KERTAS KONSEP PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN 2014.doc

Embed Size (px)

Citation preview

PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

BILPERKARAMUKA SURAT

1Pengenalan Dasar 1Murid 1Sukan

1

2Latar Belakang Dasar 1Murid 1Sukan

1

3Matlamat Dasar 1Murid 1Sukan

2

4.Konsep Dasar 1Murid 1Sukan

2

5Objektif

2

6Prinsip Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan

3-4

7Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan

4-5

8Program Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan

6

9Kaedah Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan

6-9

10Pelan Tindakan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan

9-10

11Agihan Peruntukan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan

10-11

1. PENGENALAN DASAR 1MURID 1SUKANLaporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan adalah penting di semua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah mengatakan bahawa aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid- murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.2. LATAR BELAKANG DASAR 1MURID 1SUKANDasar 1Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepenjang tahun.

Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di epringkat sekolah melalui strategi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Bagi murid yang berbakat dan berpotensi, bakat mereka dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah.

Aktiviti sukan adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan murid. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1Malaysia yang cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menyokong semangat 1Malaysia.

3. MATLAMAT DASAR 1MURID 1SUKAN

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insane melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

4. KONSEP DASAR 1MURID 1SUKAN

4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam skan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

4.2 Membangunkan sukan sekolah kea rah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

5. OBJEKTIF DASAR 1MURID 1SUKAN

5.1 Meningkatkan kecergasan jasmani

5.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni

5.3 Memupuk perpaduan di antara kaum

5.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid5.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal

5.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal

5.7 Mewujudkan landasan kea rah kecemerlangan sukan

6. PRINSIP PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

6.1 Dasar 1Murid 1Sukan adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah, dan Peralihan, dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 di Sekolah Rendah digalakkan menyertai program mengikut kemampuan sekolah.6.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.6.3 Asas kepada 1M1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan hendaklah digunakan sama bagi melaksanakan 1M1S.6.4 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid.

6.5 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif murid

6.6 Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.

7. PENDEKATAN PELAKSANAAN

7.1 Program Sukan Umum (Sukan sepanjang tahun)7.1.1 Merentas Desa

7.1.2 Sukan Tara

7.1.3 Kejohanan Balapan dan Padang

7.2 Kelab Sukan dan Permainan (Sukan sepanjang tahun)

7.2.1 90 minit sekolah menengah7.2.2 60 minit sekolah rendah

7.2.3 Latihan pelbagai permainan dan Modified Games

7.3 Pertandingan Dalaman (sukan sepanjang tahun)7.3.1 Pertandingan antara rumah sukan

7.3.2 Pertandingan antara kelas / Tingkatan

7.3.3 Pertandingan antara dorm asrama

7.4 Pertandingan lain

7.4.1 Majlis Sukan Sekolah Daerah

7.4.2 Majlis Sukan Sekolah Bahagian

7.4.3 Majlis Sukan Sekolah Sarawak

7.4.4 Majlis Sukan Sekolah Malaysia

7.4.5 Ke Peringkat Antarabangsa

8. JAWATANKUASA PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

8.1 Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Pengerusi:Hajah Serina Bt. Sauni

Pengarah pendidikan Sarawak

Timbalan Pengerusi:Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak

Naib Pengerusi:En. Ambrose Ak. Jarit

Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Setiausaha:En. Alta Abang Ak Katum

Ketua Unit Sukan, SPPK

Penolong Setiausaha:En. Johnny Ak. Rasit

Penolong Pengarah Sukan, Unit Sukan, SPPK

Ahli Jawatankuasa:1. Pegawai Pendidikan Daerah Kuching

2. Pegawai Pendidikan Daerah Bau

3. Pegawai Pendidikan Daerah Padawan

4. Pegawai Pendidikan Daerah Lundu

5. Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan

6. Pegawai Pendidikan Daerah Serian

7. Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan

8. Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman

9. Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu

10. Pegawai Pendidikan Daerah Betong11. Pegawai Pendidikan Daerah Saratok12. Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei

13. Pegawai Pendidikan Daerah Julau

14. Pegawai Pendidikan Daerah Meradong

15. Pegawai Pendidikan Daerah Sibu

16. Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit

17. Pegawai Pendidikan Daerah Selangau

18. Pegawai Pendidikan Daerah Mukah

19. Pegawai Pendidikan Daerah Daro

20. Pegawai Pendidikan Daerah Dalat

21. Pegawai Pendidikan Daerah Kapit

22. Pegawai Pendidikan Daerah Song

23. Pegawai Pendidikan daerah Belaga

24. Pegawai Pendidikan daerah Bintulu

25. Pegawai Pendidikan Daerah Sebauh

26. Pegawai Pendidikan Daerah Tatau

27. Pegawai Pendidikan Miri

28. Pegawai Pendidikan Daerah Baram

29. Pegawai pendidikan Daerah Subis

30. Pegawai Pendidikan Daerah Limbang

31. Pegawai Pendidikan Daerah Lawas

Penyelaras Program:1. Kejohanan Sukan Muhibbah

-En. Johnny Ak Rasit

Penolong Pengarah Sukan, Unit Sukan

2. Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan

-En. Apo Latit

Penyelia Kanan Sukan I,Unit Sukan

2. Bulan Kecergasan; dan

Kejohanan Sukan Pribumi Sarawak

-En. Nojes Ak Ajip

Penyelia Sukan II, Unit Sukan

3. Kejohanan Sukan Sekolah Premier;

Klinik Sukan Sekolah; dan

Pemimpin Muda Sukan

-En. Rasid Bin Mail

Penyelia Sukan III, Unit Sukan

9. Program Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan

Pelaksanaan program Dasar 1Murid 1Sukan ini adalah seperti berikut:9.1 Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan

9.2 Kejohanan Sukan Pribumi Sarawak

9.3 Kejohanan Sukan Sekolah Premier Zon Sarawak

9.4 Bulan Kecergasan Peringkat Negeri dan Daerah

9.5 Kejohanan Sukan Muhibbah

9.6 Klinik Sukan Sekolah (sekolah rendah)

9.7 Pemimpin Muda Sukan (sekolah menengah)

10. Kaedah Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan

10.1 Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan

10.1.1 Pelaksanaan10.1.1.1 Peringkat Daerah

(sekolah terbaik mewakili daerah ke peringkat negeri)

10.1.1.2 Peringkat Negeri

(disertai oleh 11 PPD Utama)

10.1.1.3 Peringkat Kebangsaan

(sekolah terbaik di peringkat negeri)

10.1.2 Kumpulan Sasar

10.1.2.1 Murid sekolah menengah

10.1.2.2 Murid berada di persekolahan Peralihan hingga Tingkatan 2

10.1.3 Sukan yang dipertandingkan

10.1.3.1 Balapan dan Padang Lelaki dan Perempuan

10.1.3.2 Futsal Lelaki

10.1.3.3 Bola Jaring 3 on 3 Perempuan

10.1.3.4 Bola Keranjang 3 on 3 Lelaki dan Perempuan

10.2 Kejohanan Sukan Pribumi Sarawak

10.2.1 Pelaksanaan

10.2.1.1 Peringkat Daerah

(sekolah terbaik mewakili daerah ke peringkat negeri)

10.2.1.2 Peringkat Negeri

(disertai oleh 16 PPD)

10.2.2 Kumpulan Sasar

10.2.2.1 Murid sekolah rendah

10.2.2.2 Sekolah yang berada di Kawasan Pedalaman 310.2.3 Sukan yang dipertandingkan

10.2.3.1 Balapan dan Padang Lelaki dan Perempuan

10.2.3.2 Sepak Takraw

10.2.3.3 Bola Jaring 3 on 3 Perempuan

10.3 Kejohanan Sukan Sekolah Premier

10.3.1 Pelaksanaan

10.3.1.1 Peringkat Zon Sarawak

(sekolah terbaik mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan)

10.3.2 Kumpulan Sasar

10.3.2.1 Murid sekolah menengah10.3.2.2 7 buah sekolah premier di Sarawak10.3.3 Sukan yang dipertandingkan

10.3.3.1 Bola Sepak10.3.3.2 Bola Jaring10.3.3.3 Hoki Lelaki10.4 Bulan Kecergasan Peringkat Negeri dan Daerah10.4.1 Pelaksanaan

10.4.1.1 Peringkat Negeri10.4.2 Kumpulan Sasar

10.4.2.1 Warga Pendidikan Jabatan dan Murid sekolah yang berdekatan dengan Jabatan10.4.2.2 Aktiviti yang dijalankan

10.4.2.3 Jalan Ria 1Murid 1Sukan (10,000 langkah)

10.4.2.4 Senamrobik

10.4.2.5 Pertandingan Futsal

10.4.2.6 Pertandingan Bola Jaring

10.5 Kejohanan Sukan Muhibbah

10.5.1 Pelaksanaan

10.5.1.1 Peringkat Daerah

(sekolah terbaik mewakili Daerah ke peringkat Negeri)

10.5.2 Kumpulan Sasar

10.5.2.1 Murid sekolah Menengah Peralihan dan Tingkatan Satu10.5.3 Sukan yang dipertandingkan

10.5.3.1 Bola Sepak Lelaki 7 sebelah10.5.3.2 Futsal Perempuan10.6 Klinik Sukan Sekolah10.6.1 Pelaksanaan

10.6.1.1 Peringkat Daerah

10.6.1.2 Peringkat Sekolah

10.6.2 Kumpulan Sasar

10.6.2.1 Guru Penasihat Kelab Sukan dan Murid sekolah Rendah Tahun 410.6.2.2 40 orang peserta setiap Klinik10.6.3 Aktiviti yang dijalankan

10.6.3.1 Senamrobik10.6.3.2 Ice Breaking10.6.3.3 Keselamatan dan kecederaan dalam sukan10.6.3.4 Dinamika kumpulan

10.6.3.5 Asas Permainan

10.7 Pemimpin Muda Sukan10.7.1 Pelaksanaan

10.7.1.1 Peringkat Daerah

10.7.1.2 Peringkat Sekolah

10.7.2 Kumpulan Sasar

10.7.2.1 Guru Penasihat Kelab Sukan dan Murid sekolah Menengah Tingkatan 4

10.7.2.2 40 orang peserta setiap Pemimpin Muda Sukan10.7.3 Aktiviti yang dijalankan

10.7.3.1 Senamrobik

10.7.3.2 Ice Breaking

10.7.3.3 Keselamatan dan kecederaan dalam sukan

10.7.3.4 Dinamika kumpulan pemimpin

11. Pelan Tindakan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan

BILPERKARATINDAKANPELAKSANAAN

1Merangka Kertas KonsepPegawai MejaJanuari 2015

2Semakan Ketua Unit Sukan, Ketua SektorJanuari 2015

3Kelulusan PengarahJanuari 2015

4Pelaksanaan Dasar 1Murid 1SukanPegawai Meja

1. Profil MuridPegawai Meja

Penyelia Sukan PPD

PK KK Sekolah

Tarikh Akhir hantar

27 Februari 2015

2. Laporan Bulanan PelaksanaanPegawai Meja

Penyelia Sukan PPD

PK KK SekolahTarikh Hantar

1. 10.4.2015

2. 10.6.2015

3. 9.10.2015

4. 27.11.2015

5Pelaksanaan Klinik Sukan SekolahMac hingga September 2015

7Pelaksanaan Pemimpin Muda SukanMac hingga September 2015

8Pelaksanaan Bulan KecergasanJun 2015

9Pelaksanaan Kejohanan Sukan Sekolah Premier Zon SarawakOgos 2015

10Pelaksanaan Sukan Sekolah Pribumi Sarawak Oktober 2015

11Pelaksanaan Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1SukanSeptember 2015

12Pelaksanaan Kejohanan Sukan Muhibbah Zon SarawakSeptember 2015

12. ANGGARAN BELANJA MENGURUS PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN12.1 KLINIK SUKAN SEKOLAH (Sekolah Rendah)

BILPERINGKATPERUNTUKAN

1Pejabat Pendidikan DaerahRM4,000.00 (29 PPD)

RM2,000.00 (2 PPD)

2SekolahMengikut enrolmen murid sekolah

2.1 Enrolmen 149 orang murid ke bawah RM200.00

2.2 Enrolmen 150 orang ke atas RM500.00

12.2 PEMIMPIN MUDA SUKAN (Sekolah Menengah)

BILPERINGKATPERUNTUKAN

1Pejabat Pendidikan DaerahRM5,800.00 (29 PPD)

RM2,900.00 (2 PPD)

2SekolahMengikut enrolmen murid sekolah

1.1 Enrolmen 149 orang murid ke bawah RM200.00

1.2 Enrolmen 150 orang ke atas RM500.00

12.3 BULAN KECERGASAN PERINGKAT NEGERI

BILPERINGKATPERUNTUKAN

1Jabatan Pendidikan NegeriRM5,000.00

2Pejabat Pendidikan Daerah-

12.4 KEJOHANAN SUKAN Sekolah Premier Zon Sarawak

BILPERINGKATPERUNTUKAN

1Zon SarawakRM12,000.00

12.5 KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH PRIBUMI SARAWAK

BILPERINGKATPERUNTUKAN

1DaerahBerdasarkan peruntukan yang akan diterima

2Jabatan Pendidikan NegeriBerdasarkan peruntukan yang akan diterima

12.6 KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN

BILPERINGKATPERUNTUKAN

1DaerahBerdasarkan peruntukan yang akan diterima

2Jabatan Pendidikan NegeriBerdasarkan peruntukan yang akan diterima

12.7 KEJOHANAN SUKAN MUHIBBAH ZON SARAWAK

BILPERINGKATPERUNTUKAN

1DaerahBerdasarkan peruntukan yang akan diterima

2Jabatan Pendidikan NegeriBerdasarkan peruntukan yang akan diterima

Peruntukan kewangan ini tertakluk kepada peruntukan yang akan diperturunkan daripada Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2015

KERTAS KONSEP

PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

DISEDIAKAN OLEH

UNIT SUKAN

SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK