Upload
lykhanh
View
242
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
1
Kertas kerja ini adalah karya pelajar.
1. PENGENALAN
Bumi merupakan satu-satunya planet dalam sistem solar yang terdiri daripada
hampir keseluruhan dengan air di permukaannya iaitu kira-kira 70 peratus. Di sebabkan
berlaku kombinasi suhu dan tekanan di permukaan bumi, membolehkan air wujud dalam
keadaan yang sangat unik iaitu dalam keadaan cecair, pepejal dan wap air. Hal ini
berbeza dengan bukti kajian yang telah di lakukan di Planet Mars di mana keadaannya
sangat sejuk dan kering menyebabkan air hanya boleh wujud dalam bentuk ais dan wap
air sahaja (Elizabeth Kay Berner and Robert A.Berner, 1987). Sifat air juga sangat
istimewa kerana mampu menyerap dan membebaskan haba. Malah kebanyakan proses
yang berlaku di bumi memerlukan air sebagai agen penggerak. Air memainkan peranan
yang amat penting untuk manusia di muka bumi ini kerana ia bukan sahaja berfungsi
sebagai penyeimbang suhu, malah menjadi sumber makanan dan air bersih untuk
kesihatan manusia.
Dan daripada bukti-bukti sejarah juga menunjukkan air amat penting dalam
pembentukkan tamadun awal manusia. Hal ini kerana kebanyakkan tamadun awal
manusia bermula berhampiran dengan sungai. Menunjukkan bahawa air menjadi factor
untuk mewujudksn sesusuatu tamadun. Antara tamadun yang di temui bermula di
sepanjang sungai ialah Tamadun Sumeria di sepanjang Sungai Tigris, Tamadun Mesir
di sepanjang Sungai Nil, Tamadun Indus di sepanjang Sungai Indus dan Tamadun
Hwang Ho di sepanjang Sungai Hwang Ho (Biswas, 1970 dalam Nordin Sakke et.al
2008).
Tidak dapat dinafikan bahawa air amat penting dalam kehidupan manusia
kerana semua manusia di dunia memerlukan air untuk terus hidup. Hal ini kerana
manusia memerlukan air sebanyak tiga liter sehari untuk mengekalkan kesihatan tubuh
badan. Jika air yang dibekalkan kepada badan tidak mencukupi, pelbagai masalah
kesihatan yang akan timbul. Bahkan manusia akan mati jika tidak mendapat bekalan air
yang secukupnya. Hal ini dibuktikan lagi dengan kajian oleh para saintis mengatakan
bahawa badan manusia terdiri daripada 70 peratus air. Oleh itu, dapat dirumuskan
bahawa air adalah elemen terpenting bagi pembentukan tubuh manusia.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
2
Manusia menggunakan air untuk tujuan domestik, pengangkutan, perindustrian,
reakreasi, perniagaan dan pertanian. Kandungan air dunia kira-kira 265 678.6 X 10¹² kg
(Clapham, 73). Jumlah air dunia Air di bumi terdiri daripada 97 peratus air masin, dan
selebihnya adalah air tawar yang terdiri daripada litupan ais di kutub dan glasier, air
bawah tanah, air tawar di tasik, , lembapan tanih, wap air di atmosfera dan sungai.
Sumber-sumber air di permukaan bumi seperti air bawah tanah, sungai dan tasik
adalah sumber air yang penting untuk kehidupan seharian manusia.,
Jadual 1.2.Taburan Air Dunia
Bil Taburan air Peratus (%) 1 Lautan 97.2
2 Litupan Ais di kutub dan Glasier 2.14
3 Air bawah tanah 0.6
4 Air Tawar di Tasik 0.01
5 Air Masin di Tasik 0.01
6 Lembapan Tanih 0.005
7 Wap Air di Atmosfera 0.001
8 Sungai 0.009
Graf 1.1.Taburan Air Bumi
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
3
(Sumber : http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html)
2. LEMBANGAN SALIRAN
2.A. DEFINISI DAN KONSEP
Lembangan saliran boleh definisikan sebagai point atau titik yang terendah di
kenali sebagai outlet yang mana semua air hujan yang turun ke dalam kawasan tersebut
akan mengalir ke outlet tersebut. Samaada aliran air hujan tersebut bergerak sebagai air
larian permukaan atau menyusup ke dalam tanah. Namun begitu, melalui pembacaan
tentang kajian mengenai air atau bidang hidrologi telah wujud banyak istilah untuk
menerangkan maksud Lembangan Saliran. Antaranya ialah river basin, drainange basin,
watershed dan catchment. Perbezaan istilah yang di gunakan merujuk kepada disiplin
yang berbeza bagi setiap pengkaji. Biasanya istilah river basin, drainange basin dan
watershed lebih menjurus ke arah pengurusan sumber air manakala istilah catchment,
lebih kepada sistem kawalan sungai (Gregory and Walling, 1973 : 37).
1. River Basin
meliputi keseluruhan kawasan yang menyediakn air larian permukaan (runoff)
dan menampung sebahagian atau keseluruhan aliran sungai, sungai utama atau
cawangan-cawangannya. (Jamaluddin Md.Jahi, 2000)
2. watershed atau Drainange Basin
Di bentuk atau di cirikan berdasarkan outletnya yang merupakan kawasan
terendah dalam lembangan. Sempadan biasanya di wakili oleh titik atau garisan
yang bersambungan pada kedudukan tertinggi atau lebih di kenali sebagai legeh.
Dengan andaian semua hujan yang turun akan mengalir dalam lingkungan garis
sempadan yang hasilnya samaada membentuk air larian,menyusup ke dalam
tanah dan keluar ke titik terendah (outlet) atau hilang di sebabkan sejatpeluhan.
(krenky & Novotny, 1980)
100
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
4
3. Catchment
Merujuk kepada mana-mana titik dalam sesuatu landskap di mana mana
kawasan tersebut menyediakn air ke point melalui aliran literal di atas
permukaan dan bawah permukaan . Ia di sempadani oleh garis atau titik tertinggi
yang di tentukan berdasarkan topografi permukaan yang mana air akan mengalir
(Mulligan, M. 2004)
(Sumber : http://geoscape.nrcan.gc.ca/h2o/bowen/images/watershed_e.jpg)
Rajah 2.1(a).Lembangan Saliran
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
5
(Sumber:http://www.co.berks.pa.us/conservation/lib/conservation/images/watershed/wha
t_is_watershed_action.gif)
Penjelasan tentang lembangan yang menggunakan titik atau point tertinggi
/watershed sebagai pengagih aliran ke outlet dikenali sebagai pendefinisian secara
topografi. Pendefinisian secara topografi dalam menentukan sempadan pemisah tidak
selalunya tepat bagi menggambarkan proses-proses sebenar. Hal ini kerana pergerakan
dan pengagihan air dalam dalam tanah khususnya di antara batuan dasar tidak
selalunya mengikut garis sempadan topografi (Muligan, 2004 :18, Gregory and Walling,
1973 :41, VICAIRE-a, 2006). Oleh hal demikian, VICAIRE telah mengelaskan
lembangan saliran kepada dua, iaitu Lembangan Topografi dan Lembangan Realiti.
Rajah 2.1(b).Lembangan Saliran
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
6
(Sumber : http://echo.epfl.ch/VICAIRE/mod_1a/chapt_2/main.htm)
Sempadan Lembangan topografi merujuk kepada kawasan yang dibahagikan
berdasarkan jaringan point tertinggi sesuatu kawasan (Krenkel and Novotny, 1980).
Berdasarkan sempadan lembangan topografi, sesuatu lembangan dipisahkan oleh
puncak bukit tertinggi. Dengan mengandaikan semua air hujan yang turun akan terus
sampai ke outlet kecuali yang tersejat ke udara. Keadaan ini tidak mengambil kira
tentang susupan yang berlaku atau proses yang berlaku semasa proses susupan.
Manakala Sempadan Realiti pula, penentuan sempadan bergantung kepada dari
lokasi mana air yang mengalir ke outlet diterima. Untuk menjelaskan keadaan tersebut,
tedapat tiga proses yang akan digunapakai. Pertama ialah apabila semua air hujan yang
turun dan jatuh ke permukaan bumi mengalami proses susupan. Penentuan bagi
keadaan ini adalah bergantung kepada ciri-ciri ketelapan sesuatu tanih, sudut tegak
batuan dan paras air di kawasan tersebut. Air yang menyusup akan dihalang memasuki
outlet kawasan yang sepatutnya (a) oleh lapisan atas batuan tidak telap air. Air akan
bergerak mengikut kecondongan batuan dan akan memasuki outlet lain (b) proses yang
berlaku menjadikan sempadan pemisah antara outlet ialah batuan tidak telap air.
Penjelasan kedua pula melihat kepada proses air larian permukaan kerana proses
Rajah 2.2.rajah Lembangan Topografi dan Lembangan Realiti
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
7
susupan tidak berlaku kerana semua kawasan permukaan telah tepu. Dalam keadaan
ini, sempadan lembangan merujuk kepada sempadan topografi. Manakala keadaan
ketiga merujuk kepada proses susupan dan air laian permukaan berlaku serentak
semasa hujan lebat. Bagi air yang mengalir terus ke outletnya akan menggunakan
sempadan topografi dan bagi susupan yang berlaku kerana sudut kecondongan batuan
akan dijelaskan berdasarkan bahan tidak telap air (Nordin Sakke et.al. 2008)
2.B. FUNGSI LEMBANGAN SALIRAN
Lembangan Saliran memainkan peranan yang amat penting untuk
keseimbangan alam sekitar. Ia boleh di katogerikan kepada tiga iaitu fungsi hidrologi,
fungsi ekologi dan fungsi tindak balas / respon . Secara hidrologi terdapat tiga
karakteristik yang perlu difahami:
a) pengumpulan /tadahan (collection) air daripada jatuhan
hujan, pencairan ais dan simpanan yang akhirnya menjadi air larian
b) simpanan (storage) air dalam pelbagai jumlah dan dalam tempoh masa yang
berbeza
c) luahan (discharge) air sebagai air larian
Manakala lembangan sebagai sebuah sistem ekologi pula berfungsi dalam dua
cara iaitu :
d) menyediakan kawasan (pathways) persekitaran yang pelbagai seterusnya
membolehkan proses dan tindak balas kimia berlaku.
e) menyediakan habitat untuk flora dan fauna yang menjadi elemen biologi kepada
sesebuah ekosistem.
Hasil gabungan daripada kelima-lima fungsi (a – e) di atas telah menghasilkan
dua bentuk respon semulajadi yang sangat penting kepada persekitaran akuatik. Dua
bentuk respon tersebut adalah:
f) dalam konteks hidrologi, ia memperlahankan/mengurangkan (attenuates) tenaga
semulajadi daripada kerpasan (hujan dalam konteks Malaysia) yang turun,
g) pergerakan air yang keluar dari pelbagai kawasan simpanan akan membasuh
/memenuhi (flushes) badan air. Proses ini merupakan sifat universal sistem
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
8
akuatik yang membolehkannya menggerakan bahan – bahan kimia serta boleh
mempengaruhi kepekatan, muatan atau ketelarutan bahan di dalam badan air.
2.B.(a) Fungsi pengumpulan / tadahan
Secara umumnya,lembangan saliran merupakan kawasan tadahan air hujan
yang pertama sebelum air tersebut menjadi air larian permukaan. Terdapat dua isu yang
biasanya berlaku secara logik. Isu pertama adalah melibatkan kerpasan yang berlaku
mampu disimpan oleh keseluruhan lembangan. Isu kedua pula melibatkan kerpasan
yang mengakibatkan banjir di satu kawasan kecil di mana-mana bahagian lembangan
saliran iaitu di bahagian hulu,hilir atau tengah. Hal ini kerana faktor yang mepengaruhi
air larian permukaan adalah taburan hujan.
2.B.(b) Fungsi penyimpanan
Secara naturalnya,penyimpanan merupakan fungsi utama dalam lembangan
saliran. Penyimpanan berlaku setelah berlakunya proses pengumpulan dan sebelum
berlakunya luahan air. Sesetengah ciri-ciri peyimpanan yang kompleks telah memainkan
peranan yang penting untuk bertindak balas dan berinteraksi antara satu sama lain
denga fungsi-fungsi yang lain.
Beberapa perkara tentang aliran air bawah tanah terutamanya mengenai aliran
kedua bawah tanah yang dipanggil sebagai lembangan saliran kecil di dalam tanah.
Aliran bawah tanah ini mempunyai ciri yang bertentangan dengan graviti dan kelajuan
luahan air. Pertentangan penyimpanan ini termasuklah ciri-ciri penyimpanan,sekatan
aliran keluar air dan tempoh masa kepekatan serta perkara yang berlaku antara dua ciri
di atas secara serentak. Pertamanya adalah melihat kepada kekuatan pegangan air
bawah tanah sebagai penentu kestabilan penahan air dan pengekalan kawasan
penyimpanan yang berperanan sebagai tempat untuk mengekalkan sumber kepada
aliran sungai. Kedua pula adalah melihat kepada sekatan secara fizikal kepada laluan
keluar lembangan saliran seperti kolam,tasik atau tanah lembap serta kederasan air
sungai yang di akibatkan oleh faktor-faktor seperti puing atau batu tongkol yang
berkedudukan berselerak menyebabkan aliran sungai yang tidak menentu.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
9
Tempoh masa kepekatan adalah melibatkan tindak balas aliran keluar air
dengan suhu dimana ia akan berlaku secara berulang mengikut musim dan ia berlaku
dengan pantas mengikut bekuan air bawah tanah.
2.B.(c) Fungsi luahan
Fungsi adalah yang terakhir selepas fungsi pengumpulan dan penyimpanan air.
Tindak balas yang berlaku pada proses penyimpanan dan pengumpulan juga sedikit
sebnyak telah memberi tindak balas kepada proses luahan ini dan ia menjadi lebih
kompleks kepada hidrograf tahunan.
Hidrograf merupakan catatan untuk aliran sungai. Ia menunjukkan carta yang
boleh mengenalpasti aliran air pada lebihan masa yang menggambarkan tindak balas
antara siste penerimaan proses pemendapan dengan ciri-ciri biofizikal dalam sistem
hidrologi. Daripada proses pengupuln dan penyimpanan dalam lembangan dan saliran
tasik,kolam dan tanah lembap,kestabilan luahan air perlulah seimbang. Faktor yang
dapat mengekalkan keseimbagan tanah adalah permukaan dan subpermukaan,
kedudukan kawasan yang berhampiran kawasan pengumpulan atau luahan air dan
tindak balas antara kedua-dua faktor di atas.
2.B.(d) Fungsi sebagai medium tindak balas kimia
Air adalah medium utama dalam kebanyakan tindakbalas kimia yang berlaku.
Tindakbalas juga termasuk pergerakan bahan pencemar dan nutrient yang tidak
dikehendaki yang terdapat di dalam persekitaran akuatik. Molekul semulajadi air
berupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan,
hakisan serta proses – proses lain, melarutkan gas dan mineral serta menyebarkannya
dan seterusnya menyediakan tempat untuk penggabungan semula, menguatkan dan
menyokong hidupan.
2.B.(e) Fungsi sebagai habitat
Hampir semua benda hidup di muka bumi akan tertumpu di kawasan yang
mudah untuk mendapatkan bekalan air. Terdapat satu teori yang popular mengatakan
bahawa banyak organisma hidup di muka bumi didapati di dalam persekitaran yang
berair (Morgan 1972 dlm Peter 1996). Sejak dari dulu, perkembangan populasi manusia
kebanyakkannya berlaku di persekitaran pinggir pantai yang mana di kawasan ini
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
10
pelarut universal (air) membantu pergerakan nutrien dan menyedia pelbagai bentuk
habitat yang selamat untuk menyokong dan melengkapkan kehidupan manusia yang
sangat kompleks ini.
Gangguan manusia ke atas fungsi ekologi ini mempengaruhi ciri – ciri fizikal dan
biologi dan ianya sering menjadi punca kepada kerosakan ekosistem, serta flora dan
fauna yang tinggal di dalamnya. Contohnya hujan asid, penipisan ozon, pemanasan
global, penyahutanan, pencemaran bekalan air bersih, sedimentasi dan pengurangan
populasi spesies ikan dan hidupan liar lain adalah disebabkan oleh kelemahan dalam
pengurusan atau kesan langsung daripada proses kimia yang berlaku dalam sesebuah
lembangan.
2.B.(f) Maklumbalas memperlahankan tenaga (attenuation respons)
Gabungan ketiga - tiga fungsi hidrologi sesuatu lembangan iaitu pengumpulan,
simpanan dan luahan air membentuk maklumbalas fizikal yang merendahkan atau
mengecilkan puncak luahan yang ekstrem yang ditunjukkan dalam keluk hidrograf
banjir. Melalui pemerhatian yang telah dibuat, menunjukkan bahawa aliran puncak
adalah rendah dan perlahan bagi sesebuah lembangan yang bersaiz besar.
2.B.(g) Maklumbalas basuhan berterusan (flushing respons)
Maklumbalas kimia antara kombinasi fungsi ekologi dengan fungsi hidrologi
menjadikan sesuatu lembangan mempunyai sifat basuhan secara berterusan.
Keupayaan air mengangkut dan menggerakkan bahan – bahan terlarut dan terampai
yang berlebihan yang terdapat di dalamnya dari satu kawasan simpanan ke kawasan
simpanan yang lain bergantung kepada jumlah dan halaju luahan, serta sifat bahan
yang akan diangkut tersebut. Fungsi ini boleh diperhatikan semasa membuat
pemantauan terhadap kepekatan sedimen, nutrien, bahan buangan atau gas terlarut
semasa berlakunya larian permukaan. Apabila bahan – bahan ini dibawa oleh air larian
dari satu tempat ke satu tempat ia akan mengubah tahap kepekatan bahan tersebut.
2.C. LEMBANGAN SEBAGAI SISTEM FIZIKAL
Bumi terbentuk dengan sokongan sistem fizikal melibatkan semua subsistem
yang saling berhubungkait antara satu sama lain. Ia terdiri daripada subsistem
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
11
atmosfera, hidrosfera, litosfera/pedosfera dan biosfera. Kesemua elemen sistem bumi
pe rlu berinteraksi antara satu sama lain untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar
bumi.
(Sumber : Ubahsuai dari Jamaluddin Md.Jahi)
Sistem Atmosfera. Merupakan satu lapisan nipis yang berada di sekeliling bumi.
Terdapat empat lapisan utama iaitu Troposfera, stratosfera, mesosfera dan Ionosfera.
Terdiri daripada gas-gas, wap air dan debu yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar
manusia tetapi terbukti wujud di sekeliling manusia. Antara gas utama yang wujud di
atmosfera ialah gas Nitrogen iaitu sebanyak 78 peratus, Oksigen 21 peratus, Karbon
dioksida 0.03 peratus dan selebihnya adalah Argon, Helium, Hidrogen, Kriptom,Xenon
dan Ozon. Atmosfera berkait rapat dengan keadaan bumi yang berbeza dari segi cuaca
dan iklim seluruh Negara.
Sistem Hidrosfera merujuk kepada kewujudan air walau dalam apa bentuk
sekalipun. Ia meliputi air dari permukaan bumi (tasik, sungai, kolam dan lautan), air
bawah tanah atau dalam batuan, ais dan glasier mahupun wap-wap air yang berada di
udara. Air memainkan peranan yang amat penting untuk manusai di muka bumi ini. Ia
bukan. Sistem Biosfera pula meliputi semua benda hidup di bumi samaada di
atrmosfera, litosfera/pedosfera, atau hidrosfera. Lapisan ini merupakan satu lapisan
interaksi atau pertembungan antara semua sistem fizikal. Sistem Litosfera/Pedosfera
adalah bahagian kerak bumi yang keras yang tebalnya berubah-ubah antara 0-100km
lapisan pejal bumi dan juga lapisan tanih yang menyediakan platform bagi kehidupan di
ATMOSFERA
BIOSFERA
HIDROLOGI LITOSFERA/PEDOSFERA
Rajah 2.3.Sistem Fizikal Bumi
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
12
bumi. Tumbuhan dan haiwan dapat hidup di permukaan litosfera/pedosfera kerana
memperoleh sumber makanan yang secukupnya.
(Sumber : http://www.clw.csiro.au/education/groundwater/hydrology_diag.jpg)
Dalam Lembangan saliran, kita boleh melihat kesemua interaksi akan berlaku
antara setiap subsistem. Proses interaksi yang paling jelas dalam lembangan saliran
adalah Kitaran Hidrologi. Hal ini boleh dilihat bermula dengan proses kerpasan,
pintasan, susupan, air larian permukaan dan sejatpeluhan. Ia menjelaskan kadar aliran
dan sejatpeluhan dari peringkat semasa air mengalir dan keluar dari simpanan,
kemampuan dan isipadu penyimpanan dalam sesuatu masa tertentu.
Rajah 2.4.Kitar Hidrologi
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
13
(Sumber : http://aphs.worldnomads.com/lani/2261/raining.jpg)
Proses pertama yang untuk menghuraikan kitar hidrologi ialah melalui proses
kerpasan. Kerpasan merujuk kepada sebarang longgokan atau pemendapan berair
samaada dalam bentuk embun, hujan, dan salji. Hujan akan berlaku apabila wap air
yang terkondensai menjadi manik-manik kecil dan membentuk awan. Di dalam awan,
manik-manik tersebut akan bercantum sehingga ia tepu dan tidak boleh menampung
beban wap air lagi lalu turunlah sebagai hujan.
Kemudian proses yang akan berlaku semasa berlaku kerpasan ialah pintasan.
Apabila air hujan turun, tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan lembangan berfungsi
sebagai intersepsi. Ia berupaya melambatkan proses jatuhan air ke permukaan bumi.
Seterusnya ciri-ciri tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai peringkat ketinggian pula
menghasilkan jtuhan hujan yang berbeza. Ia boleh menyebabkan air hujan yang turun
mengalami jatuhan langsung, intersepsi silara, sejatpeluhan, titisan kanopi, aliran
batang, dan intersepsi sarap.
Rajah 2.5.Proses Kerpasan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
14
(Sumber : Wan Ruslan. 1994. Pengantar Hidrologi)
Kemudian proses yang berlaku ialah dalam kitar hidrologi ialah
Susupan/perkolasi (infiltration). Ia di panggil susupan kerana pada peringkat ini air akan
memasuki permukaan tanah melalui rongga-rongga tanih yang kosong. Keliangan dan
ketelapan bair sangat penting dalam proses ini (Douglass, 1977). Sifat dan cirri-ciri tanih
yang berbeza menyebabkan kadar intersepsi yang berlaku bagi setiap jenis tanih adalah
berbeza. Kebolehupayaan tanah untuk menyusup air bergantung kepada Saiz liang,
kandungan lembapan tanih dan tumbuhan tutup bumi (Carson dan Kirkby, 1972). Tiga
proses yang paling penting ialah kemasukan air ke dalam tanih, simpanan air di dalam
jisim, dan penyerakan air melalui proses perkolasi. Proses perolasi ini digerakan
olehdaya kapilari dan graviti dan di pengaruhi oleh darjah ketelapan tanih.
Rajah 2.6.Proses Pintasan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
15
(Sumber:http://www.ocrwm.doe.gov/ym_repository/studies/sitechar/images/infiltration.jp
g)
Seterusnya adalah proses Air Larian permukaan (runoff). Pergerakan air sama
ada dalam bentuk bebenang halus ataupun sebagai aliran deras di permukaan cerun
dan masuk ke dalam sungai (Selby, 1993). Hal ini berlaku kerana tanih sudah tidak
mampu menjalankan proses susupan lagi akibat tanih tepu ataupun hujan lebat.
Rajah2.7.Proses susupan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
16
(Sumber:http://www.desktopscenes.com/Scenes%20from%20Glacier%20National%20P
ark%20(2004)/Runoff%20Waterfall%20Near%20Logan%20Pass.jpg)
Proses terakhir ialah Sejat peluhan. Cahaya matahari memainkan peranan yang
paling penting kerana melalui tenaga, ia akan memanaskan permukaan air yang
terdedah seperti tasik, sungai, kolam dan lautan. Pemanasan ini menyebabkan cecair
yang tersejat akan ditukarkan menjadi wap air. Air yang terperangkap pada permukaan
daun disebabkan oleh hujan atau transpirasi juga akan disejat oleh tenaga matahari.
Rajah2.8. Proses Air Larian Permukaan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
17
(Sumber:http://www.atmos.uiuc.edu/earths_atmosphere/images/water_cycle/hydrologic_
cycle2.jpg)
Melalui proses-proses yang berlaku, elemen-elemen sistem bumi mempunyai
kawalan yang tersendiri dan sentiasa berkerjasama sebagai rakan sepasukan untuk
mengekalkan keseimbangan setiap system secara berterusan. Interaksi yang berlaku di
kenali sebagai faktor penggalak, faktor pengehad dan agen penerima. Setiap system
akan berkomunikasi untuk menentukan jumlah bahan yang akn dipindahkan mengikut
kadar tetapan yang mampu di terima oleh sistem seterusnya (Nordin Sakke et.al, 2008)
contohnya sekiranya wap air di udara berkurangan, signal akan dihantar kepada faktor
penggalak seperti matahari dan angin bagi membolehkan cecair ditukarkan kepada wap
air. Sekiranya sesuatu lembangan tidak mampu menerima kemasukan air, wap air tadi
akan membentuk awan dan awan akan menghalang faktor penggalak matahari. Sejatan
kurang menyebabkan proses pembentukan hujan akan dapat diperlahankan.
Rajah 2.9. Proses Sejatan/Sejatpeluhan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
18
2.D. LEMBANGAN SALIRAN SEBAGAI SISTEM KEGUNAAN MANUSIA
Selain menjadi sistem fizikal, Lembangan Saliran juga berperanan sebagai
sistem kegunaan manusia (Jamaluddin Md Jahi, 2000). Keperluan dan kehendak
manusia yang semakin meningkat menyebabkan permintaan terhadap sumber daripada
lembangan saliran turut meningkat. Sistem kegunaan manusia meliputi semua aktiviti
sosial dan ekonomi sama ada sebagai memenuhi keperluan atau untuk mendapatkan
keuntungan. Terdapat empat proses penting di dalam sistem kegunaan manusia iaitu
persepsi, membuat keputusan, merancang dan tindakan (Jamaluddin Md Jahi, 2000).
Persepsi seseorang individu bergantung kepada tahap pengetahuannya terhadap alam
sekitar dan pada kebiasaannya, sesuatu keputusan dibuat berdasarkan persepsi
tersebut. Jika seseorang individu mendapati berlaku kepincangan tindakan yang
sewajarnya diambil bagi menangani kepincangan tersebut akan dirancang.
Antara kepentingan yang di perlukan oleh manusia ialah :
(sumber : ubahsuai dari Jamaluddin Md.Jahi)
Reakreasi/ pelancongan
Agrikultur
Kesihatan
Perhutanan
Pengangkutan
Perindustrian
Perikanan
Pertempatan Perlombongan
Perdagangan Pendidikan
Hidupan liar
KEPENTINGAN LEMBANGAN
SALIRAN
Sumber tenaga
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
19
2.E. SALING INTERAKSI ANTARA KOMPONEN LEMBANGAN SALIRAN
Lembangan Saliran boleh diklasifikasikan sebagai sistem terbuka kerana sifatnya
yang akan menerima input tenaga dan bahan-bahan dari atmosfera. Keadaan ini
mewujudkan hubungani antara angkubah-angkubah untuk mengekalkan keseimbangan
ekosistem. Hubungan tersebut juga mewujudkan maklumbalas iaitu merujuk kepada
output sesuatu sistem menyebabkan perubahan positif ataupun negatif. Terhadap
komponen yang diukuar (Pidwirny, 2006). Proses Interaksi Komponen lembangan
saliran juga merujuk kepada hasil tindakan manusia ke atas lembangan saliran atau
sistem fizikal bumi dan kesan yang berlaku hasil tindak-balas tersebut. Interaksi di
antara manusia dan sistem fizikal juga boleh menghasilkan respon positif ataupun
negatiif yang bersifat timbal balas. Lazimnya aktiviti manusia ke atas sistem akan
mengubah keharmonian sejagat. Bahkan gangguan-gangguan manusia akan
menyebabkan proses penggalak meningkat dan menghasilkan tindakbalas positif secara
berterusan. Keadaan ini akan mengakibatkan perubahan sistem hidrologi dalam
lembangan saliran. Biasanya hasil interaksi antara manusia dengan lembangan saliran
akan membawa kepada tiga perkara Iaitu perubahan (changes), kesan (effects) dan
akibat (consequences or impacts).
Terdapat tiga kumpulan perubahan yang akan berlaku ke atas sistem lembangan
saliran. Pertama merujuk kepada perubahan litupan tumbuhan (land cover) di mana
berlaku proses membersihkan kawasan hutan sehingga mendedahkan permukaan
Manusia Alam Sekitar
Rajah 2(e).Interaksi Manusia Dan Alam Sekitar
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
20
tanah di sebabkan aktiviti penebangan hutan, pertanian, perbandaran dan
perlombongan. Kumpulan perubahan kedua pula berhubung-kait dengan penggunaan
dan pengeksploitasian air. Kegunaan air pula amat di perlukan untuk tujuan kegunaan
domestik, pertanian, perindustrian, pembinaan kawasan tadahan, dan perbandaran. Dan
yang terakhir ialah kumpulan perubahan kumpulan ketiga iaitu merujuk kepada kerja-
kerja pengubahsuaian jaringan alur. Ia meliputi aktiviti memperdalam alur dan kerja-
kerja di kawasan dataran banjir untuk mengelakan di tenggelami air (Arnel, 2002 : 170 -
171).
Untuk menghuraikan kesan dan akibat yang terjadi hasil interaksi antara
komponen ialah dengan melihat kepada aktiviti yang telah dilakukan oleh manusia.
Misalnya aktiviti perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perindustrian dan
kawasan reakreasi Bandar telah memberi impak yang amat buruk terhadap lembangan
saliran kerana berlaku perubahan guna tanah secara besar-besaran terhadap kawasan
litupan. Manusia mengubah telah mengubah kawasan telap air menjadi kawasan yang
tidak telap air melalui pembinaan jalan raya, membina bangunan, kompleks beli-belah,
dan kawasan letak kereta. Hal ini menyebabkan proses susupan tidak dapat di jalankan
terutama semasa hujan. Kesemua air hujan yang turun akan mengalir sebagai air larian
permukaan kerana kawasan permukaan di litupi dengan tar, simen dan aspalt. Air larian
juga akan membawa semua sedimen seperti sampah-sarap, kelodak, pasir dan hakisan
terus ke dalam alur sungai menyebabkan alur sungai tersumbat dan menjadi cetek.
Akhirnya lama-kelamaan alur sungai yang berfungsi sebagai kawasan discas air tidak
lagi mampu untuk menampung kuantiti air yang banyak. Keadaan ini menyebabkan
kawasan Bandar mengalami masalah banjir. Biasanya banjir yang sering di alami di
kawasan Bandar adalah banjir kilat dan ia berlaku setiap kali hujan lebat. Daripada
rekod yang di peroleh, kawasan Bandar Lembah Klang merupakan salah satu lokasi
banjir kilat yang paling teruk. Contohnya pada Jun 2007, telah berlaku banjir kilat yang
teruk di sekitar Ibu Kota kerana hujan lebat yang luar biasa turun selama 2 jam. Hal ini
menyebabkan Sungai Klang melimpah dan membanjiri kira-kira 13 buah kawasn seperti
Jalan Dang Wangi, Jalan Melayu, Jalan Pantai Baru, Jalan Tun Sambatahna dan Jalan
Melaka. Begitu juga negeri Johor yang mengalami banjir teruk pada penghujung tahun
2007 di sebabkan faktor perbandaran. Selain banjir kesan terhadap ekosistem
lembanagn saliran juga menyebabkan kemusnahan habitat, hakisan dan pelebaran alur,
serta perubahan dasar sungai.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
21
Ekoran daripada aktiviti perbandaran, muncul pelbagai kesan negatif yang
terpaksa ditanggung oleh manusia sendiri. Semasa berlakunya banjir, air larian
permukaan membawa sampah sarap dan bahan-bahan yang tercemar masuk ke dalam
alur sungai. Hal ini menyebabkan sungai terpaksa menerima segala bahan pencemar
dan mengubah kualiti dan kuantiti air. Selain itu, sungai juga akan tercemar kerana
buangan sisa dari kawasan perindustrian dan juga sisa domestik isi rumah. Air sungai
yang telah tercemar akan menimbulkan pelbagai gejala penyakit dan akan menyerang
manusia. Oleh itu, manusia bukan sahaja menderita kerana masalah kekurangan
bekalan air bersih bahkan terpaksa berhadapan dengan wabak penyakit.
Misalnya pada tahun 1997, hanya 20.7 peratus daripada seluruh sungai di
Malaysia dianggap bersih dan selamat untuk digunakan kerana majoritinya berada
dalam tahap Sungai Kelas III. Oleh Masyarakat pada hari ini tidak mempunyai pilhan
kecuali tetap menggunakan air yang dibekalkan walaupun ia tidak memenuhi piawaian
kualiti yang sepatutnya. Di samping itu juga, masalah kemerosotan simpanan air bawah
tanah turut dihadapi kerana proses susupan tidak berlaku. Hal ini menyebabkan paras
air sungai rendah dan mengakibatkan masalah kekurangan air. Sekitar tahun 1997 juga
Selangor gempar dengan masalah kekurangan air kerana empangan Durian Tunggal
kering dan catuan air terpaksa dilaksanakan. Selangor juga terpaksa mendapatkan
sumber air dari Pahang untuk menampung keperluan masyarakatnya. Dan bekalan air
pada masa tersebut langsung tidak terjamin kualitinya.
3. PENGURUSAN LEMBANGAN
3.A DEFINISI PENGURUSAN
i. pengurusan merujuk kepada melaksanakan sesuatu melalui manusia.
ii. pengurusan adalah satu proses sosial yang dibentuk, disusun untuk mewujudkan
kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk
mencapai sesuatu objektif atau matlamat.
iii. pengurusan melibatkan proses kemanusiaan.
Peter E. Black mentakrifkan pengurusan lembangan sebagai rancangan
memanipulasi satu atau lebih faktor gangguan sama ada secara semulajadi atau
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
22
tindakan manusia ke atas sesuatu lembangan untuk mengubah atau mengekalkan
keadaan sumber air seperti yang diingini. Pengurusan lembangan saliran bermula
dengan memahami konsep asas dan kesepakatan semua bahagian yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak dalam membangun dan memelihara fungsi dan nilai
yang terdapat pada lembangan tersebut.
Terdapat tiga prinsip umum dalam pengurusan lembangan saliran yang telah
dikenalpasti (Black, 1970) iaitu ekologi semulajadi lembangan saliran sebagai satu
sistem seimbang yang dinamik, faktor – faktor yang mempengaruhi air larian dan ketiga
adalah taburan air di dalam ruang hidrosfera yang berkaitan dengan amalan pengurusan
lembangan. Oleh itu, pengurusan sungai merangkumi pelan pengurusan dan
pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan kawasan tadahan,
pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan pemulihan dan pemeliharaan sungai.
3.B OBJEKTIF PENGURUSAN LEMBANGAN
Pengurusan lembangan mempunyai satu objektif utama yang ingin dicapai iaitu
mengembalikan keadaan persekitaran lembangan dan komponen-komponennya yang
telah terganggu kepada keadaan asal, atau paling tidak dapat mengurangkan kesan
negatif ke tahap yang paling minimum. Sebagai contoh di Malaysia, sungai sungai yang
telah tercemar pada kelas iii dapat dikembalikan sekurang-kurangnya kepada kelas ii
menjelang 2010.
Bagi mencapai objektif ini terdapat tiga aktiviti utama yang menjadi garis
panduan iaitu aktiviti pemulihan dan pemeliharaan, perlindungan dan peningkatan
kualiti. Pertama, pemulihan (rehabilitation) terhadap tanah terbiar ataupun perubahan
secara semulajadi terhadap tanah yang mempunyai sedimen berlebihan, yang tidak di
perlukan semasa proses air larian berlaku. Pemulihan terbatas kepada kawasan yang
kecil sahaja dan biasanya ia tertumpu kepada bahagian penyimpanan. Hal ini kerana
pemulihan di bahagian penyimpanan lebih baik kerana fungsi utama adalah di bahagian
tersebut.
Aktiviti perlindungan (protection) biasanya dilakukan di bahagian-bahagian
sensitif dalam lembangan saliran. Bahagian ini dilindungi daripada sebarang aktiviti
pemulihan kerana akan menyebabkan perubahan negatif yang mendadak. Konsep
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
23
perlindungan sebenarnya bersamaan dengan pemeliharaan (preservation) yang
menghalang terus sebarang aktiviti daripada dilakukan di kawasan tersebut. Ataupun
dengan kata lain, perlindungan juga dimaksudkan sebagai tiada pengeksploitasian
(exploitation) di mana kawasan tersebut dihalang dan tidak dibenarkan untuk sebarang
pembangunan pada masa hadapan. Apabila digabungkan kedua-dua aktiviti ini untuk
masa kini dan akan datang, ia amat bermanfaat untuk mengekalkan persekitaran
terutama kepada generasi akan datang dan keadaan ini dipanggil pembangunan mapan
(sustainable development).
Aktiviti ketiga pula ialah peningkatan kualiti (enhancement). Peningkatan
kualiti lebih tertumpu kepada badan air mengikut karakter-karakternya. Keadaan ini
boleh menyempurnakan satu atau lebih sifat lembangan saliran yang dipengaruhi oleh
fungsi hidrologi ataupun kualiti air tersebut. Daripada tindakan tersebut membolehkan
setiap tamadun memainkan peranan penting untuk membuat kepelbagaian dalam fungsi
khusus dan skema pengurusan lembangan saliran atau membuat pembaharuan dalam
susunan pada peringkat-peringkat baru, menentukan hasrat atau karakter dalam
sesebuah lembangan saliran.
Ketiga-tiga aktiviti ini harus dilaksana dalam mengklasifikasikan pengurusan. Ia
bersesuaian untuk dilakukan tanpa had. Namun, secara realitinya ia sangat sukar untuk
diklasifikasikan kerana untuk mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, badan-badan yang
bertanggungjawab perlu menemui setiap agensi yang berada di tempat dan masa yang
berlainan semata-mata untuk menerangkan setiap objektif tersebut. Pengurusan
lembangan saliran yang merangkumi pemulihan (rehabilitation), perlindungan
(protection) dan peningkatan kualiti (enhancement) secara keseluruhannya merupakan
pengurusan yang terbaik (best management practices) BMPs.
3.C AKTIVITI BAGI MEMENUHI OBJEKTIF
3.C.i Aktiviti Pemulihan (Rehabilitation activity)
Pemulihan dilakukan apabila sesuatu kawasan tersebut telah disalahguna dan
diceroboh. Aktiviti penggondolan hutan terutama di bahagian cerun ynag bertujuan
untuk mendapatkan hasil balak sedikit sebanyak telah mengganggu kawasan sensitif
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
24
tersebut. Namun kebanyakan aktiviti penebangan hutan secara haram tersebut dapat
dihidu oleh badan – badan bertanggungjawab. Oleh kerana kegiatan tersebut semakin
berleluasa ia telah meningkatkan kadar hakisan, pengangkutan sedimen dan banjir di
bahagian hilir.
Contohnya aktiviti penggondolan hutan terbesar di Lembangan Copper (Copper
Basin) yang memiliki keluasan kira – kira 60 ribu ekar persegi. Ia terletak di daerah
Ducktown di wilayah Tennessee. Akibat daripada penggondolan hutan tersebut telah
menghasilkan gas sulfur dioksida di mana ia merupakan kombinasi antara air dengan
asid sulfurik yang menyebabkan berlakunya hujan asid. Kawasan yang dikhususkan
sebagai kawasan sensitif adalah kawasan yang menerima hujan tahunan yang tinggi.
Kaitan antara kadar hujan yang tinggi dengan kesensitifan sesuatu kawasan adalah
kerana kawasan ini memerlukan tumbuhan melindunginya daripada berlakunya kadar
hakisan yang tinggi.
Program – program yang telah dilakukan untuk melaksanakan aktiviti pemulihan
adalah seperti pemulihan tanah pertanian. Program ini telah menghasilkan lebih banyak
perkembangan ekonomi secara mendadak serta meluas dan menambahkan BMPs
supaya ia senang diatur oleh pengurusnya. Ia melibatkan galakan, cukai, permit dan
mengenakan denda penalti kepada peladang yang tidak mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan dalam melaksanakan pemulihan tanah pertanian. Galakan yang diberikan
adalah termasuk pengurangan kadar cukai, pembiayaan kos (subsidi), ataupun wang
yang disalurkan terus kepada program-program alam sekitar. Cukai yang dikenakan
melihat kepada jenis baja yang digunakan, kekerapan penaburan baja dan kadar
menyerapannya ke dalam tanih. Permit pula boleh didapati melalui agensi-agensi yang
diiktiraf.
3.C.ii Aktiviti Perlindungan (Protection activity)
Pengiktirafan diperlukan untuk melindungi kawasan terbiar daripada berlakunya
aktiviti penggondolan hutan secara haram. Secara umumnya, melindungi kawasan
sensitif ini daripada aktiviti pembangunan adalah lebih baik dari mencari pelbagai jalan
untuk memulihkan keadaan kawasan yang telah diteroka. untuk menyempurnakan
aktiviti ini, ia memerlukan sokongan orang ramai. Dan asas ini telah berjaya meraih
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
25
cadangan agar melonggarkan kaedah pengukuran termasuklah BMPs di lapangan
hidrologi untuk mengenalpasti analisis kesan kepada alam sekitar.
Sebagai contohnya, pemulihan dan perlindungan kawasan tebing sungai yang
mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan peningkatan kualiti lembangan saliran
di kawasannya. DeBano dan Schimdt (1989) mengkelaskan zon tebing sungai di kedua-
dua belah bahagian sungai iaitu bahagian hulu dan bahagian hilir mempunyai sifat larian
air permukaan (runoff) yang berbeza dan pengaplikasian amalan pengurusan yang
spesifik mestilah disesuaikan mengikut keadaan tersebut (runoff). Melalui pemerhatian
mereka, menyatakan bahawa kawasan tersebut mestilah dilindungi melalui konteks
lembangan saliran. Mereka juga menyatakan bahawa zon di bahagian hulu sungai yang
terletak pada paras ketinggian tertinggi merupakan sumber bekalan air kepada
lembangan manakala zon di bahagian hilir merupakan sumber kegunaan kepada
pengguna sama ada manusia atau hidupan lain. Tujuan usaha – usaha mengawal
tebing di kawasan hilir adalah untuk meningkatkan keadaan sesebuah lembangan,
meningkatkan jangka masa aliran sungai semasa banjir berada pada tahap sederhana
dan menstabilkan liku – liku sungai untuk mengurangkan hakisan (DeBano & Schimdt,
1989). Tebing sungai merupakan zon yang paling sensitif dalam lembangan dan
memerlukan perhatian khusus untuk memastikan kestabilan sesebuah lembangan
dengan setiap perancangan pengurusan. Akibatnya sebahagian jenis dan zon
lembangan memerlukan perhatian yang lebih khusus dengan mengambil kira dan
melihat jenis guna tanah yang terdapat disekelilingnya.
3.C.iii Aktiviti Peningkatan Kualiti (Enhancement activity)
Program pengaliran / terusan, pengawalan hakisan tebing sungai, pengairan
kawasan tanah lembap, pemulihan dan perlindungan perikanan dan program
mencantikkan semula sungai telah diletakan di bawah satu pengkelasan iaitu
pembaikan sistem sungai oleh Gillete, 1972 yang mana menurut beliau program –
program ini mendatangkan keuntungan dari segi ekonomi.
Apabila sesebuah sungai diluruskan dan ditambah dengan suatu material seperti
konkrit atau bahan buatan lain, ia masih boleh distabilkan sekiranya struktur yang
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
26
berfungsi untuk mengurangkan tenaga dimasukkan atau jika aliran tersebut dikawal dari
hulu hingga ke seksyen akhir.
Di Belanda misalnya, strategi tebatan banjir memberi penekanan kepada
simbiosis antara aspek kejuruteraan sungai dan fungsi ekosistem. Kejuruteraan sungai
membabitkan inisiatif peningkatan keupayaan saliran sungai dan sistem perparitan
untuk menampung dan mengalirkan air semasa curahan hujan maksimum dalam
tempoh 100 tahun. Selain itu, fungsi ekosistem perlu dilestarikan pada tahap terbaik
termasuk mengekal bahkan meningkatkan keluasan kawasan hijau dipenuhi pokok dan
tumbuhan lain untuk mengurangkan impak aliran air permukaan mengalir deras ke
sistem pengairan. Semakin banyak pokok maka semakin tinggi pula keupayaan
penyerapan dan penakungan hujan yang boleh mengurang dan memperlahankan aliran
air permukaan.
Di Malaysia, pelestarian fungsi ekosistem sungai dalam projek penebatan banjir
di Kuala Lumpur dapat dilakukan melalui beberapa langkah iaitu:
♦ Membina taman awam yang besar seperti di Hyde Park London (350
ekar) atau Central Park New York (843 ekar) sebagai pengimbang suhu,
pembekal oksigen, penyerap hujan dan penebat banjir.
♦ Mewartakan kawasan di hulu lembangan Sungai Gombak, Sungai
Kerayong dan Sungai Klang sebagai hutan simpan sekunder. Keluasan
litupan hijaunya perlu dipertingkat dan dipulihara.
♦ Membina lebih banyak kolam takungan hujan yang juga berperanan
sebagai kolam rekreasi di tempat strategik.
♦ Menukar sistem saliran dan landskap sedia ada secara berperingkat
kepada sistem lebih mesra alam seperti digariskan dalam Manual Saliran
Mesra Alam (MASMA) yang disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS).
Aktiviti – aktiviti lain yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia adalah seperti
Program Sungai Angkat yang dijalankan oleh JPS dan badan lain bagi menggalakkan
penglibatan masyarakat dalam penjagaan sungai. Antara sungai yang terlibat dalam
program ini ialah Sungai Gombak, Sungai Lui (Hulu Langat), Sungai Batu (Kuala
Lumpur), Sungai Lendu (Alor Gajah), dan Sungai Skudai (Johor Bahru).
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
27
Selain itu antara projek perintis MASMA yang dilaksanakan dengan kerjasama
Universiti Sains Malaysia dan JPS ialah Sistem Saliran Bio-Ekologi (BIO-ECODS).
Projek ini adalah salah satu alternatif pengurusan air larian hujan yang mesra alam dan
mapan untuk memenuhi konsep kawalan kuantiti dan kualiti air larian hujan seperti yang
disarankan oleh MASMA. Projek ini merupakan projek pertama yang dilaksanakan
bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara yang menggabungkan pelbagai
komponen BMPs. Komponen – komponen yang terdapat dalam BIOECODS adalah alur
berumput (swale), kolam takungan kering (dry pond), kolam basah (wet pond), tanah
lembap (wetland), kolam tahanan (detention pond), dan kolam rekreasi. Ia berperanan
untuk mengurangkan kadar alir air larian, isipadu air larian dan beban bahan
pencemaran dengan melaksanakan kaedah kawalan pada punca. Hasilnya projek BIO-
ECODS ini telah berjaya mengecilkan puncak dan isipadu air larian dan juga melalui
konsep penyucian berterusan telah membantu kualiti air larian BIOECODS menepati
kualiti kelas IIB Piawaian Kualiti Air Kebangsaan Malaysia dan kolam ekologinya berjaya
mengurangkan kepekatan bahan cemar.
Aplikasi BIOECODS telah dilakukan di Wad Forensik Hospital Bahagia, Tanjung
Rambutan, Ipoh, Perak dan telah siap sepenuhnya pada Jun 2004. Kedua Asrama Anak
Yatim Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Kota Bharu,
Kelantan telah siap pada Julai 2006. Ketiga Klinik Kesihatan 2 Taiping, Perak yang
masih dalam pembinaan. Keempat Lot 40367 Sg. Kinta, Mukim Hulu Kinta, Daerah
Kinta, Ipoh, Perak juga masih dalam pembinaan.
4. KESIMPULAN
Pengurusan lembangan saliran secara menyeluruh merupakan satu topik alam
sekitar yang sangat penting masa kini. Pengurusan menyeluruh suatu lembangan
memerlukan penglibatan dari pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalah-
masalah komplek yang timbul. Setiap lembangan mempunyai sifat yang unik yang perlu
diterokai dan difahami sebaik-baiknya supaya rancangan pengurusan yang dibangunkan
dapat berfungsi dengan efektif. Dalam usaha untuk membangunkan rancangan
pengurusan lembangan secara menyeluruh, beberapa langkah mesti diikuti. Perkara
yang paling penting adalah analisis menyeluruh mengenai sifat fizikal sesuatu
lembangan mesti dipantau. Sifat ini termasuklah struktur geologi, tanih, topografi atau
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
28
cerun, cabang-cabang sungai, dan kawasan tanah lembap. Selain aspek fizikal
persekitaran semulajadi, aspek sosioekonomi dan politik yang terdapat di dalam
lembangan tersebut perlu diambil kira dan dianalisis secara individual kemudian
digabungkan supaya matlamat dan objektif yang dirangka dalam pengurusan dapat
dicapai.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
29
Rujukan
Black. P.E. 1996. Watershed Hydrology. (2nd edition). Michigan: Ann Arbor Press Inc.
DeBarry. Paul A. 2004. Watersheds: processes, Assessment and Management. New
Jersey: John Wiley & Sons Inc.
Dingman S. Lawrence. 1994. Physical Hydrological. New York: Macmillan Publishing
Company.
Gregory, KJ, Walling DE. 1973. Drainage Basin Form and Process: A Geomorphological
Approach. Norwich: Edward Arnold.
Elizabeth K. Berner, Robert A. Berner. 1987. The Global water Cycle: Geochemistry and
Environment. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Haliza Abdul Rahman. 2007. Satu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai di
Malaysia. Dibentangkan di Persidangan Geografi. 8 – 9 September 2007.
Tanjung Malim: UPSI
Mostafa M. Soliman et al. 1997. Environmental Hydrogeology. New York: Lewis
Publishers
M. Svenden (ed). 2005. Irrigation and river Basin Management: Options For Governance
and Institutions. Cambridge: CABI Publishing.
Nordin Sakke et al. 2008. Memahami Proses- Gerakbalas Lembangan Saliran Dalam
Konteks Kajian Hidrologi dan Sumber Air. (dalam proses penerbitan). Kota
Kinabalu: UMS
Jamaluddin Md.Jahi. 2000. Considering Social And Economic Aspects in Integrated
River Basin Management system. National Conference On Sustainable River
Basin Management in Malaysia. 13 - 14 November 2000. Bangi : UKM
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
30
Wan Ruslan Ismail. 1994. Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
“Sistem Saliran Mapan: Penyelesaian Banjir Kilat, Pencemaran Sungai dan Kekurangan
Air untuk Kesejahteraan Sejagat” (atas talian) http://www.spgis.gov.my
“Watershed Function” dan “Watershed Hydrology” dlm.
http://www.watershedhydrology.com
“Strategi Lestari Fungsi Ekosistem Elak Bah” (atas talian) http://www.web.utm.my
“Gambarajah Kitaran Air-The Water Circle” (atas talian) http://www.image.google.com
http://www.co.berks.pa.us/conservation/lib/conservation/images/watershed/what_is_wat
ershed_action.gif
http://geoscape.nrcan.gc.ca/h2o/bowen/images/watershed_e.jpg
http://www.co.berks.pa.us/conservation/lib/conservation/images/watershed/what_is_wat
ershed_action.gif
http://echo.epfl.ch/VICAIRE/mod_1a/chapt_2/main.htm
http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html
http://www.atmos.uiuc.edu/earths_atmosphere/images/water_cycle/hydrologic_cycle2.jp
g
http://www.ocrwm.doe.gov/ym_repository/studies/sitechar/images/infiltration.jpg
http://www.desktopscenes.com/Scenes%20from%20Glacier%20National%20Park%20(2
004)/Runoff%20Waterfall%20Near%20Logan%20Pass.jpg
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
31
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.