16
KESALAHAN POPULAR ANALISIS KESALAHAN BAHASA STPM

Kesalahan Popular Analisis Kesalahan Bahasa Stpm

Embed Size (px)

Citation preview

KESALAHAN POPULAR ANALISIS

KESALAHAN BAHASA STPM

JAWAPAN BAGI KESALAHAN KATA PEMERI

BIL SALAH SEBAB BETUL1 adalah Penggunaan kata

pemeri “adalah” dalam ayat ini salah kerana “adalah” hanya boleh hadir di hadapan frasa sendi dan frasa adjektif. Kata pemeri “ialah” harus digunakan kerana boleh hadir di hadapan kata nama sahaja.

ialah

JAWAPAN BAGI KESALAHAN KATA PEMERI

BIL SALAH SEBAB BETUL2 ialah Penggunaan kata

pemeri “ialah” dalam ayat ini salah kerana “ialah” hanya digunakan dihadapan kata nama sahaja. Sebaliknya, kata pemeri “adalah” lebih tepat digunakan kerana “adalah” boleh hadir di hadapan frasa sendi dan frasa adjektif.

adalah

JAWAPAN BAGI KESALAHAN STRUKTUR AYAT PASIF

BIL SALAH SEBAB BETUL3 yang

Malaysia ketuai

Frasa “yang Malaysia ketuai” ialah struktur ayat pasif. Dalam struktur ayat pasif, kata ganti nama diri orang ketiga hendaklah hadir selepas kata kerja. Sebelum kata kerja, kata ganti nama yang hadir ialah kata ganti nama diri pertama dan kedua.

yang diketuai oleh Malaysia

ANALISIS KESALAHAN BAHASABIL SALAH SEBAB BETUL4 Oleh

keranaPerkataan “oleh” ialah kata sendi nama yang perlu diikuti oleh kata nama. Kata sendi nama tidak boleh diikuti oleh kata hubung. “Kerana” ialah kata hubung dan tidak boleh hadir bersama-sama kata sendi nama.

Oleh sebab

JAWAPAN BAGI KESALAHAN KATA SENDI

BIL SALAH SEBAB BETUL5 di antara Frasa sendi nama “di

antara” digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal, arah atau yang mempunyai konsep ruang atau jarak.

antara

6 di atas Frasa sendi nama “di atas” digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal, arah atau yang mempunyai konsep ruang atau jarak.

atas

JAWAPAN BAGI KESALAHAN KATA SENDI NAMA

BIL SALAH SEBAB BETUL7 di dalam Kata sendi nama

“di dalam” hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak bukan untuk unsur mujarab.

dalam

JAWAPAN BAGI KESALAHAN KATA SENDI NAMA

BIL SALAH SEBAB BETUL8 dari masa

ke semasaDalam binaan frasa sendi nama yang menggunakan pasangan kata sendi nama “dari” dan “ke”, bentuk “se” yang terdapat dalam frasa nama tidak boleh digugurkan ataupun ditambah secara berasingan.

dari masa ke masa / dari semasa ke semasa

JAWAPAN BAGI KESALAHAN KATA SENDI NAMA

BIL SALAH SEBAB BETUL9 Di masa

iniPenggunaan kata sendi nama “di” tidak boleh digunakan untuk masa atau zaman.

Pada masa ini

10 demi untuk

Kedua-dua kata sendi nama ini membawa makna yang sama. Oleh itu salah satu perkataan itu hendaklah digugurkan.

demi / untuk

JAWAPAN BAGI KESALAHAN KATA BILANGAN

BIL SALAH SEBAB BETUL11 semua

guru-guru“Semua” ialah kata bilangan yang menunjukkan jamak. Perkataan yang hadir selepasnya tidak perlu digandakan bagi menunjukkan makna jamak.

semua guru

JAWAPAN BAGI KESALAHAN KATA BILANGAN

BIL SALAH SEBAB BETUL12 kedua

buah negara

Kata bilangan yang membawa makna kumpulan atau himpunan perlu digandakan.

kedua-dua buah negara

13 Setiap buah negara

“Setiap” ialah kata bilangan dan “buah”ialah penjodoh bilangan.

Setiap negara

KATA HUBUNG RELATIF DAN KATA HUBUNG KOMPLEMEN

BIL SALAH SEBAB BETUL14 menjela

skan yang

Kata hubung pancangan relatif “yang” berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Kata hubung pancangan komplemen “bahawa” berfungsi menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama.

menjelaskan bahawa

JAWAPAN BAGI KESALAHAN IMBUHAN KATA ADJEKTIF

BIL SALAH SEBAB BETUL15 Diperkecil

kanKata dasar adjektif hanya boleh menerima awalan “diper…” sahaja.

Diperkecil

16 Memperkecilkan

Kata dasar adjektif hanya boleh menerima awalan “memper…” sahaja.

memperkecil

PENGIMBUHAN PERKATAAN SATU SUKU KATA SAHAJA

BIL SALAH SEBAB BETUL17 mengsyor

kanPerkataan “syor” ialah perkataan yang mempunyai satu suku kata. Bagi perkataan ini, sekiranya menerima apitan meN-…-kan hendaklah disisipkan vokal e.

mengesyorkan

JAWAPAN BAGI KESALAHAN KATA MAJMUK

BIL SALAH SEBAB BETUL18 dikenalpas

tiKata majmuk tidak mantap yang hanya menerima imbuhan awalan hendaklah dieja terpisah.

dikenal pasti

19 dikuat kuasakan

Kata majmuk yang menerima apitan “di-…-kan” harus dieja secara bercantum.

dikuatkuasakan

JAWAPAN BAGI KESALAHAN KATA MAJMUK

BIL SALAH SEBAB BETUL20 antara

bangsaKata “antara bangsa” ialah kata majmuk mantap yang tidak perlu dieja terpisah.

antarabangsa