3
Kesan pembandaran terhadap alam sekitar Kebiasaannya pembandaran di negara sedang membangun sering membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Antaranya ialah : 1.Pencemaran Alam Sekitar. i) Pencemaran Air Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik uga terancam kerana pencemaran sungai ini. !ontohnya S Klang dan Sg "ombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang#kilang yang terletak di $embah Klang. ii) Pencemaran %dara Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar#bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan keadian erebu yang teruk. iii) Pencemaran Bunyi Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar#bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk mealani kehidupan seharian. &) 'enomena !uaca i) Huan Asid Kawasan perindustrian seperti di $embah Klang sering dilanda huan asid. %dara yang mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida( karbon monoksida dan nitrogen oksida apabila bercampur dengan air huan ak turun sebagai huan asid. ni amat bahaya kepada hidupan seperti manusia dan tumbuhan. ii) Penipisan $apisan *+on Penggunaan gas kloro,lorokarbon -!'!) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan o+on. ni amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti meneaskan hasil pertanian( penyakit barah kulit dan katar mata kepada manusia. iii) Pulau Haba Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat#rapat serta berkaca menyebabkan teradinya pulau ha di bandar#bandar Kuala $umpur( "eorgetown dan ohor Bahru. Suhu di pusat bandar#bandar ini lebih tinggi & hingga / darah !elsius berbandar kawasan pinggirnya. i0) Kesan umah Hiau "as#gas beracun yang menyeliputi atmos,era menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. 'enomena ini dipanggil kesan rumah hiau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais kutub. 0) Banir kilat alan#alan berturap dan bertar di bandar#bandar menyebabkan air huan yang turun tidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh yang singkat -& am) akan berlaku banir kilat. Keadaan ini sering berlaku di Kuala yang sering menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan ,enomena ini berlaku secara tiba#tiba dan cepat2 /) Kemusnahan hutan i) Kepupusan ,lora ii) Kepupusan ,auna iii) Kemusnahan habitat ,lora i0) Kemusnahan habitat ,auna 0i) Perubahan landskap

Kesan Pembandaran Terhadap Alam Sekitar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

umum

Citation preview

Kesan pembandaran terhadap alam sekitarKebiasaannya pembandaran di negara sedang membangun sering membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Antaranya ialah :

1.Pencemaran Alam Sekitar.

i) Pencemaran Air Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg Klang dan Sg Gombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah Klang.

ii) Pencemaran Udara Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang teruk.

iii) Pencemaran Bunyi Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk mejalani kehidupan seharian.

2) Fenomena Cuaca i) Hujan Asid Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yang mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida apabila bercampur dengan air hujan akan turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada hidupan seperti manusia dan tumbuhan.

ii) Penipisan Lapisan Ozon Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil pertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada manusia.

iii) Pulau Haba Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya.

iv) Kesan Rumah Hijau Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub.

v) Banjir kilat Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat. Keadaan ini sering berlaku di Kuala Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat!

3) Kemusnahan hutan i) Kepupusan flora ii) Kepupusan fauna iii) Kemusnahan habitat flora iv) Kemusnahan habitat fauna vi) Perubahan landskap

Faktor Mempengaruhi Pembandaran di MalaysiaAntara faktor-faktornya ialah :

1. Tanah pamah yang rata dan luas

~Memudahkan pembinaan bandar seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.~Memudahkan pembinaan kilang seperti di Gebeng, Kuantan dan Teluk Kalong, Terengganu.

2. Banyak peluang pekerjaan

~ Dari sektor pembuatan atau pelbagai kegiatan ekonomi (perdagangan/perniagaan) yang menggalakkan kemasukan buruh/pekerja/penduduk ke bandar besar seperti Kuala Lumpur (Lembah Klang), Pulau Pinang (Seberang Perai) dan Johor Bahru (Pasir Gudang).

3. Banyak sumber mineral

~ Perlombongan bijih timah menyebabkan wujudnya bandar Ipoh, Seremban dan Kuala Lumpur.~ Perlombongan petroleum menyebabkan wujudnya bandar baru Kerteh, Miri dan Bintulu (gas asli)

4. Banyak pusat pendidikan

~ Pembukaan IPTA dan IPTS mewujudkan bandar baru.~ Contohnya UKM menyebabkan berkembangnya Bandar Baru Bangi, UUM pula mewujudkan bandar Sintok di Jitra, Kedah dan UPSI menggalakkan pembandaran di bandar Tanjung Malim, Perak.

5. Kemudahan kesihatan

~ Kemudahan kesihatan iaitu hospital pakar seperti Institusi Jantung Negara (IJN) dan Pusat Kanser Negara (MAKNA) banyak terletak di bandar besar. Ini menggalakkan tumpuan penduduk untuk menikmati perkhidmatan perubatan ini.

6. Dasar Kerajaan

~ peranan kerajaan mewujudkan bandar baru dengan fungsi tertentu juga menggalakkan pembandaran di Malaysia.~ Contohnya bandar Putra Jaya sebagai pusat pentadbiran negara dan bandar Cyber Jaya sebagai bandar mutimedia negara.

7. Pertumbuhan penduduk tinggi

~ Kadar kelahiran tinggi~ Taraf kesihatan baik

8. Perkembangan sektor pelancongan

~ Banyak lokasi pelancongan yang menarik tumpuan penduduk~ Pelbagai kemudahan insfrastruktur disediakan menyebabkan lokasi pelancongan berubah wajah menjadi bandar seperti Melaka.

9. Kemudahan pengangkutan banyak/ ketersampaian tinggi

~ Pembinaan jalan raya/lebuh raya meningkatkan mobiliti penduduk~ Contoh : PLUS menghubungkan bahagian utara dan selatan Semenanjung Malaysia dan LPT pula menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Pantai Barat melalui Lebuh raya Karak.

Langkah mengatasi kesan pembandaranAntara langkah-langkahnya ialah :

~ menambahkawasan hijauuntuk menyerdehanakan suhu~pasang alat penapis asapuntuk merawat asap kilang.~kongsi keretauntuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan pengeluaran asap kenderaan.~merawat airsupaya dapat digunakan semula untuk kegunaan bandaran dan industri.~ membaikisistem perparitanseperti membinaSMART TUNNELuntuk laluan air ketika hujan lebat bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.~penggunaan petrol tanpa plumbumbertujuan mengurangkan masalah pencemaran udara.~pemasangan alat catalitic converterpada engin. Alat ini berfungsi sebagai penapis asap ekzos.~Kuat kuasa undang-undangseperti denda dan saman bagi pengilang yang menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran air. Juga tindakan saman oleh pihak JPJ terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya seperti pengeluaran asap hitam yang mencemarkan udara.~Pendidikan alam sekitardi peringkat sekolah melalui mata pelajaran Kajian Tempatan, Geografi dan Sains. Juga melalui persatuan atau kelab seperti MNS dan WWF.~Kempen kesedaran alam sekitaryang dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Contohnya MNS dan WWF yang menjalankan kempen, seminar dan ceramah bagi menyedarkan masyarakat pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.~Amalan kitar semulabahan buangan seperti kertas suratkhabar, kotak dan botol kaca.~ Menggalakkanpenggunaan pengangkutan awamseperti bas dan LRT.~ Wujudkanbandar baru/bandar satelitbagi mengurangkan kesesakan penduduk di pusat bandar. Contohnya Petaling Jaya dan Subang Jaya.~Pindah kilang ke pinggir bandardan wujudkanzon penampangbertujuan mengurangkan pencemaran udara.