Upload
ngohanh
View
711
Download
26
Embed Size (px)
Citation preview
KERTAS KERJA
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
FIESTA SINERGI INTELEK
KOLEJ TUN SYED NASIR
TARIKH
3 MEI 2014
TEMPAT
PADANG BOLA, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
TEMA
‘Learn and Love’
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
KERTAS KERJA
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan
subprogram dalam Fiesta Sinergi Intelek (FSI) iaitu Malaysian Street Food Tour.
2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG
Subprogram di bawah FSI ini merupakan salah satu aktiviti mega yang dianjurkan
oleh Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Tun Syed Nasir. Subprogram ini terbahagi
kepada dua aktiviti iaitu pertandingan masakan dan pembukaan gerai jualan.
Program tersebut terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya
pelancong-pelancong dari luar negara yang melawat ke Malaysia, mahasiswa/i dari
Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia dan pelajar-pelajar
IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan kepada orang awam di
sekitar Kuala Lumpur. Subprogram ini akan berkolaborasi dengan Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan juga Agensi Pelancongan yang
menguruskan lawatan pelancong-pelancong dari luar ke Malaysia. Idea program
ini terhasil daripada gabungan pelbagai idea mahasiswa/i Universiti Kebangsaan
Malaysia. Diharap program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
orang awam khususnya pelancong-pelancong dari luar Malaysia dan juga
masyarakat setempat. Oleh itu, sokongan daripada pelbagai pihak diharap dapat
membantu dalam menjayakan program ini.
3.0 MISI
Memperkenalkan beberapa jenis makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
iaitu kaum Melayu, Cina dan India kepada pelancong-pelancong yang melawat ke
Malaysia sempena ’Tahun Melawat Malaysia 2014’. Dalam pada itu, program ini
juga turut mengenengahkan masakan utama negeri-negeri yang terdapat di
Malaysia. Setiap negeri di Malaysia mempunyai ’signiture dish’ yang unik
berdasarkan kepelbagaian penduduk, budaya serta geografi. Keunikan dan
keistimewaan makanan masyarakat pelbagai kaum dan negeri di Malaysia ini
mampu menjadi salah satu tarikan kepada pelancong-pelancong luar untuk
melawat negara ini.
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
4.0 MATLAMAT
4.1 Memperkenalkan beberapa jenis makanan masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri kepada pelancong-pelancong dari
luar Malaysia.
4.2 Mendedahkan kepada pelancong-pelancong dari luar Malaysia tentang cara
masakan makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
4.3 Menonjolkan budaya masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang kaya
dengan menu masakan yang pelbagai dan tersendiri.
4.4 Mendidik masyarakat setempat supaya menghargai keistimewaan menu
masakan masyarakat Malaysia yang berbeza mengikut kaum.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menerapkan minat dan rasa kagum pelancong-pelancong dari luar negara
bukan sahaja terhadap budaya masakan masyarakat Malaysia, tetapi juga
merangkumi masakan utama negeri-negeri di negara ini yang pelbagai dan
mempunyai identiti tersendiri.
5.2 Menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri tentang
kepentingan, menghargai kepelbagaian dan keunikan menu masakan yang negara
kita miliki.
5.3 Menggalakkan para pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
memasak yang berbeza daripada aktiviti harian mereka di dewan kuliah di samping
membina keyakinan diri dalam menonjolkan bakat dan kemahiran.
5.4 Menggalakkan mahasiswa untuk lebih aktif dalam berorganisasi dengan
menyampaikan dan menerima pendapat sekali gus membentuk kemahiran
komunikasi yang berkesan dalam kalangan mereka.
6.0 TEMA
‘Learn and Love’
7.0 ANJURAN
Anjuran subprogram Malaysian Street Food Tour, Fiesta Sinergi Intelek, Kolej Tun
Syed Nasir (KTSN) sesi 2013/2014 di bawah seliaan Majlis Eksekutif Pelajar Sesi
2013/2014, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh/Hari : 3 Mei 2014 (Sabtu).
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
9.0 TEMPAT PROGRAM
Cadangan tempat program:
Padang Bola,
Taman Tasik Titiwangsa,
Jalan Temerloh,
53200 Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
10.0 PUBLISITI
Subprogram ini akan diiklankan dan dipromosikan melalui:
10.1 Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan instagram. (fanpage juri
jemputan, blog rasmi Agensi Perlancongan yang dijemput)
10.2 Banner, risalah dan bunting.
10.3 Mewarwarkan promosi di papan-papan kenyataan secara menyeluruh di
peringkat kolej, fakulti, dan pentadbiran UKM (Kampus Bangi, Kampus KL, dan
Kampus Perubatan, Cheras).
10.4 Mewarwarkan di laman sesawang UKM dan papan iklan digital di seluruh
kampus di UKM.
10.5 Menggunakan kemudahan media elektronik seperti pengiklanan di stesen
radio komersial dan media cetak seperti hebahan di akhbar tempatan.
10.6 Menghantar surat jemputan kepada pelajar-pelajar dari IPTA/IPTS sekitar
Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan masakan di bawah program
Malaysian Street Food Tour ini.
11.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian Penutup
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
(Bahagian industri pelancongan).
2) En. Zain Azrai Bin Rashid
Pengarah,
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia cawangan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya.
3) Prof. Dr. Ruzita Bt. Abd. Talib
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),
Universiti Kebangsaan Malaysia.
4) Dr. Mohd Sham Bin Othman
Timbalan Pengetua I,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Subprogram ini akan melibatkan kerjasama seramai 18 orang exco dan 18 orang
ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai kaum, bertanggungjawab dalam
menjalankan aktiviti dalam program ini. Para peserta program ini disasarkan
kepada pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur
dan juga orang awam di sekitar Kuala Lumpur iaitu dianggarkan seramai 150
orang. Pelancong-pelancong dari luar negara yang di bawah kelolaan Agensi
Perlancongan Malaysia pula dianggarkan seramai 40 orang. Selain itu, program ini
terbuka kepada pengunjung-pengunjung yang ingin mengambil tahu tentang
keunikan cara masakan masyarakat yang berbilang kaum dan dari pelbagai negeri
di Malaysia.
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran D
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat
menyurat, sila hubungi :
Nurul Shuhada Binti Hamidon
Pengarah program Malaysian Street Food Tour,
Fiesta Sinergi Intelek 2013/2014,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
No. Tel : 012-7414402
Emel : [email protected]
18.0 SYOR/PENUTUP
Program Malaysian Street Food Tour ini adalah jelas salah sebuah program
yang dapat memberi sedikit sebanyak input kepada pelancong dari luar negara
berkenaan kepelbagaian makanan utama masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia
di samping mereka berpeluang untuk merasa masakan tersebut seterusnya menjadi
salah satu tarikan untuk mereka terus berkunjung ke Malaysia pada masa akan
datang. Program ini juga dilihat mampu memberi manfaat kepada mahasiswa/i
Kolej Tun Syed Nasir, pelajar-pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur serta
orang awam sekitar Kuala Lumpur dalam menghargai keistimewaan dan keunikan
pelbagai menu masakan yang negara kita miliki seterusnya memupuk sikap untuk
terus mengekalkan keunikan dan keistimewaan tersebut. Penglibatan dan
kerjasama semua pihak amat diperlukan agar program yang dianjurkan oleh
mahasiwa/i KTSN ini dapat mencapai objektif-objektif yang telah disasarkan dan
seterusnya berjaya menaikkan nama Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) serta Universiti
Kebangsaan Malaysia.
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
Asas pengetahuan dalam bidang masakan dan pemakanan ini sebenarnya agak
penting tetapi sering dipandang ringan oleh sesetengah individu. Oleh itu, program
ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk menceburkan diri dalam
bidang ini terutama bagi mahasiswa/i yang bukan dari Jabatan Pemakanan dan
Dietetik.
Justeru, kami amat berharap untuk mendapatkan kerjasama serta bantuan
kewangan agar pihak kami dapat menjalankan program ini dengan jayanya dan
kemudian berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Segala bantuan yang
diberikan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni), UKM
Pengetua
Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib
Timbalan Pengetua I/II
Dr. Mohd Sham Bin Othman/Dr. Qodriyah Binti Hj Mohd Saad
Felo Pemantau
Cik Hamizah Bt. Yahaya
MEP Pemantau
Mohamad Khairul Muzamir Bin Hashim
Muhammad Taufiq Bin Norizan
Pengarah
Nurul Shuhada Binti Hamidon, FFAR/2, A140216, 012-7414402
Timbalan Pengarah
Nor Alia Binti Zakaria, FPER/2, A139698, 017-7956319
Setiausaha
Nur Qistina Binti Baharuddin, FSK/1, A144447, 013-9117051
Bendahari
Hazel Koh Shueh Yi, FGG/1, A146926, 012-3661118
Exco Program I/ II : Ameerah Binti Budiono, FFAR/1, A146719,
017-7611621
Nur Hafiqah Binti Rozalei, FSK/1, A144535,
014-5709149
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
Exco Pemasaran I/II : Noorsana Bt. Hosni, FSK/1, A144405,
017-6050058
Suzinursolahah Binti Saleh, FGG/1, A143089,
0111-9777675
Exco Publisiti dan Multimedia I/II : Chua Xin Jane, FSK/1, A144613, 0166896133
Azeemah Uthman-Hewitt, FFAR/1, A144390,
019-4604942
Exco Jamuan I/II : Noramira Suhada Binti Abdul Rahman,
FFAR/1, A144429, 011-12810494
Muhammad Shazerin Bin Kamaruddin,
FFAR/2, A139798, 017-6293970
Exco Tugas-tugas Khas & Cenderamata I/II : Raja Puteri Elleena Ezwa, FGG/2, A146978,
010-3661592
Nur Asikin Efiza Bt. Mohd Yusoof, FFAR/2,
A140081, 014-5133529
Exco Protokol I/II : Nurhanani Mohd Sadek, FGG/2, A139691,
018-9681955 Amirah
Aqilah Binti Abd Rahim, FSK/1, A144554,
0176438742
Exco Perhubungan Luar I/II : Nurul Fazreen Binti Mohd Nadzri, FSK/1,
A144629, 0172928278
Siti Nadia Binti Zul-lkifli, FFAR/1, A144436,
0175933784
Exco Teknikal I/II : Ahmad Abid Bin Khairuddin, FFAR/2,
A139529, 0148092417
Mohd Amirul Bin Abdul Razak, FSK/1,
A144668, 0134829548
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM MASTERCHEF
MASA ATURCARA
6.45 pagi Persiapan tempat
8.00 pagi Gerai jualan
Pameran dan penerangan tentang keunikan makanan, budaya dan
tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia oleh wakil
Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia.
8.30 pagi Pendaftaran peserta
Sarapan
8.45 pagi Taklimat pertandingan
9.00 pagi Pertandingan bermula
10.00 pagi Ketibaan pelancong
10.40 pagi Pertandingan tamat
Sesi penilaian juri
Sesi penilaian dan pengundian juri awam
11.40 pagi
Rehat
Pengiraan markah dan kertas undi
Demo masakan bersama juri jemputan
12.20 tengahari Tamat demo masakan
Sesi perasmian penutupan
12.25 tengahari Peserta dan vip mengambil tempat
12.30 tengahari Ucapan Pengarah
Ucapan Pengetua
Ucapan daripada pihak kementerian
Ucapan wakil pelancong
1.00 tengahari Gimik perasmian penutupan
1.10 tengahari Penyampaian hadiah dan cenderahati
1.25 tengahari Sesi bergambar
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
1.50 tengahari Jamuan dan bersurai
LAMPIRAN C
PERINCIAN PROGRAM
15.1 PERTANDINGAN MASAKAN
Pihak kami akan menyediakan semua bahan masakan bagi hidangan utama
manakala peserta perlu membawa sendiri bahan-bahan untuk menyediakan pencuci
mulut. Peserta tidak akan dibawa ke pasaraya seperti perincian program sebelum ini
atas faktor ketepatan masa. Dengan kerjasama Agensi Pelancongan Malaysia, kami
akan membawa sekumpulan pelancong luar untuk menghadiri program ini sekali gus
memberi layanan yang terbaik buat mereka selama program ini berlangsung.
Semasa hari pertandingan, peserta akan memilih menu masakan berdasarkan
senarai menu masakan yang kami sediakan melalui cabutan undian. Hal ini demikian
kerana kami bercadang untuk memvariasikan menu masakan tersebut. Sebagai contoh,
7 kumpulan menyediakan masakan Melayu, 7 kumpulan menyediakan masakan India
dan 6 kumpulan lagi menyediakan masakan Cina. Resepi masakan utama dan pencuci
mulut akan disediakan. Para peserta dibenarkan membawa bahan tambahan untuk
tujuan hiasan. Sistem pertandingan ini dijalankan dalam 1 sesi dengan melibatkan 20
kumpulan. Peserta di beri masa selama 1 jam 40 minit untuk memasak.
Dari segi penilaian pula, kami bercadang untuk menjemput 3 orang juri
jemputan. Bukan itu sahaja, pelancong luar juga akan diberi peluang untuk menilai
masakan para peserta dan mereka akan disediakan tempat untuk mengundi kumpulan
yang mereka berasakan layak untuk menang. Jumlah khemah telah ditetapkan sebanyak
32 buah bagi program ini. Ini termasuklah gerai jualan iaitu 10 gerai jualan untuk
masakan negeri dan 10 lagi gerai menjual masakan mengikut kepelbagaian kaum di
mana, 1 khemah mampu menempatkan 2 peniaga.
Sasaran peserta adalah maksimum 20 kumpulan di mana 3-4 orang ahli setiap
kumpulan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar Kolej Tun Syed Nasir,
pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan juga orang awam. Setiap kumpulan perlu
membayar yuran RM40. Hadiah akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang
berada pada kedudukan 3 teratas kesuluruhan bagi masakan utama dan juga hidangan
pencuci mulut. Cadangan juri jemputan ialah Masterchef Zamir, Masterchef Dr. Ezani,
Masterchef Bryan dan Masterchef Rosemah. Aspek yang perlu diambil kira oleh pihak
juri ialah dari segi rasa, dekorasi/hiasan, kebersihan, kesihatan dan kelebihan hidangan
tersebut.
Cadangan tema menu masakan ialah ‘Citarasa 1 Malaysia.’
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
15.2 DEMO MASAKAN
Satu demo masakan akan diadakan oleh para juri jemputan (cadangan: masterchef
Zamir/masterchef Dr. Ezany/masterchef Bryan/masterchef Rosemah) selepas sesi
penilaian tamat. Ini akan memberi peserta masa untuk berehat manakala urusetia
mengira markah akhir. Di samping itu, demo masakan ini diadakan bagi menarik minat
orang awam dan masyarakat luar sekitar Kuala Lumpur untuk hadir ke program
Malaysian Street Food Tour ini.
15.3 MINI PAMERAN
Subprogram kami akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Perlancongan dan
Kebudayaan Malaysia bagi mengadakan pameran tentang keunikan makanan, budaya
dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.
Impak program kepada pelancong-pelancong dari luar negara, mahasiswa/i KTSN
serta orang awam sekitar Kuala Lumpur:
1) Memperkenalkan masakan tradisi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
khususnya kepada pelancong luar negara.
2) Meningkatkan rasa minat dan daya tarikan kepada pelancong untuk terus
berkunjung ke Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis menu masakan dan
hidangan.
3) Menyalurkan maklumat tentang keunikan makanan, budaya dan tempat-tempat
menarik yang terdapat di Malaysia.
4) Memberi peluang kepada mahasiswa/i KTSN serta orang awam di sekitar Kuala
Lumpur untuk menunjukkan bakat memasak masing-masing.
5) Mendidik mahasiswa/i KTSN serta orang awam sekitar Kuala Lumpur tentang
kepentingan penyediaan makanan yang bersih.
6) Mewujudkan hubungan kerjasama dan saling membantu antara peserta dalam
kumpulan pertandingan masakan.
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
LAMPIRAN D
BELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH
1.
2.
3.
4.
Sumbangan
Tabung Aktiviti Pelajar (kolej)
Pemasaran
a)Jualan
b)Sponsor
Yuran peserta (RM40x20 kumpulan)
Bayaran sewa tapak (RM150x20)
RM500
RM500
RM4500
RM5000
RM800
RM3000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 9300
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH
1.
2.
3.
4.
Exco Perhubungan Luar
a) Juri jemputan (selebriti) (RM250 X 4)
b) Sewa tapak (Tasik Titiwangsa)
Exco Jamuan
a) Jamuan Ringan VIP (RM6.50 X 10)
Exco TTK
a) Hiasan tempat
Exco Publisiti
RM1000
RM400
_________________
RM1400__________
RM65
RM65
RM50
RM50
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
5.
6.
7.
a) Banner (RM64 X 3)
b) Poster (RM 1 X 25)
c) Poster A3 (RM5 X 1)
d) Slide A4 (0.20 X 25)
e) Flyers ( RM 0.10 X 300)
Exco Cenderamata
Hadiah untuk pemenang
Juara (RM150x1)
Naib juara (RM100x1)
Ketiga (RM80x1)
Exco Teknikal
Sewaan dapur dan peralatan memasak (RM139 X
20]
Perkhidmatan mencuci (RM200)
Khemah saiz 20x20 (RM260x2)
Khemah saiz 10x10 (RM60x32)
Exco Program
Bahan-bahan masakan
Buku program (RM 1 x 6 set)
RM192
RM25
RM5
RM5
RM30
RM257
RM150
RM100
RM80
RM330
RM2980
RM520
RM1920
RM5420
RM443
RM6
RM449
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM7971