62
KESALAHAN UMUM DALAM TATABAHASA AMIR BIN JUHARI INSITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG BINTANGOR, SARAWAK

KESALAHAN UMUM DALAM TATABAHASA

  • Upload
    necia

  • View
    108

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KESALAHAN UMUM DALAM TATABAHASA. AMIR BIN JUHARI INSITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG BINTANGOR, SARAWAK. Adakah panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan huruf besar ? Contohnya : Tuan pengerusi majlis , yang berusaha guru besar , guru- guru dan rakan-rakan sekalian… . jawapan. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

KESALAHAN UMUM

KESALAHAN UMUM DALAM TATABAHASAAMIR BIN JUHARIINSITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANGBINTANGOR, SARAWAKAdakah panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan huruf besar? Contohnya: Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru- guru dan rakan-rakan sekalian

jawapanMenurut peraturannya, kata nama am tidak dieja dengan huruf besar (huruf pertamanya). Jadi, Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sepatutnya ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan, tuan pengerusi majlis dan yang berusaha guru besar boleh ditulis dengan huruf besar (pada pangkalnya sahaja) kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.

Adakah tanda koma perlu wujud di hadapan perkataan dan bagi menjelaskan perkara yang lebih daripada dua? Contohnya: Ali telah membeli sebuah buku, sebatang pembaris, dan segulung kad manila.

JawapanUntuk ayat di atas, tanda koma tidak diperlukan sebelum kata dan kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi maknanya dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan. Sekiranya ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat inti setara, tanda koma sebelum dan tidak diperlukan sama sekali. Contohnya: (a) Dia membeli buku Tatabahasa Dewan dan Ka

Pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah. Mengapakah ayat tersebut salah? Apakah penjelasannya?

JawapanKesalahan ayat tersebut adalah pada kata dijatuhkan. Ayat tersebut sekiranya diaktifkan akan menjadi: Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah. Ayat ini bermakna bahawa yang jatuh ialah pesalah bukannya hukuman gantung sampai mati. Sepatutnya, yang jatuh ialah hukuman dan pesalah yang menerimanya. Ayat tersebut sepatutnya: (a) Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh

hakim kerana mengedar dadah. (b) Hukuman gantung sampai mati dijatuhkan oleh hakim kepada pesalah itu kerana mengedar dadah.

(a) Cikgu Marhan mengajarkan Sejarah di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman. (b) Cikgu Marhan mengajar Sejarah di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman. Antara ayat (a) dengan ayat (b), yang manakah yang betul? Sila berikan penjelasan:

jawapanMenurut Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (2002:7), kata mengajarkan bermakna memberikan sesuatu sebagai pelajaran kepada seseorang. Kata mengajar pula (Kamus Dewan, 1994 : 16) bermakna 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb.) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada; 2. membaiki kelakuan dengan memberi nasihat dsb., mendidik; 3. membuat seseorang melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb. yang telah diperolehnya; 4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan sesuatu).

..sambunganJadi, jika dilihat pada makna, ayat (a) adalah paling tepat kerana kata mengajar seharusnya diikuti objek hidup (manusia). Jadi, ayat (b) mengikut makna 1. dan 2. akan memberikan makna Cikgu Marhan mendidik atau melatih Sejarah, sedangkan Sejarah bukannya manusia (yang boleh dididik).

(a) Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat. (b) Ibu menghidangi rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat. Antara ayat (a) dan (b), ayat manakah yang betul?

jawapanKata menghidangkan menurut Kamus Dewan (1994:453) bermakna menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dll.). Hal ini bermakna yang dihidangkan ialah makanan. Jadi, ayat Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat. Adalah salah dari segi maknanya kerana yang dihidangkan ialah pelbagai masakan bukannya rakan-rakan (rakan-rakan menerima hidangan bukannya sebagai hidangan). Ayat yang tepat ialah Ibu mengh

Orang Penan di pedalaman Sarawak suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat. Bolehkah dijelaskan apakah kesalahan ayat ini?

jawapanKesalahan ayat di atas terletak pada kata berpindah-randah kerana kata berpindah-randah sudah pun mengandungi makna dari suatu tempat ke suatu tempat (berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat). Jadi, ayat di atas sepatutnya: Orang Penan di pedalaman Sarawak suka berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat. atau, Orang Penan di pedalaman Sarawak suka berpindah-randah.

Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan amat mahal. Adakah betul jika ayat di atas ditulis Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan mahal?

Jika salah, apakah alasannya?

jawapanKedua-dua ayat tersebut betul tetapi maknanya berbeza. Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan amat mahal bermakna: (a) Rumah di lereng bukit itu amat cantik. (b) Rumah di lereng bukit itu amat mahal.

sambunganSedangkan ayat Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan mahal bermakna: (c) Rumah di lereng bukit itu amat cantik. (d) Rumah di lereng bukit itu mahal.

Hal ini bermakna rumah tersebut hanya mahal, tidak amat mahal.

Kata dan Makna

mencolok mata dan menjolok mata

Menurut Kamus Dewan (1994: 245), kata mencolok mata bermakna 1. mencucuk mata; 2. (bahasa kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar, 3. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung (kerongkong dll.); 3. memancing-mancing keterangan dll.; daripada orang, mengajuk atau menduga hati.

..sambunganJadi, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang tepat ialah mencolok mata, iaitu bahasa kiasan yang bermakna tampak jelas atau kelihatan jelas benar.

Contoh penggunaannya: Kakitangan kerajaan dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat.

merbahaya atau berbahaya

Kata tersebut berasal daripada kata dasar bahaya dan menerima awalan. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu tidak ada awalan mer-. Jadi, ejaan yang tepat ialah berbahaya.

Lagi aspek kesalahan tatabahasaKesalahan ganti nama diri pertama

Bola itu ditendang oleh sayaSehubungan itu atau sehubungan dengan itu?Terima kasih di atas pertolongan anda.perbezaanCenderamata atau cenderahati

Berasa dan merasa

Baru dan baharu

Pekarangan dan perkarangan

Pelanggaran dan perlanggaransri dan seri

Kata sri sebenarnya digunakan untuk gelaran kehormat Tan Sri dan Puan Sri sahaja. Selain kegunaan gelaran kehormat tersebut, kata yang sepatutnya digunakan ialah seri sama ada untuk gelaran kehormat (seperti Dato Seri, Datin Seri dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong) ataupun untuk menggambarkan keadaan atau suasana (seperti seri rumah, seri taman dan seri muka).

Kesilapan penggandaanSALAHBETULKebanyakan pekerja-pekerja Keseluruhan peserta-peserta Kesemua agenda-agenda Lima peratus (5%) daripada pembeli-pembeli Penambahan jumlah anak-anak Ramai pengguna-pengguna Segala maklumat-maklumat Sebahagian daripada peneroka-peneroka Semua surat-surat Semua ilmu-ilmu dan panduan-panduan Semua kerja-kerja pembinaan Sesetengah daripada golongan-golongan pensyarah Setiap masalah-masalah Tiga orang daripada penjenayah-penjenayah

Kebanyakan pekerja Keseluruhan peserta Kesemua agenda Lima peratus (5%) daripada pembeli

Penambahan jumlah anak Ramai pengguna Segala maklumat Sebahagian daripada peneroka

Semua surat Semua ilmu dan panduan

Semua kerja pembinaan Sesetengah golongan pensyarah

Setiap masalah Tiga orang daripada penjenayah

SALAHBETULSeramai penilai-penilai yang ditetapkan Serangkai manik-manik/ satu rangkai manik-manik Serombongan pelawat-pelawat/ satu rombongan pelawat-pelawat Sesetengah daripada golongan-golongan pensyarah Setiap masalah-masalah Setimbun buku-buku

Seramai penilai yang ditetapkan Serangkai manik/ satu rangkai manik

Serombongan pelawat/ satu rombongan pelawat Sesetengah golongan pensyarah

Setiap masalah Setimbun buku

KESALAHAN UMUM TATABAHASA Papan tanda

SMS 1. Apiq, saya mau pergi ke pasar. Kalau lu mau ikut, bersiap cepat kerana cuaca buluk.Pembetulan :Apiq, saya mahu pergi ke pasar. Kalau kamu mahu ikut, bersiap cepat kerana cuaca buruk.

Kesalahan : Penggunaan bahasa pasar ataupun rojak 2. Sy ska mkn nsi lmak yg djual olh Mak Kiah krn hrganya berptutan dgn rsanya yg sdap.Pembetulan :Saya suka makan nasi lemak yang dijual oleh Mak Kiah kerana harganya yang berpatutan dengan rasanya yang sedap.

Kesalahan : Penggunaan singkatan perkataan 3. Actually, I berasal dari Melaka. I mula stay di sini tahun lepas. You pula dari mana?Pembetulan : Sebenarnya, saya berasal dari Melaka. Sayamula tinggal di sini tahun lepas. Awak pula darimana?

Kesalahan : Penggunaan perkataan Inggeris dan Bahasa Melayu yang dicampuradukkan

4. Pertame ku melihatmu, bergetar rase hatiku, berdebar-debar jantungku mungkinku suke padamu, ketika ku melihatnya berdetak-detak di dade, mungkin itu suatu petanda bahawa ku suke padanye..Pembetulan :Pertama ku melihatmu, bergetar rasa hatiku, berdebar-debar jantungku mungkinku sukapadamu, ketika ku melihatnya berdetak-detak di dada, mungkin itu suatu petanda bahawa ku suka padanya..

Kesalahan : Kesalahan ejaan5. Leo, bole ngak bantui saya? Im tired. Lu sama Nadia tlong sy angkat brg2 sy ke dlm bilik stor jam 5 nnt k. Blh?Pembetulan : Leo, boleh kamu bantu saya? Saya penat. Awak dan Nadia tolong saya angkat barang-barang saya ke dalam bilik stor jam 5 nanti ya. Boleh?Kesalahan : Penggunaan perkataan bahasa asing, bahsa pasar ataupun rojak dan singkatan perkataan.KARTUN

2. waktu makan tengah hari je, aku terbau..

Pembetulan:Asal perkataan je dalam dialog di atas ialah sahaja. waktu makan tengah hari sahaja, aku terbau..

48

Analisis Kesalahan Umum TatabahasaKesalahan ejaan perkataan pula untuk dalam dialog: bersidang kat hotel plak!Pembetulan:Perkataan plak dalam dialog di atas seharusnya diganti dengan pekataan kata pula untuk menjadikannya ayat yang betul.

bersidang kat hotel pula!49

Kesalahan penggunaan istilah diaorang dalam dialog:1. isu panas dia orang nak bincangkan kot!Pembetulan:Untuk menjadikan dialog tersebut betul, perkataan diaorang digantikan dengan perkataan mereka.

isu panas mereka nak bincangkan kot!50

Kesalahan penggunaan istilah tarak dalam dialog:

1. yang tarak tahan panas bersidang..

Pembetulan:Untuk menjadikan dialog tersebut betul, perkataan tarak digantikan dengan perkataan tidak.

yang tidak tahan panas bersidang..51

Kesalahan penggunaan bahasa singkatan dalam dialog:1. isu panas diaorang nak bincangkan kot!

Pembetulan:Asal perkataan nak dalam dialog di atas ialah dari perkataan hendak.

isu panas diaorang hendak bincangkan kot!

52

Analisis Kesalahan Umum TatabahasaKesalahan penggunaan bahasa singkat dalam dialog:Dia mesti tak sangka telur tu disimpan di dalam stok macam ni

Pembetulan:

Dia mesti tidak sangka telur itu disimpan di dalam stok macam ini

53

Membeli dan membelikanMembeli dan membelikan merupakan KKT.Perkataan membeli hendaklah diikuti oleh KN tidak bernyawa sbg objek tepat, manakala membelikan diikuti KN objek bernyawa sbg onjek tepat. Ayat yg betul :Ayah berjanji membeli kasut roda untuk adik pada hari jadinya.Ibu membeli sayur di pasar raya.Ibu membelikan adik ubat batuk di farmasi.Encik Amirul membelikan isterinya kereta baharu.54Tulis dan TuliskanTuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan

Betul atau salah?Ayat di atas salah pengunaannya kata kerjanya kerana tidak sepatutnya diletakkan imbuhan akhiran kan Ayat itu sebenarnya merupakan ayat perintah drp transformasi ayat aktif seperti yang berikut :Anda hendaklah menulis sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan. (ayat aktif).Sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan hendaklah anda tulis. Membaiki dan membaikkan1.Mekanik itu sedang membaiki kereta yang rosak.2.Mekanik sedang membaikkan kereta yang rosak.3.Kakak cuba melupai peristiwa ngeri itu.4.Kakak cuba melupakan peristiwa ngeri itu.Penggunaan membaiki, membaikkan, melupai dan melupakan dalam ayat-ayat di atas betul atau gramatis. Hal ini demikian kerana perkataan yang digunakan itu merupakan sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan menN..kan dan meNI yang penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.

Menamakan dan menamaiEncik Wong menamakan anaknya John.Encik Wong menamai John kepada anaknya.Ayat yang betul.1.Encik Wong menamai anaknya John.2.Encik Wong menamakan John kepada anaknya.Menamakan bermaksud memberikan sesuatu nama kpd seseorangMenamai bermaksud memberi seseorang suatu namaBerdasar pada dan berdasarkan1.Keputusan itu dibuat berdasar statistik yang dikumpulkan.2.Keputusan itu dibuat berdasarkan pada statistik yang dikumpulkan.Kedua-dua ayat tersebut salah.

1.Keputusan itu dibuat berdasar pada statistik yang dikumpulkan.2.Keputusan itu dibuat berdasarkan statistik yang dikumpulkan.KKTT tanpa pelengkap ber- perlu diikuti KSN , manakala KKTT berpelengkap berkan tidak perlu diikuti KSN.