Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan

  • View
    624

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan

Transcript

  • 1

    1.0 PENGENALAN :

    Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan

    sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga

    dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

    Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-

    sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan

    pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan

    mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan Majulah Sukan Untuk Semua. Jika

    dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada

    usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.

    Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda sentiasa memberi perhatian

    terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman

    bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang. Olahraga

    merupakan teras kepada aktiviti sukan di sekolah yang secara tradisinya akan dianjurkan setiap tahun.

    Sebagai acara penting yang sepatutnya menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah, maka

    olahraga perlulah dikelolakan dengan terancang dan sempurna serta pada masa yang sesuai.

    Kejohanan olahraga sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam

    pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid

    adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang

    seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa

    Malaysia.

    Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini.

    Aktiviti sukan juga akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Pihak yang terlibat

    dalam pengurusan sukan di sekolah seharusnya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan ini

    secara sistematik, cekap dan berkesan berlandaskan keilmuan dan kemanusiaan.

  • 2

    Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada

    perkataan Greek athlos yang bermaksud bertanding. Olahraga boleh dibahagikan kepada acara

    balapan dan acara padang. Acara balapan terdiri dari acara pecut (100 meter (m), 200 m, dan 400 m)

    acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3,000 m, dan 3,000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m

    dan 10000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan

    perempuan (400 m), dan lari bergantiganti (4 x 100 m, 4 x 200 m, dan 4 x 400 m). Acara padang

    terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat kijang) dan

    acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera dan membaling tukul besi).

    Acaraacara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan sebagainya),

    acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer), acara heptatlon (7 acara untuk

    wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).

    Kejohanan olahraga sekolah adalah satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar

    sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu berusaha

    membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar institusi

    sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek,

    rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama,

    patriotik dan bersatu padu di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Surat Pekeliling

    Ikhtisas Bil. 1/1989 (Lampiran 1) menegaskan bahawa penyertaan murid dalam kegiatan sukan

    diwajibkan. Setiap murid perlu mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu jenis permainan

    atau olahraga. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu memperkemas perancangan dan pengurusan

    sukan di sekolah agar minat dan penyertaan murid dalam kegiatan sukan dapat ditingkatkan.

    2.0 PENDAHULUAN :

    Temasya Sukan Tahunan adalah satu program rasmi sekolah yang dirancang dan dilaksanakan

    pada setiap tahun. Temasya ini dijalankan khusus untuk memberi pendedahan asas tentang teknik serta

    kemahiran yang perlu dikuasai dalam bidang olahraga bagi setiap murid. Temasya sukan olahraga

    sekolah telah dimulakan pada tahun pertama pembukaan sekolah iaitu pada tahun 1986. Oleh yang

    demikian, ini adalah merupakan temasya sukan olahraga tahunan sekolah kali ke-27. Secara amnya

    sukan tahunan ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda.

  • 3

    Kejohanan Temasya Sukan Tahunan sekolah ini kebiasaannya melibatkan penglibatan semua

    murid iaitu Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Acara yang dipertandingkan bagi murid Pra Sekolah

    adalah sukaneka dan 4 x 50 meter. Acara bagi murid tahun 2 dan tahun 3 pula adalah sukaneka dan

    lari 75 meter. Acara bagi murid tahun 3 adalah sukaneka dan lari 100 meter. Acara bagi murid tahun 4,

    5 dan 6 terbahagi kepada acara padang dan acara balapan. Acara padang untuk murid tahun 4, 4 dan 6

    adalah lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Acara trek bagi murid tahun 4, 5 dan 6 pula

    adalah 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter. Temasya Sukan Tahunan ini akan

    menjadi satu platform pencarian bakat baru untuk sekolah melahirkan atlit pelapis bagi negara kita

    bagi jangka masa akan datang.

    3.0 MATLAMAT :

    i) Menyahut seruan kerajaan dalam menjalankan dasar 1 Murid 1 Sukan.

    ii) Menjana minat dan azam bagi memajukan sukan untuk mengimbangi objektif Falsafah

    Pendidikan Negara .

    iii) Melahirkan insan yang berketerampilan, berkualiti dan mempunyai nilai-nilai murni selaras

    dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    iv) Mempertingkatkan tahap kesedaran murid-murid dalam usaha menjadikan sukan sebagai

    suatu Budaya Hidup Sihat .

    v) Mengeratkan hubungan sesama warga sekolah terutama dalan usaha menjana kesefahaman

    antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui temasya sukan tahunan.

    vi) Mendidik serta melahirkan murid-murid yang kompetitif, aktif serta mempunyai ketahanan

    diri yang tinggi baik dari segi mental mahupun fizikal dalam semua bidang khususnya

    bidang sukan.

  • 4

    4.0 OBJEKTIF :

    i. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

    ii. Pendedahan peringkat awal dan dasar kepada murid mengenai sukan olahraga.

    iii. Persiapan unit Kokurikulum dalam mencari atlit pelapis sekolah bagi menghadapi

    Kejohanan Balapan dan Padang MSSD 2014.

    iv. Meningkatkan kerjasama dan semangat kekitaan dikalangan murid dan guru.

    v. Sebagai pendedahan awal murid-murid tentang potensi dan bakat diri mereka

    sendiri dari aspek Kokurikulum dan seterusnya menjana industri sukan di

    Malaysia ke arah yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

    vi. Memenuhi aktiviti Ko-kurikulum di sekolah.

    5.0 TEMA :

    Kecemerlangan Sukan Menjana Kecemerlangan Sekolah

    6.0 HARI / TARIKH / MASA / TEMPAT :

    Acara Hari Tarikh Masa Tempat

    1. Padang Selasa, Rabu 25, 26, 27 Jun 2013 4.00 pm - 5.00 pm Tempat mengikut

    jenis acara

    2. Sukaneka Jumaat 5 Julai 2013 8.00 am - 12.00 pm Padang SK Taman

    Sri Muda

    3. Perasmaian &

    Balapan

    Ahad 7 Julai 2013 8.00 am - 1.00 pm Padang SK Taman

    Sri Muda

    7.0 KUMPULAN SASARAN :

    Semua murid SK Taman Sri Muda

  • 5

    8.0 PERBELANJAAN :

    Bil. Perkara

    Kuantiti

    Jumlah (RM) 1. Hadiah / Cenderahati Murid

    Acara Jantina

    Murid Tahun 1 : - Sukaneka - 75m

    P P

    L L

    114 x RM 3.50 (3 x RM 3.50) x 2

    RM 399.00 RM 21.00

    2295.00

    Murid Tahun 2 : - Sukaneka - 75m

    P P

    L L

    117 x RM 3.50 (3 x RM 3.50) x 2

    RM 409.50 RM 21.00

    Murid Tahun 3 : - Sukaneka - 100m

    P P

    L L

    147 x RM 3.50 (3 x RM 3.50) x 2

    RM 514.50 RM 21.00

    Murid Tahun 4 : - 100m - 200m - 4 x 100m - 4 x 200m - Acara Padang

    P P P P P

    L L L L L

    (3 x RM 3.50) x 2 (3 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (9 x RM 3.50) x 2

    RM 21 RM 21 RM 84 RM 84 RM 63

    Murid Tahun 5 : - 100m - 200m - 4 x 100m - 4 x 200m - Acara Padang

    P P P P P

    L L L L L

    (3 x RM 3.50) x 2 (3 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (9 x RM 3.50) x 2

    RM 21 RM 21 RM 84 RM 84 RM 63

    Murid Tahun 6 : - 100m - 200m - 4 x 100m - 4 x 200m - Acara Padang

    P P P P P

    L L L L L

    (3 x RM 3.50) x 2 (3 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (9 x RM 3.50) x 2

    RM 21 RM 21 RM 84 RM 84 RM 63

    Terbuka Murid : - Tarik tali

    P

    L

    (10 x RM 3.50) x 2

    RM 70

    Terbuka Ibu Bapa & Pegawai : - Tarik Bola Dalam Gelung

    P

    L

    (3 x RM 3.50) x 2

    RM 21

  • 6

    Bil. Perkara Kuantiti Jumlah ( RM )

    2. Makanan & Air Mineral Murid 963 x RM 1.50 1444.50

    3. Banner 1 x RM 60 60.00

    4. Pasir Halus (Lompat Jauh) 120.00

    5. Khemah 6 x RM 250 1500.00

    Jumlah 5419.50

    - Jumlah perbelanjaan temasya sukan sebanyak RM 5088 akan dipohon melalui peruntukan

    kokurikulum sekolah.

    - Peruntukan sebanyak RM 331.50 bersama unit-unit di bawah akan dipohon melalui sumbangan

    PIBG :