6
KERTAS KERJA PENGELOLAAN KEM SUKAN SEKOLAH Peringkat SK UNICO DESA, LAHAD DATU. Tarikh 18 - 19 Oktober 2013 Tempat SK Unico Desa, Lahad Datu

Kertas Kerja Kem Sukan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Kem Sukan

KERTAS KERJA PENGELOLAAN KEM SUKAN SEKOLAH

PeringkatSK UNICO DESA, LAHAD DATU.

Tarikh18 - 19 Oktober 2013

TempatSK Unico Desa, Lahad Datu

1. PENGENALAN.

Page 2: Kertas Kerja Kem Sukan

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan adalah penting di semua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah mengatakan bahawa aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.

2. LATAR BELAKANG KEM SUKAN SEKOLAH.

2.1 Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ad-Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB sendiri.

2.2 Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN mewajibkan setiap murid menyertai sekurang- kurangnya satu aktiviti sukan yang akan dilaksanakan mulai tahun 2011.

2.3 Dasar 1MURID 1SUKAN ini merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal dan mental.

2.4 Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan mengenengahkan murid yang aktif dalam sukan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah kecemerlangan sukan. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

i. Elemen keseronokan. ii. Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainan. iii. Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasi.iv. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan sukan.

2.5 Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

3. MATLAMAT KEM SUKAN SEKOLAH.

Page 3: Kertas Kerja Kem Sukan

3.1. Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah.

3.2 Melalui rangsangan/tugasan murid dapat:

i. Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan.ii. Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab. iii. Membantu dalam penganjuran pertandingan.

3.3 Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab.

3.4 Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games).

4. OBJEKTIF KEM SUKAN SEKOLAH.

4.1 Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.

4.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan.

4.3 Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.

4.4 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

5. AHLI JAWATAN KUASA INDUK & PELAKSANA

5.1 AJK INDUK KEM SUKAN SEKOLAH

Pengerusi : En Razak bin Minlung

Timbalan Pengerusi : En Nur Azman Biran

Naib Pengerusi I : Pn Homolinda Hj Salman

Naib Pengerusi II : Pn Dermawati Abun

Setiausaha : Pn Suraya Awang Qamaruldeen

Bendahari : Pn Nurul Veena Abdullah

5.2 AJK PELAKSANA KEM SUKAN SEKOLAH

Page 4: Kertas Kerja Kem Sukan

1. Latihan / Bengkel a) En Nur Azman Biran (Hoki)

b) En Amin Sa`ata (Futsal)

e) Pn Aminah Benjare (Bola Jaring)

2. Peralatan a) En Amin Sa`ata

3. Pendaftaran a) Pn Suraya Awang Qamaruldeen

4. Penginapan a) En Ahmad Najmi Ahmed Fadzil

5. Makan / Minum Peserta a) Pn Dermawati Abun

6. Hadiah a) Pn Halimah Buting

7. Sijil a) Pn Asnida Che Rahim

8. Perubatan / Kecemasan a) Pn Jumaidah Juna

9. Keselamatan a) En Ismail (Kawalan Isba Sdn Bhd)

b) Pn Alma (Kawalan Isba Sdn Bhd)

10. Siaraya / Publisiti a) Pn Homolinda Salman

11. Urusetia a) Pn Suraya Awang Qamruldeen

12. Dokumentasi a) En Jamilludin Anang

6. KUMPULAN SASARAN KEM SUKAN SEKOLAH.

- 20 orang pelajar (10 lelaki / 10 perempuan) daripada kelas Tahun 4 dan Tahun 5

- Seorang guru dari setiap Unit Kelab dan Persatuan.

7. IMPAK / HASIL KEM SUKAN SEKOLAH.

7.1 Membina satu kumpulan penggerak sukan atau penggiat sukan sekolah dalam kalangan murid.

7.2 Murid yang kreatif dan inovatif dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan.

7.3 Meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

7.4 Menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas sukan serta mengamalkan gaya hidup sihat.

8. TARIKH PELAKSANAAN

Page 5: Kertas Kerja Kem Sukan

18 - 19 Oktober 2013 (Jumaat – Sabtu)

9. SUMBER KEWANGANBantuan Sukan Sekolah (BSS)

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil PerkaraHargaSeunit

Jumlah Catatan

01

Makan / Minum Peserta

a) Sarapanb) Makan Tengah haric) Minum Petang

20 org X RM 1.50 X 2 hari20 org X RM 2.00 X 2 hari20 org X RM 1.50 X 1 hari

RM 60.00RM 80.00RM 30.00

02 Hadiah (Hamper) 3 unit X RM 10.00 RM 30.00

JUMLAH RM 200.00

Disediakan oleh, Disemak dan diluluskan oleh,

NUR AZMAN BIRAN EN RAZAK MINLUNGPen. Kanan Kokurikulum, Guru Besar,SK Unico Desa, Lahad Datu. SK Unico Desa, Lahad Datu.