Kertas Kerja Nk Hantar

  • View
    220

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free

Text of Kertas Kerja Nk Hantar

CADANGAN KERTAS KERJA

Isi Kandungan

1.0NAMA PROGRAM ..............................................12.0PENGENALAN PROGRAM ...............................13.0RASIONAL PROGRAM........................................24.0OBJEKTIF PROGRAM.........................................35.0PENGANJUR.........................................................46.0TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM..............47.0TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM.............48.0KUMPULAN SASAR.............................................59.0PENSYARAH ........................................................510.0AHLI-AHLI JAWATANKUASA............................511.0CARTA ALIRAN KERJA......................................512.0PERATURAN PERMAINAN.................................513.0JADUAL PERTANDINGAN..................................514.0BORANG PENDAFTARAN PESERTA...............515.0ANGGARAN KOS PERBELANJAAN...................616.0HADIAH .................................................................6

17.0PENUTUP..............................................................7

18.0LAPORAN

19.0REFLEKSIKERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL 2015IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, S.PETANI, KEDAH

1.0NAMA PROGRAM

Karnival Sukan Tradisional 20152.0PENGENALAN PROGRAM

Karnival ini merupakan satu program yang melibatkan semua guru pelatih daripada kumpulan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Pengajian Sains Ambilan Khas Semester 6 / 2015. Program ini dirancang bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Karnival ini dijadualkan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada 10 April 2015 (Jumaat). Karnival ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan). Karnival ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam meliputi pengurusan dan perlaksanaan sesuatu pertandingan disamping memberi peluang kepada guru-guru pelatih menimba ilmu dan pengalaman.

3.0RASIONAL PROGRAM3.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti

wajib yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2009.

3.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan

pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.

3.3 Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan

dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa

dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.

3.4 Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting

dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.

3.5 Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha

untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya.

4.0OBJEKTIF PROGRAM

Karnival ini diadakan demi mencapai beberapa objektif iaitu :

4.1Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam proforma kursus Pendidikan Jasmani (PJM 3112) yang berkaitan dengan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.

4.2Memahami dengan lebih mendalam tentang Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan secara amali.

4.3Memenuhi tugasan mata pelajaran elektif yang membawa kepada markah akhir kursus.4.4 Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.

4.5Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

4.6Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan.

4.7Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

4.8Melahirkan bakal guru yang berbakat serta berkebolehan dalam pelbagai hal.

4.9Mempromosikan dan memelihara budaya serta warisan Melayu.

4.10Memperkenalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Sultan.5.0PENGANJUR

Guru pelatih Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Pengajian Sains Ambilan Khas Semester 6 / 2015 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Sultan Mizan.

6.0TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM

Tempat pelaksanaan adalah sekitar padang IPG Kampus Sultan Mizan dan gimnasium Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Sultan Mizan.7.0TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM

Butiran-butiran karnival adalah seperti berikut :

Tarikh

:10 April 2015.

Hari

:Jumaat

Masa

:8.00 Pagi - !2.00 Tengah Hari.8.0KUMPULAN SASARAN

Guru-guru pelatih Program Pensiswazahan Guru Semester 6 / 2015 dan semester 8 / 2015.9.0PENSYARAH

Pensyarah penasihat bagi karnival ini ialah:

1.Tn Syed Ezahar B. 2.En Khairuddin bin Mat Hassan

3.En Zarizi bin Ab. Rahman10.0AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran A

11.0CARTA ALIRAN KERJA

Rujuk Lampiran B

12.0PERATURAN PERMAINAN

Rujuk Lampiran C13.0JADUAL PERTANDINGAN

Rujuk Lampiran D14.0BORANG PENDAFTARAN PESERTA

Borang disediakan seperti di Lampiran E15.0ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

BIL.PERKARAKUANTITIHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH

1.Minuman1 balangRM 5.00RM 5.00

2.Hadiah4 unitRM6 & RM4RM20.00

Jumlah Perbelanjaan = RM25.00

JADUAL 1.1BIL.ALATANKUANTITI

1.Kertas Mahjung10 helai

2.Kertas A42 set

3.Pen marker2 kotak

4.Kertas warna2 set

JADUAL 1.216.0HADIAH Lelaki / Perempuan

Tempat Pertama:Food Packbernilai RM6

Tempat Kedua:Food Packbernilai RM417.0PENUTUP

Karnival Sukan Tradisional ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dengan lebih mendalam dalam mengurus dan mentadbir sesuatu karnival dengan berkesan dan bersistematik. Karnival ini amat berguna dan bermanfaat kepada para guru pelatih kerana dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari secara teori semasa sesi kuliah. Secara tidak langsung, karnival ini dapat memberi peneguhan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping dapat dijadikan bekalan dan panduan buat para guru pelatih di sekolah kelak.

Saya yang menurut perintah,

..........................................

(NOORASYIIKIN ISHAK )

Pengerusi,

Karnival Sukan Tradisional,

IPG Kampus Sultan Mizan,

Terengganu.

Melalui,

..........................................

( HJ YAACOB BIN MAMAT )

Ketua Jabatan,

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

IPG Kampus Sultan Mizan,

Terengganu.

Disahkan oleh,

..........................................

( KAMARUDDIN BIN HASHIM )

Pengarah,

IPG Kampus Sultan Mizan,Terengganu.

Lampiran A

JAWATANKUASA PENGURUSAN

KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG),

KAMPUS SULTAN MIZAN, TERENGGANU.

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG :

EN KAMARUDDIN BIN HASHIMPengarah,

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan

KETUA PENASIHAT :

TN HJ YAACOB BIN MAMATKetua Jabatan,

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu

PENSYARAH PENASIHAT :

EN. KHAIRUDDIN BIN MAT HASSANEN. ZARIZI BIN AB. RAHMANJAWATANKUASA KERJA PERINGKAT GURU PELATIH

PISMP PENGAJIAN MELAYU SEM 5/2013PENGERUSI :

MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN AMRANTIMBALAN PENGERUSI :

MOHAMAD FIKRI HAFIZ BIN RAMZISETIAUSAHA :

TUAN MOHD NORFIRDAUS BIN TUAN ZAKARIANAIB SETIAUSAHA :

AHMAD SYAKIR BIN MAKHTARUDDINBENDAHARI :

MUHAMMAD IRFAN FAKHRULLAH BIN MUHD NORAHLI AHLI JAWATANKUASA :

1. PERALATAN DAN PERSIAPAN TEMPAT

MOHAMAD FIKRI HAFIZ BIN RAMZI

2.URUSETIA

MUHAMMAD FAIZ SYARAFUDDIN BIN ASOHAN3.KEBERSIHAN DAN PERSEGARAN

MOHAMAD FATHI BIN MOHAMAD YUSOFF4.TEKNIK

MUHAMMAD AFIQ B. MOHD MUSTAFA5.HADIAH

ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD6.KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

AHMAD AFNAN BIN TAJUDDIN7.TUGAS-TUGAS KHAS

AHMAD NURUDDIN BIN ABU BAKAR9.PELAPORAN DAN DOKUMENTASI

MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN AMRAN

Lampiran B

CARTA ALIRAN KERJA

17 Februari 2013

3 MAC 2013

10 Mac 2013

Lampiran C

TENTATIF PROGRAM

Masa /

Tarikh02.15 petang

02.45 petang03.00 petang

05.00 petang5.30 petang

3.03.2013

(Ahad)Para peserta mendaftarkan diri

Pertandingan jengket dan permainan yang lain dijalankan antara pelajar IPG.Majlis penutupan dan penyampaian hadiah.

Lampiran D

PERATURAN PERMAINAN1. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil seramai TUJUH orang.

2. Satu kumpulan akan menyerang dan satu kumpulan akan bertahan.

3. Kumpulan menyerang perlu menghantar DUA orang wakil.

4. Pasukan bertahan adalah seramai TUJUH orang.

5. Wakil pasukan me