41
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEM 3 SESI 2008/2009 TAJUK TUGASAN : ANALISIS RENCANA : NILAI TUDUNG SEORANG WANITA & KEMERIAHAN RAMADAN DISELURUH DUNIA SENI MENGARANG ( BML 1053 ) NAMA : NORALIA BINTI ROSLAN NO. MATRIK : D20081032827 PROGRAM : PENDIDIKAN GEOGRAFI SEMESTER : SEMESTER 3 KUMPULAN : A 1

KESALAHAN EJAAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KESALAHAN EJAAN

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEM 3

SESI 2008/2009

TAJUK TUGASAN :

ANALISIS RENCANA : NILAI TUDUNG SEORANG WANITA &

KEMERIAHAN RAMADAN DISELURUH DUNIA

SENI MENGARANG

( BML 1053 )

NAMA : NORALIA BINTI ROSLAN

NO. MATRIK : D20081032827

PROGRAM : PENDIDIKAN GEOGRAFI

SEMESTER : SEMESTER 3

KUMPULAN : A

NAMA PENSYARAH : DR. ABU HASSAN BIN ABDUL

TARIKH HANTAR : 17.09.2009

1

Page 2: KESALAHAN EJAAN

ISI KANDUNGAN

________________________________________________________________

BIL. TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN m/s 1

2.0 RENCANA YANG DIPILIH m/s 2

3.0 ANALISIS RENCANA PERTAMA m/s 3-16

3.1 KESALAHAN EJAAN

3.2 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PENYAMBUNG AYAT

3.3 KESALAHAN IMBUHAN

3.4 KESALAHAN PENGGUNAAN ISTILAH

3.5 KESALAHAN STRUKTUR AYAT

3.5.1 DARI SEGI BINAAN AYAT

3.5.2 DARI SEGI KEHEMATAN AYAT

3.5.3 DARI SEGI KEPADUAN DALAM AYAT

3.5.4 DARI SEGI KEMURNIAN DALAM AYAT

3.5.5 DARI SEGI KEPELBAGAIAN AYAT

3.6 KESALAHAN PENGGUNAAN PARTIKEL

3.7 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI

3.8 KESALAHAN PENGGUNAAB TANDA BACA

4.0 ANALISIS RENCANA KEDUA m/s 17-20

4.1 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG

4.2 KESALAHAN STRUKTUR AYAT

4.2.1 DARI SEGI KEPADUAN AYAT

4.2.2 DARI SEGI BINAAN AYAT

4.3 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI

4.4 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI

4.5 KESALAHAN PENGGUNAAN TANDA BACA

5.0 PENUTUP m/s 21

6.0 BIBLIOGRAFI

7.0 LAMPIRAN

2

Page 3: KESALAHAN EJAAN

1.0 PENDAHULUAN

Konsep kesalahan bahasa sering berlaku dalam penggunaan bahasa. Kesalahan bahasa ialah

penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui bersama, sama

ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat (Nik Safiah Karim,

1980 :10) Daripada segi pendekatan, terdapat dua pendekatan yang kerap digunakan oleh ahli-

ahli bahasa untuk menganalisis dan menghuraikan ayat iaitu analisis melalui rumus dan

transformasi generative (Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa, Abdul Hamid

Mahmood, 2004 ).

Analisis rumus meneliti cara sesuatu ayat dibina berdasarkan rumus tatabahasa

tertentu. Analisis menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), ialah penyelidikan atau

penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan, dan lain-lain untuk mengetahui

pelbagai aspeknya secara terperinci atau mendalam. Sebagai contohnya, ayat yang lengkap

terbina daripada konstituen subjek dan predikat. Seterusnya, konstituen subjek dan predikat

ini dilihat terbentuk daripada frasa-frasa tertentu. Sebagain contoh frasa subjek dalam ayat

dasar terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Pendekatan

transformasi generatif pula menggunakan konsep ayat dasar dan ayat terbitan untuk

menganalisis dan menghurai ayat.

Kesalahan bahasa ialah suatu bentuk atau binaan penggunaan bahasa yang tidak

menepati tatabahasa. Binaan yang dimaksudkan itu meliputi binaan ayat, klausa, frasa, dan

perkataan. Walaupun jenis kesalahan yang dinyatakan diatas sedikit sahaja, tetapi sebenarnya

setiap jenis itu meliputi pelbagai subjenis pula. Antaranya adalah seperti kesalahan pemilihan

kata, ejaan, binaan ayat, tatabahasa dan juga tanda baca. Begitu juga dengan penggunaan ayat

yang berdasarkan tatabahasa. Tatabahasa adalah susunan bahasa yang dijelmakan dalam

bentuk rumus-rumus bahasa. Dua komponen dalam tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis.

Morfologi adalah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

Sintaksis pula adalah bidang yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Analisis boleh

dilakukan daripada aspek-aspek ini supaya teknik penulisan bertambah baik.

Justeru itu, analisis kesalahan merupakan satu usaha untuk menolong para guru dan

pelajar untuk memahirkan diri dengan teknik penulisan yang mantap. Secara tradisional, anal-

isis kesalalahan bertujuan untuk menganalisis kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di

dalam suatu hasil penulisan. Hasil analisis ini diharapkan dapat membantu guru dalam hal

3

Page 4: KESALAHAN EJAAN

menentukan urutan bahan pengajaran, memutuskan pemberian penekanan, penjelasan dan

latihan yang diperlukan serta membantu pelajar menghasilkan sebuah penulisan yang sem-

purna dan menarik (Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleeh Rahamad, 1998).

2.0 RENCANA YANG DIPILIH

Saya telah memilih dua buah rencana iaitu yang bertajuk “Nilai Tudung Seorang Wanita” dan

“Kemeriahan Ramadan diseluruh Dunia”. Rencana yang bertajuk “Nilai tudung seorang

wanita” telah diperoleh daripada http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/wanita-yang-

wajib-dijauhi-oleh-orang-lelaki iaitu dari laman internet. Rencana ini merupakan sebuah

rencana yang masih belum disunting kerana ia memaparkan banyak kesalahan dari segi

pemilihan kata, struktur ayat, penggunaan tanda baca dan sebagainya. Penggunaan dan

struktur ayatnya juga tidak tersusun serta menampakkan ketidakmatangan penulis dalam

menghasilkan sesebuah rencana. Rencana ini telah ditulis oleh individu yang bernama anai di

Forum Tentang Cinta. Pada kebiasaannya, rencana-rencana atau artikel yang dipaparkan

diruangan internet adalah kurang berkualiti. Justeru itu, saya memilih rencana ini untuk dikaji

dan dianalisis supaya segala kesalahan-kesalahan dapat diperbetulkan serta saya juga akan

mendapat manfaat dengan menganalisisnya.

Rencana kedua yang telah saya pilih adalah sebuah rencana yang bertajuk

“Kemeriahan Ramadhan di Seluruh Dunia”. Rencana ini telah ditulis oleh Hafizahril Hamid

dari surat khabar Mingguan Malaysia, Ahad, 23 Ogos 2009. Rencana ini menunjukkan

kematangan dari segi pemikiran penulisnya yang begitu teliti dalam mengolah ayat. Walau

bagaimanapun terdapat juga beberapa kesalahan yang tidak dapat dielakkan dan disedari oleh

penulis. Berbeza dengan analisis yang dibuat dalam rencana pertama, rencana ini lebih

bersifat sempurna kerana mengandungi ayat-ayat yang panjang dan mantap dalam satu-satu

perenggan iaitu mengandungi lebih kurang 30 hingga 35 patah perkataan dalam satu-satu

ayat. Saya memilih dua jenis rencana yang berlainan disini adalah bertujuan untuk

menunjukkan perbezaan dari segi jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh penulis-penulis

kurang matang dengan penulis yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan ini.

Jumlah kesalahan yang dilakukan oleh rencana pertama adalah lebih banyak berbanding

rencana kedua. Oleh yang demikian, melalui penyelidikan secara terperinci yang telah saya

lakukan pada kedua-dua rencana ini juga, saya akan dapat meningkatkan kemahiran menulis

saya ke tahap yang lebih baik dan sekaligus membolehkan saya menghasilkan sebuah tugasan

yang bermutu.4

Page 5: KESALAHAN EJAAN

3.0 ANALISIS RENCANA PERTAMA : “Nilai tudung seorang wanita”

3.1 KESALAHAN EJAAN

Menurut Amran Halim (1972 dalam Nuwairi Hj Khazaai (1992), ejaan ialah keseluruhan

jalinan kaedah-kaedah yang mengatur pemakaian tanda-tanda atau gabungan tanda-tanda

visual untuk melambangkan kesatuan-kesatuan fonologi sesuatu bahasa. Ringkasnya ejaan

dapat digolongkan sebagai rumus tulisan yang diselaraskan untuk mewakili bunyi-bunyi

ujaran. Ejaan menjadi kesalahan yang utama dan ketara dan ini merupakan satu perkara

penting untuk diteliti bila diperkatakan tentang penyalahgunaan bahasa. Antara kesalahan

ejaan yang didapati daripada rencana ini adalah :

1. Perkataan muhram di perenggan pertama telah disalah eja. Perkataan muhram sebenarnya adalah muhrim.huruf ‘a’ selepas ‘r’ harus digantikan dengan huruf ‘i’ supaya maksud perkataan lebih jelas.

Contoh ayat :

Kesalahan : Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Pembetulan : Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrim, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

2. Kesalahan ejaan sama ada. Ejaan ‘sama ada’ ialah kata majmuk yang ejaannya mestilah diasingkan. Hal ini kerana, sama ada tidak terkategori sebagai kata majmuk yang ejaannya sudah mantap dan tidak berlaku pengguguran bunyi /a/.

Contoh ayat :

Kesalahan : Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-

pekerja pejabat-pejabat.

Pembetulan : Sama ada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada

pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

3. Kesalahan ejaan surat khabar. Surat khabar harus dieja dengan menjarakkan antara

surat dan khabar kerana perkataan ini bukanlah terdiri daripada kata majmuk yang

telah mantap.

5

Page 6: KESALAHAN EJAAN

Contoh ayat :

Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi

yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Pembetulan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya

lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.

3.2 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PENYAMBUNG AYAT

Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk (Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor, 2006).

1. Kata hubung dari hanya digunakan dihadapan kata nama arah, tempat,waktu atau masa. Oleh yang demikian dalam struktur ayat ini penggunaan kata hubung ‘dari’ digantikan dengan kata hubung daripada ‘kerana’ daripada berfungsi dihadapan manusia, haiwan, benda , unsur mujarad, sumber atau asal kejadian suatu benda, perbezaan dan perbandingan.

Contoh :

Kesalahan : Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Pembetulan : Apabila wanita menjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan muhrim, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

2. Kesalahan penggunaan kata hubung dan. ‘Dan’ merupakan kata hubung gabungan iaitu jenis kata yang menhubungkan dua jenis klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Penggunaan dan pada ayat majmuk ini adalah tidak tepat. Oleh itu penggunaan kata sendi nama ‘dengan’ lebih bertepatan kerana ia berfungsi untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya dan berbagai-bagai gaya lagi

yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Pembetulan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya dengan berbagai-bagai gaya

lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.6

Page 7: KESALAHAN EJAAN

3. Kesalahan penggunaan kata hubung yang mana. Perkataan yang mana bukanlah kata

hubung untuk menyambungkan ayat. Sesungguhnya ia telah melanggar hukum nahu

Bahasa Melayu.

Contoh ayat :

Kesalahan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan

wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki

bukan muhramnya.

Pembetulan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan

wanita dan tidak berhias-hias yang akhirnya akan menjadikan daya tarikan kepada

lelaki bukan muhramnya.

4. Kesalahan penggunaan kata penyambung dihadapan ayat untuk menyambung idea.

Contoh ayat :

Kesalahan : Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan

lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Pembetulan : Selain itu, pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gang-

guan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

5. Kesalahan penggunaan kata penghubung bilamana dalam ayat. Tiada dalam senarai

nahu kata penghubung Bahasa Melayu yang membenarkan penggunaan bila mana

dalam ayat. Perkataan lain yang bertepatan harus digunakan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah

pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak

dan bangga dalam diri.

Pembetulan : Apabila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah

pakaian wanita Islam sekarang yang walaupun bertudung, tetapi semakin membe-

sarkan riak dan bangga dalam diri.7

Page 8: KESALAHAN EJAAN

6. Kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam. Perkataan dalam hanya digunakan un-

tuk menunjukkan lingkungan tetapi tidak digunakan untuk menunjukkan ruang. Oleh

itu, penggunaan kata sendi nama pada lebih bertepatan untuk digunakan kerana pada

digunakan untuk menunjukkan masa atau waktu.

Contoh ayat :

Kesalahan : Aurat, wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan

diri dari masa ke semasa.

Pembetulan : Aurat, wajib ditutup tapi pada masa yang sama, perbaikilah kesilapan

diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

3.3 KESALAHAN IMBUHAN

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.

1. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan apitan dipeR-...-kan pada perkataan peraga. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan imbuhan ini wujud dalam ayat pasif iaitu ayat yang menjudulkan objek asal.

Contoh ayat :

Salah : Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.

Betul : Walaupun pelbagai gaya tudung diperagakan dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.

2. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan Ke-..an pada perkataan seluruh. Golongan kata kerja, kata adjektif dan kata nama boleh bergantung pada apitan Ke-…-an untuk membentuk kata kerja dalam ayat pasif.

Contoh ayat :

Kesalahan : Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar

dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga

ke kaki.

8

Page 9: KESALAHAN EJAAN

Pembetulan : Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar

dengan warna yang tidak menarik serta menutup keseluruhan badannya dari kepala

hingga ke kaki.

3. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan MeN-… pada kata penutup untuk menerangkan

ayat. Awalan MeN-.. ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif

atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf

pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Dalam konteks ayat ini MeN-…

bertemu dengan huruf t dan menjadikannya menutup. T bertukar menjadi n.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan

hingga kepada peringkat atasan.

Pembetulan : Pemakaian tudung menutupi aurat sudah melanda dari peringkat bawa-

han hingga kepada peringkat atasan.

4. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan ber- dipermulaan perkataan warna. Dalam kon-

teks ini, konsep jamak boleh diluaskan untuk maksud perbuatan yang berlaku antara

dua pihak, berulangan, berterusan dan berpanjangan (Zaidi Ismail, 2008).

Contoh ayat :

Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.

Pembetulan : Labuci berwarna-warni dijahit pula di atasnya.

5. Kesalahan dalam meletakkan imbuhan yang tidak bersesuaian dengan tujuan ayat. Im-

buhan akhiran ..-kan pada perkataan menjadikan harus dibuang untuk menjelaskan

ayat. Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata tugas dan kata ad-

jektif bergabung dengan akhiran ..-kan untuk membentuk kata kerja. Manakala dalam

konteks ayat ini pula hanya awalan MeN-.. digunakan kerana MeN-.. menyatakan

keadaan bukan perbuatan.

Contoh ayat :

9

Page 10: KESALAHAN EJAAN

Kesalahan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan

wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki

bukan muhramnya.

Pembetulan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan

wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadi daya tarikan kepada lelaki

bukan muhramnya.

6. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan Me-…-kan pada perkataan terasa untuk menje-

laskan ayat. Imbuhan ini biasanyan menerima objek yang tidak bernyawa dan digu-

nakan untuk menandakan kausatif.

Contoh ayat :

Kesalahan : Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya

satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.

Pembetulan : Kita tidak merasakan bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini

hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.

7. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan Meng-…-I pada perkataan ikut untuk menje-

laskan ayat. Empat golongan kata utama iaitu kata adjektif, kata nama, kata tugas dan

kata kerja boleh menerima apitan Meng-…I untuk membentuk kata kerja.

Contoh ayat :

Kesalahan : Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun

tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

Pembetulan : Orang Islam lain yang ingin mengikuti jejak orang-orang bertudung pun

tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

8. Kesalahan tidak menggunakan imbuhan apitan meN-..-kan dengan lengkap. Imbuhan

ini biasanyan menerima objek yang tidak bernyawa dan digunakan untuk menandakan

kausatif.

Contoh ayat :10

Page 11: KESALAHAN EJAAN

Kesalahan : Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak

bertudung.

Pembetulan : Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan

tidak bertudung.

3.4 KESALAHAN PENGGUNAAN ISTILAH

1. Istilah yang digunakan untuk menegaskan syarak adalah tidak bertepatan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Pembetulan : Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan hukum-hukum syarak.

2. Kesalahan penggunaan istilah melanda. Kata-kata yang dipilih adalah keterlaluan, sedangkan maksudnhya kosong. Penulis hanya ingin menarik pembaca dari segi kebolehan berbahasa dan ia tidak membawa makna yang berkesan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.

Pembetulan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah bermula dari peringkat bawahan lagi hingga kepada peringkat atasan.

3.5 KESALAHAN STRUKTUR AYAT

3.5.1 Kesalahan binaan ayat.

1. Ayat tidak mengandungi predikat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.

Pembetulan : Dapatlah kita saksikan disana sini wanita mula memakai tudung untuk menutup aurat mereka.

2. Kesalahan ayat tergantung yang berpunca daripada penggunaan kata sendi pada awal ayat.

11

Page 12: KESALAHAN EJAAN

Contoh ayat :

Kesalahan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan

hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hing-

galah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Pembetulan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan

hingga kepada peringkat atasan, tidak kiralah samada dari golongan pelajar-pelajar

sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

3. Ayat tiada subjek. Di dalam binaan ayat, unsur subjek dan predikat perlu ada untuk

menyatuklan ayat. Kata penerang iaitu harus hadir selepas atau dibelakang subjek.

Contoh ayat :

Kesalahan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan

wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki

bukan muhramnya.

Pembetulan : Wanita yang menutup aurat iaitu pakaian dan tudung yang tidak

menampakkan bentuk tubuh badan dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan

daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

4. Kesalahan ayat tidak lengkap iaitu tiada predikat. Tidsak jelas diama subjek dan di-

mana predikat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Buanglah perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan

lain-lain penyakit hati.

Pembetulan : Buanglah perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak

dan lain-lain penyakit hati yang kemudiannya akan merugikan diri.

3.5.2 Kehemataan dalam ayat.

12

Page 13: KESALAHAN EJAAN

Kehematan dalam ayat bermaksud cermat dan tepat dalam penggunaan kata iaitu tidak menokok tambah atau frasa yang membazir, berlebih-lebihan dalam ungkapan atau menggunakan kata sifat yang tidak jelas maksudnya. Untuk menjaga kehematan ayat, kata atau frasa yang bergaris perlu digugurkan.

1. Kesalahan penggunaan frasa yang membazir atau berlebih-lebihan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Pembetulan : Dibandingkan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

2. Kesalahan penggunaan kata pelbagai yang lewah. Perkataan pelbagai pada suku kata kedua hendaklah digugurkan kerana pelbagai pada permulaan ayat sudah cukup untuk menyatakan banyak.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Pembetulan : Pelbagai warna dan fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

3. Kesalahan ayat tidak gramatis. Penggunaan perkataan kesemuanya dalam ayat menjadikan ayat tidak padu dan tidak gramatis. Oleh itu, pengguran unsur tokok tambah ini harus dilakukan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Pembetulan : Rekaan itu, bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita

3.5.3 Kepaduan dalam ayat

Kesatuan ayat beerti adanya kesatuan idea yang diungkapkan oleh ayat yang jelas dan padu. Kejelasan dan kepaduan ayat sangat bergantung pada kesempurnaan struktur bahasa yang

13

Page 14: KESALAHAN EJAAN

digunakan dalam mendukung suatu idea atau konsep. Hal ini bererti bahawa harus ada hubungan (Nuwairi Hj Khazaai, 1992).

1. Penggunaan ayat yang tidak padu kerana menggunakan kata hubung kerana yang tidak bersesuaian untuk menyambung ayat. Ayat juga tidak padu kerana frasa sendi nama tidak boleh berfungsi sebagai subjek. Subjek ayat ini akan menjadi jelas dan keseluruhan ayat menjadi padu sekiranya kata hubung pancangan keterangan ‘kerana’ digugurkan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Pembetulan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badannya di khalayak umum.

2. Kesalahan penggunaan perkataan yang lewah dan melemaahkan ayat. Perkataan orang lain dari ayat hendaklah digugurkan untuk menghasilkan ayat yang padu.

Contoh ayat :

Kesalahan : Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain

Pembetulaan : Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk berdakwah.

3.5.4 Kemurnian dalam ayat

Yang dimaksudkan kemurniaan dalam ayat ialah menjaga keaslian struktur ayat dan nahu Ba-

hasa Melayu serta mengelakkan terserapnya pengaruh sintaksis Bahasa Inggeris atau Bahasa

Arab di dalamnya (Pitsamai Intarachat, 1987).

1. Kesalahan pelanggaran hukum jamak atau penggaandaan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada

pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Pembetulan : Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada

pekerja-pekerja pejabat.

14

Page 15: KESALAHAN EJAAN

3.5.5 Kepelbagaian ayat

Kepelbagaian ayat terpancar daripada struktur ayat yang digunakan dalam keseluruhan

karangan. Ada yang bermula dengana subjek dan ada yang bermula dengan predikat atau den-

gan penerangan (Pitsamai Intarachat, 1987).

1. Kesalahan pengolahan ayat yang tidak padu.

Contoh ayat :

Kesalahan : Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir

dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disam-

paikan.

Pembetulan :Kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan sekiranya

tidak terus memperbaiki diri dari segi zahir dan batin, walaupun kita menutup au-

rat.

3.6 KESALAHAN PENGGUNAAN PARTIKEL LAH, NYA, PUN, TAH DAN KAH.

1. Perkataan ia dan kata penekan -nya tidak boleh digabungkan.

Contoh :

Salah : Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Pembetulan : Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ia dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

2. Penggunaan perkataan yang harus menggunakan kata penegas dihujung perkataan untuk memantapkan ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Pembetulan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badannya di khalayak umum.

3. Kesalahan tidak menggunakan kata penegas –lah di awal perkataan dapat.

15

Page 16: KESALAHAN EJAAN

Contoh ayat :

Kesalahan : Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.

Pembetulan : Dapatlah kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.

4. Kesalahan tidak menggunakan kata penegas –lah diakhir pekataan bukan untuk menjelaskan ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Pembetulan : Rekaan itu kesemuanya bukanlah bertujuan untuk mengelakkan fitnah, tetapi sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

5. Kesalahan menggunakan partikel –pun dalam ayat. Partikel pun, lah, kah, nya dan tah tidak boleh berdiri sendiri. Penggunaannya hendaklah hadir pada belakang perkataan untuk menegaskan ayat. Oleh itu, penggunaannya hendaklah digugurkan dari ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun

tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

Pembetulan : Orang Islam lain yang ingin mengikuti jejak orang-orang bertudung

tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

3.7 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI

1. Kesalahan penggunaan kata nafi bukan. Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama. Oleh itu, dalam ayat ini kata naïf bukan harus digantikan dengan penggunaan kata naïf tidak. Hal ini kerana, kata naïf tidak memang digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Tujuan merupakan kata adjektif (Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleeh Rahamad, 1998).

Contoh ayat :

Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Pembetulan : Rekaan itu kesemuanya tidak bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

16

Page 17: KESALAHAN EJAAN

3.8 KESALAHAN PENGGUNAAN TANDA BACA

1. Kesalahan tidak meletakkan tanda koma. Tanda koma diperlukan ketika menyenaraikan tiga unsur atau lebih.

Contoh ayat :

Kesalahan : Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar

dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga

ke kaki.

Pembetulan : Ini kerana, syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar

dengan warna yang tidak menarik, serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga

ke kaki.

2. Kesalahan penggunaan noktah dipertengahan ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai

gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Pembetulan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya dan berbagai-bagai

gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

3. Kesalahan tidak menggunakan tanda koma di pertengahan ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan

sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang

wanita.

Pembetulan : Walhal sepatutnya, pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah

bukan sahaja untuk menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai

seorang wanita.

4. Kesalahan tidak meletakkan tanda baca koma di permulaan ayat.

17

Page 18: KESALAHAN EJAAN

Contoh ayat :

Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Pembetulan : Rekaan itu kesemuanya, bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

5. Kesalahan tidak meletakkan tanda baca di pertengahan ayat, bagi memudahkan proses pembacaan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita

Pembetulan : Walhal sepatutnya, pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja bagi menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.

6. Kesalahan penggunaan meletakkan tanda baca titik walaupun ayat belum sempurna.

Contoh ayat :

Kesalahan : . Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah

yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.

Pembetulan : Sombong makin bertambah, jalan mendabik dada, terasa tudung kitalah

yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.

7. Kesalahan penggunaan tanda baca noktah di pertengahan ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang

bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang

bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Pembetulan : Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang

bukan muhramnya dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang

bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

18

Page 19: KESALAHAN EJAAN

4.0 ANALISIS RENCANA KEDUA : “Kemeriahan Ramadan di Seluruh Dunia”

4.1 Kesalahan penggunaan kata hubung

1. Kesalahan penggunaan kata hubung yang mana. Perkataan yang mana bukanlah

kata hubung untuk menyambungkan ayat dalam nahu Bahasa Melayu.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas ialah ketika berbuka puasa

yang mana pastinya terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat

seharian menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan

juga ahli keluarga.

Pembetulan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas ialah ketika berbuka puasa,

pastinya terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat seharian

menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan juga ahli

keluarga.

2. Kesalahan menggunakan kata hubung bagi. Berdasarkan koleksi pedoman bahasa,

kata sendi untuk tidak boleh ditukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk

menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Kata sendi

nama untuk boleh bertukar ganti penggunannya dengan bagi jika digunakan di-

hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan

sesuatu. Kata sendi bagi dalam ayat ini tidak bertepatan kerana ayat berikutnya se-

lepas bagi menunjukkan bahagian (Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani,

Razali Ayob, Zulkifli Osman, 2006).

Contoh ayat :

Kesalahan : Sambutan yang dilakukan secara berlebih-lebihan tidak lagi mencer-

minkan ajaran Islam sebenar kerana ia dilakukan hanya bagi memenuhi tuntutan

nafsu.

19

Page 20: KESALAHAN EJAAN

Pembetulan : Sambutan yang dilakukan secara berlebih-lebihan tidak lagi mencer-

minkan ajaran Islam sebenar kerana ia dilakukan hanya untuk memenuhi tuntutan

nafsu.

4.2 Kesalahan struktur ayat

4.2.1 Kepaduan ayat

1. Kesalahan penggunaan kata sendi nama kerana frasa sendi nama tidak boleh

berfungsi sebagai subjek. Subjek ini akan menjadi jelas dan keseluruhan ayat

menjadi padu apabila kata sendi nama ‘dan’ digugurkan.

Contoh ayat ;

Kesalahan : Dan pastinya akan ada ganjaran yang dijanjikan Allah untuk se-

tiap umatnya yang cekal menjalankan perintahnya sepanjang bulan yang mulia

ini.

Pembetulan : Pastinya akan ada ganjaran yang dijanjikan Allah untuk setiap

umatnya yang cekal menjalankan perintahnya sepanjang bulan yang mulia ini.

4.2.2 Kesalahan struktur binaan ayat

1. Kesalahan melakukan pengulangan dua perkataan penekan yang sama didalam

ayat. Penggunaan satu perkataan sahaja sudah cukup menjelaskan isi yang hendak

dikemukakan. Sebaliknya pengulangan perkataan yang sama buat kali kedua bersi-

fat lewah. Pengulangan yang kedua harus digugurkan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas ialah ketika berbuka puasa

yang mana pastinya terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat

seharian menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan

juga ahli keluarga.

Pembetulan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas ialah ketika berbuka puasa

yang mana terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat seharian 20

Page 21: KESALAHAN EJAAN

menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan juga ahli

keluarga.

2. Kesalahan struktur ayat yang tidak lengkap

Contoh ayat :

Kesalahan : Malah ada yang kehilangan ahli keluarga akibat peperangan suatu

musibah yang sangat menyayat hati ketika Ramadhan baru sahaja bermula.

Pembetulan : Malah ada yang kehilangan ahli keluarga akibat peperangan apabila

suatu musibah yang sangat menyayat hati berlaku ketika Ramadhan baru sahaja

bermula.

4.3 Kesalahan penggunaan kata pemeri

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir dihadapan frasa nama, manakala adalah

menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa nama.

1. Kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dalam ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas ialah ketika berbuka puasa yang

mana pastinya terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat seharian

menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan juga ahli kelu-

arga.

Pembetulan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas adalah ketika berbuka puasa

yang mana pastinya terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat se-

harian menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan juga ahli

keluarga.

4.4 Kesalahan penggunaan kata nafi

Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif manakala kata

nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama.

21

Page 22: KESALAHAN EJAAN

1. Kesalahan penggunaan kata nafi bukan dalam ayat. Kata naïf bukan hanya digu-

nakan dihadapan frasa nama dan frasa sendi nama, sedangkan dilakukan meru-

pakan frasa kerja. Oleh itu, penggunaan tidak lebih bertepatan untuk digunakan di

dalam ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Namun begitu kemeriahan yang disambut hendaklah dilakukan den-

gan sederhana mungkin bagi mengelakkan pembaziran secara berleluasa dan

bukan dilakukan semata-mata atas tujuan menunjuk-nunjuk.

Pembetulan : Namun begitu kemeriahan yang disambut hendaklah dilakukan den-

gan sederhana mungkin bagi mengelakkan pembaziran secara berleluasa dan tidak

dilakukan semata-mata atas tujuan menunjuk-nunjuk.

4.5 Kesalahan penggunaan tanda baca

1. Kesalahan tidak meletakkan tanda sempang pada kata ganda. Tanda sempang perlu

diletakkan pada kata ganda kedua yang tidak mempunyai makna. Dalam konteks

ayat ini perkataan pauk tidak mempunyai makna (Ahmad Khair Mohd Nor, 2008).

Contoh ayat :

Kesalahan : Jika kita dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk dan hidangan lazat

malahan ada yang sehingga berlebihan namun bagi mereka jika masih terus

bernyawa untuk menjalani ibadah puasa pada keesokan harinya itu sudah cukup

baik bagi mereka.

Pembetulan : Jika kita dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan hidangan lazat

malahan ada yang sehingga berlebihan namun bagi mereka jika masih terus

bernyawa untuk menjalani ibadah puasa pada keesokan harinya itu sudah cukup

baik bagi mereka.

22

Page 23: KESALAHAN EJAAN

5.0 KESIMPULAN

Orang berpendapat bahawa menulis ini mudah. Walhal, tanpa ilmu seseorang itu tidak akan

dapat menulis dengan baik. Ilmu dari segi penulisan seni mengarang adalah meliputi penge-

tahuan dalam bidang tatabahasa yang meluas, penguasaan kosa kata yang tinggi dan pelbagai,

pemilihan kata atau diksi yang tepat serta pengolahan ayat yang menarik. Pengolahan ayat

yang menarik ini pula melibatkan unsure-unsur retorik seperti penggunaan skema dan majaz

dalam ayat serta penghasilan ayat yang mantap dan logik.

Selain itu, penggunaan ayat yang amat berkesan juga penting dalam penulisan. Hanya

dengan ayat yang berkesan buah fikiran atau informasi dapat disampaikan kepada pembaca

dengan jelas dan tepat. Ayat-ayat yang berkesan memiliki cirri-ciri seperti kesatuan dalam

ayat, kesejajaran bentuk dalam ayat, kepelbagaian jenis ayat, mengandungi penekanan seperti

teknik pengulangan ayat dan penjudulan dalam ayat, logic dalam berbahasa, kehematan dalam

ayat iaitu tidak menokok tambah serta kemurnian dalam ayat iaitu tidak menggunakan unsure-

unsur bahasa Inggeris dan Arab dalam penulisan.

Kesimpulannya, kita perlulah berjaga-jaga dan berhati-hati ketika menulis. Penulisan

memerlukan pengetahuan serta komitmen yang tinggi daripada penulis., Kesilapan boleh

berlaku jika kita leka dan lalai. Sebagai langkah berjaga-jaga, semakan tatabahasa boleh

dibuat apabila selesai menulis karangan. Ketelitian yang diaplikasikan akan membuahkan

hasil yang lumayan serta kepuasan yang meningkat. Oleh itu, jagalah tatabahasa anda dan

pastikan setiap patah perkataan yang dicoretkan diatas kertas telah difikirkan terlebih dahulu

dibahagian otak agar ayat tidak berterabur dan isi dapat disampaikan dengan kemas.

23

Page 24: KESALAHAN EJAAN

6.0 BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman. (2006). Sintaksis

Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS

Professional.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Persoalan Tatabahasa. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleeh Rahamad. (1998). Strategi Bahasa : Panduan nahu

dan Retorik untuk Penulisan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa, Abdul Hamid Mahmood ( 2004 ) : Tatabahasa Dewan, Dawama Sdn Bhd.

Nuwairi Hj Khazaai. (1992). Beberapa Bentuk Kesalahan dalam Surat Rasmi. Kuala Lumpur

: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pitsamai Intarachat. (1987). Sintaksis Predikat dalam Bahasa Malaysia. Kula Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Hj Salleh. (1995). Sintaksis Bahasa Melayu Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor. (2006). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna.

Selangor : Utusan Publications dan Distributors Sdn.Bhd.

Sulaiman Masri M.A. (1988). Sebutan Baku Panduan dan Senarai Perkataan. Kuala Lumpur: Syarikat S.Abdul Majeed.

Wan Abu Bakar Wan Abas, Hashimah Harun. (1988). Panduan dan Latihan Sistem Ejaan

Rumi Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi Generatif Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Zaidi Ismail. (2008). Disebalik Kata. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

24

Page 25: KESALAHAN EJAAN

LAMPIRAN

Nilai tudung seorang wanita

17 julai 2008

Kategori: Artikel Cinta | Ungkapan Cinta

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia

menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita

terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan

warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus

dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan

dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di

khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan

garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata un-

tuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang men-

jaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini

wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari per-

ingkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar seko-

lah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak

lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada

yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar

ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan

kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan

berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk

tudung.

25

Page 26: KESALAHAN EJAAN

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menam-

bahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu

adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang

wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita dan

tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak

bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah

pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan

bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah

yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung,

tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak

merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak

terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang

mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai

tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi

masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat

dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki

yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-

orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang in-

gin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari

hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak

bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Is-

lam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuli-

aan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka

tidak nampak perbezaan antara agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya

peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Is -26

Page 27: KESALAHAN EJAAN

lam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tetapi

hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke se-

masa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan melihat orang lain, Is-

lam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna jikalau akhlak belum boleh menjadi

baik kita tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama, per-

baikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buanglah perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain

penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap

wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Al-

lah. Amatlah tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun

tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat

adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar.

Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki

perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.

Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cubalah

kita tingkatkan amalan lain. Janganlah meninggalkan sembahyang terutamanya dalam waktu

bekerja. Didiklah diri menjadi orang yang lemah-lembut, buanglah sifat kasar dan sifat suka

bercakap dengan suara yang meninggi. Buanglah juga sikap suka mengumpat, suka mengeji

dan mengata hal orang lain dan jagalah tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana

indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat

untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula menghormati dan men-

gakui “Islam is really beautiful.” Semuanya itu pasti terhasil apabila individu Islam itu sudah

cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mestilah mengorak langkah sekarang seba-

gai agen pengembang agama melalui pakaian.

27

Page 28: KESALAHAN EJAAN

28