Upload
wani
View
20
Download
16
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kertas kerja majlis transisi
Citation preview
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST
34000 TAIPING, PERAK
1.0 PENDAHULUAN
Program Transisi dan Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 merupakan satu program yang telah dirangka dengan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan secara tidak formal samada di rumah atau di prasekolah kepada pendidikan secara formal di Tahun Satu di sekolah. Program yang dilaksanakan ini diharapkan dapat membantu kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang, sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapt menyesuaikan diri dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran secara formal.
2.0 RASIONAL
1. Murid-murid yang masuk ke Tahun Satu datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza.
2. Menimbulkan banyak perbezaan di kalangan mereka yang boleh memberi kesan yang berterusan.
3. Perbezaan umur antara murid Tahun satu (1 hingga 11 bulan).4. Kebolehan mereka memberi perhatian.5. Kesediaan mereka memberi perhatian.6. Kesediaan untuk belajar ( perbezaan pengalaman di prasekolah, fizikal, latar
belakang keluarga).
3.0 MATLAMAT
Matlamat program bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penerangan kepada ibu / bapa / penjaga mengenai aktiviti dan program yang dijalankan untuk murid-murid Tahun Satu, serta maklumat dan borang-borang yang perlu untuk murid Tahun Satu.
4.0 OBJEKTIF
4.1Merapatkan hubungan pihak sekolah dengan ibu /bapa/penjaga murid-
murid SK Methodist.
4.2Memberi pendedahan kepada ibu/bapa/penjaga dengan program-program
yang berkaitan dengan murid-murid Tahun Satu.
4.3Bekerjasama dengan pihak ibubapa/penjaga bagi menjayakan program-
program di sekolah.
5.0 TEMPAT DAN TARIKH
Tarikh Pendaftaran : 2 JANUARI 2014
Tempat : DEWAN TERBUKA SK METHODIST
Masa : 8.30 pagi
Tarikh Transisi : 12 – 23 JANUARI 2014
Tempat : KELAS TAHUN 1
Masa : WAKTU PERSEKOLAHAN
6.0 SASARAN
Ibubapa/ penjaga murid-murid Tahun Satu.
Murid-murid Tahun Satu seramai 23 orang.
7.0 TENTATIF PROGRAM
Seperti di lampiran
8.0 JAWATANKUASA
Seperti di lampiran
12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya program sepertiini, semua murid terutamanya
murid baru yang akan melangkah ke pendidikan formal di SK. Methodist tidak berasa
takut dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran mereka. Di samping itu, ia
juga dapat mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan masyarakat setempat ke
arah melahirkan generasi yang berketrampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
Disediakan oleh:
……………………………………….
(PN. RAHMAH BT MOHAMED)
Setiausaha,
Program Transisi SK Methodist
Disemak oleh:
………………………………………….
(EN ABDUL SALAM BIN ABDULLAH )
PK HEM
SK Methodist
Disahkan oleh:
…………………………….
(CIK RUPADEVI AP CHET SINGH )
PK PENTADBIRAN
SK Methodist
SK METHODIST, JALAN POKOK ASSAM,
34000 TAIPING, PERAK
KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI
DAN PENDAFTARAN TAHUN 1
TARIKH PENDAFTARAN : 2 JANUARI 2014
TARIKH TRANSISI : 12 – 23 JANUARI 2014
TEMPAT : SK METHODIST