Upload
ngocong
View
378
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
TARIKH
23 MEI 2015
TEMPAT
VROX SPORT CENTER BANGI. SELANGOR.
ANJURAN
EXCO KESUKANAN DAN KECERIAAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
(PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“FTSM FUTSAL YOUTH CHALLENGE”
1
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan serta bantuan kewangan daripada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa
dan Perhubungan Alumni (PPMPA) bagi mengadakan Pertandingan Futsal FTSM
Piala Dekan untuk semua pelajar FTSM dalam melahirkan mahasiswa/i yang sihat,
cergas dan berbudaya sukan ke arah memupuk perpaduan dan pembangunan negara
disamping menimba ilmu dalam bidang teknologi maklumat.
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
2.1 - Pengenalan
Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat atau ringkasnya
(PERTAMA) mula ditubuhkan pada tahun 2008. Kami juga merupakan antara badan
kepimpinan pelajar tertinggi dalam Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM.
PERTAMA pada sesi kali ini merancang untuk mengadakan beberapa projek yang
bermanfaat bukan sahaja berkaitan ilmu dalam bidang teknologi maklumat malahan
ilmu diluar bidang juga ingin dititik beratkan. Pelajar dapat meningkatkan kecerdasan
minda dan daya kreativiti mereka dalam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang
yang mereka ceburi. Ianya juga untuk menuju ke arah peningkatan kualiti hidup
melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia
Cergas dalam diri mahasiswa/i untuk diimplimentasikan dalam kehidupan seharian
mereka.
2
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
2.2 - Sejarah /Rekod
Program ini adalah program yang julung kali diadakan di FTSM dan pada kali ini
kami mengadakan program ini mengikut saranan kerajaan menerusi dasar 1 Pelajar 1
Sukan yang mana mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah mahupun peringkat universiti. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain
itu, ianya selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada
Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
2.3 – Idea
Idea untuk menjalankan program ini lahir hasil daripada pemerhatian PERTAMA
dalam kalangan mahasiswa/i tentang kepentingan aktiviti bersukan selain menerapkan
ilmu teknologi dan sains maklumat di dalam aktiviti tersebut. Seiring dalam mengejar
arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus
ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara yang berstatus
negara maju menjelang tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi
negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang
kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana aspek-aspek
inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan
kemajuan negara pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, penekanan terhadap
aktiviti kesukanan dalam kehidupan seharian adalah sangat penting. Menurut Dato
Misbun Sidek, negara Malaysia akan ketandusan atlet-atlet yang berbakat jika tidak
digilap dan dilatih dari usia yang muda. Justeru itu, pihak PERTAMA mengambil
langkah inisiatif untuk mencari dan mengasah bakat yang terpendam di dalam diri
setiap mahasiswa/i FTSM. Disamping mahasiswa/i semakin mahir dalam bidang
teknologi, mereka juga boleh berkecimpung dalam bidang sukan untuk membina
tubuh badan dan minda yang cergas dan cerdas.
3
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
3.0 MISI
Pertandingan ini disasarkan kepada semua warga mahasiswa/i ukm agar dapat
menjalinkan sebuah ukhuwah yang baik dan dapat mengurangkan jurang diantara
mahasiswa/i ukm.
4.0 MATLAMAT
Selain daripada mahasiswa/i cakna akan perkembangan dunia teknologi sains
maklumat yang serba canggih dan moden, ia juga dapat melahirkan mahasiswa/i yang
berketrampilan, berdisiplin, bersatu padu, sihat, cergas, bersemangat jati diri,
professional dan berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan iaitu melahirkan modal
insan kelas pertama dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif di dalam bidang
sosial dan ilmu pengetahuan sekaligus, dapat menyumbang kearah gaya hidup yang
progresif dikalangan mahasiswa/i dalam kehidupan seharian.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Melahirkan mahasiswa/i ukm yang dapat memenuhi aspirasi kebangsaan
dengan memupuk sikap berdaya saing secara sihat dan bercita-cita tinggi
dalam mencapai sesuatu matlamat.
5.2 Mencungkil bakat-bakat sukan yang ada di dalam diri mahasiswa/i yang boleh
diketengahkan untuk mewakili universiti dan mengharumkan nama fakulti.
5.3 Melahirkan modal insan yang dapat menonjolkan diri dengan keterlibatan
dalam program anjuran pihak fakulti dan universiti.
5.4 Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi,
jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan negara di masa hadapan.
4
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
5.5 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i ukm mengenai penggunaan
teknologi dalam bidang kesukanan.
5.6 Menjalinkan integrasi antara kaum dan ukhuwah yang baik dalam kalangan
mahasiswa/i FTSM.
6.0 TEMA
“FTSM FUTSAL YOUTH CHALLENGE”
7.0 ANJURAN
Exco Kesukanan dan Keceriaan
Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA)
Sesi 2014/2015
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 23 Mei 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program yang dicadangkan ialah :
Vrox Sport Center Bangi. Selangor.
5
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
10.0 INOVASI PROGRAM
Dengan penganjuran pertandingan futsal ini, kita dapat melihat hasil daripada
keberhasilan utama yang kedua iaitu Penyelidikan dan Inovasi Berimpak Tinggi.
Program ini dapat menghasilkan dan mencetuskan sesuatu idea yang baru dimana
kita mengimplimentasikan teknologi dalam sukan. Teknologi dalam sukan
merupakan satu pautan atau perkara yang penting dalam meningkatkan lagi
perkembangan dalam bidang sukan. Sebagai contoh, teknologi seperti gelanggang
sintetik dalam permainan futsal, bola tampar dan bola keranjang. Dengan adanya
teknologi sebegini, kita dapat meningkatkan mutu permainan dan pada masa yang
sama, kita juga dapat meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang teknologi maklumat
yang dapat menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial
melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan
penggunaan ilmu.
Bukan itu sahaja, kita juga dapat lihat mahasiswa/i ukm melibatkan diri dalam
aktiviti riadah dan bersukan. Penglibatan mahasiswa/i FTSM dalam pertandingan ini
boleh menjadi sesuatu kelainan. Kita dapat lihat bahawa mereka bukan sahaja
mengaktifkan diri dalam bidang perkomputeran malahan juga terlibat dalam aktiviti
bersukan. Seterusnya, pengaplikasian penggunaan teknologi dalam pertandingan
futsal ini juga membantu mahasiswa/i mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Dimana
penggunaan aplikasi daripada Gedung ‘Google Play’ digunapakai dalam
pertandingan ini. Dengan ini, kita dapat menjadikan mahasiswa/i FTSM sentiasa
cakna dengan perubahan dan pembangunan teknologi semasa.
Selain itu juga, kita dapat meningkatkan lagi daya pemikiran kritis
mahasiswa/i untuk memikirkan strategi yang berkesan untuk menjaringkan gol.
Tambahan pula, kita juga dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama
sesama ahli pasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan disamping dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan
mahasiswa/i sebagai warga ukm.
6
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
Konklusinya kita dapat lihat bahawa pertandingan ini tidak hanya berasaskan
pertandingan semata-mata. Walaupun ianya berbentuk pertandingan, namun bukan
piala atau pingat yang ingin dijulang semata-mata. Tetapi maksud yang tersirat
disebalik pertandingan itu yang ingin disingkap.
11.0 PUBLISITI
Program ini akan diuar-uarkan secara meluas di sekitar kawasan Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bahan hebahan yang digunakan adalah media cetak seperti :
Banner
Banting
Poster
Hebahan menerusi media elektronik seperti papan digital UKM
Rangkaian laman sosial Facebook dan Twitter.
12.0 CADANGAN PERASMI
i. Perasmian Penutup:
Ybhg. Prof. Dr.Abdullah Mohd Zin, Dekan Fakulti Teknologi dan Sains
Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.
13.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
1) Sasaran peserta
Mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tahun satu, dua
dan tiga.
Staf Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.
7
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
Seluruh warga mahasiswa/i UKM.
2) Sasaran urusetia
Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains
Maklumat (PERTAMA).
Mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tahun satu dan
dua.
14.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
15.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PERINCIAN PROGRAM
Rujuk Lampiran D
8
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
18.0 PERINCIAN KESELAMATAN PROGRAM
Rujuk Lampiran E
19.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEMUDAHAN PROGRAM
Rujuk Lampiran F
20.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi:
Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA)
Pejabat Dekan
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Saudari Nur Zafirah Binti Mohd Husin 014-8142489)
Tel : 03 – 8921 6141
Email : [email protected]
9
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
21.0 SYOR / PENUTUP
Program ini amat bermanfaat kepada mahasiswa/i kerana ia bukan sahaja memberi
maklumat dan pengetahuan kepada mahsiswa/i, malahan juga dapat melahirkan
mahasiswa/i yang serba boleh dan produktif. Justeru itu, pihak kami amat berharap
kertas kerja ini akan mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Sehubungan dengan itu,
kami berharap agar mendapat bantuan kewangan daripada pihak tuan untuk
menjayakan program ini agar berjalan lebih lancar seperti yang diharapkan. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung.
10
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
11
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”
Penaung
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM.
Pengerusi
Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM
Penyelaras
Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, UKM
Penasihat Utama
Prof. Madya Dr. Mohd Juzaiddin Abd Aziz
Timbalan Dekan (Prasiswazah)
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM
12
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
Pemantau
Mohamad Hazim bin Mat Noh
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat / 2
(A147074)
012 – 930 0538
Ketua Pengarah
Nur Zafirah Binti Mohd Husin
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146297)
014-8142489
Timbalan Ketua Pengarah
Sakinah Binti Hamzah
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146311)
014-2278835
Setiausaha
Nurul Suhana Binti Azmi
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146676)
017 – 342 8543
Bendahari
Izyani Binti Ismail
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146344)
017- 454 0399
13
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
Pengarah Program : Nur Hedayah Nasheema Binti Hussin
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146243)
Pengarah Pemasaran : Muhammad Iqbal bin Abu Latiffi
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146358)
Pengarah Logistik : Muhamad Azri bin Othman
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146204)
Pengarah Publisiti dan Media 1 : Mohd Amir bin Mohd Mazuki
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146357)
Pengarah Protokol : Nur Fazlin binti Zaitong
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146788)
Pengarah Cenderamata : Umi Amira Binti Shariffudin
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A151060)
14
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT
23 MEI 2015 (SABTU)
8.00 pagi
9.00 pagi – 1 tengahari
1.00 tengahari – 2.30
petang
2.30 petang – 5.00
petang
5.00 petang – 6.00
petang
6.00 petang
Pendaftaran pasukan dan pemberian
makanan.
Perlawanan futsal antara kumpulan.
Berehat dan Solat Zuhur
Perlawanan separuh dan perlawanan
akhir futsal
Penyampaian hadiah dan perasmian
penutup
Bersurai
Vrox Sport Center
Bangi, Selangor
15
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN
Bil. Perkara RM
1. Sumbangan
- Sumbangan Luar
- Persatuan Mahasiswa FTSM
- Persatuan Mahasiswa UKM
- Yuran
RM 2000.00
RM 250.00
RM 500.00
RM 1540.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 4290.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM
1
Sijil dan Cenderamata
- Sijil AJK dan Pemenang (RM 2.00 X 100 orang )
- Cenderamata penghargaan
Pengadil (RM 50.00 X 4 Unit)
Perasmi (RM 50.00 X 1 Unit)
Penaja
- Hadiah (Wang Ringgit + Medal)
Tempat pertama (RM 200 X 2 Unit)
Tempat Kedua (RM 150 X 2 Unit)
Tempat Ketiga (RM 100 X 2 Unit)
Saguhati (RM 30 X 4 Unit)
RM 200.00
RM 200.00
RM 50.00
RM 300.00
RM 400.00
RM 300.00
RM 200.00
RM 120.00
16
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
2
3
4
5
Publisiti
- Banner (RM 80.00 X 1 Unit)
- Bunting (RM 30.00 X 5 Unit)
- Poster (RM 2.00 X 10 Unit)
Peralatan
- Baju urusetia (RM 20 X 25 helai)
- Tag nama urusetia dan lanyard (RM 1.50 X 25 kpg)
Jamuan AJK & Peserta
- Sarapan Pagi (RM 2.00 X 100 Orang)
- Tengahari (RM 5.00 X 100 Orang)
Tempat
- Gelanggang
RM 80.00
RM 150.00
RM 20.00
RM 500.00
RM 37.50
RM 200.00
RM 500.00
RM 1000.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
RM 4257.50
17
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
LAMPIRAN D
PERINCIAN PROGRAM
“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
(PERTAMA)
D.1 Modus Operandi
Kejohanan ini dilaksanakan secara perlawanan antara pasukan. Setiap pasukan akan
dibahagikan kepada 4 kumpulan. Perlawanan di peringkat awal akan dijalankan
secara liga. Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak untuk berentap pada
pusingan separuh akhir. Bagi pusingan separuh akhir, hingga akhir, pertandingan akan
dijalankan secara “kalah mati”. Format pertandingan adalah seperti yang dilampirkan
di Lampiran D. Dalam pusingan separuh akhir pula, setiap pasukan akan mencabut
undi bagi menentukan lawan masing-masing ( Johan bertemu naib johan yang
berbeza).
D.2 Masa Pertandingan
D.2.1 Masa bagi perlawanan futsal (L) adalah seperti berikut:
Separuh masa pertama :10 minit
Masa berehat : 3 minit
Separuh masa kedua : 10 minit
D.2.2 Masa bagi perlawanan futsal (W) adalah seperti berikut:
Separuh masa pertama : 7 minit
Masa berehat : 3 minit
Separuh masa kedua : 7 minit
18
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
D.2.3 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di dalam padang lima (5) minit
sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada
pasukan lawan jika sesuatu pasukan gagal berada dalam padang selepas lima
(5) minit dari masa perlawanan tanpa mengemukakan alasan yang munasabah.
D.3 Peralatan Permainan
D.3.1 Pakaian sukan yang bersesuaian dengan aktiviti sukan futsal adalah baju, seluar,
stoking, shin guard dan kasut. Pemakaian kasut adalah wajib.
D.3.2 Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan jenis bola ‘standard’ yang
diiktiraf oleh pihak FIFA / FAM.
D.4 Pengadilan
Pihak jawatankuasa penganjur akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah
di sepanjang pertandingan diadakan.
D.5 Pemberian Mata dan Penentuan Kemenangan
Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut:
a) Menang – 3 mata
b) Seri – 1 mata
c) Kalah – 0 mata
Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan menjadi johan
kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata kedua terbanyak akan menjadi
naib johan kumpulan. Jika dua atau lebih pasukan terikat seri maka perbezaan gol
akan digunakan untuk memutuskan kedudukan.
19
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
D.6 Format Pertandingan
20
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
LAMPIRAN E
PERINCIAN LANGKAH KESELAMATAN
“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
(PERTAMA)
E.1 Langkah – langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan aktiviti berjalan
dengan lancar sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.
a) Pemilihan Gelanggang
Sebelum aktiviti pertandingan dilaksanakan, urusetia akan memastikan
pemilihan gelanggang adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang
bencana dan kecelakaan kepada peserta.
b) Kawalan Risiko
Urusetia akan memastikan keadaan gelanggang yang dipilih adalah
tempat yang selamat untuk acara pertandingan. Perkara ini termasuklah
dari segi persekitaran di sekeliling gelanggang.
c) Prosedur Kecemasan
Urusetia juga akan menyediakan peralatan pertolongan cemas seperti
“First Aid Kit” untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau
kecelakaan semasa bermaian.
d) Sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
e) Sentiasa peka dengan perubahan yang akan berlaku.
21
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
LAMPIRAN F
PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI
KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEMUDAHAN PROGRAM
A. PERALATAN MAJLIS
Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti
1. Kerusi untuk Pentas (Sofa Single) 3 9. Papan Pameran 3’ x6’ x 6’
2. Kerusi Tetamu Khas (Banquet) 3 10. Booth 10’ x 10’
3. Kerusi Plastik 150 11. Meja Jamuan 3’ x 3’
4. Pentas (Platform) 4’ x 8’ x 6’ 1 12. Meja Bulat untuk Jamuan 2
5. Kanopi 20’ x 20’ 4 13 Meja Peperiksaan
6. Kanopi 15’ x 15’ 14. Meja Pameran
7. Papan Pameran 4’ x 4’ x 6’ 15. Meja Kopi
8. Papan Pameran 4’ x 6’ x 6’
B. KEPERLUAN ELEKTRIK
Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti
1. Set Sistem Siaraya 1 5. Kipas Siling Khemah 4
2. Mikrofon 2 6. Lampu Khemah
3. DVD Player 7. Soket Kuasa di Khemah 2
4. Rostrum 1 8. Kipas Berdiri 2