7
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015 KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SERI KEMAMAN 2015 1. Tujuan Program: Program ini bertujuan untuk menganjurkan satu pertandingan larian merentas desa bagi semua murid Tahap II dan sebahagian murid Tahap I diantara empat rumah sukan sekolah ini, bagi tahun 2015. Program ini juga bertujuan memberikan motivasi dan semangat baru dalam konteks pembelajaran apabila murid menyedari sesuatu tentang alam, rakan-rakan, suasana pertandingan, keghairahan untuk menang dan kesedaran tentang kerja-kerja berkumpulan. 2. Pendahuluan Pertandingan merentas desa merupakan larian trek yang popular di sekolah-sekolah seluruh negara kerana ia sudah menjadi aktiviti tradisi pada setiap awal tahun persekolahan. Ia berupaya melibat seberapa ramai murid dengan kos yang tidak seberapa jika di banding dengan olahraga yang lain. Laluan treknya melawati kawasan desa,cepat menangkap perhatian masyarakat, yang akhirnya menyedari bahawa sesuatu aktiviti sukan sedang berlaku di sekolah anaknya. 3. Matlamat Memupuk kesedaran kepada murid-murid bahawa sukan merentas desa merupakan satu-satunya sukan yang dominan dewasa ini baik pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan sebagainya. Juga sebagai salah satu aktiviti yang boleh dijadikan amalan untuk riadah, kesihatan serta asas kepada pengembaraan yang lebih mencabar. 4. Objektif SK SERI KEMAMAN

kertas kerja merentas desa2015.doc

Embed Size (px)

Citation preview

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SERI KEMAMAN 20151. Tujuan Program:

Program ini bertujuan untuk menganjurkan satu pertandingan larian merentas desa bagi semua murid Tahap II dan sebahagian murid Tahap I diantara empat rumah sukan sekolah ini, bagi tahun 2015.

Program ini juga bertujuan memberikan motivasi dan semangat baru dalam konteks pembelajaran apabila murid menyedari sesuatu tentang alam, rakan-rakan, suasana pertandingan, keghairahan untuk menang dan kesedaran tentang kerja-kerja berkumpulan.

2. Pendahuluan

Pertandingan merentas desa merupakan larian trek yang popular di sekolah-sekolah seluruh negara kerana ia sudah menjadi aktiviti tradisi pada setiap awal tahun persekolahan. Ia berupaya melibat seberapa ramai murid dengan kos yang tidak seberapa jika di banding dengan olahraga yang lain. Laluan treknya melawati kawasan desa,cepat menangkap perhatian masyarakat, yang akhirnya menyedari bahawa sesuatu aktiviti sukan sedang berlaku di sekolah anaknya.3. Matlamat

Memupuk kesedaran kepada murid-murid bahawa sukan merentas desa merupakan satu-satunya sukan yang dominan dewasa ini baik pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan sebagainya. Juga sebagai salah satu aktiviti yang boleh dijadikan amalan untuk riadah, kesihatan serta asas kepada pengembaraan yang lebih mencabar.

4. Objektif

Membolehkan murid-murid mempelajari beberapa kemahiran asas larian merentas desa seperti stamina, pernafasan, teknik larian, ketahanan mental dan fizikal . Memupuk semangat pertandingan secara sihat dalam usaha merebut juara sama ada juara antara rumah atau juara antara individu.

Menggalakkan amalan kerjasama antara semua pihak; guru-guru, murid-murid dan masyarakat, di samping memahami bahawa gerak-kerja ko-kurikulum merupakan sebahagian daripada jisim pendidikan mutakhir yang terpenting.

5. Rasional

Larian Merentas Desa merupakan salah satu daripada tiga program yang dirancang khas dalam takwim sekolah untuk dilaksanakan pada tahun ini. Dua lagi ialah Sukantara dan Perkhemahan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa ia adalah antara program yang terpenting, relevan dengan keadaan untuk dilaksanakan.

6. Jawatankuasa

JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SERI KEMAMAN 2015PENASIHAT

En. Wan Adnan bin Wan Muda( Guru Besar )

PENGERUSI

En Yeap Lai Huat( Guru Penolong kanan ko-kurikulum)

NAIB PENGERUSI 1

En Dzulkifli bin Yahya( Guru Penolong kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2

Cik Rohaya bt Jusoh( Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid)

PENYELARAS

Pn. Suhaila bt Hussain

( S/U Ko-kurikulum )

SETIAUSAHA

En. Mohd Azmi bin Ngah

( S/U sukan & permainan )

NAIB SETIAUSAHA

En.Mohd Azwan bin Awang(S/U Sukan & Permainan 2)

7. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran program ini ialah :

100% pelajar tahap II 75% pelajar tahap I8. Anggaran perbelanjaan BILPERKARAPERBELANJAAN

1Medal (Tempat pertama sepuluh)

10(medal) x 6 (tahun) x 2(Setiap tahun) = 120

120 x RM 5.00RM 600.00

2Minuman murid 624 murid x RM 1.00RM 624.00

Jumlah KosRM 1224.00

9. Jawatankuasa kerja Jawatankuasa kerja adalah seperti berikut :JAWATANKUASA KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SERI KEMAMAN 2013JAWATANKUASABIDANG TUGAS

Persiapan trek laluan :

En. Muhammad Faizal b. Isa

En. Mohd Azmi bin Ngah

En. Mohd Azwan bin Awang

Memilih trek laluan Memastikan trek selamat digunakan semasa kejohanan berjalan.

Keselamatan/Pandu arah : En. Hilman@Zubair b MudaEn.Mohd Zaizu @ Zulkifli bin Awang

*10 orang pasukan RELA Memastikan keselamatan murid-murid semasa kejohanan berjalan. Memastikan murid-murid mengikut laluan yang betul semasa menjalankan aktiviti.

Kecemasan:

Pn. Rosmawardah bt MahmudPn. Khairan bt. Khalid

Pn. Rohana bt Nasir

Memastikan murid-murid mendapatkan bantuan dengan segera jika berlaku kemalangan/ kecederaan. Menyediakan peti kecemasan.

Chek point :

Cik Madihah bt. Samli (CP1)

Pn. Norizzah bt Abdullah (CP1)

Pn. Khairuza bt Mohd Zubir (CP1)

Pn. Zanariah bt. Aziz (CP2)

Pn. Hayati bt Ismail (CP2)

Pn. Ashba bt. Jamaluddin (CP2)

Pn. Nuraisyatun bt Makroof (CP3)

En. Muhammad Hanif bin Osman(CP3)

Pn. Azleeyanti bt Abd Ghani (CP4)

Pn. W. Norhashida bt W. Ahmad (CP4)

Pn. Mariana bt Kamarohzaman (CP5)

Pn. Rossita bt Abdul Sukor (CP5)

Memastikan murid-murid mengikut laluan yang betul semasa menjalankan aktiviti. Memakaikan getah yang dibekalkan kepada peserta : CP1,CP2,CP3,CP4 dan CP5.

Marsyal :

En. Muhammad Faizal b. Isa

En. Mohd Azwan b. Awang

En. Mohd Azmi bin Ngah

Memastikan setiap laluan selamat semasa kejohanan berjalan. Memantau perjalanan program agar berjalan lancar.

Hakim Penamat :

Pn. Masitah bt IbrahimPn. Rose Mariah M.I.Kamruddin

Pn. Zainun bt Endut

Pn. Zuharini bt Abd Rahman

Pn. Ng Lee Shan

Pn Zuraihan bt. Zulkifli

Memastikan pemenang setiap kategori untuk tempat pertama hingga 20

Pencatat Keputusan :Pn. Anita bt Bakar (Thn 1 L)Pn. Azlin bt. Yahya (Thn 1 P)Pn. Zainnoorin bt. M. Ramly(Thn 2 L)Pn. Rosma bt. Shariff (Thn 2 P)

Pn. Hasmah bt Ismail (Thn 3 L)

Pn. Norma bt Md Yaakob(Thn 3 P)

Pn. Zalaini binti Ismail (Thn 4)

Pn. Suriyati bt Wahab (Thn 5)

Pn. Rosnah bt Awang (Thn 6)

Mencatat nama pemenang bagi setiap kategori.

Mencatat mata pemenang bagi setiap rumah.

Ketua Pencatat :

Pn. Yulianawaty bt Aziz

Cik Madihah bt. Samli

Mencatat markah keseluruhan rumah sukan

Minuman :

Pn. Zaiton bt IsmailPn. Narfah bt. Mohammad( bersama 5org murid) Menyediakan minuman untuk murid dan guru.

Dokumentasi :Pn. Khatijah bt Yahya

Merakam perjalanan program dalam bentuk foto bagi tujuan dokumentasi. Menyediakan laporan.

Bacaan Doa :

En. Mohd Hanif bin Osman Membaca doa bagi memberkati program yang akan dijalankan.

Alatan :

En. Muhammad Faizal b. Isa

En. Mohd Azwan b. Awang

En. Mohd Zaizu@Zulkifli b. Awang

En. Johan bin Sidek Menyediakan/ menyelenggara alatan yang diperlukan.

Bertanggungjawab mengawal / menyelia pergerakan alat semasa kejohanan.

Hadiah :

Pn. Suhaila bt Hussain

Pn. Syazliana bt Baharudin Pn. Siti Normaziah Mansor Menguruskan persiapan hadiah yang ditetapkan.

Memastikan hadiah bagi setiap kategori mencukupi.

Buku Program :En. Mohd Azmi bin NgahEn. Azhar bin Omar Menyediakan buku program kepada semua guru.

Surat Menyurat :Pn Saliza bt. Pn Nomariah bt Endut Menguruskan segala perkara yang berkaitan surat menyurat kepada pihak luar.

Pengacara Majlis

Pn Rodziah bt Yahya Mengacara majlis penyampaian hadiah.

Kawalan Murid

Pn. Suhaila bt Hussain

Pn. Syazliana bt Baharudin Pn. Siti Normaziah Mansor

Mengawal murid yang tidak menyertai larian.

Tentatif Kejohanan7.30pagi

Taklimat kejohanan dan bacaan doa

7.45pagi

Aktiviti memanaskan badan

8.00pagi

Pelepasan larian oleh Guru Besar

9.15pagi

Rehat 9.45pagi

Majlis penyampaian hadiah11.00pagi

Majlis selesai.Penutup Adalah diharapkan Kejohanan Merentas Desa ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga segala objektif yang disasarkan akan tercapai.MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Disahkan oleh:

( En. Mohd Azmi bin Ngah)

Setiausaha Sukan & Permainan

SK. Seri Kemaman,

24000, Kemaman.

(En Yeap Lai Huat )

GPK Kokuriklum

SK. Seri Kemaman,

24000, Kemaman.

( En. Wan Adnan b. Wan Muda)

Guru Besar

SK. Seri Kemaman,

24000, Kemaman.

SK SERI KEMAMAN