29
UW00202 TITAS TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA SEMESTER 1, SESI 2014/2015 SEKSYEN 4 MASALAH SOSIAL KES- KES PENCULIKAN YANG BERLAKU SECARA BERTURUT- TURUT DI NEGERI SABAH DISEDIAKAN UNTUK DG HAFIZAH AG. BASIR 1

Kes Penculikan

  • Upload
    kay1007

  • View
    403

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

UW00202TITASTAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIASEMESTER 1, SESI 2014/2015SEKSYEN 4MASALAH SOSIALKES- KES PENCULIKAN YANG BERLAKU SECARA BERTURUT- TURUT DI NEGERI SABAHDISEDIAKAN UNTUKDG HAFIZAH AG. BASIR

NAMA AHLINO MATRIKNO TELEFONTANDATANGAN

LOLITA WONG LINBS141104710146843550

HO KOOI CHEEBS141103440123768186

TUNG CHU LINGBS141108920163388578

TAN WAI YIBS141108510122441036

ISI KANDUNGANNOTAJUKMUKA SURAT

1.0Pengenalan3

2.0Latar Belakang kes-kes penculikan yang berlaku4 - 5

3.0Faktor-faktor yang menyebabkan kes penculikan yang berlaku di negeri Sabah dan langkah- langkah untuk menyelesaikannya5 - 7

4.0Apakah yang patut dilakukan oleh masyarakat ataupun kerajaan semasa menghadapi kes- kes penculikan7 - 9

5.0Pandangan sosial terhadap kes- kes penculikan yang berlaku9 - 11

6.0Kesan- kesan terhadap kes- kes penculikan yang berlaku12 - 14

7.0Langkah-langkah untuk mengatasi fenomena penculikan di negeri Sabah14 - 16

8.0Lampiran

8.1) Borang Soal Selidik17

8.2) Analisis Kajian Soal Selidik

18 - 20

9.0Kesimpulan20 - 21

10.0Rujukan21

1.0 PENGENALANTAN WAI YIBS14110851 Penculikan merupakan satu perbuatan yang mengambil seseorang atau menangkap seseorang dengan cara yang agresif tanpa kebenaran yang sah. Mereka yang berbuat demikian berkemungkinan adalah untuk tujuan wang tebusan, membalas dendam atas masalah peribadi ataupun langkah awal bagi jenayah lain. Tidak kira apakah tujuan seseorang melakukan kes-kes penculikan ini, perbuatan ini adalah menyalahi undang-undang yang telah ditaklukkan. Sesiapa yang sesungguhnya melakukan perbuatan ini dan sekiranya dikenalpasti atas kelakuan tersebut, mereka akan didakwa atas menyalahi undang- undang negara. Seterusnya mereka perlu bertanggungjawab atas kelakuan mereka dan menanggung hukuman yang telah ditetapkan berdasarkan akta-akta yang telah ditentukan.

Sejak kebelakangan ini, kes-kes penculikan yang telah kian berlaku tidak sahaja tertumpu di dalam negeri Sabah tetapi juga dalam seluruh negara Malaysia. Walaubagaimanapun, kes-kes penculikan yang berlaku secara berturut- turut di negeri Sabah dalam tiga bulan yang lalu pada awal tahun ini [endnoteRef:1]telah menarik perhatian daripada pelbagai pihak. Negeri Sabah yang dikenali dengan keindahan alam semula jadi dan selalu menjadi tumpuan destinasi pelancongan marin khususnya di kalangan warga asing telah dicalar oleh kes-kes penculikan yang berlaku secara berturut-turut dalam tahun ini.

Sebenarnya, kes- kes penculikan bukanlah satu isu yang terbaru dibincang dalam negara kita. Semenjak tahun- tahun yang lalu, kes- kes penculikan yang berlaku telah bertambah buruk dalam negara kita. Kalau kita masih ingat, seorang kanak- kanak perempuan yang bernama Sharlinie yang didapati hilang pada 09 Januari 2008 dan dipercayai telah diculik, masih belum dijumpai selepas enam tahun ini. Oleh itu, sebagai warganegara Malaysia, setiap rakyat sebenarnya mempunyai tanggungjawab dalam mempertahankan keselamatan negara. Marilah kita bersama-sama mengkaji kes-kes penculikan yang berlaku di dalam negara kita ini dan mencadangkan langkah- langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesikan masalah-masalah ini. [1: ]

2.0 LATAR BELAKANG CONTOH KES-KES PENCULIKAN YANG TELAH BERLAKUHO KOOI CHEEBS141103442.1 Kes Pertama: Kejadian penculikan ini telah berlaku pada 02 April 2014 pada jam lebih kurang 10.30 malam bertempat di Resort Singgahmata, Semporna.[footnoteRef:1] Kejadian ini telah melibatkan seorang pelancong yang berasal dari China dan juga seorang pekerja yang berasal dari Filipina dan kini bekerja di Resort Singamata Adventure & Reef Resort Sdn Bhd. Dalam kejadian ini, dua orang mangsa tersebut telah diculik iaitu penama Marcy Dayawan, Perempuan, umur 40 tahun, warganegara Filipana dan merupakan pekerja di resort tersebut. Seorang lagi mangsa bernama Gao Hua Yuan, perempuan, umur 29 tahun, warganegara China dan merupakan seorang pelajar dari Shanghai China yang menginap di resort tersebut bagi menghadiri kursus menyelam di resort tersebut. [1: Laman Rasmi Utusan Borneo: http://www.utusanborneo.com.my/content/esscom-kenal-pasti-kumpulan-culik-dua-wanita-dari-resort-di-pulau-singgahmata (19 September 2014)]

Dalam kejadian ini, didapati sekumpulan lelaki seramai tujuh orang telah memasuki kawasan resort ini dengan menggunakan sebuah bot jenis speed bot dan bersenjata api. Lebih kurang jam 11.00 malam, kesemua penculik telah beredar dari kawasan resort dengan membawa bersama dua orang mangsa culik tadi. Selepas mereka menculik kedua-dua mangsa tersebut, mereka telah meminta 38 million ringgit Malaysia (US11 million) hanya untuk melepaskan Gao Hua Yuan. Walaubagaimanapun, atas kerjasama antara Malaysia dan juga Filipina, mangsa- mangsa ini telah dilepaskan dan diselamatkan.[footnoteRef:2] [2: Laman Rasmi MSTAR: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/06/01/polis-cari-petunjuk-insiden-culik-sabah/]

2.2 Kes kedua:Kejadian penculikan ini pula berlaku di kawasan Pantai Timur Sabah berdekatan Silam, Lahad Datu. Kes ini telah melibatkan seorang warganegara China yang bernama Yang Zai Lin, 34 tahun yang berasal dari Guangzhao, China. Mangsa ini merupakan pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata dan percaya telah menuju ke selatan Pulau Simutu, Filipina pada 06 Mei 2014. Walaubagaimanapun mangsa Yang Zai Lin telah berjaya dibebaskan oleh penculik berdasarkan hasil tindakan pihak berkuasa berpandukan maklumat risikan dan tiada wang tebusan yang dibayar terhadap penculik.[footnoteRef:3] [3: Laman Rasmi MSTAR: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/07/10/pengurus-dibebaskan/]

2.3 Kes Ketiga:Kejadian ini telah berlaku pada 12 Julai 2014, Sabtu di Semporna. Hal ini melibatkan seorang anggota polis Marin yang bernama Konstabel Zakia Aleip dan dipercayai teah diculik oleh lapan orang lelaki bersenjata di Pulau Mabul. Semasa Konstabel Zakia Aleip diculik, kami percaya dia telah dikurung di tempat persembunyian hutan pergunungan, Pulau Jobo, selatan Filipina. Selepas Konstabel Zakia Aleip diculik oleh penculik tersebut, PDRM dengan kerjasama pihak berkuasa Filipina telah menjalankan proses perundingan dengan kumpulan penculik tersebut untuk membebaskan Konstabel Zakia Aleip dengan secepat mungkin. [footnoteRef:4] [4: Laman Rasmi Berita Harian: http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/PolissedangberundingdenganpenculikuntukbebaskanZakiahAleip/Article/cetak]

3.0FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN KES PENCULIKAN DI NEGERI SABAHTUNG CHU LINGBS14110892Menurut kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, industri pelancongan di negeri Sabah menerima tamparan yang besar sekiranya kes penculikan dilaporkan semakin meningkat sejak berlakunya kes pencerobohan di Lahad Datu pada bulan Februari tahun lepas. Walaubagaimanapun, projek Sabah Tourism dipromosikan dengan giat untuk menarik minat pelancong ke negeri Sabah. Namun, soal-soal keselamatan telah menjadi kebimbangan pelancong. Peristiwa hitam yang berlaku pada 2 April 2014 telah menggemparkan seluruh negara Malaysia apabila seorang pelancong warga China, Gao Hua Yuan yang berusia 29 tahun serta seorang pekerja warga Filipina, Marcy Darawan yang berusia 40 tahun telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dari Resort Singamata Reef di Semporna, Sabah.[footnoteRef:5]5 Peristiwa tersebut turut meruntun perasaan rakyat Malaysia sehingga soal-soal keamanan menjadi kebebanan dan kebimbangan masyarakat. Bak kata pepatah kalau tidak ada angina manakah pokok bergoyang , setiap masalah yang timbul ada sebabnya, kes-kes hitam yang berlaku di negeri Sabah pun tidak dikecualikan. Demi mendepani dunia yang berkembang, faktor-faktor kejadian kes penculikan di negeri Sabah perlu dikemukakan untuk menangani tragedi tersebut sebelum nasi sudah menjadi bubur. [5: 5 Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/empat-ditahan-dalam-kes-penculikan-semporna-33187]

3.1Kewujudan sikap tamakAntara faktor-faktor yang menyebabkan kes penculikan semakin menjadi-jadi di negeri Sabah termasuklah kewujudan sikap tamak yang ingin mengejar kemewahan hidup. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tamak berdefinisi keinginan untuk memiliki sesuatu tanpa batasan yang akan menyebabkan seseorang melakukan kerja-kerja yang terhina.[footnoteRef:6]6 Sekiranya seseorang mempunyai sikap ketamakan yang dinyatakan sebagai konsep salah terhadap perkaitan antara kekayaan dengan kebahagiaan, seseorang ini tidak akan berfikir panjang dan mengambil jalan mudah dengan melakukan kes-kes jenayah seperti kes penculikan untuk mencapai kemewahan hidup dalam rangka masa yang pendek. Sebagai contoh, wang tebusan yang tinggi sebanyak RM 36.4 juta telah dituntut oleh kumpulan penculik bagi membebaskan Gao Hua Yuan yang diculik dari Resort Singamata, Semporna.[footnoteRef:7]7 Pada pandangan kumpulan, tragedi tersebut telah membuktikan sikap ketamakan akan mengaburi kewarasan fikiran untuk melakukan jenayah demi kemewahan hidup. [6: 6 Kamus Dewan, 2005. Edisi Keempat Cetakan Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 1355.] [7: 7 Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/penculik-tuntut-tebusan-rm36-4-juta-untuk-wanita-33609]

3.2Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI)Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri Sabah dengan kemasukan melalui agensi-agensi haram atau penggunaan pas masuk lawatan sosial turut menyebabkan fenomena penculikan semakin berleluasa. Kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah telah menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti kes-kes jenayah yang membebankan negara dan menjejaskan ekonomi tempatan. Menurut kata Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Ahmad Nadzer Nordin, golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) dianggap sebagai dalang utama dalam kegiatan penculikan di kawasan Pantai Timur Sabah. Berdasarkan maklumat dari Bahagian Perisikan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, kemasukan golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai menjalankan kegiatan penculikan di negeri Sabah demi memeras ugut wang tebusan atas mangsa culik.[footnoteRef:8]8 Pada pandangan kumpulan, kemasukan golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah menimbulkan pelbagai masalah sosial perlu dipandang serius demi keamanan dan kesejahteraan negara. [8: 8 Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/pati-pantai-timur-sabah-dipercayai-tali- barut-kumpulan-penculik-esscom-38207]

3.3Kemerosotan penghayatan nilai keinsanan dan agamaKemerosotan penghayatan nilai keinsanan dan agama merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tragedi penculikan di negeri Sabah. Kekurangan pendidikan agama akan mempengaruhi seseorang dari segi pembentukan budi bahasa dan mendorong kemerosotan dalam aspek kerohanian etika. Kemerosotan nilai keinsanan dan agama menyebabkan seseorang terjerumus dalam gejala yang tidak bermoral seperti melakukan kes penculikan untuk mencari rezeki bagi mengejar kemewahan hidup. Situasi tersebut dapat dipaparkan melalui kes-kes penculikan dan pencerobohan yang berlaku pada 15 November 2013 di pusat peranginan Pulau Pom-Pom. Peristiwa hitam ini pula menggemparkan seluruh negara Malaysia apabila seorang pelancong warga Taiwan, Hsu Li Min yang berusia 57 tahun ditemui mati di bilik pusat peranginan Pulau Pom-Pom dengan dua kesan tempakan pada dadanya. Manakala, teman wanitanya, Chang An Wei yang berusia 58 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dan sejumlah wang tebusan pula dituntut bagi membebaskan mangsa culik.[footnoteRef:9]9 Pada pandangan kumpulan, fenomena penculikan dan pencerobohan yang menjadi-jadi di negeri Sabah telah menjadi petanda kehancuran yang meluas dalam pembangunan negara maju disebabkan oleh kekurangan dari segi keinsanan. [9: 9 Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/kes-bunuh-dan-culik-pelancongan-di-pulau-mabul-tidak-terjejas-25834]

3.4KesimpulanPada pandangan kumpulan, faktor-faktor kejadian kes penculikan di negeri Sabah perlu dikemukakan untuk menangani tragedi penculikan dengan bijaksana dan proaktif demi mendepani dunia yang berkembang pesat. Konsep bahawa golongan masyarakat merupakan focus dan sasaran utama dalam sejarah pembinaan akhlak dan budi pekerti perlu diperkuatkan untuk mengelakkan kemerosotan nilai keinsanan dan agama yang akan menyebabkan seseorang terjerumus dalam gejala yang tidak bermoral seperti melakukan kes penculikan di negeri Sabah.

4.0 APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT ATAUPUN KERAJAAN SEMASA KEJADIAN PENCULIKAN ORANG BERLAKU HO KOOI CHEEBS14110344Dalam beberapa kes penculikan orang yang berlaku di Sabah kebelakangan ini, kita tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh pihak polis dan masyarakat ketika kejadian penculikan orang berlaku. Oleh itu, aspek ini perlu dikaji supaya kita boleh bertindak dengan cepat dan rasional apabila kita menghadapi kes yang sama pada masa depan. Kita boleh meningkatkan kesedaran diri terhadap kes penculikan orang.4.1 MangsaDari segi mangsa, mangsa menjerit dengan kuat semasa penculik cuba menangkapnya. Ini dapat menarik perhatian orang sekeliling dan mungkin boleh diselamatkan. Mangsa juga cuba mencari peluang untuk melarikan diri. Selepas diculik, mangsa menenangkan diri supaya tidak merangsangkan penculik. Mereka mematuhi segala arahan penculik. Mereka juga cuba memberi maklumat seperti masa ditangkap atau keistimewaan tempat mangsa disembunyikan jika terdapat peluang agar mudah dikesani. Contohnya, mangsa Konstabel Zakia Aleip yang merupakan polis Marin yang ditangkap pada pada 12 Julai 2014 di Semporna telah membuat 42 panggilan kepada isterinya dan polis.[footnoteRef:10]10 Tetapi, dia tidak memberitahu isterinya dan pihak polis tentang kedudukannya. Walaubagaimanapun, dia masih selamat sebab dia berjaya membuat panggilan kepada isterinya dan pihak polis. Pada pandangan kami, ketenangan mangsa sangat penting kerana tindakannya akan mempengaruhi emosi penculik, oleh itu, mereka perlu bertenang dan cuba mencari jalan untuk menyelamatkan diri sendiri. [10: 10 Laman Rasmi Malaysia Kini: http://www.malaysiakini.com/news/271299 (18 September 2014)]

4.2 Ahli Keluarga MangsaBagi ahli keluarga mangsa kes penculikan orang, mereka cuba bertenang selepas mengetahui berita buruk ini. Mereka juga cuba tidak bertindak dengan terburu-buru. Apabila penculik menghubungi ahli keluarga mangsa, mereka cuba mengenalpasti identiti mangsa dengan mendengar suara atau nama panggilan ahli keluarga mangsa. Selepas mengenalpasti identiti mangsa, mereka melaporkan kepada polis dengan segera. Mereka juga bekerjasama dengan polis dan mengikut segala arahan polis supaya tidak melakukan sesuatu yang akan merangsangkan penculik. Contohnya, pihak polis dapat mengesan kedudukan mangsa semasa penculik menelefon keluarga mangsa dari China. Selain itu, ahli keluarga mangsa juga sentiasa berfikiran positif dan mendoakan agar mangsa akan kembali dengan selamat. Contohnya, isteri mangsa Konstabel Zakia Aleip sentiasa mendoakan kesejahteraan suaminya di bawah perlindungan Allah S.W.T, mengerjakan solat hajat setiap kali timbul perasaan rindu terhadap suaminya.[footnoteRef:11]11 Pada pandangan kumpulan kami, ahli keluarga perlu memberi sokongan dari segi mental walaupun mangsa berada di tempat yang jauh tetapi mereka akan merasakan sokongan tersebut. [11: 11 Laman Rasmi Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kepulangan-suami-hadiah-raya-terbaik-1.301854 (18 September 2014)]

4.3 Pihak polisDi samping itu, pihak polis juga bertindak dengan cepat selepas kes penculikan orang berlaku. Mereka menyiasat kes dengan efisien dan tidak membazir satu saat pun. Mereka cuba mencari orang saksi kejadian dan menanya mereka terhadap proses penculikan orang. Mereka juga cuba mengesan CCTV yang terdapat di sekeliling agar mengetahui seluruh proses penculikan orang. Selain itu, pihak polis juga menyita tempat kejadian supaya mudah mencari bukti seperti rambut, kesan jari dan lain lain. Mereka akan menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada bahagian forensik. Bukti-bukti tersebut memainkan peranan yang penting kerana kesan jari setiap orang adalah berbeza. Jika mereka mendapati kesan jari di tempat kejadian, ini akan memudahkan siasatan pihak polis. Selain daripada kesan jari, rambut dan fiber buatan atau fiber dari kuku jari yang terdapat di tempat kejadian juga dapat mambantu dalam siasatan pihak polis.[footnoteRef:12]12 Pihak polis juga bekerjasama dengan Interpol jika negara lain terlibat dalam kes penculikan orang. Mereka juga cuba bekerjasama dengan pihak kastam dan mendapat gambar penculik jika mereka melalui kastam semasa pergi ke luar negara. Mereka juga cuba bekerjasama dengan polis negara yang terlibat untuk mendapatkan maklumat risikan supaya memudahkan misi menyelamatkan mangsa kes penculikan tersebut. Pihak polis tidak melepaskan sebarang maklumat dan bukti untuk menyelamatkan mangsa. Mereka juga menghubungi dan cuba bekerjasama dengan ahli keluarga mangsa. Hal ini membolehkan mereka mendapat peluang untuk mengesan kedudukan mangsa semasa penculik menghubungi ahli keluarga mangsa untuk wang tebusan. Mereka juga akan menghantar satu pasukan untuk berunding dengan orang tengah yang terbabit dengan kes penculikan orang tersebut agar dapat menyelamatkan mangsa dengan lebih cepat. Pihak polis juga memberi kaunselling kepada ahli keluarga mangsa supaya mereka tidak berfikiran negatif dan bertindak dengan terburu-buru. [12: 12 Barry A.J. Fisher, William J.Tilstone, Catherine Woytowicz. 2009. Introduction to criminalistics: The foundation of forensic science. USA : Elsevier Academic Press. Halaman 57,137]

4.4 SaksiDari segi saksi kejadian penculikan orang, mereka cuba menenangkan diri semasa kejadian tersebut berlaku. Mereka cuba mengingati muka penculik jika tidak ditutup. Mereka juga memberi perhatian kepada pakaian dan warna kulit penculik. Terdapat saksi kejadian seluruh proses kejadian tersebut dengan teliti dan ini membantu pihak polis dalam siasatan. Ada yang membekalkan maklumat kepada pihak polis seperti cara penculik melakukan jenayah dan cara mereka melarikan diri dan sebagainya. Contohnya, dalam kes penculikan di Singamat Reef Resort di Semporna, saksi memberitahu polis bahawa mereka melihat tiga lelaki bersenjata memasuki resort tersebut manakala empat lagi menunggu dalam sebuah bot kayu di bawah dek.[footnoteRef:13]13 Selepas menyaksikan kejadian tersebut, mereka melaporkan kepada pihak polis dengan segera supaya mangsa dapat diselamatkan. Mereka juga cuba menyelamatkan mangsa mngikut kemampuan diri. Selain itu, saksi juga cuba memaklumkan orang lain untuk menyelamatkan mangsa kejadian penculikan orang. Walaubagaimanapun, terdapat juga saksi yang mengalami ketakutan dan tidak menghulurkan sebarang bantuan semasa kejadian penculikan orang tersebut berlaku. Hal ini disebabkan mereka takut akan penculik dan tidak dapat melakukan apa-apa pada masa itu. [13: 13 Laman Rasmi KLXPRESS: http://klxpress.com.my/?p=14063 (19 September 2014)]

4.5 MediaBagi pihak media, mereka melaporkan kes penculikan orang dengan berhati-hati agar tidak merangsangkan penculik dan membahayakan keselamatan mangsa. Pihak media juga menyebarkan berita tentang kes penculikan orang melalui laman web sosial supaya ramai orang membantu atau memberi maklumat yang dapat membantu pihak polis dalam siasatan kes tersebut. Walaubagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tidak wajar bagi pihaknya mendedahkan maklumat terkini mengenai kes culik pada 2 April lepas.[footnoteRef:14]14 Mereka juga menyebarkan gambar-gambar penculik jika ada agar orang awam dapat mengecam penculik apabila mereka terjumpa penculik kes tersebut. Pihak media juga menyeru saksi untuk memberi maklumat untuk membantu pihak polis dalam siasatan kes tersebut. [14: 14 Laman Rasmi MSTAR: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/04/12/tidak-wajar-dedah-maklumat-penculikan/ (19 September 2014)]

4.6 KesimpulanPada pandangan kumpulan kami, semua pihak harus bekerjasama untuk menyelamatkan mangsa kes penculikan kerana masa itu emas. Mangsa juga harus bertenang dan menunggu peluang untuk melarikan diri dan saksi kes penculikan harus melaporkan polis dengan secepat mungkin. Pihak polis harus berusaha dengan bersungguh-sungguh agar penculik-penculik dapat ditangkapi. Oleh itu, semua pihak harus malaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik supaya mangsa kes penculikan dapat diselamatkan.

5.0 PANDANGAN SOSIAL TERHADAP KES-KES PENCULIKAN YANG BERLAKUTAN WAI YIBS14110851 Sejak kebelakangan ini, kes-kes penculikan yang kian berlaku telah membimbangkan setiap masyarakat. Masalah sosial ini yang berlaku telah menyebabkan keyakinan rakyat tempatan terhadap keselamatan negara dan juga keselamatan diri semasa keluar dari rumah terjejas. Sebenarnya, apakah pandangan sosial terhadap kes- kes yang berlaku ini. Adakah rakyat tempatan benar- benar risau, ataupun masih yakin serta memberi kepercayaan yang sepenuhnya terhadap pengawai keselamatan negara kita? Marilah kita bersama- sama mengkaji pandangan sosial terhadap kes penculikan yang berlaku secara berturut- turut di negeri Sabah dan juga diseluruh negara. 5.1 Pandangan rakyat tempatan: Bimbang dan rasa tidak selamat Bagi rakyat tempatan, kes-kes yang kian berlaku ini tidak dapat dinafikan telah membimbangkan rakyat tempatan terutamanya terhadap keselamatan diri mereka tidak kira berada di mana- mana. Pada pandangan mereka, mereka akan rasa risau semasa keluar persendirian terutamanya pada waktu malam. Manakala bagi kebanyakan wanita pula, disebabkan terdapat kebanyakan kes penculikan yang berlaku adalah pada waktu malam terutamanya semasa mereka memandu persendirian dalam perjalanan balik ke rumah ataupun semasa mereka mengambil kereta dalam pusat beli-belah pada waktu malam. Oleh itu, mereka akan memberi lebih perhatian dalam jarang memakai aksesori seperti tali leher emas ataupun beg yang berjenama supaya tidak menjadi sasaran penculik. Kebanyakan rakyat tempatan berpandangan bahawa memakai pakaian yang tidak berjolok mata seperti pakaian yang tidak berjenama juga akan mengurangkan peluang untuk menjadi sasaran penculik. 5.2 Pandangan Rakyat Tempatan: Haruslah mencari teman semasa berada di luar. Seterusnya, rakyat tempatan juga rasa mereka diri sendiri perlulah meningkatan perhatian terdapat perkara yang berlaku di sekeliling selepas kes-kes penculik yang turut berlaku. Mereka akan lebih sensitif terhadap orang yang tidak berkenal di sekeliling rumah kediaman. Bagi wanita, disebabkan kebanyakan kes yang berlaku, mereka biasanya akan mencari teman semasa balik perseorangan ataupun pergi ke mana- mana tempat.. Terhadap sesetengah golongan wanita yang terpaksa balik persendirian, mereka akan berhenti dan menunggu di hadapan rumah kediaman, selepas beberapa minit memperhatikan kawasan rumah kediaman, pastikan kawasan sekeliling itu selamat barulah mereka akan masuk ke dalam rumah. Bagi mereka, mereka berpandangan bahawa perlindungan dari pihak polis juga tidak dapat memberi janjian bahawa mereka akan selamat. Cara yang sepatutnya dilakukan adalah kesedaran diri sendiri terhadap perkara yang berlaku di sekeliling.5.3 Pandangan pihak keselamatan Universiti Malaysia Sabah. Manakala dari pandangan pihak keselamatan seperti polis dan pihak keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), kes-kes penculikan yang berlaku telah mengancam keselamatan terutamanya pelajar yang menuntut pelajaran di negeri Sabah. Mereka akan berasa bimbang semasa bersendirian dalam kawasan yang sunyi. Hal ini disebabkan mereka berasa tidak terlindung. Mereka akan mencari teman tidak kira di dalam kawasan universiti ataupun keluar dari universiti. Kes- kes yang berlaku, bagi sesetengah pelajar, mereka memberi pendapat bahawa tidak dapat memberi tumpuan dalam pembelajaran semasa mengulang kaji pada waktu malam persendirian dekat perpustakaan. Hal ini kerana lokasi perpustakaan yang agak jauh dari kolej kediaman telah menyebabkan mereka bimbang semasa menunggu bas bersendirian di perhentian bas berdekatan perpustakaan pada waktu malam. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengurangkan pergi ke perpustakaan pada waktu malam dan ini telah mengganggu pelajar yang ingin mencari maklumat di perpustakaan terutamanya bagi mereka ingin melakukan kerja kursus. 5.4 Pandangan pelancong asing dan pelajar dari luar negara. Selain itu, berdasarkan kajian soal selidik, pelancong asing ataupun pelajar yang berasal dari negara luar dan sedang menuntut pembelajaran di negara kita juga berasa bimbang dan sakit hati atas kes-kes penculikan yang berlaku ini. Mereka merisau keselamatan mereka dan mereka berasa susah kalau didapati kawan ataupun keluarga mereka diculik disebabkan mereka berasal dari negara luar. Oleh itu, mereka tidak tahu macam mana membolehkan mereka meminta bantuan dari pihak lain. Dengan ini mereka akan lebih menjaga keselamatan diri supaya tidak membimbangkan keluarga mereka di negara mereka sendiri. Secara keseluruhannya, mereka berpendapat bahawa, jangan mengambil keselamatan sebagai satu perlindungan yang diberi oleh pihak lain. Namun kita diri hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri. Manakala bagi pelancong asing pula, atas ketidakstabilan keselamatan di negara kita, kebanyakan pelancong asing telah kekurangan yakin terhadap negara kita dan pembatalkan pelancongan ke negara kita selepas kes- kes penculikan yang terus berlaku telah meningkat. Hal ini dapat membuktikan keyakinan mereka terhadap keselamatan di negara kita telah terjejas. 5.5 Pandangan pelabur luar. Namun daripada pandangan pihak pelabur luar, keselamatan negara yang tidak stabil ini juga merupakan faktor yang terutama mengakibatkan mereka menarik diri dalam terus melabur di negara kita.14 Hal ini disebabkan mereka berasa bimbang dalam melabur di negara kita disebabkan kewangan pelabur yang melabur adalah dalam amaun yang agak besar. Oleh itu, mereka tidak menyanggup mengambil risiko tersebut. Kebanyakan pelabur yang melabur di sesuatu tempat adalah berbanding daripada keselamatan negara tersebut manakala negara kita telah kekurangan faktor yang terutamanya untuk mendorong mereka terus melabur di negara kita. Kekurangan pelabur dalam negara kita akan memberi impak yang agak besar terhadap ekonomi negara dan seterusnya membalas dalam kehidupan setiap rakyat. Dengan ini, kita sebagai warganegara Malayisa haruslah berganding bahu dalam menubuh semula nama baik negara kita supaya menambah balik yakin lebih pelabur dalam terus melabur di negara kita. Lagipun, hal ini juga untuk membaiki semula nama baik serta imej negara kita dalam peringkat antarabangsa.5.6 KesimpulanSecara keseluruhannya, setiap pihak telah memberikan pandangan yang berbeza terhadap kes- kes yang berlaku di negara kita. Namun, kebanyakan mereka yang berpendapat bahawa, kes- kes ini yang berlaku telah menjejaskan syarat yang paling dalam sebuah negara iaitu keselamatan sesebuah negara. Oleh itu, sebagai rakyat tempatan yang bertimbang rasa haruslah berganding bahu dalam menyelesaikan kes- kes ini dalam beberapa cara yang dicadangkan.

6.0 KESAN-KESAN KES PENCULIKAN DI NEGERI SABAHLOLITA WONG LIN BS14110471

Kita tidak dapat menafikan bahawa kes-kes penculikan yang berlaku telah membawa banyak kesan yang buruk terhadap masyarakat serta negara kita. Kesan- kesan tersebut hendaklah dipandang serius oleh masyarakat untuk mengurangkan impak-impak yang lain dengan sedaya upaya. Kesan-kesan daripada kes penculikan telah dibincangkan di bawah.

6.1 Sektor aktiviti pelancongan negara terjejas

Sektor aktiviti pelancongan negara terjejas disebabkan oleh kes penculikan yang berlaku di kawasan pantai timur Sabah. Kesan itu dapat dilihat apabila sebanyak 76 penerbangan dari China ke Kota Kinabalu dibatalkan sejak akhir-akhir ini.[footnoteRef:15]15 Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Azizberkata, kes-kes penculikan tersebut telah memberi impak yang lebih serius kepada pelancongan negara berbanding dengan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Beliau juga mengatakan bahawa semua pembatalan tersebut dibuat melibatkan penerbangan ke Kota Kinabalu kerana kerja lebih perlu dilakukan terhadap pelancong daripada China. Usaha ini adalah untuk meyakinkan lagi pelancong dari China bahawa Sabah adalah selamat dikunjungi. Meskipun beberapa kejadian penculikan dilaporkan hanya berlaku di kawasan pantai timur Sabah, namun kesannya tetap melibatkan seluruh negeri Sabah. [15: 15 Laman Rasmi ABN NEWS: http://news.abnxcess.com/bm/2014/06/kes-penculikan-di-sabah-beri-impak-lebih-besar-kepada-sektor-pelancongan/ (15 September 2014) ]

Selepas peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada tahun lepas, berlaku lagi beberapa siri penculikan di perairan tersebut. Serangan di Pulau Mabul, menyebabkan seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi ditahan. Kejadian ini sudah pasti menjejaskan usaha-usaha yang telah digariskan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Terdapat banyak pakej pelancongan dan tempahan pelancongan semasa juga telah dibatalkan oleh pelancong-pelancong selepas kes penculikan tersebut berlaku. Walaupun penerbangan dibuat ke Kota Kinabalu yang sah selamat tetapi ia turut dibatalkan.Pengarah Eksekutifnya, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata berdasarkan laporan Indeks Pasaran Pelancongan (TMI) 2014, berlaku penurunan yang amat besar iaitu pada 9.0 mata bagi tempoh suku pertama dan 38.6 mata bagi suku kedua.[footnoteRef:16]16 Beliau menyifatkan penurunan tersebut amat membimbangkan kerana penurunan ini juga akan menjejaskan purata perbezaan pertumbuhan bagi industri pelancongan. Pada pandangan kumpulan kami, episod kejadian penculikan yang berlaku berturut-turut di negeri Sabah ini sudah pasti menggugat bilangan kehadiran pelancong-pelancong ke negara ini memandangkan ia membabitkan aspek keselamatan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa keadaan ini telah memberi kesan yang sangat serius dalam sektor pelancongan serta kemajuan pembangunan di negeri Sabah. [16: 16 Laman Rasmi The Malaysian Insider: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sektor-pelancongan-terjejas-teruk-akibat-penculikan-di-sabah-dan-mh370-kata (16 September 2014)]

6.2 Imej negara kita terjejas

Kes-kes penculikan yang berlaku di pantai timur Sabah juga telah menjejaskan imej negara kita. Negeri Sabah sepatutnya merupakan destinasi pelancongan yang amat menarik dan indah. Terdapat banyak pelancong asing akan melancong ke negeri Sabah dengan imej Sabah yang baik. Dengan berlakunya kes penculikan pada kebelakangan ini, ramai orang akan terasa bingung dengan tiga kes penculikan dalam tempoh tiga bulan di negeri Sabah.

Negeri Sabah dikenali dengan keindahan alam semula jadi dan menjadi tumpuan destinasi pelancongan marin khususnya di kalangan warga-wargaasing. Ia sedikit banyak mencalar imej Sabah ketika negara mengalu-alukan kedatangan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia. Bagi pandangan kami, imej negara juga akan dijejaskan apabila warga asing memberikan komen yang negatif tentang negeri Sabah selepas mereka melancong ke negeri Sabah. Imej yang negatif ini akan disebarkan ke negara yang lain dan warga negara lain akan memberi tanggapan yang tidak baik terhadap negeri Sabah.

6.3 Tahap keselamatan di negeri Sabah merosot

Insiden yang berlaku membuktikan kemerosotan tahap keselamatan negeri Sabah. Pada 28 April lepas, sekumpulan penculik dari selatan Filipina yang cuba memasuki negara ini melalui perairan Semporna dikatakan terpaksa mengubah haluan ke perairan negara jiran di utara Sabah selepas gagal menembusi kawalan ketat di Esszone. Keadaan ini menyebabkan penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan tersebut berada dalam ketakutan dan kebimbangan pada setiap masa. Dengan ini, perintah berkurung telah diberikan di perairan pantai timur Sabah untuk menjamin keselamatan semua penduduk di kawasan tersebut. Kebebasan pergerakan penduduk di pantai timur Sabah telah dihadkan demi manjamin keselamatan mereka. Insiden ini bukan rompakan pengganas bersenjata canggih kerana hanya kelompok yang tidak begitu pasti, tiada hubungan pengganas antarabangsa. Berlakunya kes penculikan akan membawa perubahan yang sangat besar dalam keselamatan masyarakat kerana munculnya ancaman dari penculik asing.[footnoteRef:17]17 Kita khuatir kalau ia tidak diatasi, Malaysia akan terdedah kepada banyak serangan. [17: 17 Karmen Andrew, 2007, Crime Victims, An Introduction to Victimology, Halaman 273.]

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim juga tidak menafikan wujudnya elemen kekeluargaan sehingga mendorong seseorang individu itu menyalurkan maklumat kepada pihak lain. Beliau berkata bahawa mereka mungkin memberi maklumat dalaman contohnya berkenaan status seseorang individu serta lokasi mereka yang dikehendaki itu. Keadaan ini telah memudahkan rancangan penculik-penculik untuk melakukan gejala penculikan demi keuntungan mereka sendiri. Manusia kini sudah menjadi satu komoditi kepada mereka (penculik)untuk mendapatkan sumber kewangan.[footnoteRef:18]18 Dengan sikap dan perlakuan penculik-penculik yang mementingkan diri sendiri, gejala yang dilakukan oleh mereka akan menjejaskan masyarakat di seluruh negara serta dunia.[footnoteRef:19]19 [18: 18 Laman Rasmi The Malaysian Times: http://www.themalaysiantimes.com.my/esscom-tekad-pastikan-kawasan-pantai-timur-sabah-selamat/ (16 September 2014)] [19: 19 Robert C. Davis, Arthur J. Lurigio, Susan Herman, 2013, Victims of Crime, Halaman 401-402.]

6.4 Kemerosotan ekonomi Negara

Sektor ekonomi negara kita juga dipengaruhi oleh kejadian-kejadian kes penculikan yang berlaku di negara Sabah. Negara-negara asing akan mengurangkan pengimportan dan pengeksportan dengan negara kita. Keadaan ini disebabkan kekurangan keyakinan syarikat-syarikat antarabangsa terhadap negara kita.

Kadar pelaburan dari negara asing ke negara kita juga akan menurun sama sekali. Terdapat banyak pelabur asing serta pelabur tempatan akan memilih untuk melabur di negara asing berbanding dengan negara kita. Kejadian ini akan menyebabkan pendapatan negara kita menurun dan berlakunya pengaliran keluar mata wang ke luar negara. Pelabur-pelabur yang melabur kepada perancangan pembinaan tempat peranginan di negeri Sabah juga akan membatalkan rancangan mereka. Hal ini menyebabkan negara kita mengalami kerugian dan kebaziran sumber-sumber pembinaan yang berkos tinggi. Pada pandangan kumpulan kami, negara kita harus bekerjasama dan membina hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar supaya membangkitkan ekonomi negara kita.

7.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI FENOMENA PENCULIKAN DI NEGERI SABAHTUNG CHU LINGBS14110892Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan langkah berdefinisi cara atau usaha yang dilaksanakan untuk mencapai sesuatu maklamat.[footnoteRef:20]20 Langkah pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk mencegah seseorang daripada terlibat dalam gejala yang terhina. Peristiwa hitam di negeri Sabah yang telah meruntun perasaan rakyat Malaysia perlu ditangani sebelum kudis menjadi tokak. Demi mencegah isu-isu penculikan di negeri Sabah, masyarakat Malaysia tidak seharusnya mendopang dagu tetapi pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil. [20: 20 2005. Kamus Dewan: Edisi Keempat Cetakan Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 760.]

7.1Mengetatkan pengawasan kawasan sempadanUntuk mencegah fenomena penculikan di negeri Sabah, pengawasan kawasan sempadan perlu diperketatkan untuk mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai sebagai dalang utama dalam kegiatan penculikan. Pihak imigresen dan pihak polis marin perlu berganding bahu dalam tindakan pencegahan kes-kes tersebut secara bersepadu. Jabatan Imigresen perlu bertindak tegas untuk mengesan dan menghantar pulang pendatang tanpa izin (PATI) bagi mengelakkan kemerosotan sosio-budaya Malaysia. Pihak tentera perlu giat meronda di kawasan sempadan dan membuat tangkapan orang yang disyaki. Pada pandangan kumpulan, semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keyakinan pelabur dan pelancong asing demi pembangunan di negeri Sabah.7.2Peranan media massaMedia massa memainkan peranan yang penting dalam mencegah kejadian penculikan di negeri Sabah. Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Sejajar dengan perkembangan teknologi telekomunikasi yang telah mendominasi kehidupan masyarakat, pihak media massa dapat mendedahkan informasi dengan mudah untuk menghangatkan semua lapisan masyarakat dalam usaha membendung tragedi penculikan di negeri Sabah. Pada pandangan kumpulan, usaha dinamik dan secara konsisten ini amat penting dalam bimbingan masyarakat agar berada di landasan yang betul.7.3Mengetatkan hukumanFenomena penculikan di negeri Sabah merupakan jenayah berat yang bertentangan dengan fitrah manusia dan merosakkan keharmonian masyarakat setempat. Demi mengelakkan proses perkembangan sistem kehidupan masyarakat terganggu, usaha yang bijaksana perlu diambil dengan megetatkan hukuman berat sebagai peringatan masyarakat. Undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya kumpulan penculik berasa serik atau takut dalam perbuatan yang salah di sisi agama. Pada pandangan kumpulan, hukuman sebat atau penjara perlu dijatuhkan bagi kesalahan menculik untuk memberikan peringatan dengan mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut agar tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah.7.4Menitikberatkan pendidikan agama dan moral Pendidikan agama dan moral amat penting dan perlu disemaikan dalam sanubari rakyat. Agama tanpa ilmu merupakan buta manakala ilmu tanpa agama merupakan lumpuh. Hal ini membuktikan peri penting didikan agama dan moral dalam kehidupan masyarakat untuk mengelakkan kehidupan menjadi seperti kapal tanpa nakhoda. Pendidikan agama dan moral perlu dititikberatkan supaya seseorang itu sihat dari segi pembentukan budi bahasa dan kerohanian etika. Pada pandangan kumpulan, didikan agama sejak kecil perlu dititikberatkan dengan mengamalkan budaya agama yang dapat mencegah daripada melakukan gejala yang terhina.7.5Menyediakan perkhidmatan kaunselingPerkhidmatan kaunseling merupakan elemen yang proaktif dalam usaha pencegahan fenomena penculikan di negeri Sabah. Pihak kebajikan masyarakat perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling dan memberikan nasihat kepada mangsa culik yang mengalami ketidakstabilan emosi. Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu memberikan perlindungan dan perkhidmatan nasihat kepada mangsa culik. Pada pandangan kumpulan, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa culik daripada ketakutan dan ketidakstabilan emosi.7.6KesimpulanPada pandangan kumpulan, semua lapisan masyarakat harus menggembleng tenaga untuk membanteras kes penculikan daripada berleluasa di negeri Sabah demi mencapai Wawasan 2020 sebagai negara maju, aman dan sejahtera. Pihak berkuasa perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada masyarakat supaya informasi berkenaan gejala penculikan yang tidak bermoral. Kita harus mempunyai keyakinan terhadap tindakan yang diambil untuk menyelesaikan isu tersebut mengikut pendekatan agama yang memberikan ketenangan kepada golongan masyarakat. Dengan usaha segenap lapisan masyarakat secara bersatu-padu, isu-isu penculikan di negeri Sabah dapat ditangani dengan lebih proaktif.

8.0 LAMPIRAN8.1 BORANG SOAL SELIDIKTamadun Islam dan AsiaKes-kes penculikan yang berlaku secara berturut- turut dalam negara kita.Pada masa kini, kes- kes penculikan yang kian berlaku ini telah membimbangkan rakyat tempatan. Borang soal jawab ini adalah untuk mendapatkan pandangan anda terhadap kes- kes yang berlaku ini.Recently, the kidnapped cases had occurred frequently in our country and these cases had worried the people. This questionnaire is carry out to collect the opinions from the people regarding these cases happened.

1) Adakah anda tahu kes-kes penculikan yang telah berlaku dalam negara kita terutamanya negeri Sabah pada tahun ini? Do you notice the kidnapped cases happened in our country recently?

Ya/Yes Tidak/No

2) Adakah anda rasa keselamatan diri terancam atas kes-kes penculikan yang berlaku? Do you feeling secure staying in this country after you heard of these kidnapped cases happened recently?

Ya/Yes Tidak/No

3) Apakah pandangan anda terhadap kes-kes penculikan yang berlaku? What's your opinions towards the kidnapped cases that happened recently?

4) Apakah anda rasa kesan daripada kes-kes penculikan ini terhadap negara kita? Do you think the kidnapped cases would bring any effects to our country? Please list down the effects.

5) Apakah cadangan anda yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mempertahankan negara kita daripada terus berlaku kes penculikan ini? What are your suggestions that can the government do to prevent these cases from keep happening?

Terima Kasih atas pandangan dan masa anda dalam menyelengkapkan borang soal selidik ini.Thank you for your patient and cooperation in filling this form. All your efforts, we appreciate it.8.2 Analisis Kajian Soal SelidikTAN WAI YIBS14110851Secara kesimpulannya, berdasarkan 30 responden (termasuk pelajar antarabangsa, mahasiswa/ mahasiswi UMS/ pihak keselamatan UMS) yang kumpulan kami kaji, pandangan mereka terhadap kes- kes penculikan yang berlaku di negara kita telah dikumpulkan.Secara keseluruhannya, kebanyakan responden sedar atas masalah sosial iaitu kes- kes penculikan yang berlaku di negara kita. Berdasarkan 30 responden yang kami kaji, hanya 3 orang responden yang tidak sedar atas kes- kes penculikan yang berlaku secara berturut- turut di negara kita.

Seterusnya, berdasarkan pandangan responden terdapat 20 responden daripada 30 responden yang kami kaji berpendapat bahawa kes- kes penculikan yang kian berlaku di negara kita telah mengugatkan keselamatan negara kita. Namun, 10 daripada jumlah responden itu berasa kes- kes yang berlaku hanya sementara sahaja dan tidak akan mengancam keselamatan tempatan dalam jangka masa yang panjang.

Di samping itu, secara keseluruhannya, menurut pandangan pelajar- pelajar yang melakukan kajian soal selidik berkenaan kes- kes penculikan yang berlaku di negara kita, mereka berpendapat bahawa kes-kes penculikan yang berlaku di negara kita telah menambah buruk keadaan keselamatan negara kita sejak kebelakangan ini. Hal ini disebabkan kes- kes penculikan yang berlaku bukan sahaja menggugatkan keselamatan rakyat tempatan, tetapi secara keseluruhannya telah mengancamkan keselamatan masyarakat serta negara kita. Imej negara telah terjejas atas peringkat antarabangsa. Rakyat tempatan terpaksa hidup dalam kebimbangan. Mereka berasa tidak selamat semasa keluar dari rumah. Mereka berharap kes- kes ini dapat diselesai dengan secepat mungkin supaya keadaan ekonomi negara dapat dibaiki semula. Tambahan pula, sesetengah pelajar berpendapat bahawa kes ini yang kian berlaku adalah disebabkan peraturan negara yang longgar. Oleh itu, haruslah pihak kerajaan mengetatkan peraturan atas kesalahan jenayah ini. Sebagai contohnya, mengenakan hukuman yang lebih berat atas pesalah yang ditangkap serta dibukti melakukan kes jenayah ini.Menurut kajian, kesan- kesan utama daripada kes- kes penculikan yang berlaku adalah keamanan negara telah terancam. Rakyat tempatan telah mengurangkan keyakinan mereka terdapat keselamatn negara kita. Rakyat tempatan akan sentiasa hidup dalam kebimbangan. Imej negara di peringkat antarabangs terjejas atas kegagalan dalam mempertahankan keselmatan negara. Hal ini akan memberi presepsi yang buruk terhadap pasukan keselamatan negara kita. Lagipun, keyakinan pelaburan untuk melabur di negara kita juga berkurang. Dengan ini, ekonomi negra akan terjatuh atas tiada pelabur yang ingin melabur di negara kita. Nama baik negara juga terjejas. Negara kita akan dipandang rendah oleh negara lain. Maruah negara terjejas. Negara kita akan menjadi huru- hara serta tidak selamat.Menurut cadangan yang diberikan, kebanyakan pelajar mecadangkan bahawa mengetatkan peraturan dalam mempertahankan keselamatan negara merupakan langkah yang paling sesuai untuk menyeselesaikan masalah ini. Sebagai contohnya, pihak keselamatan harus mengadakan lebih rondaan di kawasan yang kerap berlaku kes- kes penculikan terutamanya persisiran pantai, jeti dan pulau. Selain itu, kempen- kempen untuk memperthankan keselamatan diri juga harus diberi kepada rakyat tempatan supaya mereka dapat menangani kes- kes tersebut semasa mereka diri menghadapinya. Di samping itu, undang- undang yang lebih ketat seperti hukuman yang lebih harus diamalkan terhadap kes- kes jenayah ini.Lagipun, pihak keselamatan juga boleh memasang CCTV dekat kawasan yang banyak berlaku kes jenayah supaya dapat membantu dalam siasatan ataupun menakutkan penjenayah tersebut.

9.0 KESIMPULANLOLITA WONG LINBS14110471Secara kesimpulannya, kes- kes penculikan ini merupakan satu perbuatan yang tidak sah dan boleh dianggap sebagai satu kes jenayah yang boleh mengancamkan nyawa seseorang. Seseorang yang sanggup melakukan perbuatan ini adalah perlu menanggung kesan- kesan seperti hukuman penjara sepanjang hidup yang ditetapkan dalam akta- akta negara kalau dikenalpasti atas kelakuan tersebut.Kes- kes penculikan yang berlaku telah membawa kepada impak yang besar terhadap pelbagai pihak terutamanya imej negara pada peringkat antarabangsa serta keselamatan setiap warganegara. Hal ini dapat dibuktikan dengan pembatalan bilangan pelancong yang melawat ke negara kita berbanding tahun- tahun yang lalu. Di samping itu, kegiatan pelancong yang merosot telah memberi kesan yang besar dalam ekonomi sesebuah negara. Ekonomi negara yang jatuh akan mengakibatkan kebanyakan rakyat tempatan yang berhidup dalam kesengsaraan. Hal ini disebabkan kemerosotan ekonomi negara akan mengakibatkan peningkatan harga dalam semua barang dalam market dan seterusnya pemotongan gaji dalam sesetengah syarikat. Dengan ini, peluang pekerjaan juga akan berkurang dan seterusnya membawa kepada banyak masalah sosial seperti merompak dan sebagainya. Selain itu, kes- kes penculikan yang berlaku tidak dapat dinafikan telah menjejaskan keselamatan penduduk tempatan dan refleksi bahawa kekejaman masyarakat pada masa kini. Penduduk tempatan akan hidup dalam kebimbangan dan tidak akan lagi yakin terhadap kerajaan tempatan. Oleh hal yang demikian lagkah- langkah seperti peningkatan pihak keselamatan di kawasan- kawasan gelap pada waktu malam, kempen mempertahankan diri sendiri dan lain- lain telah dilakaukan untuk mempertahankan negara kami. Sebagai contohnya, pihak keselamatan Negara sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam mempertahankan kes- kes penculikan yang berlaku di negara kita. Mereka haruslah memberi beberapa langkah ataupun cadangan yang efektif untuk mengelakkan kes- kes penculikan daripada terus berlaku. Pihak keselamatan negara seperti polis dan juga tentera negara boleh meningkatkan pemantauan dalam serta sekeliling negara supaya dapat menakutkan individu yang berniat untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah. Lagipun, hal ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat tempatan atas perlindugan daripada pehak keselamatan Negara.Pada zaman ini, setiap trakyat tempatan juga digalakkan mempelajari cara- cara untuk mempertahankan diri sendiri seperti wushu, silat, wudo dan sebagainya. Hal ini disebabkan, setip individu dapat menyalamatkan diri sendiri sebelum diselamtkan oleh orang lain semasa kejadian ini berlaku atas diri sendiri. Di samping itu, mempelajari cara mempertahankan diri juga dapat menubuhkan badan yang sihat.Akhir kata, sebagai warganegara yang prihatin, kita haruslah berganding bahu dalam menyelesaikan masalah sosial ini. Walaupun tidak dapat menjejaskan kes- kes ini daripada berlaku tetapi kita boleh mengelakkan kes ini daripada berlaku. Marilah kita bersama-sama menuju ke wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang maju dan selamat.

10.0 RUJUKANBarry A.J. Fisher, William J.Tilstone, Catherine Woytowicz. 2009. Introduction to criminalistics: The foundation of forensic science. USA : Elsevier Academic Press. Karmen Andrew. 2007. Crime Victims: An Introduction to Victimology. USA: Belmont CA.Laman Rasmi The Malaysian Times: http://www.themalaysiantimes.com.my/esscom-tekad-pastikan-kawasan-pantai-timur-sabah-selamat/ (16 September 2014) Robert C. Davis, Arthur J. Lurigio, Susan Herman. 2013. Victims of Crime. USA: Sage Publications. 2005. Kamus Dewan: Edisi Keempat Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

21