9
KERTAS KERJA PERTANDINGAN INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SEMPENA HARI INOVASI JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2013 1. KATEGORI PERTANDINGAN Kumpulan – Sekolah Menengah 2. TAJUK/TEMA INOVASI ‘INOVASI 3P’ – inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu 3. SINOPSIS INOVASI Sistem pendidikan di Malaysia kini berkembang pesat seiring dengan era globalisasi yang semakin membangun sepantas kilat. Sebagaimana yang diketahui umum kelahiran generasi yang beretika, berinovasi dan berpendidikan terletak di tangan warga guru. Menurut Marimuthu (1993) banyak kajian telah membuktikan mutu guru merupakan faktor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Pengetahuan guru tentang isi pelajaran, organisasi dan gaya persembahan yang berkesan akan mampu menyepadukan ilmu-ilmu agar ia lebih bermakna (Sabaruddin Yusof, 1993). 1

kertas kerja II

  • Upload
    parick

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kertas kerja II

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

SEMPENA HARI INOVASI JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR 2013

1. KATEGORI PERTANDINGAN

Kumpulan – Sekolah Menengah

2. TAJUK/TEMA INOVASI

‘INOVASI 3P’ – inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

3. SINOPSIS INOVASI

Sistem pendidikan di Malaysia kini berkembang pesat seiring dengan era

globalisasi yang semakin membangun sepantas kilat. Sebagaimana yang

diketahui umum kelahiran generasi yang beretika, berinovasi dan berpendidikan

terletak di tangan warga guru. Menurut Marimuthu (1993) banyak kajian telah

membuktikan mutu guru merupakan faktor penting yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar. Pengetahuan guru tentang isi pelajaran,

organisasi dan gaya persembahan yang berkesan akan mampu menyepadukan

ilmu-ilmu agar ia lebih bermakna (Sabaruddin Yusof, 1993).

‘Inovasi 3 P’ dicipta bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru

melalui perkongsian kepakaran, penerimaan input pengajaran oleh guru pakar

kepada pelajar dan pentaksiran berasaskan sekolah dapat dilakukan seiring

dengan pengajaran dan pembelajaran. ‘Inovasi 3P’ member makna;

A. Perkongsian Kepakaran

B. Penjimatan Masa

C. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

1

Page 2: kertas kerja II

A. Perkongsian Kepakaran

Inovasi perkongsian kepakaran bermakna guru yang pakar di dalam sesuatu

topik berkongsi ilmu dengan guru-guru lain. Oleh kerana satu kelas mempunyai 2

orang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, seorang guru yang

pakar di dalam sesuatu topik yang guru partner tidak mempunyai kepakaran

boleh membuat bengkel (mengajar teori) bagi kesemua kelas-kelas yang diajar.

Bengkel pengajaran dibuat seminggu atau dua minggu sekali berdasarkan

keperluan dengan merujuk kepada rancangan pelajaran tahunan. Bengkel boleh

dibuat di dalam jadual waktu guru, selepas sekolah ataupun pada hari Sabtu.

Tanpa disedari guru pakar ini telah berkongsi kepakaran dengan partner dan

telah menyampaikan input pengajaran yang berkesan kepada semua pelajar.

B. Penjimatan Masa

Inovasi penjimatan masa berlaku apabila perkongsian kepakaran dilaksanakan.

Guru pakar ini telah mengurangkan masa pengajaran teori sesuatu topik yang

partner tidak mempunyai kepakaran daripada 3 minggu kepada 1 minggu sahaja

(berdasarkan topik dan jumlah minggu mengajar di dalam RPT). Guru partner

boleh melaksanakan amali projek selepas pengajaran teori dilakukan oleh guru

pakar tadi maka amali projek juga dapat disiapkan dengan cepat. Guru yang

pakar di dalam amali projek juga boleh berkongsi kepakaran semasa melakukan

amali di mana kelas digabungkan.

C. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran berasaskan sekolah boleh juga diaplikasikan semasa bengkel atau

pengajaran teori oleh guru yang pakar di dalam sesuatu topik. PBS dilakukan

seiring dengan PDP. Semasa sesi pengajaran teori, guru boleh menjalankan

pentaksiran bagi Band 1, 2 dan 3. PBS boleh dibuat dengan cepat manakala

pentaksiran bagi Band 4, 5 dan 6 boleh dilakukan oleh guru partner di dalam

kelas pada waktu lain. Tanpa disedari masa melakukan pentaksiran juga dapat

dikurangkan dan tidak berlanjutan sehingga berminggu-minggu lamanya.

2

Page 3: kertas kerja II

4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran adalah semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 terutamanya

pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan mengambil PMR.

5. LATAR BELAKANG

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras

berunsurkan teknologi. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya

pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara

produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar

pelajar boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan seharian secara produktif

dalam dunia teknologi dan industri. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak

kerja buat sendiri yang mudah yang berkaitan dengan pemasangan, pembinaan,

baik pulih dan penyelenggaraan. Di samping itu, masakan, jahitan, tanaman,

ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan.

Namun demikian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini bukan semuanya

mempunyai opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu. Ada guru-guru yang

mempunyai opsyen Ekonomi, Perakaunan, Perdagangan, Pertanian dan

Kejuruteraan dikehendaki mengajar mata pelajaran ini. Guru-guru yang bukan

opsyen ini mempunyai kepakaran atau ilmu yang tinggi bagi sesetengah topik di

dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, maka Inovasi 3P ini

diperkenalkan bagi merealisasikan matlamat perkongsian kepakaran,

penyampaian input pengajaran yang berkesan dan pelaksanaan pentaksiran

berasakan sekolah. Inovasi ini diharap dapat membantu guru di dalam

pengajaran dan pembelajaran dan membantu pelajar di dalam memahami

sesuatu topik dengan berkesan.

3

Page 4: kertas kerja II

6. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Semua sekolah akan menggunakan 2 orang guru bagi setiap kelas untuk mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pada kebiasaannya guru-guru akan

mengambil pelajar masing-masing bagi mengajar teori dan amali bagi setiap

topik. Masalah lain yang wujud dari pemerhatian pengkaji adalah:

A. Guru-guru yang tidak pakar di dalam sesetengah topik tidak dapat

menyampaikan input pengajaran dengan berkesan.

B. Pelajar tidak mendapat input yang betul dan tepat disebabkan guru kurang

kepakaran di dalam sesetengah topik.

C. Masa pengajaran dan pembelajaran akan berlarutan dengan panjang

disebabkan guru kurang pakar di dalam sesetengah topik. Guru

mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sukatan pelajaran.

D. Guru-guru akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan projek

amali.

E. Guru-guru juga akan mengambil masa yang lama untuk membuat

pentaksiran terhadap pelajar. Markah PBS tidak dapat dilengkapkan pada

waktu yang sepatutnya.

7. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

A. Pelajar-pelajar yang tidak datang ke sekolah tidak mendapat input daripada

guru pakar dan pentaksiran tidak dapat dilakukan terhadap pelajar-pelajar

tersebut.

B. Pelajar tidak dapat datang pada hari Sabtu disebabkan tiada pengangkutan

atau terpaksa menghadiri tuisyen.

4

Page 5: kertas kerja II

8. OBJEKTIF INOVASI

Selepas inovasi diharapkan:

A. Guru yang kurang pakar di dalam sesetengah topik akan lebih yakin untuk

mengajar topik tersebut kerana telah mendapat penerangan yang betul

daripada guru yang pakar.

B. Pelajar-pelajar akan mendapat input pengajaran yang tepat dan betul oleh

guru pakar.

C. Sukatan pelajaran dapat dihabiskan oleh semua guru dengan cepat atau

pada masa yang ditetapkan.

D. Amali projek dapat disiapkan dengan cepat oleh semua guru.

E. Pentaksiran dapat dibuat dengan cepat dan markah boleh diisikan ke dalam

sistem dengan segera.

9. TARIKH MULA DAN TARIKH SIAP PELAKSANAAN

Bergantung kepada guru berdasarkan topik-topik yang guru kurang kepakaran.

10. INOVASI YANG DILAKSANAKAN

PENGENDALIAN

A. Semua guru diberi taklimat berkenaan inovasi yang hendak dilaksanakan

pada awal tahun.

B. Guru-guru boleh berbincang dengan partner berkenaan topik-topik mana

yang mereka boleh berkongsi kepakaran.

C. Guru-guru boleh menentukan pada masa bila hendak memulakan inovasi

berdasarkan RPT dan berdasarkan jadual waktu guru.

5

Page 6: kertas kerja II

D. Guru-guru boleh berbincang tentang bahan apa yang hendak digunakan

semasa sesi pengajaran.

11. BENTUK KEJAYAAN

A. Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran oleh semua guru

terutama guru-guru baru.

B. Peningkatan terhadap tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang

sukar.

C. Penjimatan masa PDP dapat dikurangkan beberapa minggu, sukatan

pelajaran dapat dihabiskan, amali projek dapat disiapkan dengan cepat dan

pentaksiran dapat dilaksanakan pada masa yang sama.

12. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN INOVASI

Inovasi baru yang belum dipertandingkan

13. LAMPIRAN

Lampiran 1:

sokongan

6