Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

  • Upload
    xbassg

  • View
    358

  • Download
    12

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    1/14

     

    WAKAF KHAS

    KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH TAMAN SEROJABANDAR BARU SALAK TINGGI

    43900 SEPANG, SELANGOR. 

    KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH

    d/a SK Taman Seroja,Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor. 

    Tel/Fax:03-87065652, [email protected] 

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    2/14

    WAKAF KHAS SEKOLAH KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH TAMAN SEROJA,

    BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR.

    TUJUAN

    1. Tujuan kertas kerja ini ialah untuk pengumpulan dana sebanyak

    RM1,200,000.00 (satu juta dua ratus ribu ringgit) bagi pembelian dua (2) unit bangunan

    kedai tiga tingkat, pengubahsuaian banguan (3 unit bangunan), pembelian perabut dan

    kelengkapan untuk pengajaran dan pembelajaran serta kerja-kerja berkaitan untuk

    dijadikan sekolah KAFA Integrasi Baitul Hikmah, Taman Seroja, Bandar Baru Salak

    Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Pengumpulan dana adalah menggunakan Prosedur

    Saham Wakaf Selangor bagi Wakaf Khas Perbadanan Wakaf Selangor. Rujukan

    Kelulusan : Bil (1)/PWS/BPD/002-3/21-27 bertarikh 18 Januari 2015. Kebenaran ini

    telah dilanjut sehingga 30 Jun 2016.

    LATAR BELAKANG

    2. KAFA Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja (KIBH) ditubuhkan pada tahun

    2007 ialah Sekolah Agama Rakyat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Integrasi. Falsafah

    penubuhan ialah untuk memberi peluang kepada murid-murid setempat mendapat

    pendidikan awal Agama Islam secara formal dan sistemetik berasaskan sukatan

    pelajaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan seterusnya bermatlamat

    untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

    3. Ia didaftarkan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam

    1988 Pindaan 2001 sebagai Sekolah Agama Rakyat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain

    Integrasi dengan No. Pendaftaran : 2J(4)9/99. Pentadbiran sekolah dikelola bersama

    oleh JAIS dan sebuah Jemaah Pengurusan.

    4. Bermula sejak penubuhan hingga sekarang (2015) ia beroperasi di Sekolah

    Kebangsaan Taman Seroja (SKTS). Sepanjang operasi, KIBH telah muncul di antara

    KAFA Integrasi terbaik di Daerah Sepang di dalam bidang akedemik seperti

    pencapaian di dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama Selangor (PSRA)

    dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Kebenaran operasi di SKTS adalah berdasarperjanjian di antara JAIS dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    3/14

    JUMLAH MURID DAN GURU

    5. Di atas kesedaran ibubapa tentang kepentingan mendapat pendidikan Agama

    Islam secara formal serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran (PnP),

    menyebabkan nisbah murid SK Taman Seroja yang bersekolah di KIBH adalah sangat

    tinggi iaitu melebihi 85 peratus. Pada tahun tahun 2015 jumlah murid KIBH ialah

    seramai 970 orang dengan kapasiti 28 bilik darjah. Jumlah murid daripada tahun 2010

    hingga 2015 adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Jum lah Murid KIBH 2010 - 2015  

    Tahun 2010 2011 2012 2013 2014 2015

    Bil Murid 1,006 1,030 967 970 971 970

    Bilangan Kelas 30 30 28 28 28 28

    6. KIBH mempunyai seramai 30 orang guru yang terdiri daripada 19 orang guru

    lantikan JAIS dan 11 orang guru rakyat yang dilantik dan dibayar elaun oleh KIBH.

    OPERASI KIBH PADA TAHUN 2016

    7. SK Taman Seroja akan melaksanakan persekolahan dua sesi bermula Januari2016. Menurut perjanjian di atara JAIS dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,

    kebenaran operasi akan terbatal jika SKTS melaksanakan persekolahan dua sesi. Oleh

    itu bermula tahun 2016, KIBH tidak lagi boleh beroperasi di SKTS.

    8. Bagi mengatasi masalah ini KIBH telah menyewa sebuah bangunan kedai tiga

    tingkat dan menandatangani perjanjian untuk membeli dua (2) unit bangunan tiga

    tingkat yang bersebelahan. Bangunan-bangunan ini akan dijadikan sebanyak empat

    belas (14) buah bilik darjah, pejabat dan kantin. JAIS telah memberi kebenaran untuk

    menjalankan operasi di bangunan yang disewa/dibeli seperti surat yang dilampirkan.

    PERJANJIAN PEMBELIAN BANGUNAN

    9. Bangunan yang dibeli ialah 2 unit bangunan rumah kedai 3 tingkat yang

    mempunyai keluasan lantai 8,580 kaki persegi yang beralamat di No. 20 dan 22, Jalan

    Seroja 2, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Harga

    belian ialah Ringgit Malaysia Lapan Ratus Dua Puluh Ribu (RM820,000.00)

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    4/14

    10. KIBH telah melantik empat Ahli Jemaah Pengurusan iaitu KAMARULZAMAN

    BIN MAT ZAIN (KP: 640827030565), ABD SHUKUR BIN MOHAMED (KP

    610605065113), JAMALUDDIN BIN MUHAMED SAID (KP:670503065117) dan MOHD

    JOHARI BIN ABD RAHIM (KP: 660301065785) sebagai wakil KAFA untuk

    menandatangan perjanjian dengan pihak penjual. Perjanjian ini ditandatangan pada 20

    Januari 2015.

    KOS PEROLEHAN BANGUNAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

    11. Anggaran keseluruhan kos perolehan bangunan dan kerja-kerja berkaitan untuk

    membolehkan ia digunakan dengan selesa dan selamat bagi pengajaran dan

    pembelajaran berjumlah Satu Juta Dua Ratus Ribu Ringgit  (RM1,200,000.00). 

    Pecahan kos terperinci seperti di Jadu al 2.

    Jadual 2 - An ggaran Kos Terperinci  

    Bil Perkara Jumlah(RM)

    1 Pembelian 2 unit bangunan 3 tingkat 820,000.00

    2 Ubah suai 3 unit bangunan 3 tingkat ( 1 unitsewa dan 2 unit dibeli)

    210,000.00

    3 Pembelian Meja, kerusi sebanyak 500 unit

    dan alat bantuan mengajar

    70,000.00

    4 Pembelian perabut dan kelengkapan pejabatserta kemudahan dan keselesaan murid

    50,000.00

    5 Kos pengurusan, guaman dan perunding 50,000.00

    JUMLAH 1,200,000.00

    PERANCANGAN JADUAL PERBELANJAAN

    12. Perancangan jadual pebelanjaan keseluruhan projek adalah seperti Jadual 3 :

    Jadual 3  – Perancangan Perbelanjaan.

    Bil Aktiviti Tarikh Jumlah(RM)

    BelanjaTerkumpul

    (RM)

    1 Tanda tangan perjanjian (bayaran10%)

    Jan 2015 82,000.00 82,000.00

    2 4 bulan selepas consent Jun 2015 410,000.00 492,000.00

    3 6 bulan selepas consent Ogos 2015 328,000.00 820,000.00

    4 Ubah suai bangunan dan kerja

    berkaitan

    Ogos dan

    Sept 2015

    210,000.00 1,030,000.00

    5 Pembelian Meja, kerusi sebanyak500 unit dan alat bantuan mengajar

    Sept 2015 70,000.00 1,100,000.00

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    5/14

    6 Pembelian perabut dan kelengkapanpejabat serta kemudahan dankeselesaan murid

    Sept 2015 50,000.00 1,150,000.00

    7 Kos guaman dan perunding (arkitek) Jan  –  Okt2015

    50,000.00 1,200,000.00

    WAKAF KHAS PERBADANAN WAKAF SELANGOR

    13. Pengumpulan dana bagi projek ini menggunakan prosedur Saham Wakaf

    Selangor di bawah skim Wakaf Khas yang ditadbir oleh Perbadanan Wakaf Selangor.

    Nama Wakaf Khas ialah Sekolah KAFA Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja. Kaedah

    wakaf ialah wakaf tunai pembelian unit-unit Saham Wakaf Selangor berharga RM10.00

    bagi satu unit.

    STATUS BANGUNAN

    14. Apabila projek ini selesai, harta (bangunan) akan diwartakan sebagai HARTA

    WAKAF  dengan Majlis Agama Islam Selangor sebagai Pemegang Amanah dan ia

    dikhususkan untuk operasi sekolah KIBH. Secara perinsipnya fungsi operasi sekolah ini

    akan berkekalan dan ia tidak boleh diubah tanpa kebenaran pihak berkuasa.

    PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN15. Sumbangan derma melalui Saham Wakaf Selangor bagi projek ini mendapat

    pelepasan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

    No. Rujukan LHDN : 01/35/42/51/179-6.5621 dan No Warta Kerajaan 14369 bertarikh

    27 Julai 2004. Contoh resit yang dikeluarkan seperti berikut :

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    6/14

    KAEDAH WAKAF 

    16. Pewakaf perlu mengisi Borang B1 borang wakaf Perbadanan Wakaf Selangor .

    Kaedah sumbangan bagi Wakaf Khas ini ialah dengan cara bank-in ke dalam akaun

    atau berikut :

    Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB – Nilai) : 12104010008438

    Cek atas nama : KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH TMN SEROJA 

    Satu unit Saham Wakaf Selangor = RM10.00

    Maklumat wakaf hendaklah email kepada [email protected]  untuk tujuan

    pengeluaran resit.

    17. Pewakaf juga boleh menyumbang wakaf secara tunai kepada pemungut yang

    diluluskan oleh Perbadanan Wakaf Selangor. Pemungut yang dibenarkan ialah :

    i. En. Kamarulzaman Bin Mat Zain (No. Tel: 013-3107626)

    ii. En. Jamaluddin Bin Mohamed Said (No. Tel: 019-2181131)

    iii.  En. Ramli Bin Mahmood (No. Tel: 017-6796072)

    iv. En. Meor Rosazman bin Md Idris (No. Tel: 012-2194414)

    v. Pn. Mariam binti Muslim (No. Tel: 013-3790644)

    LAMPIRAN

    18. Senarai Lampiran bagi kertas kerja ini ialah :

    i. Lampiran 1  – Perakuan Pendaftaran KAFA Integrasi Baitul Hikmah

    ii. Lampiran 2  – Kebenaran JAIS untuk Pemindahan Operasi Sekolah

    iii. Lampiran 3   –  Surat Kelulusan Perbadanan Wakaf Selangor Untuk

    Menggunakan Prosedur Kutipan Saham Wakaf Selangor.

    iv. Lampiran 4  – Maklumat Bangunan Yang Dibeli

    v. Lampiran 5  – Penyata Bank KAFA Integrasi Baitul Hikmah

    vi. Lampiran 6  – Gambar Ubahsuai Bangunan KAFA

    PERHUBUNGAN / PERTANYAAN

    19. Maklumat lanjut berkaitan Wakaf Khas ini boleh didapati seperti berikut :

    Perbadanan Wakaf Selangor (MAIS)

    Tingkat 10 Menara SelatanBangunan Sultan Idris Shah40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-5514 3758 / 3759, Fax : 03-5514 3759Email: [email protected], http://www.wakafselangor.gov.my

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    7/14

    KAFA Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja

    d/a SK Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi43900 Sepang, Selangor.Tel/Fax : 03-87065652Email : [email protected], Facebook : KAFA Integrasi Baitul Hikmah

    AJK KIBH

    i. En. Kamarulzaman Bin Mat Zain (No. Tel: 013-3107626)

    ii. En. Jamaluddin Bin Mohamed Said (No. Tel: 019-2181131)

    iii.  En. Ramli Bin Mahmood (No. Tel: 017-6796072)

    iv. En. Meor Rosazman bin Md Idris (No. Tel: 012-2194414)

    v. Pn. Mariam binti Muslim (No. Tel: 013-3790644)

    vi. Ustaz Mohd Musa bin Sarip (No. Tel: 017-3366995)

    vii. Ustaz Mohd Rashid bin Mohd Arof (No. Tel: 012-2143610)

    viii. En. Johari bin Abd Rahim (No. Tel: 012-3152616)

    ix. En. Abd Shukur bin Mohamad (No. Tel: 012-3892804)

    x. En. Roslee bin Abdul Wahab (No. Tel: 019-2315706)

    xi. En. Yusoff bin Harun (No. Tel: 012-7235577)

    PENUTUP

    “Sedekah itu akan memadamkan kesalahan (dosa kecil) sebagaimana air

    memadamkan api “ (Hadis – Riwayat Muslim, At-Tirmidzi, Maalik & Ad-Daarimi).

    "Apabila mati anak Adam, putuslah amalanya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu

    yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya.“ (Hadith -

    Riwayat Muslim)

    Jemaah Pengurusan KAFA merayu sumbangan bagi Wakaf Khas Sekolah KAFA

    Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja, Saham Wakaf Selangor ini bagi memastikan

    seramai 970 murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan KAFA. In Shaa Allah

    sumbangan anda akan dikira sebagai Amal Jariah oleh Allah S.W.T.

    KAFA Integrasi Baitu Hikmah, Taman Seroja

    April 2015 / November 2015 (versi 2)

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    8/14

    LAMPIRAN 1

    PERAKAUAN PENDAFTARAN KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    9/14

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    10/14

    LAMPIRAN 3

    SURAT KELULUSAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR UNTUKMENGGUNAKAN PROSEDUR KUTIPAN SAHAM WAKAF SELANGOR.

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    11/14

    LAMPIRAN 4

    MAKLUMAT BANGUNAN

    BANGUNAN DIBELI

    1. Jenis Bangunan – 2 unit bangunan kedai tiga tingkat2. Keluasan Tanah – 22’ x 70’3. Keluasan Lantai – 22’ x 65 x 3 x 2 = 8,580 kaki persegi 4. Alamat : No. 20 dan 22, Jalan Seroja 2,Taman Seroja, Bandar Baru Salak

    Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.

    BANGUNAN DISEWA

    1. Jenis Bangunan – 1 unit bangunan kedai tiga tingkat2. Keluasan Tanah – 22’ x 70’

    3. Keluasan Lantai – 22’ x 65 x 3 x 1 = 4,290 kaki persegi 4. Alamat : No. 24, Jalan Seroja 2,Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900

    Sepang, Selangor.

    GAMBAR BANGUNAN YANG DIBELI

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    12/14

    PENYATA AKAUN BANK

    LAMPIRAN 5

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    13/14

      LAMPIRAN 6

    GAMBAR-GAMBAR PENGUBAHSUAIN BANGUNAN

  • 8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015

    14/14