Kesan Kesuburan BBT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bagus

Citation preview

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 1 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 2 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    PERHATIAN!! Report Percuma ini merupakan edaran asal yang boleh dimuat turun daripada laman web www.MudahHamil.com. Jika anda telah mendapatkan salinan ini daripada sumber yang lain, anda dinasihatkan mendaftarkan nama dan emel anda dengan kami supaya:

    Anda akan menerima newsletter yang merupakan tip-tip percuma dan info-info terkini terus ke emel anda.

    Mudah untuk kami hubungi anda jika terdapat update terbaru report ini.

    Anda juga akan dihantar dengan sampel percuma produk terbaru kami sejurus setelah kami lancarkanya

    Memastikan anda layak menerima bonus-bonus khas kami.

    Mendapat diskaun khas bagi sebarang produk yang dikeluarkan dimasa akan datang yang hanya dibuka untuk pendaftar mailing list kami.

    Daftar di sini: http://www.MudahHamil.com

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 3 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    HAKCIPTA TERPELIHARA

    [Anda TIDAK BOLEH] mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit www.MudahHamil.com

    [Anda TIDAK BOLEH] menjual report ini untuk mendapat sebarang keuntungan.

    [Anda TIDAK BOLEH] mengedar report ini secara spam atau apa-apa cara yang tidak beretika dan salah disisi undang-undang.

    [Anda TIDAK BOLEH] mengubahsuai mana-mana kandungan dalam report ini.

    WALAUBAGAIMANAPUN

    [Anda BOLEH] mengedarkan report ini secara PERCUMA kepada

    sesiapa sahaja.

    [Anda BOLEH] menjadikan report ini sebagai BONUS bagi mana-

    mana produk yang ada jual.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 4 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    PENAFIAN

    Segala maklumat yang terkandung dalam report ini adalah untuk tujuan

    pengetahuan dan maklumat semata-mata. Ia tidak bertujuan untuk

    sebarang diagnosis atau rawatan. Sebarang maklumat yang terkandung

    dalam report ini perlu dirujuk dengan lebih lanjut dengan mana-mana

    doktor. Segala kandungan dalam ebook ini bukanlah nasihat rasmi atau

    menepati 100% daripada apa yang dinyatakan. Ia bergantung kepada

    usaha yang dilakukan, masa, keadaan dan faktor-faktor lain yang

    mempengaruhi hasil daripada kaedah yang dicadangkan. Penulis sedaya

    upaya menyampaikan maklumat yang tepat, namun jika ada kesalahan

    atau maklumat yang sudah tidak relevan, ia adalah diluar jangkauan

    penulis. Report ini tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat

    dan konsultansi oleh doktor. Oleh itu, sebarang gangguan kesihatan, kesan

    sampingan, komplikasi, kerugian baik dalam jangkamasa pendek atau

    jangkamasa panjang kesan daripada kaedah-kaedah yang dicadangkan

    dalam report ini adalah diluar tanggungjawab penulis

    Disusun oleh

    B.Sc. (Hons) Genetics

    B.Sc. (Hons) Food Science

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 5 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Isi Kandungan

    Pendahuluan 1 Apakah Suhu Badan Asas @ BBT(Basal BodyTemperature)?

    2 Kepentingan Catatan BBT

    3 Kaedah mencatat BBT

    4 Cara-cara mencatat carta BBT(Manual)

    5 Cara-cara menganalisa carta BBT

    6 Cara-cara mencatat carta BBT(Perisian)

    Penutup

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 6 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Pendahuluan

    Tahukah anda bahawa secara umumnya, pasangan yang tidak

    mengalami apa-apa masalah kesuburan mempunyai 25% peluang

    kehamilan bagi setiap kitar haid.

    Untuk meningkatkan peluang kehamilan, hubungan kelamin perlu

    dilakukan dalam suatu tempoh-tempoh tertentu ketika seseorang wanita

    itu subur iaitu sekitar 3-6 hari bagi setiap kitaran haid. Pengiraan

    berdasarkan suatu kaedah yang dipanggil kaedah kalendar boleh

    dilakukan. Di sini, kami tidak akan menerangkan dengan lanjut tentang

    kaedah kalendar tersebut. Anda boleh merujuk dari sumber-sumber lain.

    Jika hubungan kelamin dilakukan diluar waktu subur, kebarangkalian

    untuk berlakunya kehamilan adalah sangat rendah. Peluang untuk hamil

    adalah lebih baik jika hubungan kelamin diadakan pada waktu-waktu

    subur. Carta di bawah adalah hasil kajian tentang peratusan kadar

    kehamilan berdasarkan hari-hari dalam suatu kitaran haid.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 7 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Oleh itu, dengan mengenalpasti waktu-waktu subur akan meninggikan

    peluang untuk hamil.

    Hasil daripada kaji selidik tidak rasmi yang dijalankan, sebahagian besar

    pasangan suami isteri, tidak mengenalpasti bilakah waktu-waktu subur

    bagi seseorang wanita.

    Inilah antara punca kenapa terdapat pasangan-pasangan suami isteri

    gagal hamil diawal perkahwinan sedangkan keputusan diagnosa

    menunjukkan mereka adalah pasangan yang tidak mengalami masalah

    kesuburan. Maka, seseorang itu perlu mahir mengenalpasti waktu-waktu

    suburnya. Salah satu kaedah mengenalpasti waktu-waktu subur yang

    akan diterangkan disini adalah peningkatan suhu badan asas yang

    dapat dikesan dengan menggunakan basal thermometer.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 8 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    1) Apakah Suhu Badan Asas @ BBT(Basal Body Temperature)?

    Dalam sesuatu Kitar Ovulasi, terdapat dua fasa utama.

    Dalam bahasa yang mudah, hormon Estrogen adalah hormon sejuk,

    manakala hormon Progesteron adalah hormon panas. Oleh itu,

    sebelum ovulasi, suhu badan seseorang adalah sedikit berkurangan

    iaitu ketika hormon Estrogen dominan. Selepas ovulasi, iaitu ketika

    horman Progesteron dominan, akan berlaku peningkatan dalam suhu

    badan seseorang. Ini dikenali sebagai peningkatan suhu badan asas

    (Basal Body Temperature/BBT).

    __________________Fasa 1___________________ Dikenali sebagai Fasa Folikel.

    Sebelum ovulasi

    Kadar rembesan hormon Estrogen adalah tinggi

    Hormon Estrogen memainkan peranan penting dalam proses pembebasan ovum oleh ovari

    Tempohnya fasa folikel tidak tetap sebab ia bergantung kepada bila berlakunya ovulasi

    __________ ______ Fasa 2___________________ Dikenali sebagai Fasa Luteal

    Selepas ovulasi

    Kadar rembesan hormon Progesteron adalah tinggi

    Tempoh fasa luteal seseorang wanita biasanya tetap iaitu sektar 12-14 hari

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 9 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Peningkatan suhu badan ini berperanan seperti inkubator. Ia

    menyediakan suhu yang optimum bagi proses pematangan ovum jika

    berlaku persenyawaan oleh sperma. Oleh itu peningkatan suhu badan

    asas ini adalah sebagai persediaan kearah kehamilan.

    Jadi, peningkatan suhu badan asas adalah merupakan suatu petunjuk

    bahawa proses ovulasi telah berlaku. Walaubagaimanapun, adalah agak

    terlewat jika hubungan kelamin dilakukan setelah peningkatan BBT ini.

    Untuk menambahkan keberkesanan kaedah ini, kita perlu mendapatkan

    pola peningkatan BBT ini selama beberapa bulan dengan

    mencatatnya dalam bentuk carta. Dengan cara ini, kita akan dapat

    mengesan corak waktu-waktu subur dan dapat meramal untuk kitar-kitar

    haid yang akan datang.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 10 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    2) Kepentingan Catatan BBT

    Meramal bila berlakunya proses ovulasi supaya hubungan kelamin

    dapat dirancang pada waktu yang sesuai.

    Hubungan kelamin dapat diadakan lebih awal, iaitu sebelum

    berlakunya ovulasi dengan mengambil kira faktor bahawa sperma

    boleh hidup dalam rahim dalam tempoh 24-48 jam

    Maklumat yang perolehi daripada corak carta BBT juga akan

    membantu doktor untuk memberi khidmat nasihat kepada anda

    berkenaan dengan masalah kesuburan. Sebagai contoh, ia dapat

    mengesan jumlah hari dalam fasa luteal anda. Jika ada masalah,

    doktor akan memberikan suplemen progesteron untuk rawatan

    kesuburan.

    Jika suhu badan kekal tinggi sehingga kira-kira 18 hari selepas

    ovulasi, ini adalah petunjuk bahawa kemungkinan terjadinya

    kehamilan.

    Jika catatan suhu ini menurun sedikit setelah peningkatan, ini

    menjadi petanda bahawa kitar haid anda akan bermula semula

    selewat-lewatnya pada keesokan hari. Maka anda boleh membuat

    persediaan awal kearah itu.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 11 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    3) Kaedah mencatat BBT

    Sebelum anda mencuba kaedah mencatat BBT ini, perlu di ambil

    perhatian bahawa kaedah ini hanya sesuai jika anda mempunyai kitaran

    haid yang teratur. Kaedah ini tidak sesuai jika kitaran haid bulanan anda

    tidak teratur.

    Sebelum anda mula mencatat BBT, anda perlu terlebih dahulu

    menyediakan 2 perkara iaitu Basal Thermometer/BBT Thermometer dan

    Carta BBT

    (a)Basal Thermometer/BBT thermometer

    Apakah Basal termometer? Apa bezanya dengan termometer

    biasa(glass thermometer) yang selalu digunakan untuk mencatat

    suhu badan ketika demam?

    Peningkatan suhu badan asas ini adalah sangat kecil iaitu 1/10

    darjah dan sukar dikesan jika digunakan termometer biasa.

    Termometer khas yang lebih sensitif diperlukan iaitu Basal

    Thermometer. Ketepatannya adalah sehingga 0.1 darjah(1/10)

    berbanding termometer biasa yang mempunyai ketepatan 0.2

    darjah(2/10). Selain ketepatan, ia juga mencatat bacaan dengan

    lebih cepat dan mempunyai ketahanan yang tinggi.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 12 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Anda boleh mendapatkan Basal Thermometer ini di farmasi-farmasi

    berdekatan anda. Alternatifnya anda boleh order melalui internet

    melalui link di bawah.

    http://HamilShop.com

    Anda digalakkan untuk mendapatkan Basal Thermometer jenis

    digital yang lebih mudah digunakan. Digital Basal Thermometer

    dapat merekod dan menyimpan bacaan. Jadi anda tidak perlu terus

    mencatatnya pada carta pada awal pagi kerana bacaan direkod pada

    termometer. Sesetengah Basal Themometer pula akan berbunyi

    beep jika sudah sedia atau dilengkapkan dengan nyalaan LED.

    Gambar di bawah adalah antara jenama yang biasa didapati di

    farmasi-farmasi tempatan. Walaubagaimanapun terdapat juga Basal

    Thermometer yang bukan digital. Biasanya adalah produk dari

    Negara China. Walaupun harganya murah, ketepatan bacaan suhu

    tidak sebaik termometer digital.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 13 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    (b) Carta BBT

    Carta BBT adalah sejenis carta yang digunakan untuk mencatat

    suhu badan asas dan diplot pada carta untuk mengesan proses

    ovulasi. Proses mencatat suhu ini perlu dilakukan selama beberapa

    bulan (sekurang-kurangnya 3 bulan) untuk mengenalpasti pola

    ovulasi seseorang wanita. Maklumat yang didapati daripada carta ini

    digunakan untuk meramalkan waktu subur seseorang.

    Jika anda beli Basal Thermometer, biasanya carta BBT ini akan

    dibekalkan bersama-sama. Walaubagaimanapun, kami ada

    menyediakan contoh carta BBT untuk kegunaan anda. Anda boleh

    download carta ini dalam bentuk PDF daripada link di bawah.

    Unit 0Fahrenheit

    http://mudahhamil.com/bbt/cartabbt.pdf

    Unit 0Celcius

    http://mudahhamil.com/bbt/cartabbtcelcius.pdf

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 14 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    4) Cara-cara mencatat carta BBT(Manual)

    Suhu badan asas adalah suhu badan normal seseorang yang dicatat di

    waktu pagi sejurus selepas bangun daripada tidur. Jika berlaku ovulasi,

    suhu basal ini akan meningkat. Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk

    mencatat BBT.

    1 Gunakan Basal Thermometer diawal pagi sejurus selepas terjaga

    dari tidur. Jangan terus bangun dari katil kerana sebarang aktiviti

    akan mempengaruhi catatan suhu badan. Oleh itu, untuk

    memudahkan anda, letakkan Basal Termometer di tepi katil

    sebelum tidur.

    2 Cuba dapatkan bacaan pada masa yang sama setiap hari. Kalau

    boleh, jangan lebih atau kurang dari setengah jam. Contohnya jika

    anda mula mencatat bacaan pada jam 6 am, bacaan masih boleh

    diterima pada jarak masa 5.30 am 6.30 am. Ini adalah kerana

    variasi suhu adalah sebanyak .2 darjah bagi setiap jam. Catatan

    suhu akan lebih rendah jika diambil terlebih awal atau lebih tinggi

    jika diambil lewat.

    3 Sebaik-baiknya tidur selama 5 jam atau lebih. Jangan kurang

    daripada 3 jam kerana ia akan mempengaruhi ketepatan bacaan.

    4 Sebaik-baiknya anda dapatkan bacaan Basal Termometer dari

    mulut. Walaubagaimanapun, anda juga boleh mendapatkan

    bacaan suhu dari faraj. Pastikan kekal dengan kaedah yang sama

    bila setiap kali mencatat.

    5 Masukkan Basal Thermometer pada lokasi dan jarak kedalaman

    yang sama pada mulut atau faraj setiap kali mengambil bacaan.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 15 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    6 Plot catatan suhu pada carta BBT setiap hari. Anda hanya perlu

    catat sahaja. Tidak perlu untuk meneliti catatan anda setiap hari.

    Hanya setelah lengkap satu kitaran haid barulah anda perlu teliti

    corak yang ditunjukkan.

    7 Mulakan pada helaian yang baru yang berasingan bagi setiap kitar

    haid.

    8 Lukiskan TITIK HITAM () pada kolum/lajur suhu yang berkenaan.

    9 SAMBUNGKAN titik hitam () yang mewakili suhu kelmarin dan

    hari ini.

    10 BULATKAN titik hitam () pada hari-hari dimana anda melakukan

    hubungan kelamin.

    11 Tukarkan titik hitam dengan BINTANG ( ) jika terdapat perubahan

    suhu mendadak yang disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti

    demam, selesema, kurang tidur, pengambilan ubat-ubatan dan

    lain-lain.

    12 Mulakan carta yang baru pada hari pertama datang haid.

    Tandakan (X) pada hari-hari haid anda.

    13 Bagi sesetengah wanita, akan berlaku sedikit penurunan suhu

    ketika ovulasi.

    14 Apa yang anda perlu perhatikan adalah peningkatan suhu

    sekurang-kurangnya .4 darjah.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 16 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    5) Cara-cara menganalisa carta BBT

    * Unit suhu yang digunakan dalam contoh di atas adalah dalam unit fahrenheit

    Berdasarkan contoh carta BBT di atas, wanita ini mengalami

    peningkatan suhu sebanyak 0.4 darjah pada hari ke-17. Ini

    menunjukkan ovulasi telah berlaku pada hari sebelumnya iaitu pada

    hari ke -16. Hari paling subur bagi wanita ini adalah pada 14,15,16

    dan 17.

    Hubungan kelamin telah diadakan pada hari ke-14, 16 dan 17, maka

    wanita ini mempunyai peluang yang baik untuk hamil.

    Haid (X)

    Catatan harian

    () Abaikan bacaan

    ini ( )

    Hubungan

    Seks ()

    PENINGKATAN SUHU

    OVULASI

    www.MudahHamil.com

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 17 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Persoalan yang timbul adalah, kenapa hari ke-14,15 dan 17 termasuk

    dalam hari-hari subur? Ini adalah berdasarkan beberapa fakta iaitu:

    Ovum boleh hidup selama 24 jam untuk disenyawakan.

    Maka hari ke-17 masih dikira sebagai hari subur. Jika hubungan

    kelamin dilakukan pada hari ke-17, iaitu sehari selepas ovulasi,

    seseorang itu masih berpeluang untuk hamil.

    Sperma boleh hidup di uterus dan tiub fallopio sehingga 48 jam.

    Oleh itu, jika hubungan kelamin dilakukan pada hari ke-14 dan 15,

    iaitu sebelum ovulasi pada hari ke-16, peluang kehamilan adalah

    tinggi. Ini adalah kerana sperma telah tersedia sebelum ovulasi.

    Bahkan ada pendapat yang menyatakan bahawa sperma boleh

    bertahan sehingga 3 6 hari.

    Hubungan kelamin yang dilakukan sebelum ovulasi adalah lebih baik

    daripada selepas ovulasi. Walaubagaimanapun, peningkatan suhu

    badan asas ini hanya berlaku setelah ovulasi. Maksudnya jika hari ini

    dikesan berlakunya peningkatan suhu badan asas, ini menunjukkan

    ovulasi telah berlaku pada hari sebelumnya. Maka agak terlewat jika

    hubungan kelamin dilakukan setelah peningkatan suhu. Oleh itu, proses

    mencatat BBT ini perlu dilakukan selama beberapa bulan (sekurang-

    kurangnya 3 bulan) untuk mengenalpasti pola ovulasi seseorang wanita.

    Berdasarkan pola inilah kita dapat meramal waktu ovulasi dibulan-bulan

    berikutnya supaya hubungan kelamin dapat dirancang supaya dilakukan

    sebelum ovulasi. Oleh itu, kaedah BBT tidak sesuai bagi mereka yang

    mempunyai kitar haid yang tidak teratur. Walaubagaimanapun terdapat

    kaedah lain bagi mengesan waktu ovulasi bagi golongan ini.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 18 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    6) Cara-cara mencatat carta BBT(Perisian)

    Sebagai alternatif, terdapat beberapa laman web yang membolehkan

    anda mencatat carta BBT secara online. Saya hanya akan

    menyenaraikan 3 cara. Terdapat pelbagai lagi pilihan jika anda rajin

    mencari.

    1) www.fertilityfriend.com.

    Anda boleh download perisian percuma yang disediakan. Dengan

    menggunakan perisian tersebut, anda cuma perlu upload suhu harian

    anda ke laman web tersebut.

    2) www.tcoyf.com

    Jika anda memerlukan servis yang lebih professional dan mampu dari

    segi kewangan, terdapat laman berbayar yang dikendalikan oleh pakar

    kesuburan iaitu di www.tcoyf.com.

    3) www.ovulation-calendar-calculator.com

    Laman web ini pula menjual perisian untuk mengesan kesuburan.

    Setelah membuat pembayaran, anda boleh download perisian tersebut

    ke komputer anda. Walaubagaimanapun, jika anda masih belum

    bersedia untuk membeli, bolehlah muat turun versi trial selama 15 hari.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 19 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Cuba buat perbandingan dengan memuat turun versi trial bagi perisian-

    perisian yang lain untuk memudahkan anda membuat pilihan yang tepat.

    Penutup

    Penggunaan Kaedah BBT bagi mengesan hari-hari subur telah lama .

    popular di dunia barat. Namun di negara kita, ia agak asing kerana

    kurangnya pendedahan tentang kewujudan kaedah ini. Contoh yang

    paling jelas adalah bila anda ke farmasi untuk mendapatkan termometer

    BBT ini, mungkin jurujual di farmasi itu sendiri tak pernah dengar tentang

    termometer BBT ini.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 20 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Peningkatan suhu badan asas adalah merupakan salah satu petunjuk

    bagi mengesan hari-hari subur seseorang wanita. Kaedah BBT ini

    adalah kaedah yang paling popular tetapi agak merumitkan. Sebenarnya

    terdapat beberapa kaedah lagi bagi mengesan beberapa petunjuk yang

    lain yang lebih senang dan tepat. Kaedah-kaedah ini kami dedahkan

    dalam ebook RAHSIA MUDAH HAMIL yang hanya boleh didapati

    secara online melalui laman www.MudahHamil.com.

    Percayakah anda bahawa kami telah terokai sekurang-kurangnya 15

    kaedah untuk mengesan hari-hari subur dan kaedah BBT hanyalah

    salah satu dari kaedah-kaedah tersebut?

    Semuanya kami bongkarkan dalam ebook Rahsia Mudah Hamil. Ebook

    Rahsia Mudah Hamil adalah satu bentuk penulisan yang pertama dan

    kompilasi lengkap maklumat-maklumat terkini tentang kesuburan. Ia

    sudah berada dipasaran sejak 1 jun 2009 dan setakat ini ia mendapat

    maklumbalas yang baik dari pembacanya. Juga setakat ni alhamdulillah

    ada diantara mereka dengan izin Allah swt telah berjaya hamil dengan

    panduan-panduan dalam ebook tersebut. Anda boleh baca testimoni -

    testimoni mereka di m/s 25.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 21 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    www.MudahHamil.com/blog

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 22 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Biodata Penulis

    Hariri Mustapha(Abu Jarir) dan Iffah Mohamad Diali(Ummu

    Aisyah) adalah pasangan suami isteri yang juga merupakan bapa dan ibu kepada 3 anak comel iaitu Aisyah Sofiyyah, Muhammad Jarir dan

    Aliah Fatimah.

    Abu Jarir memiliki Ijazah Sarjana Muda Genetik dengan kepujian dari Universiti Malaya pada 1997 manakala Ummu Aisyah pula adalah

    lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dengan kepujian pada 1999.

    Pasangan ini hanya dikurniakan anak setelah lebih 2 tahun

    melangsungkan perkahwinan. Hanya mereka yang belum dikurniakan anak sahaja yang memahami perasaan dan tekanan yang dihadapi.

    Lebih-lebih lagi apabila menerima soalan-soalan cepumas dari saudara mara dan rakan-rakan. Keadaan menjadi lebih tertekan apabila

    terdapat rakan-rakan lain yang sudah berjaya hamil dan mendapat zuriat.

    Maka, pasangan ini telah berazam untuk membuat penyelidikan tentang kesuburan dan masalah yang berkaitan, termasuk petua-

    petua dan doa-doa. Pada peringkat awal, mereka menghadapi masalah

    untuk membuat rujukan kerana TIDAK TERDAPAT SEBARANG BUKU

    KHAS DI MALAYSIA YANG DI TULIS KHUSUS BERKENAAN DENGAN

    KESUBURAN.

    Mana perginya pakar-pakar kesuburan dan pakar-pakar sakit

    puan di Malaysia? Sebenarnya kita memang kekurangan pakar-pakar dalam bidang ini. Oleh itu, kesibukan mereka dalam memberi rawatan

    telah menyebabkan mereka tidak cukup tangan sehingga sampai

    sekarang, tidak ada buku khusus tentang kesuburan yang telah di tulis

    oleh pakar-pakar tersebut. Kalau ada pun hanyalah artikel-artikel ringkas

    1 muka surat yang diselit dalam majalah-majalah keibubapaan atau

    kewanitaan.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 23 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Maka penulis terpaksa beralih mencari sumber rujukan dari luar negara,

    khususnya dengan mencari artikel-artikel dan jurnal-jurnal perubatan berkaitan dengan kesuburan.

    Dengan berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang sains, bukan menjadi suatu masalah bagi mereka untuk membuat kajian dengan

    merujuk kepada artikel-artikel perubatan dan kajian-kajian terkini dari

    jurnal-jurnal perubatan dari barat. Istilah-istilah Sains dan Perubatan

    telah sebati dalam diri mereka.

    Sebahagian daripada hasil penyelidikan mereka adalah mengejutkan

    termasuklah perkara-perkara remeh dan kecil yang boleh menjadi punca kenapa sesuatu pasangan itu tidak berjaya hamil setelah bertahun-tahun.

    Akhirnya mereka telah berjaya mengumpul bahan-bahan yang sangat berguna ini sebagai panduan lengkap ilmu-ilmu tentang kesuburan.

    Pada asalnya mereka bercadang untuk mengemukakan manuskrip ini

    kepada penerbit buku tempatan, tetapi memandangkan potensi dan kesesuaian dengan peredaran zaman, maka ia telah diterbitkan dalam

    bentuk ebook bertajuk RAHSIA MUDAH HAMIL.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 24 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Ebook

    RRaahhssiiaa MMuuddaahh HHaammiill Tips kesuburan, rawatan, petua & doa untuk

    MUDAH DAPAT ZURIAT

    Lebih 200 m/s yang penuh dengan informasi yang berkualiti. Jika anda berpuas hati dengan kualiti isi kandungan report percuma kami yang berinformasi dan praktikal, maka kami jamin anda akan lebih berpuas hati dengan ebook ini. Ditulis dalam bahasa yang mudah

    difahami. Dibantu dengan ilustrasi-ilustrasi yang menarik. Merangkumi tips-tips kesuburan, kaedah pemakanan, petua-petua,

    doa-doa dan amalan untuk mudah dapat zuriat.

    www.MudahHamil.com

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 25 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Apa Kata Pembeli Ebook Rahsia Mudah Hamil Berikut kami copy & paste dari beberapa forum-forum tempatan dimana terdapat pembeli-pembeli yang sangat berpuas hati dengan isi kandungan

    ebook Rahsia Mudah Hamil dan telah meyakinkan rakan-rakan yang lain

    untuk mendapatkannya.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 26 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Berikut pula antara beberapa maklumbalas-maklumbalas yang kami

    terima melalui email dari pembeli-pembeli ebook

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 27 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    Testimoni Pembeli Ebook Yang Telah Berjaya Hamil Berikut pula adalah beberapa screenshot email-email yang kami terima dari pembeli-pembeli ebook yang telah berjaya hamil. Perlu kami

    ingatkan bahawa ebook tersebut hanyalah panduan semata-mata, tidak

    lebih dari itu. Jika seseorang itu berjaya hamil, semuanya dengan izin Allah swt.

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 28 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

  • Hakcipta Terpelihara 2011 www.MudahHamil.com

    - 29 -

    Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

    LAMPIRAN: CONTOH CARTA BBT

    *Gambar dibawah adalah merupakan contoh carta BBT yang kami telah

    sediakan untuk kegunaan anda. Sila download dari link di bawah.

    Unit 0Fahrenheit

    http://mudahhamil.com/bbt/cartabbt.pdf

    Unit 0Celcius

    http://mudahhamil.com/bbt/cartabbtcelcius.pdf

    *Buka dan print dari fail cartabbt.pdf yang telah kami sertakan untuk hasil

    cetakan yang lebih jelas.