10
Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang KERTAS KERJA KEM NUMERASI LINUS 2.0 TAHUN 2 & 3 Tarikh: 02 April 2014

Kertas Kerja Linus 2014

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Linus 2014

Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut

11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

KERTAS KERJA

KEM NUMERASI LINUS 2.0TAHUN 2 & 3

Tarikh:02 April 2014

Anjuran:Jawatankuasa Linus dan Panitia Matematik,

Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut

Page 2: Kertas Kerja Linus 2014

1. PENGENALAN

Sejajar dengan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

tentang pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan

salah satu daripada program National Key Result Area (NKRA’s), KPM. Melalui

program ini, kementerian telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada

masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan

mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir

tahun 2012.

KPM juga telah merancang beberapa strategi untuk memastikan program

LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak sekolah.

Antaranya dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang

mempunyai masalah literasi dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan

pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai.

Mulai tahun 2013, Linus 2.0 telah diperkenalkan menggantikan LINUS 1.0.

Mata pelajaran Bahasa Inggeris telah diperkenalkan dalam Linus 2.0 untuk

murid-murid Tahun 1 sebagai pengenalan. Saringan Linus juga diadakan

sebanyak 2 kali setahun dan murid-murid dikelaskan kepada dua kategori sahaja

iaitu tidak menguasai dan menguasai.

2. MATLAMAT

Kem LINUS yang dijalankan bertujuan menggalakkan serta meningkatkan

penguasaan kemahiran literasi dan numerasi murid-murid Pemulihan Khas. Melalui

kem ini juga murid akan dapat menambah pengetahuan serta pemahaman dalam

mengaplikasikan kemahiran yang ada sepanjang program ini dilaksanakan.

Page 3: Kertas Kerja Linus 2014

Penglibatan murid-murid dalam program ini juga diharap dapat

meningkatkan motivasi dalam kalangan guru untuk menjalankan pelbagai aktiviti

dan strategi yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses

pengajaran dan pembelajaran literasi dan numerasi murid-murid Pemulihan Khas.

3. OBJEKTIF

Kem LINUS ini diadakan bertujuan untuk:

Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman

dalam disiplin ilmu Matematik khasnya.

Meningkatkan penguasaan kemahiran numerasi mengikut konstruk yang ada.

Menguji kemahiran membaca, menulis dan mengira murid-murid

Membuka peluang murid-murid Pemulihan Khas meneroka dan mengenal

potensi diri sepanjang kem dijalankan.

Memberi keyakinan murid-murid Pemulihan Khas untuk kembali ke kelas

biasa setelah berjaya menyempurnakan semua konstruk yang disediakan.

4. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 2 April 2014

Tempat : Kawasan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut.

Page 4: Kertas Kerja Linus 2014

5. JAWATANKUASA INDUK PROGRAMPengerusi : Encik Azizan Omar

Timbalan Pengerusi : Puan Fadzileah Binti Mat

Naib Pengerusi : Encik Thoupek Bin Osman

Naib Pengerusi 11 : Encik Othman Bin Mat

Ketua Panitia : Puan Azura Binti Osman

Penyelaras Program : Cik Noor Suhaili Binti Nordin

Bendahari : Cik Norzie Binti Md Yusof

6. JAWATANKUASA PELAKSANAKertas Kerja : Noor Suhaili Binti Nordin

Hadiah : Syaridah Binti Nordin

Kawalan Murid : Alagusundari a/p Rajagopal

Persiapan Tempat : Tengku Mohd Helmy Bin Tan Ibrahim

Laporan dan Dokumentasi : Normala Binti Ahmad Johari

Stesen 1 : Noor Suhaili Binti Nordin

Stesen 2 : Suzana Binti Marzuki

Stesen 3 : Syaridah Binti Nordin

Stesen 4 : Alagusundari a/p Rajagopal

Stesen 5 : Norzie Binti Md Yusof

Page 5: Kertas Kerja Linus 2014

7. JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH/HARI

MASA AKTIVITI TINDAKAN TEMPAT

*2 APRIL

2014

(RABU)

Numerasi

8.00 pagi – 8.15

pagi

- Murid Tahun 2 dan 3

yang dipilih berkumpul

di tapak perhimpunan

Noor Suhaili Binti

Nordin

Tapak

perhimpunan

8.15 pagi – 9.45

pagi

- Murid bergerak ke

stesen-stesen

numerasi yang

disediakan mengikut

kumpulan masing-

masing

Norzie Binti Md

Yusof

Tempat letak

kereta

*Rujuk Lampiran bagi penerangan ringkas mengenai setiap stesen yang dibina

*tertakluk kepada perubahan

8. SASARAN20 orang murid daripada kelas 2 & 3 Ibnu Khaldun dan Ibnu Battuta

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

ACARA (NUMERASI) HADIAH DAN PERALATAN

Stesen 1 Saguhati : 1 stesen (numerasi) x 20 orang murid

x RM0.50(makanan ringan) = RM10.00

Stesen 2 Saguhati : 1 stesen (numerasi) x 20 orang murid

x RM0.50 (makanan ringan) = RM10.00

Stesen 3 Saguhati : 1 stesen (numerasi) x 20 orang murid

x RM0.50 (makanan ringan) = RM10.00

Stesen 4 Saguhati : 1 stesen (numerasi) x 20 orang murid

x RM0.50 (makanan ringan) = RM10.00

Page 6: Kertas Kerja Linus 2014

Stesen 5 Saguhati : 1 stesen (numerasi) x 20 orang murid

x RM0.50 (makanan ringan) = RM10.00

Jumlah RM 10.00 X 5 = RM 50.00

Alatan :

- Kad manila

- Kad imbas

- Kertas warna

- Kertas A4

- Pensil warna

- Lain-lain

- RM5.00- RM5.00- RM5.00- RM10.00- RM10.00- RM10.00

Jumlah - RM45.00

Jumlah Keseluruhan RM 95.00

10. ANJURANJawatankuasa Linus dan Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Permatang

Damar Laut , Pulau Pinang

11. PENUTUP Adalah diharapkan bahawa Kem Linus yang telah dirancang selama 1 hari

sempena Minggu Matematik ini dapat dijalankan dengan lancar.

Page 7: Kertas Kerja Linus 2014

Disediakan Oleh:

………........…………………….(NOOR SUHAILI BINTI NORDIN)Penyelaras Program,

Kem Linus Numerasi 2014,

Sek. Keb. Permatang Damar Laut.

Disemak oleh :

………........……………………. (AZURA BINTI OSMAN)Ketua Panitia Matematik,

Sek. Keb. Permatang Damar Laut. .

Diluluskan oleh :

………........……………………. (AZIZAN OMAR)Guru Besar,

Sek. Keb. Permatang Damar Laut

Cop Rasmi Sekolah

Page 8: Kertas Kerja Linus 2014

PENERANGAN RINGKAS MENGENAI AKTIVITI KEM LINUSSEK. KEB. PERMATANG DAMAR LAUT

Linus (Numerasi)

Stesen 1 Konstruk 3 – Memahami nilai nombor

Stesen 2 Konstruk 4 – Keupayaan membuat seriasi

Stesen 3 Konstruk 6 – Keupayaan menyatakan waktu

Stesen 4 Konstruk 7 – Keupayaan mengendalikan operasi asas

Stesen 5 Konstruk 9 – Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek

dan isi padu