Upload
takdir09
View
289
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kertas kerja
Citation preview
Pendahuluan
Unit Kokurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena akan mengadakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2015. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama di kalangan tenaga pengajar SMK Seri Bedena.
Matlamat
Matlamat utama penganjuran aktiviti sambutan bulan kemerdekaan adalah bagi menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan pelajar dan tenaga pengajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena.
Objektif
1. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
2. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasatanggungjawab kepada sekolah dan negara.
3. Menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara.
4. Menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara.
Rasional
Penganjuran aktiviti sambutan bulan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya pelajar mengetahui sejarah negara seterusnya memupuk semangat petriotisme. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim SMK Seri Bedena.
Cadangan Tarikh
26 Ogos 2015 hingga 28 Ogos 2015
Tempat
Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena
Kumpulan Sasaran
Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena
JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2015
Penasihat : Pn Zaifadzilah Bt Mahari(GPK Pentadbiran)Pn Lubna Bt Daman Huri(GPK Hal Ehwal Murid)Pn Hajah Norfaridah Binti Jajuli (GPK Kokurikulum)
Pengerusi : Pn Norhayati Bt Jupri(GPK Pendidikan Khas)
Setiusaha : En Shahrol Nizam Bin Mispan(Penyelaras Kokurikulum Pendidikan Khas)
AJK KECIL
Pertandingan MewarnaPn. Adlin Juliana bin JaafarPn. Siti Haslinda binti Mohammad
Pertandingan Membuat BannerEn. Muhamad Murizal bin JostiEn. Mohd Yusof bin Abd ManapTn. Hj Basri bin Arsat
Tempat & PeralatanPn. Norazma binti Saidina Abu BakarCik Nur Syafiqah Binti Ahmad
HadiahCik Aimi Farhana Binti Abu AshaariPn. Suhana binti Mohamed Royani
Buku ProgramEn. Shahrol Nizam bin Mispan
DokumentasiPn. Nor Azlina bt ShafiePn. Rulizah binti Norhatim
Kawalan DisiplinSemua guru
Aktiviti Sempena Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015
Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Tindakan/ Kawasan
1.
Perhimpunan Khas Pelancaran Bulan Kemerdekaan
- Ucapan pengerusi majlis- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri
Selangor dan Sekolah- Ucapan Pengetua- Nanyian lagu patriotik- Bersurai
17 Ogos 2015
Guru bertugas mingguan / Tapak
perhimpunan
2. Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Membuat Banner
26 - 27 Ogos 2015
Penyelaras Kokurikulum /
Bangunan PPKI
3.Acara penutup Bulan Kemerdekaan 2015
- Penyampaian hadiah- Kuiz Kemerdekaan
28 Ogos 2015
Penyelaras Kokurikulum /
Bangunan PPKI
LAPORAN BERGAMBAR SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
2015