If you can't read please download the document
Upload
-
View
2.492
Download
255
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kertas kerja
Citation preview
IPG KAMPUS KENT, TUARAN
UNIT PISMP PSV SK SEMESTER 01
PERTANDINGAN MENGARANG DAN DEKLAMASI PUISI
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT IPG KAMPUS KENT
TAHUN 2013
KELOLAAN BERSAMA
JABATAN PENGAJIAN SAINS SOSIAL
DAN
UNIT PISMP PSV SK SEMESTER 1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
PENGENALAN
Sayembara Deklamasi Puisi adalah salah satu aktiviti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Melayu. Sehubungan itu, Unit PISMP PSV SK semester 01 dilantik menjadi pengelola bersama untuk aktiviti ini. Bersempena bulan kemerdekaan tahun 2013 ini, Sayembara Deklamasi Puisi pada kali ini mengambil tema yang diharap dapat menyemai dan menjiwai semangat kemerdekaan dan patriotisme terhadap negara, dalam kalangan pelajar khususnya pelajar IPG kampus Kent sendiri. Aktiviti ini juga akan dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang berseni dan indah serta menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.
RASIONAL
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dalam aspek mengarang dan mendeklamasikan puisi serta memupuk keyakinan diri dalam kalangan pelajar bagi membuka peluang kepada mereka untuk menyertai pertandingan seumpama ini. Pada sepanjang tahun banyak pertandingan yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan BPG bagi aktiviti seperti ini. Justeru, melalui pertandingan ini, pengelola mengharapkan agar dapat mengenal pasti pengarang puisi yang berketrampilan dan kreatif dalam menghasilkan puisi.
OBJEKTIF
Objektif sayembara deklamasi puisi ini ialah :
mencari bakat-bakat baru pengarang puisi dalam institusi ini.memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk mencipta dan memperlihatkan bakat dalam mencipta puisi.Meningkatkan daya kreativiti dalam berbahasa.memberi pendedahan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kebahasaan khususnya kesusasteraan.mengeratkan silaturahim antara pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah.memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman mengelola aktiviti di peringkat institut.Mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi melalui pengalaman semasa mengelola aktiviti untuk persatuan untuk dipraktikkan apabila menjadi guru tetap kelak.
PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua unit pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dengan kadar sekurang-kurangnya satu wakil untuk setiap unit bagi setiap atau satu puisi.Hanya 10 sajak yang terpilih di peringkat saringan akan dipertandingkan di peringkat akhir.
TEMPOH MASA PERTANDINGAN
Tempoh :
PELAKSANAAN
Pelajar yang menghantar hasil karya ini dikehendaki mengikut masa yang telah ditetapkan. Karya boleh dihantar kepada mana-mana pelajar UNIT PISMP PSV SK SEM 1.
AHLI JAWATANKUASA (Pelajar)
Pengerusi: Beti anak Ujak
Naib Pengerusi: Regina anak Kadir
Setiausaha: Rina binti Andan
Penolong Setiausaha: Asmahani binti Hasan@Hassan
Bendahari : Lawrenve ank Belong
Penolong Setiausaha: Lee Yu Jun
Ahli jawatankuasa
Publisiti dan dokumentasi/
Buku Program/pendaftaran: 1) Samsiah binti Mohd Arif
2) Hazuriana binti Hajmi
3) Roslinda anak Henry Kidek
Hadiah dan Sijil : 1) Lenny anak Mangai
2) Nur Hidayah binti Meraji
3) Lydia anak Alexander Ate
Teknikal/siaraya : 1) Iskandar bin Willi
2) Nirwana binti Malike
Protokol : 1) Iskandar bin Willi
2) Lau Siew Yen
3) Gabriella anak William
Makanan/kebersihan : 1) Ermida binti Ngatdiman
: 2) Jamaliah binti Jamal
Peralatan : 1) Hamizah binti Sapiee
: 2) Siti Fatimah binti Daud
Jemputan: 1) Rina binti Adnan
Pengacara majlis: 1) Nur Siti Husna binti Mohd Adam
: 2) Kasnawti binti Narawi
PENSYARAH PENASIHAT
1.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.Hasil karya mestilah asli dan tiada unsur plagiat dari mana-mana pihak.Hasil karya yang tidak asli akan disingkirkan daripada mengambil bahagian.Peserta dilarang menulis atau menghasilkan karya yang menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman, keagamaan, dan politik.Keputusan hakim adalah muktamadSemua hasil karya yang menyertai pertandingan akan dikumpulkan untuk penerbit peringkat IPG Kent.Puisi yang dikarang boleh dideklamasikan oleh wakil pengarang.
PENGHAKIMAN
Semua karya akan dibuat penilaian awal oleh pelajar Unit PISNP PSV SK semester 01 dengan kerjasama Unit PISMP BM SJKT semester 4. 10 karya terbaik seterusnya akan dinilai oleh 2 panel hakim daripada Jabatan Pengajian Melayu dan seorang daripada kakitangan DBP.
11. PERUNTUKAN
Peruntukan berikut dipohon daripada pihak pengurusan institut untuk pengelolaan Pertandingan Mengarang dan Deklamasi Puisi:-
11.1 Tiga hadiah akan disediakan untuk para pemenang iaitu :
Johan : Hadiah bernilai RM 100.00 x 1 RM 100.00
Naib Johan : Hadiah bernilai RM 70.00 x 1 RM 70.00
Ketiga : Hadiah bernilai RM 50.00 x 1 RM 50.00
Dua hadiah sagu hati bernilai RM 20.00 x 2 RM 40.00
JUMLAH RM 260.00
11.2 Saguhati hakim jemputan/ perasmi RM 150.00
11.3 MakananRM 150.00
11.4 banner RM 150.00
11.5 Sijil Penghargaan (mengikut bilangan peserta dan hakim)
JUMLAH KESELURUHAN RM 710.00
PERUNTUKAN YANG DIPOHONRM 710.00
PENUTUP
Jawatankuasa Pertandingan Mengarang dan Deklamasi Puisi Tahun 2013 berharap agar aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada semua warga institut. Pengelolaan pertandingan ini juga diharap dapat memberikan pengalaman berguna kepada semua pelajar khususnya pelajar UNIT PISMP PSV SK semester 01 terutama dalam menganjur aktiviti seumpama ini untuk Jabatan Pengajian Sains Sosial. Diharap pertandingan ini akan mendapat sambutan yang baik daripada pelajar dan objektif pengelolaannya akan tercapai.
Disediakan oleh :
____________________________
( BETI ANAK UJAK )
Pengurusi
Pertandingan Mengarang Dan Deklamasi Puisi 2013.
Tarikh:
Disahkan oleh:
(PUAN SUZANA FAZIL)
Guru pensihat
Jabatan Pengajian Sains Sosial
Tarikh:
Disokong oleh:
(ISMAIL AG PIUT)
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu
Tarikh:
Disokong oleh:
______________________
(PUAN NANCY LOO KASOON)
Ketua Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Tarikh:
Diluluskan oleh:
________________________
(DATUK MARY TERESA KINAJIL)
Pengarah,
IPG Kampus Kent
Tarikh: