9
Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu 77400 Sungai Rambai Melaka. PROGRAM INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8 KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN PAPAN KENYATAAN PPKI ( PEMBELAJARAN ) TEMPAT : PPKI ( Pembelajaran ), Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka TARIKH : 14 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014 MASA : 08.00 pagi 01.00 petang OLEH : Wan Nor Farhana Binti Megat Haron

Kertas Kerja Papan Kenyataann

Embed Size (px)

DESCRIPTION

internship

Citation preview

Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu77400 Sungai RambaiMelaka.

PROGRAM INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN PAPAN KENYATAAN PPKI ( PEMBELAJARAN )

TEMPAT :PPKI ( Pembelajaran ), Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka

TARIKH :14 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014

MASA :08.00 pagi 01.00 petang

OLEH :Wan Nor Farhana Binti Megat HaronGuru Pelatih,IPG Kampus Perempuan Melayu, Durian Daun, MelakaPerkaraUlasan/catatan

Disediakan oleh,

.............................................( WAN NOR FARHANA BINTI MEGAT HARON )Penyelaras Program ,Projek Keceriaan Papan Kenyataan,PPKI ( Pembelajaran ),SK Parit Penghulu,77400 Sungai Rambai,Melaka.

Disemak Oleh,

............................................( PUAN SAPIAH BINTI A.KADIR )Mentor,Program Internship,SK Parit Penghulu,77400 Sungai Rambai,Melaka.

Disahkan oleh,

............................................( PUAN AZIZAH BINTI MD JUNAP ) Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,SK Parit Penghulu,77400 Sungai Rambai,Melaka.

Diluluskan oleh,

........................................................(PUAN HAMIMAH BINTI SAARI )Guru Besar,SK Parit Penghulu,77400 Sungai Rambai,Melaka.

1.0 PENGENALAN

Terdapat banyak papan kenyataan di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu yang biasanya dihiaskan dengan maklumat-maklumat yang terkini dan bermanfaat supaya murid-murid dapat membaca maklumat tersebut pada masa lapang terutamanya di laluan kelas PPKI ( Pembelajaran). Murid-murid biasanya akan berbual kosong atau menceritakan hal-hal mereka seharian apabila mereka lapang. Jika kita amati, perkara ini dianggap membuang masa dan tidak mendatangkan apa-apa faedah. Oleh sebab itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan agar papan kenyataan yang terdapat di sekitar kawasan sekolah dapat diubahsuai dan dihiaskan dengan cantik dan menarik perhatian untuk menjadi tempat yang boleh memberikan murid-murid informasi. Justeru itu, papan kenyataan akan memberi ilmu kepada murid-murid secara tidak langsung. Papan kenyataan di dalam kawasan sekolah terutamanya di kelas PPKI (Pembelajaran) perlu dipenuhi dengan bahan-bahan yang menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid walaupun hanya membaca sepintas lalu. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada papan kenyataan sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan mutu pelajaran mereka. Hal ini adalah kerana pembelajaran secara tidak langsung di luar kelas juga perlu dititikberatkan selain daripada pembelajaran formal di dalam kelas. Persekitaran yang berbeza daripada di dalam kelas akan mempengaruhi minat murid untuk lebih menerokai sesuatu yang baru yang belum mereka ketahui. Mereka berkemungkinan akan berasa bosan dengan situasi yang sama sahaja di dalam kelas.

2.0 RASIONAL

Papan kenyataan yang dirancangkan ini akan dapat membantu murid-murid PPKI ( Pembelajaran ) terutamanya, agar lebih mengenali misi dan visi sekolah, aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan dan info mengenai penjagaan kesihatan.. Maklumat-maklumat yang terdapat di papan kenyataan dapat membantu tahap pembacaan dan meluaskan pengetahuan murid. Dengan membaca maklumat-maklumat yang terdapat pada papan kenyataan tersebut, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam bilik darjah.

3.0 MATLAMAT

Projek menghiaskan papan kenyataan ini bertujuan untuk membantu murid-murid mendapatkan makumat terkini dan ilmu pengetahuan di luar bilik darjah secara santai dan tanpa pengawasan guru. Mereka tidak lagi akan membuang masa dengan berbual-bual kosong ketika waktu terluang.

4.0 OBJEKTIF

Projek ini dijalankan agar warga PPKI ( Pembelajaran ) dan SK Parit Penghulu dapat:

1) Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.2) Mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah.3) Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini.4) Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan maklumat terkini kepada murid-murid.5) Melahirkan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis.

5.0 TARIKH

14 Julai 2014 25 Julai 2014

6.0 MASA

08.00 pagi 01.00 petang

7.0 TEMPAT

Papan Kenyataan di luar dan dalam Kelas PPKI ( Pembelajaran) SK Parit Penghulu.

8.0 SASARAN

Semua murid PPKI ( Pembelajaran) dan warga SK Parit Penghulu.

9.0 JAWATANKUASA PROJEK

9.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Hamimah binti Saari Guru Besar Timbalan Pengerusi: Puan Azizah binti Md Junap Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Naib Pengerusi 1 : Puan Hajah Seniah binti Jantan Guru Penolong Kanan KurikulumNaib Pengerusi 2 : Encik Azahari bin Limat Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 3: Encik Abdul Kadir bin Abu Samah Guru Penolong Kanan Kokurikilum

Penyelaras Program: Wan Nor Farhana Binti Megat Haron

9.2 JAWATANKUASA KERJAJawatankuasa Induk

Penyelaras Projek: Wan Nor Farhana Binti Megat HaronNaib Penyelaras : Liyana Binti Mohd DiahSetiausaha: Khairunnisa binti JassniBendahari: Puan Norbaite binti Mohd Zainal

Jawatankuasa Pelaksana

Dokumentasi: Cik Saleha binti Zakaria Pengacara Majlis: En. Izhar Raihan bin Mohd YazidHadiah / Cenderamata: Pn Ani binti Md JediPenyediaan Tempat: En. Muhammad Nubaili bin Hashim PahamiTeknikal: Pn. Hanizah binti MohammadBuku Program: Cik Rosidah binti EndotKawalan Murid: Puan Sapiah binti Abd. Kadir Cik Ifwah binti Ayub

10.0 PELAN PERLAKSANAAN PROJEK

BILANGANAKTIVITITARIKH CADANGAN

01.Membersihkan papan kenyataan14 15 Julai 2014

02.Mengumpul maklumat aktiviti dan laporan14 15 Julai 2014

03.Membuat salinan dan laminate14 15 Julai 2014

04.Menghiaskan papan kenyataan dan menyusun atur maklumat serta laporan yang terkini. 16 25 Julai 2014

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAKUANTITIHARGA SEUNIT(RM)KOS(RM)

1.2.3.4.Kertas WarnaKertas LaminateRibenPlastik Meja1 rim1 rim1 unit1 unit20.0035.003.008.0020.0035.003.008.00

JUMLAH ( RM )66.00

11.0 CADANGAN BAHAN :

1. Poster kesihatan, poster penyakit denggi, poster melindungi alam sekitar2. Misi dan visi sekolah3. Berita dari suratkhabar4. Rencana yang mendorong murid-murid5. Laporan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.

PENUTUP

Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan pendedahan kepada warga sekolah dan warga PPKI ( Pembelajaran ) mengenai kepentingan dan kegunaan papan kenyataan di sekolah agar ia dapat memanfaatkan masa lapang murid sambil memberikan maklumat dan pengetahuan yang berfaedah kepada mereka.