Kertas Kerja Liga Ragbi

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/8/2019 Kertas Kerja Liga Ragbi

    1/8

    Kertas kerja liga ragbi

    KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN TERTUTUP NEGERI

    PAHANG

    1.0 MISI

    Menjadikan Skuad ragbi negeri Pahang antara yang terbaik di

    Malaysia, serta memberi persedian kepada pemain ragbi di

    negeri Pahang untuk menyertai setiap kejohanan yang

    dianjurkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia.

    2.0 OBJEKTIF

    2.1 Meningkatkan mutu permainan pemain-pemain ragbipahang untuk menjadi Skuad negeri yang terbaik di Malaysia.

    2.2 Memberi peluang kepada semua pemain di negeri pahang

    untuk menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing

    dalam permainan ragbi.

    2.3 Memupuk minat para pemain untuk mewakili negeri dan

    menghasilkan pemain Negara yang bermutu kelak.

    2.4 Merapatkan perhubungan dan komunikasi di antara

    pemain-pemain dan jurulatih ragbi di negeri Pahang supaya

    dapat menghasilkan ikatan yang baik di dalam pasukan

    negeri.

    2.5 Menyediakan pemain negeri pahang dalam kejohanan 7

    sepasukan serta mencari pemain-pemain berbakat untuk

    skuad negeri.

    3.0 PENGANJURAN

    3.1 Dianjurkan oleh Kesatuan Ragbi Negeri Pahang pada

    setiap tahun.

    4.0 TARIKH DAN MASA KEJOHANAN

  • 8/8/2019 Kertas Kerja Liga Ragbi

    2/8

    4.1 Tarikh dan masa kejohanan belum ditetapkan.

    5.0 PENYERTAAN

    5.1 Terhad kepada kelab,institusi pendidikan atau pasukan

    ragbi di bawah Kesatuan Ragbi Negeri Pahang sahaja.

    5.2 Kejohanan ini terhad kepada 10-15 pasukan

    sahaja.Pasukan yang mendaftar lebih awal akan mendapat

    tempat di dalam kejohanan.

    6.0 ANGGARAN PESERTA DAN PETUGAS

    BIL. PERKARA BIL. DIBENARKAN JUMLAH PASUKAN JUMLAH

    1 Pengurus Pasukan 1 15 15

    2 Jurulatih Pasukan 1 15 15

    3 Pemain 15 15 225

    4 Pengadil & Teknikal5 Petugas

    6 Lain-Lain

    JUMLAH

    7.0 FORMAT PERTANDINGAN

    7.1 Format pertandingan adalah dalam bentuk liga.

    7.2 Setiap pasukan akan bertanding dengan setiap pasukan

    di dalam kejohanan.

    7.3 6 pasukan teratas liga akan bermain dalam piala

    kejohanan liga ragbi 10 sepasukan tertutup negeri Pahang.

    7.4 Sistem Pertandingan(rujuk lampiran di akhir kertas

    cadangan).

    8.0 PENUTUPAdalah menjadi harapan dengan adanya kejohanan seperti ini

  • 8/8/2019 Kertas Kerja Liga Ragbi

    3/8

    mutu permainan ragbi di kalangan pemain-pemain ragbi di

    negeri Pahang akan dapat dipertingkatkan. Semoga

    kejohanan ini akan dapat melahirkan pemain negeri Pahang

    yang lebih berkaliber di masa akan datang yang dapat

    menaikkan nama Malaysia dalam permainan Ragbi di

    peringkat antarabangsa.

    ERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

    KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN TERTUTUP NEGERI

    PAHANG

    1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

    Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-Undang

    Permainan Ragbi Lembaga Ragbi Antarabangsa (Terbuka)

    dan ELV yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia.

    Peraturan ''3 man scrum akan digunakan, pilihan "5 man

    scrum hanya untuk team yang masukkan bola.

    2. KELAYAKAN PASUKAN

    2.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 15 orang

    pemain dan 2 orang pegawai pasukan.

    2.2 Pendaftaran pasukan hendaklah dibuat semasa

    mesyuarat pengurus pasukan dan pendaftaran tidak bolehdipinda selepas perlawanan pertama pasukan tersebut.

    2.3 Semaksimum 5 pertukaran pemain dibenarkan.

    3. SISTEM PERTANDINGAN

    3.1 Pertandingan ini adalah berformat liga dan setiap

    pasukan akan

  • 8/8/2019 Kertas Kerja Liga Ragbi

    4/8

    bermain dengan setiap pasukan dalam kejohanan.

    3.2 Setiap pasukan akan bermain 14 perlawanan sepanjang

    liga.

    3.3 6 pasukan teratas liga akan bertanding untuk satu piala

    kejohanan ragbi 10 sepasukan tertutup negeri Pahang.

    3.3.1 Piala tersebut akan dipertandingkan dalam bentuk suku

    akhir,separuh akhir dan akhir.

    3.3.2 Kejohanan merebut piala tersebut akan dijalankan

    setelah liga berakhir.

    4. KEDUDUKAN DALAM LIGA

    4.1 Untuk pertandingan secara liga, mata berikut akan

    diberikan:

    Menang : 3 mata

    Seri : 1 mata

    Kalah : 0 mata

    4.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang

    sama, pemenang kumpulan akan ditentukan mengikut sistem

    berikut:

    4.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira

    menang.

    4.2.2 Jika masih seri, pemenang yang mendapat jumlah skor

    yang terbanyak dikira menang.

    4.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan

    lawannya dikira menang.4.2.4 Jika masih seri, jumlah pungutan

  • 8/8/2019 Kertas Kerja Liga Ragbi

    5/8

    (i) Try

    (ii) Gol Penalti

    (iii) Drop Goal akan diambil kira.

    4.3 Sepakan Penalti ( Drop Kick )

    4.3.1 5 pemain sahaja akan mengambil sepakan penalti

    mengikut giliran selang seli di garisan 22 meter.

    4.3.2 Jika masih seri, sepakan penalti mengikut kaedah Place

    Kick digunakan.

    4.3.3 Hanya pemain yang bermain dan berada dalam padang

    semasa masa tambahan dibenarkan mengambil sepakanpenalti.

    4.3.4 Sekiranya setelah sepakan penalti dilakukan dan masih

    berkedudukan seri, lambungan siling sebanyak 3 kali akan

    dilakukan.

    5. PERLAWANAN PIALA KEJOHANAN

    5.1 Pada perlawanan suku akhir,separuh akhir dan akhir, jika

    berlaku kedudukan seri selepas tamat perlawanan,masa

    tambahan sebanyak 10 minit diberikan (sehala).

    6. Masa Perlawanan

    6.1 Masa bagi semua perlawanan awal hingga ke akhir akan

    dijalankan selama 10 minit- 2 minit (rehat) 10 minit.

    7 Pertukaran pemain

    Semaksimum lima (5) pemain boleh digantikan pada bila-bilamasa dalam setiap perlawanan.Pemain yang diganti tidak

  • 8/8/2019 Kertas Kerja Liga Ragbi

    6/8

    boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut KECUALI

    untuk menggantikan pemain yang mendapat luka yang

    terbuka dan berdarah(diputuskan oleh pengadil) atau untuk

    menggantikan pemain front row yang mendapat

    kecederaan jika tiada pemain yang sesuai untuk posisi

    tersebut.

    8 MASA MELAPOR

    8.1 Semua pasukan mestilah berada 15 minit sebelum masa

    perlawanan.8.2 Semua pengurus pasukan mestilah menghantar senarai

    nama pemain 10 minit sebelum masa perlawanan kepada

    pegawai pertandingan.

    8.3 Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurangg-

    kurangnya 8 pemain untuk memulakan perlawanan. Jika

    tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada

    lawannya dengan skor 14 0.

    8.4 Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil10 minit selepas masa yang ditentukan, maka perlawanan

    tersebut akan dibatalkan.

    9 BANTAHAN

    9.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar

    kepada Penge a Pertandingan dalam masa Tiga Puluh (30)

    minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan.

    9.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan.Jika bantahan itu

    berjaya, keputusan kemenangan ialah 14 0 diberikankepada pihak yang membuat bantahan.

  • 8/8/2019 Kertas Kerja Liga Ragbi

    7/8

    9.3 Setiap bantahan (9.1 dan 9.2) mestilah disertakan

    denggan wang tunai RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus

    Sahaja).Wang tidak akan dikembalikan dalam apa jua situasi.

    10. JAWATANKUASA TATATERTIB DAN DISIPLIN

    - Pengerusi Penge a atau wakilnya

    - Setiausaha Kejohanan atau wakilnya

    - Pengerusi Teknik Kejohanan

    - Pengadil Perlawanan ( Jika perlu )- 3 orang Pengurus Pasukan yang berkecuali

    11 JAWATANKUASA RAYUAN

    11.1- Pengerusi Penge a Kejohanan

    11.2- Setiausaha Penge a Kejohanan

    11.3- Pengerusi Teknikal Kejohanan

    11.4- 3 Pengurus Pasukan Sekolah Berkecuali

    12 TINDAKAN TATATERTIB DAN DISPLIN

    Mana-mana pemain yang menerima Kad Kuning (Amaran),pemain tersebut akan direhatkan (Sin Bin) selama 3 minit di

    Meja Teknikal.(Masa akan dikira selepas pemain tersebut

    duduk di kerusi yang disediakan). Mana-mana pemain yang

    menerima Kad Merah (Dibuang padang), pemain tersebut

    akan digantung daripada perlawanan tersebut dan 1 (Satu)

    perlawanan seterusnya.Pemain tersebut hanya boleh bermain

    dalam kejohanan setelah Jawatankuasa Tatatertib dan

    Disiplin membuat sebarang keputusan. Sebarang rayuan

  • 8/8/2019 Kertas Kerja Liga Ragbi

    8/8

    dirujuk terus kepada Jawatankuasa Rayuan.

    12 PENGADIL

    Pengadil dilantik oleh Jawatankuasa Penge a dengan

    kerjasama Kesatuan Ragbi Negeri Pahang dan Kesatuan

    Ragbi Malaysia.

    13 PENTAKSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-

    PERATURAN PERTANDINGAN

    Jawatankuasa Penge a mempunyai hak mentafsir segala

    perkara yang tidak disiarkan dalam Undang-Undang

    Pertandingan ini dan keputusan adalah MUKTAMAD.