5
DISEDIAKAN OLEH : PN. ANIS SUHAILY MD NOORDIN PENYELARAS LINUS LITERASI BAHASA MALAYSIA 2016 KERTAS KERJA “JOM KUMPUL” PROGRAM LINUS SK ST MARK BUTTERWORTH

Kertas Kerja Jom Kumpul Perkataan 2016

Embed Size (px)

DESCRIPTION

linus intervensi

Citation preview

DISEDIAKAN OLEH :PN. ANIS SUHAILY MD NOORDINPENYELARAS LINUS LITERASI BAHASA MALAYSIA 2016

KERTAS KERJA“JOM KUMPUL”

PROGRAM LINUSSK ST MARK BUTTERWORTH

PROGRAM LINUS‘JOM KUMPUL’

SK ST MARK BUTTERWORTHTAHUN 2016

TUJUAN

Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran

Malaysia ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan

Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti

pendidikan rendah.

Tatacara pelaksanaan dan takrifan tahap penguasaan murid untuk LINUS 2.0

mulai tahun 2013 bahawa semua murid Tahun 1 hingga Tahun 3 menduduki

dua saringan setiap tahun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. Murid

menguasai ditakrifkan sebagai murid yang melepasi kesemua 12 konstruk pada

setiap saringan yang dijalankan bagi Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa

Inggeris dan Numerasi.

Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, menerusi

Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, semua pihak yang terlibat berpeluang

dan berperanan dalam membantu membangunkan modal insan agar selaras

dengan hasrat Negara untuk mencapai kecemerlangan sistem pembelajaran.

Program ini merupakan satu usaha Unit Pendidikan Khas di bawah Program

LINUS sekolah melibatkan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-

anak. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di

luar sekolah bukan sahaja memberi pelbagai manfaat malah yang paling

penting sebagai bukti sokongan moral ibu bapa kepada anak-anak dalam

meningkatkan tahap pembelajaran mereka di sekolah. Justeru itu, program ini

mampu membina keyakinan diri serta meningkatkan minat murid untuk

belajar dengan lebih gigih.

OBJEKTIF

1. Membina keyakinan diri murid-murid LINUS. 2. Memastikan tahap penguasaan murid adalah secara berterusan.3. Memberi peluang ibubapa melibatkan diri secara langsung dalam

pembelajaran anak-anak.

PESERTA

Peserta terdiri dari murid-murid LINUS Literasi Bahasa Malaysia Tahun 2 dan 3 serta murid Tahun 4 (PROTIM) 2016.

TARIKH/WAKTU PELAKSANAAN

JAN 2015 – OKTOBER 2016

PENGISIAN PROGRAM

1. Setiap murid dibekalkan dengan sebuah beg , buku, dan kad suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat.

2. Murid akan memasukkan keratan suku kata, perkataan, frasa serta ayat-ayat yang telah dikuasai oleh murid ke dalam beg tersebut.

3. Hanya kad yang dikuasai sahaja akan dimasukkan ke dalam beg kertas tersebut.

4. Murid-murid boleh bersaing secara sihat bagi mendapatkan lebih banyak kad yang menunjukkan bahawa mereka telah menguasai suku kata, perkataan, frasa dan ayat.

5. Guru serta ibubapa/penjaga dapat memantau perkembangan pembelajaran anak-anak.

6. Disamping itu, guru, ibubapa dan ahli keluarga lain juga dapat menyoal kad yang terdapat di dalam beg kertas tersebut bagi memastikan pencapaian murid adalah secara berterusan.

7. Program ini merupakan satu program tambahan sebagai menyokong Program LINUS sekolah.

8. Pencapaian dan penguasaan murid akan direkod oleh guru.9. Murid akan menjalani program ini pada masa lapang mengikut jadual

yang telah ditetapkan oleh guru.10.Rekod pencapaian murid juga akan disemak dan diserahkan untuk

pemantauan ibu bapa pelajar.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

................................................ ...............................(Pn. Anis Suhaily Md Noordin)Penyelaras Linus Literasi Bahasa Malaysia2016