Upload
chinchuan
View
224
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
y
Citation preview
,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN 2013
TUGASAN PROJEK
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
PKE3043 (E)
NAMA PELAJAR LING CHIN CHUAN
NO. KAD PENGENALAN 930425-13-5586
ANGKA GILIRAN 2013101340005
KUMPULAN/ UNIT 6PISMP PJ1
NAMA PENSYARAH EN HISHAM BIN MOHAMED
TARIKH HANTAR 30 SEPT 2015
Kandungan
Perkara Muka surat
Halaman pengakuan i
Penghargaan ii
1.0 Pengenalan 01
2.0 Penulisan reflektif
2.1 Program Rancangan Makanan (RMT) 02
2.2 Program Susu 1Malaysia (PS1M) 03
2.3 Program gosok gigi 04 - 05
2.4 Program suntikan Hepatitis B 06
2.5 Program latihan kebakaran 07
Refleksi 08
Rujukan 09
HALAMAN PENGAKUAN
“ Kami akui karya ini hasil kerja kami bertiga kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah kami jelaskan sumbernya “
TANDATANGAN : ..........................................
NAMA : LING CHIN CHUAN
TARIKH :
Penghargaan i
Pertama sekali, kami ingin melahirkan syukur kepada Tuhan di atas segala
petunjuk dan limpah kurniaNya, kerja kursus Program Kesihatan Sekolah ini telah
berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dengan lancar. Kejayaan semua
usaha ini amat bergantung kepada sokongan dan kerjasama pelbagai pihak.
Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak tertinggal kepada
Encik Hisham bin Mohamed selaku pensyarah kami yang terlalu banyak membantu,
membimbing dan juga sebagai pemudahcara kami sepanjang proses menyiapkan kerja
kursus ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin
kami akan dapat menghasilkan kerja kursus yang baik. Kami juga ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada En. Hisham kerana sanggup berkorban meluangkan masa
untuk menyemak kerja kursus kami ini.
Kami juga terhutang budi kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang banyak
memberi sokongan dan dorongan di samping idea-idea yang bernas semasa kami
menghadapi masalah atau ketandusan idea. Terima kasih sekalung budi.
Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada semua pihak Pusat Sumber Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung atas kerjasama yang diberikan kepada kami dalam proses pencarian,
peminjaman dan pemulangan buku-buku berkaitan yang digunakan untuk tujuan
menyempurnakan kerja kursus ini. Segala bantuan dan kerjasama pihak-pihak di atas
tidak akan kami lupai buat selama-lamanya.
Sekian, terima kasih.
1.0 Pengenalanii
Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967 dengan tujuan
utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakan sekolah yang sihat dan
produktif. Dalam tempoh dua puluh tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan
Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan
tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk
membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.
Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting
School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor
dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan "
HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS
sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat
( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti
berkaitan dengan kesihatan sekolah.
Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat siaran
dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan amalan kebersihan sekolah 1997,
Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan PROSTAR dan Modul Latihan
PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan Program
Susu Sekolah, dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah
2005. Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan
murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan kaunseling, memberi
penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta
mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak keperluan khas.
01
2.0 Penulisan reflektif
2.1 Program Rancangan Makanan (RMT)
Dalam petikan ucapan Datuk Musa Haji Aman (2006) menyatakan tentang bantuan
makanan tambahan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan murid – murid yang
dijalankan sepanjang sesi persekolahan. Makanan yang seimbang & berkhasiat yang
dibekalkan diharap dapat membantu tumbesaran fizikal & mental seterusnya dapat
menyumbang kepada pencapaian akademik yang cemerlang.
Di sekolah praktikum, murid yang layak menerima RMT seramai 150 orang yang terdiri
daripada murid tahun 1 hingga tahun 6. Golongan ini ialah murid warganegara Malaysia
tetapi pendapatan keluarga RM520 atau perkapita RM130 sahaja. Murid yang layak
akan mengambil makanan yang disediakan setiap pagi di kantin pada waktu 7:15a.m.
Setiap pagi, pengusaha kantin akan menyediakan makanan mengikut kesesuaian,
keseimbangan & minat murid. Guru bertugas, Puan Lim akan mengagihkan makanan di
kantin kepada setiap murid. Setiap pagi, saya akan menikmati sarapan saya di kantin
bersama dengan murid-murid kelayakan program RMT. Melalui pemerhatian yang
dibuat saya mendapati murid yang menikmati sarapan percuma terdiri daripada
golongan yang berbeza. Setelah bersoal jawab dengan Puan Lim, saya mengetahui
bahawa murid yang layak menikmati sarapan percuma tidak semestinya melapor diri di
kantin pada waktu pagi. Hal ini disebabkan sebahagian murid lewat datang ke sekolah,
tidak berminat dengan makanan yang disediakan dan tidak lapar atau tidak suka makan
sarapan. Oleh itu, sarapan yang lebih akan diberi kepada murid lain yang berminat.
Pada pandangan saya juga, Program Rancangan Makanan (RMT) di sekolah ini
memberi kesan yang agak positif terutama terhadap murid-murid. Murid dapat
menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran kerana tidak
perlu risau tentang perut kosong. Program ini juga mengelakkan murid daripada
menghadapi masalah kekurangan tenaga, kekurangan nutrisi dan kekurangan berat
badan. Contohnya, pada waktu kelas pendidikan jasmani, semua murid bertenaga untuk
menjalankan semua aktiviti yang dirancang. Program ini telah berjaya menghasilkan
murid yang lebih sihat dan cergas.
02
Walaubagaimana pun, cara pelaksanan program RMT di sekolah Chung Cheng kurang
memuaskan. Oleh sebab ketidakhadiran murid yang layak program RMT, guru bertugas
memberi makanan lebihan kepada murid lain untuk mengelakkan pembaziran makanan.
Guru bertugas sepatutnya melakukan kajian tentang sebab ketidakhadiran murid untuk
menikmati sarapan percuma. Sekiranya murid tidak hadir sebab tidak suka makanan
yang disediakan, pengusaha kantin dan guru RMT perlulah menukar menu untuk
menarik minat murid. Pembaziran masa untuk mencari murid pengganti makanan RMT
juga akan dapat dielakkan.
2.2 Program Susu 1Malaysia (PS1M)
Program PS1M merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-
murid sekolah rendah. Murid sekolah yang menerima Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) sahaja layak untuk mendapatkan susu percuma.
Di sekolah praktikum, murid akan menerima 1 kotak susu (200ml) berperisa coklat
sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Murid akan beratur
mengikut kelas untuk menerima susu di kantin pada waktu rehat. Guru bertugas akan
mengagih susu ke murid sambil meminta murid meneliti tarikh luput & keadaan kotak
susu yang diterima. Murid dididik supaya goncang dahulu dan kemudian hidu serta rasa
sedikit susu. Jika enak teruskan minum hingga habis. Jika masam atau mempunyai bau
yamg kurang enak maklum segera kepada guru. Murid juga diingatkan tidak boleh
membawa balik susu 1Malaysia ke rumah untuk mengelakkan berlakunya kes
keracunan.
Program PS1M di sekolah praktikum saya bukan sahaja mencapai objektifnya malah
membina tabiat yang baik di kalangan murid secara tidak langsung. Selepas menikmati
susu 1Malaysia, murid akan membuang kotak susu ke dalam tong sampah yang
disediakan. Ini boleh menjaga kebersihan kawasan sekolah. Selain itu, murid akan
bersosial dengan murid dari kelas lain semasa menikmati susu 1Malaysia, ini juga
membantu murid membina hubungan sosial antara murid yang pelbagai latar belakang.
03
Cadangan penambahbaikan untuk program PS1M adalah guna semula (reuse) kotak
susu 1malaysia. Pihak sekolah boleh menjadiakan salah satu aktiviti kitar semula.
Beratus-ratus kotak susu dibuang setiap minggu adalah amat membazir, guru
kemahiran hidup boleh mengajar muridnya menjadikan kotak kepada benda lain seperti
duit beg, kotak pensel, laci, rak buku dan lain-lain. Ini boleh membantu melahirkan
seorang murid yang kreatif dan inovasi. Guru sains boleh mengajar murid menanam
tauge semasa topik fotosintesis. Sekiranya pengajaran dan pembelajaran tidak
memerlukan kotak-kotak susu, pihak sekolah boleh mengumpul dan menjual kotak. Ini
menunjukkan kesokongan sekolah terhadap program kitar semula yang diuar-uarkan
oleh kerajaan.
2.3 Program gosok gigi
Seterusnya ialah Program gosok gigi. Di sekolah saya berpraktikum hanya dijalankan
oleh murid-murid prasekolah sahaja. Selepas waktu rehat, murid-murid prasekolah akan
mengosok gigi tanpa pengawalan guru. Hal ini adalah disebabkan guru bertugas
mengajar murid-muid prasekolah supaya berdikari sendiri. Namun begitu, guru akan
memantau muid-murid ini dari jauh. Seterusnya, murid akan mengambil alatan gosok
gigi iaitu berus gigi, cawan dan ubat gigi. Selepas itu murid beratur mengisi air paip dan
mula menggosok gigi sendiri. Program ini bertujuan membantu murid-murid untuk
membina gaya hidup yang sihat berkaitan dengan cara penjagaan gigi yang betul.
Murid-murid dapat mengamalkan tabiat amalan hidup sihat dan menjaga kesihatan gigi
mereka dengan baik.
Pada pandangan saya, program ini berjaya membantu murid membina gaya hidup yang
sihat tetapi kurang berkesan dalam penyebaran cara penjagaan gigi yang betul. Hal ini
berlaku demikian kerana murid menggosok gigi setiap hari tanpa pengawalan guru
dengan lebih dekat. Saya diberitahu guru hanya mendemostrasi cara menggosok gigi
pada awal tahun. Melalui pemerhatian saya, banyak murid tidak menggosok gigi
mengikut cara yang betul. Terdapat murid yang menggunakan banyak ubat gigi malah
ada yang guna sedikit sahaja. Terdapat juga murid yang menggosok sebahagian gigi
sahaja. Oleh yang demikian, guru-guru seharusnya sentiasa membantu murid
menggosok gigi dengan cara yang betul supaya kesihatan mereka lebih terjamin.
04
Menurut Dr. Husna Razak (2014), berdasarkan kajian Malaysia yang dibuat pada tahun
2007, sebanyak 74.5% kanak-kanak yang berusia 6 tahun mengalami masalah karies
gigi. Tambah menyedihkan, lebih satu perempat daripada kanak-kanak berusia 5 tahun
mempunyai lebih dari 10 gigi susu yang pernah mengalami karies. Ini berlaku kerana
kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan mulut. Mengikut kajian Peterson,
Edward, Myron, hanya segelintir pelajar mendapat faedah daripada penjagaan
kesihatan oral di sekolah.
Pihak sekolah sepatutnya perlu menjalankan program menggosok gigi untuk semua
murid sekolah termasuk murid sekolah rendah. Ceramah kesihatan pergigian juga perlu
disampaikan oleh jururawat pergigian. Tajuk ceramah yang mengenai kesihatan
pergigian perlu meliputi cara penjagaan gigi yang baik, kaedah menggosok gigi yang
betul serta kerosakan-kerosakan pada gigi yang sememangnya tidak diketahui oleh
murid-murid. Video mengenai kesihatan pergigian juga perlu ditayangkan. Ilmu yang
diperoleh dapat digunakan dalam kehidupan mereka seharian. Jururawat pergigian juga
perlu mendemonstrasikan cara menggosok gigi dengan betul dan menyuruh murid
mengikut caranya.
Seterusnya, pihak sekolah juga perlu menambahbaik cara pelaksanan program gosok
gigi. Guru bertugas perlulah memantau murid untuk memastikan mereka menggosok
gigi dengan cara yang betul. Contohnya guru boleh mengarah murid beratur untuk
mengisi air dan berdiri di tempat sendiri sambil menunggu murid lain. Semua murid
memulakan gosok gigi mengikut guru bertugas. Dengan cara ini boleh menjaminkan
semua murid menggosok gigi dengan cara yang betul. Bak kata pepatah “melentur
buluh biarlah dari rebung”, tabiat yang baik perlulah dipupuk sejak kecil.
Menurut Vigild et al. (1999) menyatakan guru sekolah penting sebagai kunci memberi
pengetahuan atau maklumat kepada murid-murid sekolah menegah. Aktiviti tentang
pengetahuan kesihatan oral di sekolah rendah dan menegah haruslah disatukan dalam
kokurikulum sekolah. Program kesihatan oral akan hanya memberi kesan yang terhad
sekiranya tiada sokongan daripada guru-guru.
05
2.4 Program suntikan Hepatitis B
Dalam tempoh praktikum, pemberian imunisasi hepatitis B dijalankan. Sebelum program
ini dijalankan, borang kebenaran diedarkan kepada murid untuk diisi oleh ibubapa. Hal
ini kerana murid yang ingin menerima suntikan hepatitis B perlu membayar RM50.00
untuk suntikan kali pertama sahaja. Pemberian suntikan sebanyak tiga kali dalam jarak
waktu satu bulan antara suntikan satu dan dua, lima bulan antara suntikan dua dan tiga.
Program ini bertujuan untuk mencegah terjadinya penyakti hepatitis antara murid kerana
bahaya hepatitis boleh membawa maut. Walaubagaimana pun, program ini kurang
memberi kesan. Pada hari suntikan, beberapa orang murid sahaja menerima suntikan
hepatitis B. Setelah menyoal murid-murid kelas saya, kebanyakan murid tidak
melibatkan diri dalam program ini dengan alasan tanpa keperluan, takut menerima
suntikan dan harganya mahal.
Pada pandangan saya, cara pihak sekolah mengedar borang kepada murid untuk
menunjukkan kepada ibubapa adalah kurang sesuai. Ini kerana kemungkinan
sebahagian murid tidak memberi kepada ibubapa. Bukan itu sahaja, kemungkinan
ibubapa tidak mengetahui kesan jangkitan virus hepatitis B dan kepentingan menerima
suntikan vaksin hepatitis B.
Di Malaysia, lebih 1.65 juta orang menjadi pembawa virus Hepatitis B dan 5.5 peratus
daripada mereka adalah penghidap Hepatitis B kronik. Jumlah pesakit lelaki menghidap
kanser hati primer didapati lebih tinggi iaitu 3.5 bagi setiap 100,000 orang berbanding
hanya 2.1 bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan mendapati, kebanyakan kes
Hepatitis B berlaku di kalangan orang Cina (60 hingga 70 peratus), Melayu (30 peratus)
dan India 10 peratus.
Pihak sekolah boleh mengadakan kursus pencegahan hepatitis B untuk ibubapa dan
murid-murid. Ceramah tentang kesan, cara penyebaran virus, kepentingan menerima
suntikan perlu diberikan. Semua bubapa cinta akan anak sendiri, mereka perlu
dimaklum tentang suntikan hepatitis B dapat melindungi anak-anak mereka sebagai
golongan yang berisiko tinggi terkena jangkitan kronis terutamanya anak berusia kurang
dari 19 tahun. Mencegah lebih baik dari merawat. Sekiranya murid sekolah terkena virus
06
hepatitis B, harga untuk merawat bukan sahaja RM50 dan kemungkinan membawa
maut.
2.5 Program latihan kebakaran
Sekolah berpraktikum saya juga telah menjalankan latihan kebakaran. Latihan bermula
jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 9.55 pagi. Latihan kebakaran merupakan
persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Semua warga
sekolah terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk
memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu
kebakaran.
Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia
semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah. Setelah loceng panjang
dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu
gelanggang bola tampar sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru
mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah
memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas
masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun
yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah.
Kemudian, seluruh warga sekolah mendengar taklimat dari Pegawai Bomba mengenai
langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui oleh semua warga sekolah.
Seterusnya semua murid dan guru-guru telah ditunjukan dengan demonstrasi
memadamkan kebakaran. Beberapa orang guru dan murid telah mencuba
menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran. Murid-murid juga diberi
peluang untuk melihat dan bertanya mengenai kenderaan dan peralatan bomba.
Menurut kajian Wan Rashid Mohammad (2008) tentang Program Sekolah Selamat,
kajian mengenai pencegahan kebakaran amat mengejutkan. Terdapat 42.2 %
responden mengatakan bahawa alat pemadam api yang disediakan di sekolah tidak
mencukupi. Manakala 47.9 % responden memberitahu bahawa guru-guru tidak diajar
menggunakan alat pemadam api dan alat pancur mula di sekolah. Pada padangan saya,
program ini amat berkesan bagi warga sekolah. Semua warga sekolah memperoleh ilmu
tentang cara pencegahan kebakaran.
07
Refleksi
Saya telah menyiapkan kerja kursus Program Kesihatan Sekolah PKE3043 (E)
dalam masa yang ditetapkan. Walaupun saya sibuk dengan kerja kursus yang lain, saya
tetap meluangkan masa untuk mencepatkan langkah menyiapkan tugasan ini.
Untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik, saya telah membuat keputusan
untuk mencari maklumat dari pusat sumber IPGKSM. Bahan-bahan bacaan di dalam
pusat sumber adalah bahan rujukan pertama saya. Namun, maklumat-maklumat yang
ada dalam bahan-bahan bacaan tersebut adalah terhad. Sehubungan dengan itu, saya
juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan dengan
bertujuan menyiapkan kerja kursus dengan baik. Saya juga mencari pensyarah supaya
dapat bantuan dari beliau. Pensyarah yang begitu baik telah menerangkan dan memberi
cara penyelesaian kepada saya. Dari bantuan beliau, saya telah dapat maklumat yang
berguna.
Bukan itu sahaja, banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan
ini, antaranya kelajuan talian internet dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata
pelajaran lain. Kelajuan talian internet di asrama amat lemah, ini menyusahkan saya
mencari maklumat. Bukan itu sahaja, tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran
lain juga menyebabkan saya susah meluangkan masa untuk menyiapkan tugasan ini.
Selanjutnya, tempoh yang diberi untuk menyiapkan tugasan ini adalah tempoh
praktikum fasa 2. Saya amat sibuk dalam tempoh ini seperti menulis RPH, menyediakan
BBM, menyertai program sekolah, melukis mural di samping menyiapkan tugasan ini.
Oleh sebab itu, saya perlu menguruskan masa saya dengan seeloknya.
Walaupun pada mulanya saya menghadapi kesukaran namun saya berasa
seronok dan mula timbul perasaan ingin tahu terhadap ilmu-ilmu seperti ini. Dalam
proses persiapan kerja kursus ini saya mendapati bahawa kelemahan saya dalam
mencari maklumat yang berguna dan saya mengakui bahawa itulah kelemahan saya.
Namun demikian, saya juga berasa amat gembira kerana berpeluang mengkaji dan
mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi bersama dengan rakan-rakan.
Saya dapat belajar secara lisan melalui pertanyaan saya dengan rakan-rakan saya.
Dengan ini, saya telah mendapat ilmu pengetahuan yang amat bernilai.
08
RUJUKAN
Datuk Musa Haji Aman. (2006).Rancangan Makanan Tambahan. Diambil daripada
http://www.sabah.gov.my/press/docs/2006000676.htm
Dr. Husna Razak. (2014). “Kenapa Gigi Anak Saya Rongak?” Diambil daripada
http://www.mmgazette.com/kenapa-gigi-anak-saya-rongak-dr-husna-razak/
Larry J Peterson, Edward Ellis, James R Hupp, Myron R Tucker. Contemporary Oral and
Maxillofacial Surgery, (4th edition). St Louis, Missouri.
Vigild et al. (1999). Oral health behaviour of 12-year-old children in Kuwait. Diambil
daripada http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1046/j.1365-263x.1999.00097.x/
abstract;jsessionid=A0187E2AF4931473677B664C8AA1B43A.f02t03?
userIsAuthenticated=false&deniedAccessCustomisedMessage=
Wan Rashid Mohammad. (2008). Sekolah yang Selamat. Diambil daripada
http://wanrashid.blogspot.my/2008/06/sekolah-yang-selamat-bhg-4.html
09