Upload
soulmoon
View
3.317
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU KO KURIKULUM
SK SUNGAI TUKANG SIDIN36750 CHIKUS, PERAK
RASIONAL
Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.
MATLAMAT PROGRAM
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.
OBJEKTIF
Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :
1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan
seharian secara teratur dan berdisiplin.4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi
dalam suasana semula jadi yang kondusif.5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti
masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-
rukun beragama dan kehidupun bermoral.
KUMPULAN SASAR
Semua pelajar tahap 2 iaitu semua ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam dan semua guru pemimpin Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin.
JANGKA MASA PERKHEMAHAN
Perkhemahan ini akan diadakan pada :
Tarikh : 12 – 13 November 2010
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Tempat : Kawasan Padang Sekolah SK Sungai Tukang Sidin
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En Muhammad Halili Bin Mohd Isa
Pengerusi : En Sarji Bin Amat
Naib Pengerusi 1 : En Amir Shariffuddin Bin Asmuni
Naib Pengerusi 2 : Pn Nasriah Bt Mansor
Setiausaha : En Mohd Puad Bin Samsudin
Bendahari : En Muhamad Shamsul Bin Saad
JAWATANKUASA KERJA
Kem Komander : En. Mohd Puad Bin Samsudin
: Pn. Masitah Bt Shafie
Persiapan Tempat : En. Muhamad Shamsul Bin Saad
En. Abdul Razak Bin Jamaluddin
Peralatan : En. Sarji Bin Amat
: En. Nik Hamarun Bin Abdul Halim
Pendaftaran : Cik Nur Nadiah Nafisah Bt Badri
Pn. Farizan Bt Saiddin
Keselamatan : En. Amir Shariffuddin Bin Asmuni
: Pn. Nor Sharina Bt Frey Khan
Hadiah : Pn. Masitah Bt Shafie
Aktiviti dan Riadah : En. Mohd Puad Bin Samsudin
: Pn. Siti Rabiatuladwiyah Bt Mohd Ramli
Urusetia Makanan : Pn. Nasriah Bt Mansor
: Pn. Moona Fairuz Bt Bidin
BAJET/ PERBELANJAAN:
1. Sumber Kewangan.
Peruntukan sekolah RM1000.00
2. Kos.
BIL. PERKARA KOS JUMLAH
1. Hadiah
1. Pertandingan memasak
2. Pertandingan kawasan perkhemah
3. Pertandingan kawad kaki
4. Peserta terbaik ( Lelaki )
( Perempuan )
5. Kumpulan terbaik keseluruhan
RM 3 .00 X 8
RM 3 .00 X 8
RM 3 .00 X 8
RM 10.00 X 1
RM 10.00 X 1
RM 30.00 X 1
RM 24.00
RM 24.00
RM 24.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 30.00
2. Bahan untuk mamasak
1. Ayam
2. Telur
3. Sardin
4. Beras
5. Roti
6. Sayur
RM 15.00 X 8
RM 10.00 X 3
RM 5.00 X 20
RM 25.00 X 2
RM3.25 X 20
RM 120.00
RM 30.00
RM 100.00
RM 50.00
RM 65.00
RM 27.00
3. 1. Peralatan memasak RM 490.00
Jumlah RM 1000.00
JADUAL PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
SK SUNGAI TUKANG SIDIN 2010
HARI JUMAAT (12 November 2010 )
3.00 petang : Melaporkan diri dan mendaftar
Pelajar menjalankan tugas menyiapkan khemah dan
kawasan mengikut kumpulan.
3.30 petang : Taklimat perkhemahan
4.30 petang : Solat Asar
5.00 petang : Riadhah ( Permainan Stesen).
6.30 petang : Memasak untuk makan malam.
Mandi dan besiap untuk solat.
7.15 malam : Solat Magrib dan Isyak
9.00 malam : SLOT 1
11.30 malam : Tidur
HARI SABTU ( 13 November 2010 )
6.00 pagi : Bangun dan mandi / Solat Subuh
7.00 pagi : Senaman dan riadah
Sarapan pagi
8.00 pagi : Pemeriksaan khemah dan kawasan.
8.30 pagi : PERTANDINGAN KAWAD KAKI
10.00 pagi : Minum dan rehat.
10.30 pagi : SLOT 2
12.00 tgh : Memasak makan tengah hari dan pertandingan memasak.
Makan tengah hari dan mandi.
1.00 petang : Solat Zohor
2.00 petang : SLOT 3
3.30 petang : Menurunkan khemah dan membersihkan kawasan.
4.00 petang : Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah.
4.30 petang : Bersurai dan balik ke rumah.
PENUTUP
Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi
menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang
mantap dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk
semangat setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta
mengekalkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar supaya ia disemai
dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat
remaja dan dewasa kelak.
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua
pihak. Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan
secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan
bantuan dari semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan program ini adalah diucapkan berbanyak-banyak terima
kasih.
IKRAR PERKHEMAHAN
Kami
Para peserta Perkhemahan Unit Beruniform
Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin
Dengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrar
Bahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan bersungguh-sungguh
Bahawa kami akan menjalani semua aktiviti yang diprogramkan dengan tabah
dan penuh semangat
Bahawa kami akan manfaatkan peluang yang diberi untuk memperkaya
pengetahuan dan kemahiran kami, serta mempereratkan lagi silaturrahim antara
kami
Bahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi segala panduan, nasihat
dan tunjuk ajar yang bakal kami perolehi
Bahawa kami akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan
penuh kesedaran dan tanggungjawab
Bahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah sebagai cabaran
dan ujian
Bahawa kami akan berusaha bersama-sama menjayakan perkhemahan ini
Bahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang tinggi
Dan kamilah
Pendukung cita-cita bangsa dan negara.
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN.
INDIVIDU
1. Uniform pengakap / puteri islam 11. Lampu suluh
2. Pakaian sembahyang / sejadah 12. Tuala
3. Pakaian sukan 13. Pakaian mandi
4. Selimut 14. Beras 3 cawan
5. Kasut dan selipar 15. Telur 2 biji
6. Ubat dan berus gigi dan sabun mandi
7. Pakaian untuk 2 hari
8. Pinggan dan gelas 2 biji
9. Sudu
10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu
Disediakan Oleh,
………………………En Mohd Puad Bin Samsudin
Setiausaha Kokurikulum
Disemak Oleh,
………………………En Sarji Bin AmatPK Kokurikulum
Diahkan Oleh,
………………………En Muhammad Halili B Mohd Isa
Guru Besar SKSTS
JADUAL AKTIVITI PERKEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK SUNGAI TUKANG SIDIN 2008
5.456.30-
7.307.30-8.30
8.30 –
11.00
11.00-
12.00
12.00-
2.30
2.30-
3.30
3.00-
4.30
4.30-
5.00
5.00-
6.00
6.00-
8.00
Rabu
Lapur diri AKTIVITI AKTIVITI
Makan
Malam
Solat
maghrib
Khamis Solat
Subuh/
Sarapan
Riadah Pemeriksaan
Kemah
AKTIVITI
1
AKTIVITI
2
Makan
Tengahari/
sembahyan
g zohor
AKTIVITI
3
REHAT
PTG
AKTIVITI
4
AKTIVITI
5
Makan
Malam
Solat
maghrib
Jumaat
AKTIVITI AKTIVITIPenyampaia
n Hadiah
Makan
Tengahari/
sembahyan
g zohor
Bersurai
Membersih Kawasan / Memasang Kemah