9
KERTAS KERJA CADANGAN PROJEK JEJAK PRIHATIN & ZIARAH MAHABBAH PONDOK KE KELANTAN DARULNAIM 25 – 28 DISEMBER 2013 ANJURAN BERSAMA: SURAU Al-KAUTHAR BANDAR BARU BANGI GABUNGAN MUSLIM PRIHATIN

kertas kerja program lawatan ilmi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh kertas kerja program lawatan ilmiah

Citation preview

KERTAS KERJA CADANGAN

KERTAS KERJA CADANGAN

PROJEK JEJAK PRIHATIN

&

ZIARAH MAHABBAH PONDOK

KE

KELANTAN DARULNAIM

25 28 DISEMBER 2013

ANJURAN BERSAMA:

SURAU Al-KAUTHAR BANDAR BARU BANGI

GABUNGAN MUSLIM PRIHATIN

TEAM WE CARE WE SHARE

KELAB BIMBINGAN LATIHAN DAN KEBAJIKAN ISLAM (BALKIS)

PERSATUAN WANITA & ARMALAH KIJANG EMAS

KUMPULAN SUMBANGAN BULANAN

1. Pendahuluan

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Mengambil ibrah daripada hadis di atas,pihak kami yang berhimpun di dalam satu gabungan sukarelawan iaitu Gabungan Muslim Prihatin mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ziarah ke kampung-kampung demi untuk menjejaki saudara-saudara seagama yang kehidupannya mungkin kurang bernasib baik berbanding kita semua. Di dalam kita menikmati indahnya kehidupan di bumi Malaysia bertuah ini,betapa sebenarnya , nun jauh dari pandangan kebiasaan kita,masih wujud segolongan manusia yang kurang bernasib baik dari segi menikmati indahnya kehidupan sepertimana kita rasai. Atas rasa tanggungjawab dan dasar kprihatinan sebagai seorang muslim,pihak kami telah merangka siri-siri Jejak Muslim Prihatin yang mana bertindak sebagai penghubung antara warga yang prihatin dengan warga yang memerlukan bantuan.

Pihak kami juga bertindak sebagai medium untuk mengabungkan para muslim yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk sama-sama turun ke medan masyarakat sebagai sukarelawan yang mampu , menghulurkan sedikit tenaga,buah fikiran dan sebagainya dalam menjayakan usaha kita untuk meringankan beban saudara muslim kita yang lain. Pihak kami ingin menerapkan satu kesedaran kepada saudara di luar bahawa,gerak kerja kesukarelawan juga adalah merupakan suatu sedekah yang diiktiraf dalam islam.Mengambil pengajaran dari hadis Rasululllah S.A.W, Abu Musa RA meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,

Sedekah adalah wajib ke atas semua orang Islam. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya, Ya Rasulullah, kalau kami tidak ada apa-apa untuk disedekahkan? Baginda menjawab, Dia perlu bekerja dengan tangannya dan beroleh hasil untuk dirinya dan bersedekah. Mereka bertanya lagi, Kalau tidak dapat juga? Baginda menjawab, Dia perlu menolong orang yang berhajat untuk menyelesaikan hajatnya Mereka bertanya lagi, Kalau itupun dia tak dapat buat? Baginda menjawab, Dia patut membuat perkara yang baik dan jauhi dari maksiat. Itulah sedekahnya.

Oleh kerana itu,selain dari menjadi penghubung kepada pihak yang berhajat untuk menyumbang dari segi material,pihak Gabungan Muslim Prihatin juga menjadi satu medium untuk saudara muslim sekalian untuk sama-sama turun bersama-sama kami dalam menjalankan segala gerak kerja menyalurkan bantuan kepada warga yang memerlukan.

Semoga segala daya usaha kita,sedikit sebanyak akan mampu memberikan sedikit sinar dan kemanisan kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Diharapkan juga,dengan penglibatan kita sebagai sukarelawan dalm membantu saudara muslim yang daif ,akan memberikan keinsafan kepada kita agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.Ketahuilah,betapa disebalik kesenangan dan kemanisan kehidupan yang sedang kita kecapi kini,terselit dicelah celah masyarakat,golongan yang bibirnya hanya mampu menelan air liur semata lantaran kekurangan yang sedang mereka hadapi. Semoga ,rasa prihatin kita boleh menjadi satu asbab kepada kesempurnaan keimanan kita sebagai muslim,sejajar dengan sabda Rasulullah SAW :

Dari Anas ra., dari Nabis.a.w., sabdanya: "Tidak sempurnaimanseseorang dari kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sepertimana ia kasih kepada dirinya sendiri. (Bukhari dan Muslim)

2. OBJEKTIF

1. Menyalurkan bantuan barangan asasi kepada warga fakir miskin.

2. Menjadi satu medium kepada para muslim untuk menjadi sukarelawan dalam membantu muslim yang kurang bernasib baik.

3. Menyediakan pengisian motivasi dan rohani kepada warga fakir miskin.

4. Mendekati para alim ulama di pondok pengajian sebagai mengambil ilmu dan keberkatan darinya.

5. Memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan ikatan silaturahim antara warga kerja.

6. Menanamkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

3. MODUS OPERANDI

1. Majlis pemberian bantuan di masjid - Warga fakir miskin akan dikumpulkan di suatu tempat dan majlis pemberian pek bantuan dijalankan secara beramai-ramai.

2. Majlis pengisian Rohani Sedikit pengisian rohani akan disampaikan oleh ustaz yang dipilih sebagai suatu medium dakwah kepada warga fakir miskin dan para npetugas sukarelawan yang menyertai program ini. .

3. Ziarah ke rumah warga fakir miskin - Konsep Ziarah ini diatur untuk memberikan mereka sokongan dan tanda keprihatinan kita sebagai saudara seagama. Selain itu,ianya juga bertujuan untuk memberikan rasa keinsafan kepada anggota rombongan atas segala nikmat yang sedang dinikmati dan juga bermatlamat memupuk rasa cinta dan prihatin kepada golongan fakir.Beberapa rumah yang paling daif akan dipilih untuk tujuan ziarah rumah ke rumah ini.

4. Ziarah ke pondok-pondok pengajian Islam Ziarah ini dirancang sebagai satu medium penghubung antara para sukarelawan dengan institusi pondok.Ianya bertujuan memupuk rasa cinta untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.

5. Pek Bantuan Makanan dan Ziarah 1 Pek Anggaran RM 100.

Pek Bantuan mengandungi makanan asasi yang terdiri daripada beras,minyak masak,gula,susu ,biskut dan sebagainya bagi meringankan sedikit beban mereka yang kurang berkemampuan. Sumbangan Wang Sedikit sumbangan wang juga akan diberikan Anggaran RM 100.

6. Pek 'Back To School'

Pek ini merupakan suatu inisiatif untuk meringankan beban para keluarga yang

mempunyai anak yang masih bersekolah, Pek yang mengandungi beberapa barangan

keperluan asas untuk murid sekolah akan diberikan.

4. TENTATIF PROGRAM

24.12.2013 : Selasa

7.00 p.m : Berkumpul di Surau Al-Kauthar.

9.00 p.m : Bertolak ke Kelantan.

25.12.2013 : Rabu

5.00 a.m : Tiba di Pondok Haji Deraman,Sungai Durian Kuala Krai.

6.00 a.m : Solat Subuh berjemaah

6.15 a.m : Kuliah Subuh

7.30 a.m : Sarapan pagi

8.30 a.m : Ziarah Mahabbah Pondok Sungai Durian

10.00 a.m : Bertolak ke Pondok Pasir Tumbuh.

11.30 a.m : Ziarah Mahabbah Pondok Pasir Tumbuh

12.30 p.m : Makan Tengahari

1.00 a.m : Solat berjemaah di pondok Pasir Tumbuh

1.30 a.m : Bertolak ke Kota Bharu

2.30 a.m : Majlis Penyampaian Bantuan di Daerah Badang,Kota Bharu

4.00 p.m : Ziarah prihatin ke rumah-rumah terpilih.

6.30 p.m : Check in rumah rehat

7.00 p.m : Solat Berjemaah

8.00 p.m : Aktiviti bebas

26.12.2013 : Khamis

5.30 a.m : Bangun pagi

6.00 a.m : Solat subuh berjemaah.

7.30 a.m : Sarapan pagi

8.00 a.m : Bertolak ke Bachok

9.00 a.m : Majlis Penyampaian Bantuan di Jajahan Bachok

10.30 a.m : Ziarah prihatin ke rumah- rumah terpilih.

12.30 p.m : Makan tengahari

1.00 p.m : Solat berjemaah

2.00 p.m : Lawatan ke Pusat Bandar Kota Bharu

5.30 p.m : Pulang ke rumah rehat.

6.30 p.m : Makan Malam

7.00 p.m : Solat berjemaah

9.00 p.m : Aktiviti bebas

27.12.2013 Jumaat

4.30 a.m : Bangun pagi

5.00 a.m : Bertolak ke Masjid Pulau Melaka

6.00 a.m : Solat Subuh berjemaah.

6.30 a.m : Kuliah Subuh

8.00 a.m : Sarapan

8.30 a.m : Kuliah ilmu di Medan Ilmu ,Kota Bharu.

10.30 a.m: Bertolak ke Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

11.30 a.m: Lawatan Mahabbah Pondok Lubuk Tapah ,Pasir Mas

1.00 p.m : Solat Jumaat di Pondok Lubuk Tapah

2.00 p.m : Bertolak ke Kuala Terengganu

5.00 p.m : Check in rumah rehat

6.00 p.m : Makan Malam

7.00 p.m : Solat berjemaah

9.00 p.m : Aktiviti bebas

28.12.2013 : Sabtu

5.30 a.m : Bangun pagi

6.00 a.m : Solat Subuh dan Kuliah Subuh

7.30 a.m : Sarapan pagi

8.00 a.m : Lawatan Ke Bandar Kuala Terengganu

11.30 a.m : Bertolak Ke Masjid Rusila

12.00 p.m : Lawatan Mahabbah Masjid Rusila

1.30 p.m : Solat di Masjid Rusila

2.00 p.m : Kembali ke Kuala Lumpur.

5. PENUTUP :

Semoga segala perancangan yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.Segala perubahan dan penambahbaikan perancangan akan sentiasa dikemaskinikan dengan kerjasama dan perbincangan antara ke enam pertubuhan kemasyarakatan yang telah berganding bahu untuk menjayakan suatu program kemanusiaan dan dakwah lapangan secara langsung kepada masyarakat.

Disediakan oleh :

GABUNGAN MUSLIM PRIHATIN