4
SK LA SALLE 2 JINJANG, KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2013 Anjuran: PSS SK La Salle 2 Jinjang, KL Tempat: SK La Salle 2 Jinjang, KL Pengenalan Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca

kertas kerja nilam

  • Upload
    kay

  • View
    46

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

paper work

Citation preview

Untitled document.docx

SK LA SALLE 2 JINJANG, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PROGRAM GALAKAN MEMBACA2013

Anjuran:PSS SK La Salle 2 Jinjang, KL

Tempat:SK La Salle 2 Jinjang, KL

Pengenalan

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah- sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.Program Bulan Membaca ialah satu aktiviti tahunan yang bertujuan untuk merangsang minat murid membaca dan mendalami ilmu pengetahuan. Selain itu,program ini juga bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan atas kesungguhan dan pencapaian murid-murid dalam mencari ilmu dengan membaca.Rasional

1. Mendedahkan murid-murid tentang kepentingan membaca dan mendalami ilmu.2. Melatih murid agar menanam minat membaca dalam diri masing-masing.3. Melatih murid berinteraksi, yakin dan berdaya saing di antara satu sama lain.4. Pendidikan berfokus dan keupayaan mencari serta mengumpul maklumat.

Objektif

1. Memupuk budaya membaca di kalangan murid2. Menjadikan buku teman semua.3. Salah satu cara penggalak kecemerrlangan pendidikan.4. Menggalakkan warga SKLS2J menggunakan kemudahan Pusat Sumber.5. Memupuk tabiat belajar di kalangan murid.6. Menggalakkan perkongsian maklumat di kalangan warga SKLS2J.7. Melahirkan generasi yang minat membaca.

SasaranSemua warga SKLS2J.

AnjuranPusat Sumber SK La SAlle 2 Jinjang, KL

Belanjawan

a. Hadiaha. Anugerah Nilam Bulanan( RM30.00 x 12 murid ( 2 murid setiap kelas) x 2 semester ) = RM 360.00

b. Anugerah Nilam Tahunan

1. Anugerah NILAM = RM 150.00 x 1 2. Anugerah Perak = RM 50.00 x 3 3. Anugerah Gangsa = RM 10.00 x 42

c. Sijil Penghargaan = RM 1.50 x 58

Jumlah Besar = (RM 360 + RM 720 + RM 87)= RM 1 167.00

Disediakan oleh,

Khairul Fuad JohariGuru Penyelaras MediaSK La Salle 2 Jinjang, KL