Kesalahan-kesalahan Umum 012.ppt

Embed Size (px)

Citation preview

  • RINAKesalahan-kesalahan Umum dalam Karangan.

    RINA/SHAM07

  • 1. Kesalahan memilih tajukberlaku apabila calon tidak memahami kehendak soalan.Berpunca daripada sikap gelojoh atau terburu-buru untuk menyiapkan sesuatu karangan yang dianggap mudah

  • Masalah isiIsi kurang.Isi tidak dihurai dengan tepat dan disertakan contoh-contoh yang berkaitan.Calon menghuraikan isi secara meleret-leret kerana mahu mencukupkan jumlah perkataan bagi karangan yang ditulis itu.Isi tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan kehendak soalan.

  • Pembahagian perenggan/markah1.Pengenalan 2.Isi (4 perenggan)3.Penutupan

    Bahasa - Tanda baca - Ejaan - Perbendaharaan Kata - Imbuhan - Struktur ayat

    Jumlah markah (bahagian B) ialah 30 markahMasa :40 minit

  • 4.Tidak ada rangka karanganSetelah tajuk karangan dipilih, rangka karangan perlu dibuat terlebih dahulu.Karangan yang tidak ada rangka atau panduan tidak akan kemas dan akan bercelaru.Masa 3 minit sesuai digunakan untuk membina rangka karangan.

  • Kesalahan penggunaan perkataan dari / daripada1.Kapal itu datang daripada Pulau Pinang. (SALAH) Kapal itu datang dari Pulau Pinang. (BETUL)2.Surat itu saya terima dari abang. (SALAH) Surat itu saya terima daripada abang.(BETUL)

  • masadari arahtempat

    orang daripada perbandinganasal kejadianmenunjukkan keanggotaan

  • pada/kepada

    1.Berikan surat ini pada Hamdan.(SALAH)Berikan surat ini kepada Hamdan.(BETUL)

    2.Di masa rehat dia berada di bawah pokok. (SALAH)Pada masa rehat dia berada di bawah pokok. (BETUL)

  • masapada binatangbenda kepada orang

  • untuk/selamanya

    1.Dia bercadang untuk ke sana esok. (SALAH)Dia bercadang hendak ke sana esok.(BETUL)

    2.Kami akan menyiapkan kerja ini untuk dua hari. (SALAH)Kami akan menyiapkan kerja ini selama dua hari. (BETUL)

  • yang/bahawa

    1.Ramdan menyatakan yang dia tidak dapat menjawab soalan itu. (SALAH)

    Ramdan menyatakan bahawa dia tidak dapat menjawab soalan itu. (BETUL)

  • 2.Mereka menyedari yang kedudukan kewangan mereka belum kukuh. (SALAH)

    Mereka menyedari bahawa kedudukan kewangan mereka belum kukuh. (BETUL)

  • bila /apabila1.Kamu hendaklah bersedia bila peperiksaan semakin hampir. (SALAH)

    Kamu hendaklah bersedia apabila peperiksaan semakin hampir. (BETUL)

  • 2.Bila ditegur oleh ayahnya, dia hanya mendiamkan diri. (SALAH)

    Apabila ditegur oleh ayahnya, dia hanya mendiamkan diri. (BETUL)

  • Bila ialah kata tanya

  • ramai, banyak, semua dan para

    1.Ramai pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. (SALAH)

    Banyak pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. (BETUL)

  • 2.Banyak buah - buahan di gerai Pak Ali. (SALAH) Banyak buah di gerai Pak Ali. (BETUL)

    3.Semua murid - murid dikehendaki berkumpul di dewan sekolah. (SALAH) Semua murid dikehendaki berkumpul di dewan sekolah. (BETUL)

  • ramairiuh-rendahhebatrianggembirameriahsuasana/keadaan

  • Perkataan yang telah pun menunjukkan maksud jamak atau bilangan banyak/semua tidak perlu disertai dengan kata ganda.

  • dia/ia

    Kata ganti diri dia dan ia digunakan untuk manusia.

    1.Kucing itu mati kerana ia dilanggar kereta. (SALAH)

  • 6.Kesalahan Struktur Ayat.1.Bila bangun tidur saya gosok gigi, mandi, dan makan pagi lepas itu pergi kerja.

  • Ayat yang betul.

    Setelah bangun daripada tidur, saya menggosok gigi dan mandi. Selepas itu, saya bersarapan dan pergi ke sekolah.

  • 2.Amy kelihatan gelisah orang yang ditunggunya belum tiba.

  • Ayat yang betul. Amy kelihatan gelisah kerana orang yang ditunggunya belum tiba.

  • 3.Nama lelaki yang berbaju biru itu siapakah?

  • Ayat yang betul.

    Siapakah nama lelaki yang berbaju biru itu?

    Nama lelaki yang berbaju biru itu siapa?

  • Proses Pengembangan Isi.Tajuk: Kelebihan Buah-buahan Tempatan

    Isi (1)

  • Buah-buahan tempatan seperti durian, mangga dan rambutan sungguh enak dan lazat rasanya (1a). Buah-buahan ini bukan sahaja digemari oleh penduduk tempatan, malah turut mendapat tempat di hati pelancong asing (1b). Begitulah juga dengan kelazatan air dan buah kelapa muda telah menjadi begitu popular dewasa ini (1c).

  • Isi (2)

  • Buah-buahan tempatan ini mudah didapati dan harganya murah (2a). Kita juga boleh mendapatkannya dengan mudah di pasar (2b). Harganya pula cukup murah jika dibandingkan dengan buah-buahan seperti epal, dan oren daripada luar negara (2c).

  • Isi (3)

  • Di samping itu, buah-buahan tempatan juga banyak khasiatnya (3a). Betik, nanas dan jambu batu mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi (3b). Kandungan vitamin C ini akan membantu kita melawan penyakit kulit, menahan daripada batuk dan selesema. Malah, buah-buahan ini boleh menghaluskan kulit kita (3c).

  • Isi (4)

  • Buah-buahan tempatan ini mempunyai potensi untuk ditanam secara komersial (4a). Langkah mempopularkannya akan meningkatkan pendapatan para pekebun kecil (4b). Sumbangannya kepada pendapatan negara cukup besar (4c).

  • PengenalanBuah-buahan tempatan terdiri daripada buah-buahan yang bermusim dan tidak bermusim. Buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan, langsat, manggis dan duku. Manakala buah-buahan seperti betik, nanas, jambu dan sebagainya ialah buah-buahan yang tidak bermusim.

  • PenutupanKerajaan juga telah melancarkan kempen menggalakkan rakyat negara ini memakan buah-buahan tempatan. Langkah ini amat wajar kerana buah-buahan tempatan sememangnya setanding dengan buah-buahan dari luar negara.

  • Mengenal pasti kata kunci soalan1.Sekolah kamu telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah bersempena dengan sambutan Hari Guru. Selaku setiausaha persatuan, kamu diminta menyediakan laporan gotong-royong tersebut.

    Tajuk: Gotong-royongJenis Karangan: LaporanKehendak Soalan: Laporan tentang gotong- royong

  • Kamu berbual-bual dengan rakan kamu mengenai cara-cara mengindahkan kelas sempena dengan kempen keceriaan sekolah pada minggu hadapan. Tulis perbualan tersebut.Tajuk: Cara-cara mengindahkan kelas.Jenis Karangan: Perbualan/ dialogKehendak soalan: Perbualan tentang cara- cara mengindahkan kelas.

  • Proses Menghasilkan Karangan Yang Baik.Bina ayat yang mudah.Masukkan penanda wacana.Masukkan simpulan bahasa, ungkapan atau peribahasa.Berikan contoh.Menyemak karangan.

  • RINASEKIAN, SEMOGA BERJAYA DALAM UPSR

    RINA

    *