyediakan Juri Rayuan.

Menghubungi saksi-saksi berkenaan apabila diperlukan.

Menjalankan tugas seperti diminta oleh pegawai misalnya dalam hal protokol dan cenderamata.

LAMPIRAN 3ATURCARA MAJLISMasa

Acara

7:00 PAGISemua guru pelatih sem 5 berkumpul di padang IPG Kampus Tawau

8:30 PAGIKetibaan Pengarah IPG Kampus TawauKetibaan Para Pensyarah

9:00 PAGI

Perasmian Dan Pembukaan Program

Bacaan doa

Ucapan Pengarah

Ucapan perasmian Acara simbolik perasmian Penyampaian cenderamata kepada perasmi Jamuan VIP

11:00 PAGI

Acara Pertandingan Permainan Tradisional Timbang Bulu Ayam bermula.20 pasangan berentap ( Guru Pelatih PPG Ambilan Jun 2011)

4.00 PETANG Penyampaian Hadiah Majlis penutupan

5.00 PETANG

Bersurai

LAMPIRAN 4PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARACATATANKUANTITIKOS(Perunit)KOS(keseluruhan)

1Peralatan

Bulu Ayam2 Set

RM 5.00RM 25.00

2Kos hadiah

Johan = RM 25Kedua = RM 20Ketiga = RM 15

555532RM 25RM 15RM 10

3CENDERAHATIKetua JabatanPensyarah11RM 25RM15RM 25RM 15

4BUKU PROGRAM-1RM 10RM 10

5MINUMANAir Mineral(Pengadil sahaja)3 DozenRM 10RM 20

6MAKANAN Dan MINUMANRM 30RM10RM 90

7.BUDGET LUAR JANGKARM100

JUMLAH KESELURUHAN NYA JUGA RM 335.00

LAMPIRAN 5YURAN DAN SUMBER PENDAPATAN

BILPERKARAAMAUN

1Yuran pendaftaran setiap kumpulan Penyertaan peserta Yuran makanan setiap kelasRM15 (setiap kumpulan )= RM 15 x 4RM 2 ( seorang )= RM 2 x 28 RM 96

2Sumbangan pihak penganjur Kementerian Belia dan Sukan Negeri SabahRM 210

3Sumbangan hadiah peserta KBookStoreRM 100RM 100

4Sumbangan cenderamata pensyarah Sabah SoftwoodRM 100RM 100

5Sumbangan pensyarah (seiklhlas hati)RM 60RM 60

JUMLAHRM 566

LAMPIRAN 9

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga. Membuat Bola Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

Cara Bermain Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada

jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya di kira juara.

LAMPIRAN 10

PENYERTAAN 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar PPG PJ ambilan Jun 2011 Institut Perguruan Tawau.2. Semua permohonan masuk hendaklah dibuat menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sahaja.

PEMBATALAN PENYERTAAN 1. Peserta lewat mendaftar pada hari pertandingan. 2. Peserta tidak hadir pada hari pertandingan. MELAPOR DIRI 1. Setiap peserta dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyelia peserta lebih awal iaitu 30 minit sebelum acara dimulakan. Peserta yang tidak melaporkan diri setelah 15 minit sesuatu acara diumumkan dianggap opsyen tersebut sebagai menarik diri.

PAKAIAN 1. Setiap peserta mestilah berpakaian sukan yang kemas pada setiap kali menyertai acara yang disertainya. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. 2. Semasa menerima hadiah, setiap peserta juga dikehendaki memakai track suit dan berkasut sukan.

KESELAMATAN 1. J/K Pengelola dan pihak IPT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

ALAT-ALAT PERTANDINGAN 1. Semua alat pertandingan akan disediakan oleh J/K Teknikal.

BANTAHAN / RAYUAN 1. Bantahan / rayuan secara lisan hendaklah dibuat kepada referi sebaik sahaja sesuatu permainan tamat.

LAMPIRAN 11

BORANG SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN

BORANG PENYERTAAN

NAMA PESERTA

JANTINA

NO. KAD PENGENALAN

KURSUS/UNIT

NO. TELEFON

TANDA TANGAN

BORANG PEMARKAHAN

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN TIMBANG BULU AYAM

BILNAMA PESERTASET 1SET 2SET 3JUMLAH

01.

02.

03.

04.

05.

NAMA HAKIM :..

TANDA TANGAN :...