7
SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG BATU HAMPAR, 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN. KERTAS KERJA PROGRAM SENAMROBIK MINGGUAN PROJEK INTERNSHIP (KUMPULAN) PISMP MATEMATIK, PISMP KAJIAN SOSIAL, PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2009 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN, N.S.D.K. DIBAWAH KENDALIAN GURU-GURU PELATIH PISMP MATEMATIK, PISMP KAJIAN SOSIAL DAN PISMP SAINS (AMBILAN JANUARI 2009) DENGAN KERJASAMA GURU-GURU SK SEBERANG BATU HAMPAR, REMBAU.

kertas kerja senamrobik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

senam robik 1 murid 1 sukan 2012

Citation preview

Page 1: kertas kerja senamrobik

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG BATU HAMPAR,

71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA PROGRAM SENAMROBIK MINGGUAN

PROJEK INTERNSHIP (KUMPULAN)

PISMP MATEMATIK, PISMP KAJIAN SOSIAL, PISMP SAINS

AMBILAN JANUARI 2009

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN, N.S.D.K.

DIBAWAH KENDALIAN GURU-GURU PELATIH PISMP MATEMATIK, PISMP KAJIAN

SOSIAL DAN PISMP SAINS (AMBILAN JANUARI 2009)

DENGAN KERJASAMA GURU-GURU SK SEBERANG BATU HAMPAR, REMBAU.

Page 2: kertas kerja senamrobik

1.0 Pengenalan

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas

guru permulaan. Dalam pada itu pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan

menilai projek/ aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam

atau di luar bilik darjah. Lantaran itu, program senamrobik mingguan dirancang bagi

memenuhi objektif tersebut.

Senamrobik di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi

memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam

kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil. Guru-guru pelatih IPG

Kampus Raja Melewar sesuai menjalankan program ini bagi memberi pengalaman

pengelolaan aktiviti sihat untuk dipraktikkan di sekolah. Di samping itu, kerajinan

melakukan senaman dapat diterapkan kepada semua murid dan guru-guru Sekolah

Kebangsaan Seberang Batu Hampar, Rembau sejurus melahirkan murid dan guru yang

aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan

oleh murid semasa waktu lapang murid

2.0 Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang

cergas dan sihat dan memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu

dan seterusnya sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan

tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik

beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di

samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid tidak

malu melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

Page 3: kertas kerja senamrobik

3.0 Objektif

1. Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.

2. Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat.

3. Mengeratkan silaturahim antara guru dan murid.

4. Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 Tarikh

04 Julai 2012 (Rabu)

5.0 Masa

7.30 am – 7.45 am

6.0 Tempat

Tapak Perhimpunan

7.0 Sasaran

Murid Tahun 1 – Tahun 6 (SK Seberang Batu Hampar, Rembau).

8.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Pn. Hjh. Shaadah Bt. Md Shariff (Guru Besar)

Pengerusi : Muhd. Hafiz B. Hassan (PISMP Kajian Sosial)

Setiausaha : Devaranjini A/P Satiwill (PISMP Matematik)

Ahli Jawatankuasa : 1. Parimala A/P Kaliappan (PISMP Matematik)

2. Faizah Bt. Chelaung (PISMP Sains)

3. Muhd. Faizzudin B. Othman (PISMP Kajian Sosial)

4. Aezza Khuratuain Bt. Ramli (PISMP Sains)

Page 4: kertas kerja senamrobik

9.0 Butiran Program

Bil Tarikh Masa Guru Pelatih Bertugas

1. 04 Julai 2012 7.30 am -7.45 am 1. Muhd. Hafiz B. Hassan

2. Muhd. Faizzudin B. Othman

3. Devaranjini A/P Satiwill

4. Parimala A/P Kaliappan

5. Faizah Bt. Chelaung

6. Aezza Khuratuain Bt. Ramli

10.0 Penutup

Diharap agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan di dalam program senamrobik ini akan

dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid di samping memberi keseronokkan

kepada murid. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan dahului

dengan ucapan terima kasih.

 

Page 5: kertas kerja senamrobik

Disediakan Oleh,

…………………………………….

( DEVARANJINI A/P SATIWILL )

Setiausaha

PISMP Matematik

IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.

Disahkan Oleh,

……………………………………

( EN. NORAZLI BIN BABA )

Penolong Kanan 1

SK Seberang Batu Hampar, Rembau.

Diluluskan Oleh,

……………………………………

( PN. HJH SHAADAH BT. MD SHARIFF )

Guru Besar

SK Seberang Batu Hampar, Rembau.