Kertas Kerja Instruksional

  • Upload
    pok-yie

  • View
    211

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

1

EFIKASI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DALAM KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE ARAH TRANSFORMASI SEKOLAHOLEH ENCIK GOH BOON POH PENGETUA SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN HENG EE PULAU PINANG. PN. TEOH HONG KEAN PESERTA NPQH KOHORT 10 INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA KEDAH DARUL AMAN.

ABSTRAK Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatan pencapaian pelajar yang cemerlang baik daripada segi akademik mahupun daripada aspek kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Kertas ini adalah suatu hasil refelksi pengetua, guru-guru dan pegawai pelajaran daerah tentang perubahan yang berlaku di sekolah itu. Sekolah yang corot dapat ditransformkan m e njadi sekolah cemerlang. Sekolah itu menekankan disiplin yang utuh dan pembentukan sahsiah yang unggul dalam setiap pelajar. Di samping itu, perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengajaran bermatlamat, pengharapan yang tinggi, pengukuhan yang positif, pemantauan terhadap perkembangan, hak dan tanggungjawab murid, permuafakatan rumah-sekolah dan organisasi pembelajaran diamalkan oleh pihak pentadbir u n t u k m e m antapkan kecemerlangan sekolah. Dengan pengurusan hal ehwal murid dalam aspek disiplin kepada pelaksanaan kokurikulum dalam bidang seni pertunjukan, dan diikuti dengan kepemimpinan instruktional, sekolah itu berjaya mengecap pencapaian akademik dan kokurikulum y a n g cemerlang. Kepemimpinan instruktional memperihalkan pengawasan dan pengurusan kelas yang sistematik, peluang belajar yang bertambah, persekitaran yang selamat, harapan untuk berjaya dapat menyumbang kepada kejayaan sekolah ini dan memartabatkan impian pelajar.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

2

1.

PENGENALAN Sekolah Berkesan yang dipopularkan oleh Mortimore (1993) menegaskan

kepada misi yang jelas, pengharapan kejayaan yang tinggi, kepemimpinan instruktional, pemantauan kemajuan pelajar yang kerap, peluang belajar dan masa tugasan pelajar, persekitaran yang selamat dan tersusun, dan perhubungan rumah dan sekolah. Kepemimpinan Instruktional yang diuar-uarkan oleh Mortimore (1995) memberi tumpuan kepada perancangan strategik, mengiktiraf keperluan untuk membentuk status quo, menyalurkan tenaga ke arah proses perubahan, melindungi pelajar, memantau dan menilai kerja pelajar dan menambahbaik sekolah. Oleh itu, pelajar dapat belajar di sekolah dengan selesa dan selamat. Mereka mempunyai rasa sayang akan sekolah. Mereka dapat menganggap sekolah itu bagaikan rumah mereka sendiri. Dengan perasaan sebegini, maka terbentuk suatu motivasi intrinsik untuk menjaga nama baik diri dan sekolah. Pelajar digalakkan berkongsi bebanan tentang proses dan hasil pembelajaran mereka. Kertas kerja ini ditulis bertujuan berkongsi pengalaman seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (1994), kemudian dinaik pangkat kepada Penolong Kanan Pentadbiran (1997) dan Pengetua (2004) sampai pada hari ini di Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee di Pulau Pinang. Kajian kes dan penghasilan kertas kerja ini adalah untuk memetakan refleksi pengalaman transformasi sekolah, amalan yang diguna pakai dikongsi bersama para pejuang pembentukan modal insan negara. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya berlandaskan sekolah yang homogenus (99.3% pelajar cina: 70.3% pelajar lelaki cina, 29.7% pelajar perempuan cina) dan sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan pada 1961; idea dan tindakan yang diutarakan mungkin tidak sesuai diimplimentasikan di sekolah lain. Kertas kerja ini mempunyai lima (5) bab. Bab pertama memberi pengenal yang jelas tentang kertas kerja; Bab 2 menceritakan latar belakang sekolah dan era pra transformasi; Bab 3 merupakan kemuncak kertas yang memperihalkan lima (5) fasa transformasi yang berlaku; Bab 4 memberi gambaran tentang faktor- faktor kejayaan dan Bab 5 adalah rumusan kertas ini.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

3

2.

LATAR BELAKANG SMJK Heng Ee adalah sebuah sekolah harian biasa dan bukan sekolah

kawalan. Sekolah ini menerima pelajar daripada sekolah rendah jenis kebangsaan yang berhampiran. Dewasa ini, banyak pelajar Melayu, India dan bangsa lain menuntut di sekolah ini setelah tamat persekolahan di sekolah rendah jenis kebangsaan.

2.1

Sejarah Sekolah Pengasas SMJK Heng Ee ialah Dato Rev. Father Arthur Julien. Beliau

seorang mubaligh berbangsa Belgium. Pada tahun 1957, Father Julien menggunakan Sekolah Convent Tamil di Jalan Penang dan sebuah teratap di sebelah gereja Pulau Tikus untuk menubuhkan sekolah persendirian. Sekolah itu mengajar kanak-kanak miskin dan yang lanjut umur. Dengan kesungguhan dan kegigihan Father Julien, persekolah bermula di sebuah premis di persimpangan Jalan Free School dan Jalan Hamilton. Sekolah Heng Ee pada masa ialah sebuah sekolah persendirian. Pada tahun 1967, Sekolah Heng Ee menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebahgsaan (conforming school). Pada awalnya, sekolah ini sekolah lelaki. Pada 1991, pelajar perempuan diterima. Kelas Tingkatan Enam Aliran Sains diadakan pada tahun 2001 manakala kelas Tingkatan Enam Aliran Sastera dibuka pada 2003. 2.2 Era Pra Transformasi

Pelajar sering bergaduhan dan berjudi di belakang kantin; pinggan mangkuk sering dirosakkan; susah untuk dikawal. ujar seorang pengusaha kantin lama Prestasi pencapaian akademik SMJK Heng Ee tidak menggalakkan, masalah disiplin yang menjadi-jadi dan masalah gangsterisme, guru kurang bermotivasi untuk mengajar dan jelas sekali bukan pilihan ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah ini. Pelajar kelihatan liar, kurang kawalan dan bermaharaja lela di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran (P & P) langsung tidak mampu dijalankan tanpa insiden yang tidak menyenangkan. Budaya sekolah amat buruk sekali.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

4

Dulu, pelajar yang kena marah dan denda akan membalas dendam. Mereka akan mencalarkan kereta guru. Pelajar menjatuhkan pasu bunga dari tingkat tiga dan merosakkan kereta guru disiplin. komen Cikgu Leow Lee Hooi yang mula bertugas pada 1975 hingga kini

Kerusi dan meja terpaksa disimen ke lantai, kepingan kayu pada kerusi yang tebal diguna pakai untuk mengurangkan kes vandalisme dan digunakan sebagai senjata semasa pergaduhan. Daun pintu yang tebal bertujuan untuk mencegah kos membaiki dan tukar ganti yang mahal. Walau bagaimanapun, sekolah ini masih mempunyai kekuatan: hasrat dan sokongan padu Lembaga Pengurus Sekolah untuk meningkatkan prestasi dan mengubah imej sekolah, pentadbiran sekolah sesi petang yang masih terkawal dan guru berpotensi menyumbang tenaga untuk membetulkan situasi. Warga SMJK Heng Ee dahaga akan perubahan kerana situasi sekolah di luar kawalan. Identiti individu dan sekolah tercemar, sejajar dengan Teori Perubahan oleh Kurt Lewin (unfreezing-changing- refreezing) dalam buku Embi, 2003. Pihak pentadbir yakin transformasi sekolah dapat diadakan dengan stail kepemimpinan yang autokratik dan berwawasan. Pada saat krisi, cara pengeloaan yang berbentuk menggempar (unfreezing) memang kena pada tempat dan masanya. Tindakan yang drastik dan dinamik adalah ubat yang paling murjarab pada era itu.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

5

3.

TRANSFORMASI SEKOLAH Transformasi sekolah dijalankan beringkat-peringkat. Hallinger et al., 1996

memberi garis panduan yang terperinci tentang kepemimpinan yang berkesan dalam menstranformasikan sekolah: merancang, memberitahu, mengarah, menyokong dan menilai.

Rajah 1 MODEL PEMBUDAYAAN SMJK HENG EE PULAU PINANGMENTARBIAH MANUSIA

DISIPLIN

KAUNSELING

AKADEMIK

KOKURIKULUM

SAHSIAH

Adaptasi daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Stail SMJK Heng Ee menstranformasikan sekolah mirip kepada model SKPM. SKPM hanya diperkenalkan kepada sekolah pada awal 2000 untuk memupuk kemenjadian murid. Walau bagaimanapun, SMJK Heng Ee menegaskan aspek disiplin dan kaunseling. Kedua-dua tunjang utama ini seiringan dan saling membantu. Oleh itu, SMJK mengambil lima (5) fasa untuk mencapai tujuan tersebut seperti yang tersenarai di bawah. 3.1 Fasa 1 (1994-1995) Pada fasa perubahan yang terunggul, suasana sekolah yang teratur menjadi fokus utama. Piahk pentadbir berpendapat bahawa sekolah memerlukan suatu watak yang bersih dan terkawal. Maka pihak pentadbir memberi tumpuan kepada

pemotongan rambut pendek, fail disiplin pelajar dan perkongsian vis dan misi sekolah semasa perhimpunan.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

6

3.1.1

Pemotongan Rambut Pendek Sebaik sahaja menyandang jawatan baru sebagai PK HEM SMJK Heng Ee,

unit disiplin hanya mengamati gerak laku para pelajar yang bersikap ala samseng. Pengamatan kami menunjukkan bahawa segala pembaharuan yang bakal diambil hanya akan berjaya seandainya masalah disiplin pelajar ditangani terlebih dahulu. Oleh itu, dengan sokongan dan kerjasama daripada Encik Lee Hern, selaku Pemangku Pengetua pada ketika itu, kami berjaya mengimplimentasikan pemotongan rambut pendek untuk pelajar perempuan 1994. Justifikasi pelaksanaan menyimpan gaya rambut yang pendek dan kemas kami adalah untuk meningkatkan imej para pelajar perempuan agar status mereka setaraf dengan pelajar-pelajar perempuan sekolah elit jenis kebangsaan lain. Pemotongan rambut ala crew cut yang diperkenalkan oleh Encik Phuah Chuah Poay, Pengetua sekolah dilaksanakan untuk pelajar lelaki pada tahun 1995. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap pembaharuan yang dilaksanakan memang terpaksa menghadapi pelbagai halangan. Antaranya ialah kecaman daripada ibu bapa yang menuduh pihak sekolah melaksanakan sesuatu secara melulu. Tambahan pula, mereka mengadu bahawa implimentasi pemotongan rambut ala crew cut hanya mengaibkan anak mereka. Pada ketika itu, pihak sekolah tidak dapat berundur ke belakang demi memenuhi hasrat sesetengah pihak. Dengan sokongan padu Lembaga Disiplin Sekolah dan pihak media (surat khabar cina tempatan), pihak sekolah berjaya melaksanakan pemotongan rambut pendek tanpa sebarang bangkangan yang serius.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

7

3.1.2

Fail Disiplin Sekolah

Fail Disiplin Sekolah sebenarnya telah diimplimentasikan untuk pelajar sesi petang. Namun fail ini hanya mencatatkan salah laku pelajar ke dalam senarai nama kelas. Hukuman yang dikenakan pada ketika itu, adalah terserah kepada budi bicara guru disiplin. Setelah bermusyawarah dengan guru-guru disiplin sekolah, kami bersepakat untuk melaksanakan penggunaan Fail Disiplin Sekolah untuk semua pelajar. Fail Disiplin Sekolah pada peringkat ini telah ditambahbaikan. Fail ini mencatatkan segala salah laku pelajar setiap pelajar secara individu. Pada ketika itu, pihak pentadbir dan guru disiplin akan berganding bahu untuk meronda kelas dan kawasan sekitar untuk memberkas pelajar yang datang lewat dan ponteng kelas. Pelajar yang disabitkan bersalah akan dikenakan hukuman sebatan. Lembaga Disiplin dan pihak pentadbir mengadakan sesi perbincangan dan maklum balas setiap hari untuk menambahbaikan projek tersebut. Fail Disiplin Sekolah dimantapkan secara berperingkat. Fail ini ada tiga (3) helaian kertas disiplin. Helaian pertama salah laku pelajar adalah berwarna puith. Sebaik sahaja kertas putih ini dipenuhi dengan salah laku pelajar, maka ibu bapa pelajar akan dijemput ke sekolah untuk berunding dengan pihak sekolah. Perundingan pada tahap ini hanya untuk memaklumkan kepada ibu bapa akan kenakalan anak mereka di sekolah. Mereka akan disuruh menandatangani surat jaminan kepada pihak sekolah bahawa anak mereka tidak akan melanggar peraturan sekolah lagi. Seandainya mereka masih berbuat demikian, maka pihak sekolah tidak teragak-agak untuk mengenakan hukuman gantung sekolah terhadap anak mereka. Pelajar yang telah menghabiskan helaian putih akan diberi helaian biru. Seandainya mereka memenuhkan helaian biru, ibu bapa pelajar akan dijemput sekali lagi untuk menandatangani surat jaminan dan digantung sekolah paling maksimum selama dua (2) minggu. Pelajar bermasalah disiplin yang serius biasanya akan mengurangkan salah laku mereka apabila berada pada helaian merah. Seandainya mereka memenuhkan helaian merah, hukuman mandatorinya ialah buang sekolah.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

8

3.1.3

Perhimpunan Sekolah Perhimpunan sekolah pada setiap hari Rabu diperkenalkan pada tahun 1995.

Perhimpunan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pelajar dan guru akan perkembangan semasa sekolah serta hasrat pihak sekolah. Di samping itu, perhimpunan ini juga digunakan sebagai suatu wahana untuk mengembangkan visi dan misi sekolah. Lantaran itu, perhimpunan ini juga dijadikan pentas untuk melaksanakan praise and approval kepada warga sekolah yang telah

mengharumkan nama sekolah.

Pada akhir fasa ini, SMJK Heng Ee telah bertukar wajah menjadi sebuah sekolah yang agak terkawal dari segi disiplin. Semenjak pengenalan fail disiplin gerak geri pelajar dimantau dengan rapi dengan perekodan yang sistematik. Pelajar belajar dan P & P berkesan dapat memaksimumkan masa pembelajaran. Oleh itu, prestasi sekolah dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun, pencapaian akademik pelajar masih belum mencapai tahap yang diimpiankan. Ibu bapa masih kurang senang hati menghantar anak mereka ke sekolah yang kurang prestasi ini.

3.2

Fasa 2 (1996-1997) Setelah berjaya melaksanakan amalan disiplin yang ketat, fokus kami pada

kali ini pula adalah lebih kepada peningkatan dan perkembangan kokurikulum sekolah. Fasa ini lebih tertumpu kepada mencungkil dan mengasah bakat pelajar.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

9

3.2.1

Seni Pertunjukan Sekolah Oleh itu, penglibatan kokurikulum pelajar telah diperhebat. Pada 1994, hanya

12 pelajar yang terlibat dalam pancaragam sekolah. Dengan kerjasama Lembaga Pengurus Sekolah serta pembaharuan yang diperkenalkan dalam seni pertunjukan, bilangan ahli turut meningkat.

3.2.1.1

Kumpulan Koir Sekolah Pada tahun 1994, Kumpulan Koir Sekolah telah ditubuhkan. Selepas dua tahun

berkempen, bilangan ahli berlipat ganda daripada 35 kepada 80 pelajar. Pada tahun 1997, Kumpulan Koir sekolah ini berjaya memperoleh Sijil Cemerlang dan Johan Negeri dan Naib Johan Kebangsaan pada 2000 dalam Pertandingan Koir SekolahSekolah. Kumpulan ini berjaya mempertahankan Johan Peringkat Negeri selama

enam (6) tahun berturut-turut. Dalam Kejohanan Nyanyian Lagu- lagu Bahasa Cina pada 2004, 2005 dan 2006, kumpulan koir yang sama memperoleh Johan Peringkat Negeri dan Kebangsaan.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

10

3.2.1.2

Orkestra Cina Kumpulan Orkestra Cina ditubuhkan pada 1996. Pembentukan seni muzik

klasik ini berjaya memulihkan budaya yang kian luntur di samping menyemai jati diri dan disiplin diri yang tinggi.

3.2.1.3

Konsert Sekolah Konsert Sekolah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1996. Persembahan

konsert ini adalah julung-julung kali dalam sejarah sekolah. Persembahan konsert SMJK Heng Ee bukan sahaja menarik bahkan juga bertaraf profesional (keratan akhbar cina tempatan) dan telah berlanjutan hingga kini. Setiap kali persembahan diadakan, konsert sekolah sering kali tersiar di dada-dada akhbar.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

11

Atas kecemerlangan SMJK Heng Ee dalam bidang Seni Pertunjukan , sekolah ini terpilih sebagai penerima Xin-Chuan Award yang merupakan anugerah tertinggi untuk sekolah-sekolah yang cemerlang dalam keempat-empat bidang dalam Seni Pertunjukan iaitu nyanyian, tarian, drama dan muzik. SMJK Heng Ee merupakan penerima anugerah berprestij yang keempat di Malaysia.

Kesimpulannya, pelajar SMJK Heng Ee dapat mempamerkan bakat yang terpendam dengan berjayanya. Walau bagaimanapun, pencapaian akademik masih ketinggalan. Pihak pentadbir sekolah masih kurang senang hati dengan prestasi PMR dan SPM yang sederhana sahaja. Maka P & P di bilik darjah dijadikan sasaran.

3.3

Fasa 3 (1998-2000)

Keadaan disiplin yang terkawal dan perkembangan kokurikulum yang agak membanggakan telah mendorong pihak pentadbir untuk mengkaji semula

perkembangan akademik sekolah. Pada peringkat ini prestasi akademik pelajar sekolah masih di tahap yang kurang memuaskan. Oleh itu, pelbagai projek akademik telah diperkenalkan dalam fasa ini. Antaranya ialah kelas tambahan untuk pelajar sesi pagi dan sesi petang, Program BITARA, Program Zero E untuk pelajar PMR dan ceramah kecemerlangan akademik dilaksanakan.

3.3.1

Kelas Bimbingan anjuran PIBG

Kelas tambahan anjuran PIBG telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar pada sesi petang. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar yang kurang memuaskan. Pada ketika itu, sasaran kami juga untuk membantu pelajar dari Tingkatan Peralihan untuk memantapkan penguasaan bahasa mereka. Kelas tambahan ini telah terbukti keberkesanannya apabila prestasi meningkat dalam keputusan PMR mereka. Sebagai tindakan susulan, pelajar yang telah meningkat ke Tingkatan 3 pada sesi pagi ditawarkan menghadiri kelas tambahan . Kelas Tambahan sesi pagi yang diperkenalkan dan membenarkan pelajar-pelajar miskin menghadiri kelas tambahan tanpa dikenakan yuran yang tinggi iaitu hanya RM10 untuk empat (4) kali kelas

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

12

bimbingan . Pelajar yang benar-benar kurang berkemampuan akan diberi biasiswa oleh PIBG sekolah untuk menghadiri kelas ini.

Jadual KEPUTUSAN STPM 2004 Keputusan Pelajar Cemerlang (Take Off Value) Keputusan Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 3.3.2 Nama Lim Wei Huang Sim Suat Yin Oh Hock Lye Fong Yew Weng Lee Hooi Theng Chia Su Fan Tiang Tow Leong Lum Chia Yuee Chia See Yan Soon Chang Ping P'ng Su Ching Lee Heng Leong Soon Kim Hock Loh Sin Hoon Goh Pei Yoong Koay Kim Leong Goh Siew Tying Loo Zixi A Word A Day Suatu program pengukuhan kosa kata untuk ketiga-tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina, dan bahasa Inggeris diperkenalkan pada tahun 1998. Tujuan program ini adalah untuk mengukuhkan kosa kata pelajar sesi petang iaitu dari Tingkatan Peralihan ke Tingkatan 2. Pelajar sesi petang akan dihimpunkan di dewan sekolah untuk mengikuti program ini sebelum loceng masuk kelas untuk waktu pertama. Kosa kata dengan maksudnya akan terpampang di papan white board. Program A Word A Day kemudian dipertingkatkan kepada A Sentence A Day. UPSR 1997/1998 15 poin 15 poin 14 poin 14 poin 12 poin 11 poin 10 poin 9 poin 8 poin 19 poin 16 poin 15 poin 14 poin 13 poin 12 poin 11 poin 10 poin 9 poin PMR 2000 1A 2A 5A 8A 3A 6A 5A 8A 7A 6A 6A 3A 2A 6A 1A 5A 4A 8A SPM 2002 7A 9A 8A 9A 10A 9A 6A 10A 9A 10A 7A 2A 1A 8A 2A 4A 9A 6A STPM 2004 4A 4A 4A 4A 4A 4A 4A 4A 4A 3A 3A 3A 3A 3A 3A 3A 3A 3A Catatan

UPSR: BM (D, B) UPSR: BM (B, D) UPSR: BM (B, D)

UPSR: BM (C, D)

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

13

3.3.3

rogram BITARA, Program Zero E untuk pelajar PMR dan ceramah kecemerlangan akademik

Program Intervensi BITARA dan Program Zero E bertujuan untuk mengikis pelajar-pelajar di peringkat galus (antara gagal dan lulus). Pihak pentadbbir sekolah dan ketua panitia bermesyuarat untuk mengesan akar umbi masalah yang dihadapi pelajar sekolah ini. Pemantauan yang berskala telah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Selain itu, guru mata pelajaran yang ingin menjalankan projek secara bersendirian demi meningkatkan prestasi sekolah digalakkan dengan bantuan pihak pentadbir. Unit Bimbingan dan Kaunseling menjemput para penceramah untuk memberikan ceramah kepada pelajar dari semasa ke semasa. Penceramah yang bertauliah dijemput untuk mendedahkan kepada pelajar tentang teknik pembelajaran yang betul, teknik menjawab soalan-soalan peperiksaaan dan sebagainya.

Rajah 1 KEPUTUSAN PMR120 100 80 60 40 20 0 1994 1995 1996 1997 1998 1999 % Lulus 8A 7A 6A 5A

Rajah 2 KEPUTUSAN SPM70 60 50 40 30 20 10 0 1994 1995 1996 1997 1998 1999 % Lulus 9A 8A 7A 6A

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

14

Pada akhir fasa ini, pencapaian akademik sekolah bertambah baik. Akan tetapi, pihak pentadbir masih berhadapan dengan masalah kualiti prestasi. Guru diberi bimbingan dan latihan dalaman untuk memantapkan P & P dalam kelas. Pencerapan, penyeliaan dan penilaian diadakan untuk memastikan mutu P & P terkawal dan masa pembelajaran pelajar bertambah.

3.4

Fasa 4 (2001- 2004) Pada tahun 2000, sekolah ini dipimpini pengetua baru iaitu Encik Teoh

Kheng Hong yang berkaliber. Sokongan beliau merupakan katalis untuk sekolah maju setapak ke arah kecemerlangan. Dalam fasa ini, pihak pentadbir sekolah menekankan ciri-ciri kemanusiaan. Pelajar diperingatkan agar bersopan santun dan berbudi pekerti. Warga sekolah telah memahami dan menghayati visi dan misi sekolah untuk melahirkan insan yang progresif dan berkembang maju secara menyeluruh dari segi intelek, emosi, jasmani, dan rohani sejajar dengan FPK. Pencapaian akademik sekolah semakin meningkat dari setahun ke setahun dalam fasa keempat ini. Keadaan disiplin yang baik dan kecenderungan pelajar untuk belajar serta pelbagai projek peningkatan akademik dilaksanakan sedikit sebanyak menyumbang kepada tren kemajuan akademik sekolah.

3.4.1

Bahan Bacaan Khas Sekolah Pada tahun 2001, kami menumpu kepada usaha membentuk insan yang

kamil. Pihak pentadbir sekolah medorong dan membimbing Panitia Bahasa Cina menerbitkan satu siri bahan bacaan khas. Bahan bacaan ini bertujuan untuk menerapkan nilai- nilai murni di samping menyemai amalan suka membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu, penceramah khas dijemput untuk memotivasikan pelajar serta membina sikap jati diri pelajar. Bekas pelajar sekolah yang telah berjaya di menara gading dijemput untuk mendorong para pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk mengikut jejak mereka.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

15

Sekarang, pelajar di sini baik-baik belaka. Mereka sedar akan kesalahan dan akibat tindakan salah laku itu. Mereka tidak berani berbuat jahat di sekolah lagi. komen Cik Leow Lee Hooi 3.4.2 Kem Muzik Pada tahun 2004 kem muzik diadakan dan mengimport teknik muzik daripada peuzik-pemuzik negara-negara Asia. Pancaragam sekolah dari negaranegara Asia seperti Singapura, Taiwan, Malaysia (Kuala Lumpur, Johor, Selangor, dan Sabah) dan Jepun dijemput ke Pulau Pinang untuk mengadakan pertunjukan bersama. Tambahan pula, jurulatih muzik dan koir juga dijemput dari Jepun, Kuala Lumpur dan Singapura untuk mendidik anak murid di sekolah ini. Kejayaan sekolah ini untuk menganjurkan pelbagai kem muzik yang bertaraf kebangsaan adalah hasil kerjasama daripada PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah. Pasukan pancaragam sekolah berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Pancaragam Peringkat Negeri Pulau Pinang dan menjadi salah satu daripada dua penerima pingat emas dalam Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

16

Pihak sekolah menghadapi ledakan pelajar yang mendadah. Kawasan sekolah tidak mampu menampung bilangan pelajar yang kian bertambah. Hal ini demikian kerana sekolah ini bukan sahaja menjanjikan suasana yang selamat dan kondusif untuk pembelajaran bahkan juga mencungkil bakat pelajar dari segi kokurikulum. Setiap tahun, banyak ibu bapa akan merayu untuk mendaftarkan anak meeka ke SMJK Heng Ee mereka berpendapat bahawa SMJK Heng Ee suatu sekolah yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum kerana sistem disiplin yang ketat. Ulasan En Toh Kim Hock, Penolong Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah Pulau, Pulau Pinang.

3.5

Fasa 5 (2005- ...) Dalam fasa ini, pihak pentadbir menceburkan diri dalam aspek penerbitan

dan mendokumentasikan kejayaan sekolah dalam pelbagai bentuk media.

3.5.1

Unit Penerbitan Sekolah Unit Penerbitan Sekolah menjadi kian aktif pada fasa ini. Buletin

Sekolah diperkenalkan pada tahun 1997 untuk menyalurkan ideologi sekolah. Semua acara dan pencapaian sekolah akan dimuatkan dalam buletin ini. Buletin sekolah ini diedarkan dua hingga tiga kali setahun. Buletin ini telah dipertingkatkan dari buletin hitam putih ke buletin yang berwarna. Di samping itu, majalah sekolah diperkenalkan pada tahun 1994 dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Semua keratan surat khabar tempatan tentang SMJK Heng Ee akan diterbitkan semula dalam majalah sekolah sejak tahun 2001.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

17

Selain itu, majalah Bahasa Cina Heng Feng dipertingkatkan dengan adanya lebih karya kreatif dan ilustrasi. Unit Penerbitan Bahasa Inggeris pula memperkenalkan makalah ulungnya yang bertajuk Fun English pada 2006. Makalah ini merupakan kumpulan karya penulisan pelajar-pelajar SMJK Heng Ee. Sejajar dengan itu, Unit Penerbitan Bahasa Melayu akan memperkenalkan Majalah Bahasa Melayu pada tahun 2007. Majalah Bahasa Inggeris dan Majalah Bahasa Melayu akan diterbitkan sekurang-kurangnya sekali setahun dan diedarkan kepada semua pelajar sekolah. Sekolah mula mengorak langkah ke puncak kegemilangan apabila En. Goh dilantik menjadi Pengetua sekolah ini pada 2005. Komen En. Tan Chee Kheng, guru penyelaras pencapaian akademik sejak 1997.

3.5.2

Unit Peperiksaan Dalaman Sekolah Pada tahun 2006, pihak pentadbir memastikan bahawa kualiti kertas

peperiksaan dalaman dipertingkatkan. Kertas peperiksaan yang disediakan mesti memenuhi syarat peperiksaan sumatif awam yang standard. Selain itu, kertas

peperiksaan itu mesti memenuhi syarat zero errata . Di samping itu, penyedia dan penyemak kertas Sains dan Matematik mesti merujuk kepada guru Bahasa Inggeris (sistem Buddy dalam PPSMI) untuk penyemakan Bahasa Inggeris. Sekolah ini telah berubah wajah daripada sekolah samseng ke sesebuah sekolah yang disegani iaitu sekolah yang berdisiplin tinggi. Kenyataan ini terbukti apabila rayuan ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka ke SMJK Heng Ee ( untuk Tingkatan 1) merupakan kes rayuan yang tertinggi di PPD Pulau , Pulau Pinang setiap tahun. Tambahan pula, sekolah ini merupakan sekolah bukan kawalan yang mempunyai bilangan pemohonan rayuan 7A dan 6A UPSR yang tertinggi terutamanya pada tahun 2005 dan 2006.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

18

Rajah 3 PENCAPAIAN PMR 1992-20051992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

100 80 60 40 20 0 PMR

Rajah 4 PENCAPAIAN SPM 1992-2005100 80 60 40 20 0 SPM

1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

Rajah 5 PENCAPAIAN STPM 2002- 2005

98.4

200298.2

200398

200497.8 97.6 97.4 STPM

2005

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

19

Rajah 6 ENROLMEN PELAJAR3500 3000 2500 2000 1500 1000 500 0 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

Cina Lelaki Cina Perempuan Melayu Lelaki Melayu Perempuan India Lelaki India Perempuan Lain-lain Lelaki Lain-lain Perempuan Jumlah Enrolmen

4

FAKTOR KEJAYAAN Sekolah Berkesan harus mempunyai pemimpin yang mempunyai kemahiran

teknikal, kemahiran perhubungan manusia, kemahiran pendidikan, kemahiran simbolik dan kemahiran kebudayaa (Sergiovanni, 1990). Transformasi sekolah SMJK Heng Ee berjaya dilaksanakan atas beberapa faktor yang signifikan. 4.1 Gaya Kepemimpinan Saya dan beberapa orang guru disiplin menerajui projek mentansformasikan sekolah. Kami membentuk dan menterjemah hasrat kepada guru untuk mencapai perubahan yang diimpiankan melalui kepentingan dan tenaga bersama secara kolektif (Bennis dan Nanus, 1985). Kami membina kepentingan bersama (common interest),

membentuk nilai, budaya dan kepercayaan baru untuk mencapai matlamat sekolah (Bass, 1985). Seterusnya, kami mengecap kepuasan bekerja berpasukan, meningkatkan kepercayaan dan semangat kekitaan, mempunyai identiti pasukan, peka kepada matlamat dan menjana perubahan demi mencapai kecemerlangan. Apabila disiplin pelajar bertambah baik, maka berlaku peralihan kepada pencapaian akademik. Sebagai pendidik, kita harus menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan pelajar seperti mana yang diamanahkan dalam profession perguruan, dalam Akta Pendidikan 1996, P.U.A (A) 531, Seksyan 18, 19, Peraturan 7, 8 dan 11.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

20

Perkongsian visi dan matlamat harus jelas mewujudkan semangat kekitaan dan usaha sama. Penetapan hala tuju sekolah, matlamat sekolah, penyediaan sumbersumber yang diperlukan supaya berlaku pembelajaran, penyeliaan d a n penilaian pengajaran guru, penyelarasan program pembangunan staff dan mewujudkan hubungan rakan sejawatan di kalangan guru harus dipupuk (Mortimore, 1993). Pengurusan P & P dititikberatkan selaras dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Ketrampilan guru, mengenal diri pelajar, membentuk bilik darjah yang belajar, harga diri pelajar, penilaian pembelajaran, komuniti pembelajaran dan pembelajaran yang bermakna menjadi sasaran semua warga sekolah. Dewasa ini, Model Kepemimpinan Situasi diguna pakai yang

mempelbagaikan stail kepemimpinanan mengikut kemahiran, kemahiran dan kesungguhan guru di sekolah (Hersey dan Blanchard dalam Razali, 1996). Dalam era globalisasi dengan kecanggihan teknologi maklumat, gaya kepemimpinan perlu berubah mengikut perubahan situasi untuk mencapai keberkesanan sekolah. Cara pengendalian fungsi yang berbeza-beza harus sesuai dengan situasi yang berbeza-beza. 4.2 Komunikasi yang Berkesan Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan, kemahiran komunikasi yang tinggi banyak membawa kelebihan. Pemimpin mesti dapat menawan hati guru agar matlamat sekolah tercapai. Komunikasi yang berkesan mempunyai daya pengaruh yang tinggi terhadap guru-guru di sekolah. Pengetua yang berkemahiran komunikasi tinggi dapat mempengaruhi dan memotivasi warga sekolah mencapai visi sekolah. Pengetua bertindak sebagai pemimpin instruktional dapat mempengaruhi guru supaya bersetuju melaksanakan program kurikulum secara sekarela. Guru dapat menjalankan P & P dengan berkesan: memastikan pelajar jelas tentang apa yang diajar, menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, sering memberi dan menerima maklum balas dan memantau perkembangan dan pencapaian setiap pelajar. 4.3 Kerjasama Semua warga sekolah bekerjasama secara kolaboratif untuk mencapai matlmat sekolah. Sikap tulus pemimpin dalam proses mempengaruhi dan meningkatkan aspirasi guru dapat mensasar kepada matlamat yang dipersetujui (Kouzes dan Posner, 1995). Penglibatan guru dalam membuat keputusan mempunyai korelasi yang

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

21

signifikan dengan rasa puas hati bekerja, tanggapan positif terhadap kepemimpinan pengetua dan pencapaian akademik yang tinggi (Hussein, 1993). Untuk memupuk kerjasama daripada pelbagai pihak, pengetua harus peka terhadap segala caharan dan halangan, senitasa bertindak mendengar secara aktif dan pemberi maklum balas yang mahir. Di samping itu, pengetua perlu bersifat syura (open-minded) dan menangani masalah sekolah dalam keadaan menang- menang (winwin). 4.4 Penyeliaan dan Pemantauan Pengetua sekolah harus mengambil tindakan untuk memastikan kejayaan kurikulum seperti yang terkandung dalam Akta Pendidikan 531. Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 / 1987 menekan kepada tanggungjawab pengetua menyelia P & P, memantau dan menilai pengajaran guru. Di samping itu, pengetua harus memastikan guru mengajar, pelajar belajar, P & P mengikut proses yang betul. Pemastian kualiti dalam proses penilaian diharuskan, PKPA Bil 1 / 1992. Pengetua bertanggungjawb mencerap serta memantau prestasi pelajar dan menilai prestasi sekolah. Selain itu, pengetua harus menjalankan tindakan pemulihan ke atas proses P & P yang bermasalah. Pengetua harus sedar bahawa semakin banyak pelajaran yang dikuasai, semakin tinggi pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar akan meningkat jika pelajar belajar dengan bantuan guru.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

22

5.

RUMUSAN In many ways, the school principal is the most important and influential individual in any school .. it is his leadership that set the tone of the school, the climate for learning, the level of professionalism, the morale of the teachers and the degree of concern for what students may or may not become . if a school is vibrant, innovative, child-centred place; if it has the reputation for excellence in teaching; if students are performing to their best ability, one can almost always points to the principals leadership as the key to success. Sergiovanni,1995 : 83 Oleh itu, pemimpin memainkan peranan yang penting dalam kejayaan

organisasi sekolah. Pengetua hari ini harus berani menghadapi cabaran yang semakin kompleks di sekolah pada abad ke-21. Kita sebagai penjawat awam agar bersikap akauntibiliti dan telus, menyahut seruan YAB Datuk Seri Haji Abdullah Bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita ke arah pembina insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

23

BIBLIOGRAFI Bass, B. M. (1990). From transactional to transformational leadership: Learning to share the vision. Organizational Dynamics. 18, 19-31. Direktori Sekolah-sekolah Menegah Conforming Malaysia. (2005). Majlis Pengetua SMJK Malaysia. 182-183. Fraser, B. J. (1989). Research synthesis on school and instructional effectiveness. International Journal of Educational Research. 13(7), 707-719. Hallinger, P., Bickman, L. & Davis, K. (1996). School context, principal leadership and student achievement. Elementary School Journal. 96, 498-518. Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur. DBP. Ibrahim Mamat. (1998). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepemimpinan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kozes, J. M., & Posner, B. Z. (1995). The leadership challenge: How to keep getting extraordinary things done in organization. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Lussier, R.N. (2002). Human Relations in Organizations: Application and Skill Building. Boston: Mc-Graw Hill. Majalah Sekolah SMJK Heng Ee Pulau Pinang ke-20. 2005. Mortimore, P. (1993). School Effectiveness and management of effective learning and teaching. School Effectiveness and School Improvement, 4(4), 290-310. Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools. Paper presented at Seminar Sekolah Efektif. Institut Aminuddin Baki, 13-14 Julai, 1995. Newman, F., Smith, B., Allenworth, E., & Bryk, A. (2001). Instructional program coherence: What it is and why it should guide school improvement policy. Educational Evaluation and Policy Analysis, 23(4), 297-321. Muhamad Ali Embi (2003). Konsep Asas Pengurusan Sumber Manusia: Penggunaan Konsep. KL: Utusan Publications. Razali Mat Zin. (1996). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions. Recollections of Dato Father A. Julien: A lifetime of Dedication to Chinese Education. 2005. Sergiovanni, T. J. (1990). Value-added leadership: How to get extraordinary performance in schools. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

24

Sergiovanni, T. J. (1995). The principalship: A reflective practice perspective. Boston: Allyn and Bacon. William, G. (1998). Choice Theory: A New Psychology of Personal Freedom. NY: Harper Perennial. Zafir Mohd Makhbul, Razilah Mohd Hasun. (2003). Mengurus Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Utusan Publicators. Zainuddin Zakaria, Ziadatul Hidayah Zakaria (2006). Kemahiran Memimpin: Pemimpin Terbaik Menetukan Kecemerlangan Organisasi. Kuala Lumpur: PTS Professional.

PENGHARGAAN En Balasandran A/L Ramaih, Pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra, Kedah. En. Toh Kim Hock, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pulau, Pulau Pinang. Cik Leow Lee Hooi Ketua Panitia Kemahiran Hidup, AJK Kurikulum. En. Tan Chee Kheng, Guru Penyelaras Pencapaian Akademik, SMJK Heng Ee. Pn. Tan Ah Ewe, Guru IT, SMJK Heng Ee. Warga SMJK Heng Ee.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

25

KERTAS KERJA SEMINAR KEPEMIMPINAN INSTRUKTIONAL

TAJUK EFIKASI HAL EHWAL MURID DALAM KEPEMIMPINAN INSTRUKTIONAL KE ARAH KECEMERLANGAN TRANSFORMASI SEKOLAH

SATU KAJIAN KES DI SMJK HENG EE PULAU PINANG

Pembentang: EN GOH BOON POH PN TEOH HONG KEAN

INSTITUT AMINUDDIN BAKI