26
UNIT 9 KESAN PENEROKAAN SUMBER KE ATAS ALAM SEKITAR

Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Topik 9 Geografi Tingkatan 3

Citation preview

Page 1: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

UNIT 9

KESAN PENEROKAAN SUMBER

KE ATAS ALAM SEKITAR

Page 2: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Objektif

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

•Menyenaraikankesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia

•Menghuraikan dengan contoh kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia

Page 3: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Kesan-kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Page 4: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Penerokaan sumber seperti sumber mineral, sumber hutan, petroleum dan gas asli di Malaysia merupakan kegiatan yang penting bagi pembangunan negara . Walau bagaimanapun, penerokaan sumber yang tidak bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Kesan ini termasuklah kemusnahan hutan , kejadian hakisan dan banjir. Oleh itu penerokaan sumber secara lestari perlulah dilaksanakan bagi mencapai pembangunan ekonomi dan pada masa yang sama akan memelihara alam sekitar.

Pengenalan

Page 5: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Perubahan Pandang DaratPerubahan pandang darat itu terdiri daripada komponen-komponen fizikal seperti bukit, paya, atau dikenali sebagai pandang darat fizikal yang mengalami perubahan akibat aktiviti manusia seperti perlombongan dan perhutanan.

Kaedah kapal korek dan lombong dedah meninggalkanlubang-lubang yang membentuk kolam bekas lombong

Penerokaan petroleum dan gas asli dipenuhi rangkaian paip serta tangki-tangki simpanan bahan bakar berkenaan.

Page 6: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Perubahan pandang darat

Pembinaan empangan

Perubahan pandang darat

Pembinaan lebuh raya

Page 7: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Kegiatan perhutanan menyebabkan kawasan hutan yang luas menjadi gondol dan gersang. Pembinaan empangan seperti Empangan Chenderoh dan Empangan Kenyir bagi menjana kuasa elektrik pula mengubah landskap kawasan hutan tebal menjadi kawasan takungan air yang luas.

Pembinaan lebuh raya meneyebabkan sebahagian besar kawasan nutan ditebang dan dimusnahkan.

Page 8: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Penerokaan sumber semula jadi tanpa pengurusan yang cekap boleh mengakibatkan sumber berkenaan pupus. Sumber semula jadi mineral seperti bijih timah, petroleum, dan gas asli merupakan sumber yang tidak dapat diperbaharui. Penerokaan sumber tersebut secara berterusan boleh menyebabkan sumber tersebut kehabisan. Sebagai contohnya, sumber petroleum dan gas asli di negara kita dijangka akan kehabisan dalam tempoh 40 tahun. Lombong bijih besi di Bukit Besi dan lombong bijih timah di Sungai Lembing, Pahang telah ditutup kerana tidak ekonomik untuk diusahakan.

Kepupusan sumber mineral

Page 9: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Kepupusan sumber hutan

Penerokaan sumber hutan  pula menyebabkan bekalan kayu balak pada masa depan akan semakin berkurangan kerana pokok-pokok yang ditanam mengambil masa yang lama untuk tumbesar. Selain itu pembukaan tanah untuk pertanian atau pembangunan wilayah akan menyebabkan beberapa spesies flora dan fauna yang belum dikenalpasti kegunaannya di masa hadapan pupus begitu sahaja. Peningkatan permintaan terhadap bekalan elektrik menyebabkan lebih banyak empangan hidroelektrik dibina kawasan hutan. Keadaan ini menyebabkan pelbagai spesies flora dan fauna menghadapi risiko kepupusan. Hal ini demikian kerana habitat haiwan di kawasan hutan termusnah serta ekosistem hutan dan rantaian makanan haiwan terjejas. Sebagai contohnya, spesies hidupan liar seperti badak Sumatra, beruang, orang utan, gajah, dan harimau semakin berkurangan di negara kita.

Page 10: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

MenurutJabatan Kajicuaca Malaysia, suhu di negara kita menunjukkan trend yang meningkat bagi masa 40 tahun hingga 50 tahun yang lepas terutamanya di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Cameron Highland yang mempunyai purata suhu 18°C telah menunjukkan peningkatan antara 2°C ke 3°C  suhu sejak kebelakangan ini kesan penerokaan hutan. Penerokaan sumber terutamanya sumber hutan mengakibatkan peningkatan suhu di negara kita. Jika trend ini berterusan, kesan peningkatan suhu akan meluas dan ini akan menjejaskan kegiatan ekonomi seperti pertanian di kawasan tersebut. Penerokaan hutan menyebabkan tanah kehilangan litupan tumbuhan menyebabkan bumi menerima pancaran matahari secara terus. Hal ini mengakibatkan proses perpeluhan oleh tumbuh-tumbuhan semakin berkurangan, peratus kelembapan udara menurun, dan udara menjadi kering. Di samping itu, imbangan gas juga terganggu kerana kandungan karbon dioksida dalam udara semakin meningkat manakala oksigen semakin berkurangan.

Peningkatan suhu bumi

Page 11: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Aktiviti pemusnahan

hutan

Page 12: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Pembersihan hutan mengakibatkan tanah kehilangan litupan tumbuhan dan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada agen hakisan seperti angin dan air mengalir. Keadaan ini menjadikan struktur tanah longgar dan cerun bukit tidak stabil. Penebangan hutan bakau  yang menjadi pelindung semula jadi pantai di beberapa kawasan di negara kita seperti seperti di kawasan Matang di Perak dan Kuala Rompin di Pahang menyebabkan hakisan pantai yang serius.

Page 13: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Kejadian tanah runtuh

Page 14: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Kesan Kegiatan Penebangan Hutan Terhadap Alam Sekitar

Pembalakan secara tidak terancang

•tiada akar cengkaman

•tanih tandus

•hakisan tanih

Page 15: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Pembinaan jalan

Penebangan hutan

•gersang atau tandus

•hakisan tanih

•cerun bukit yang curam

•tanih yang terhakis

•dasar sungai cetek

•banjir

Page 16: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Kejadian banjir

Page 17: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Pembakaran hutan

Page 18: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Pencemaran udara dan air

Page 19: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

•hutan musnah

Pembalakan

•hidupan liar akan kehilangan habitat

Page 20: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Pertanian pindah

•tanih hilang kesuburan

Page 21: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

•tanah runtuh

FELDA dan FELCRA

•flora dan fauna yang musnah

•rantaian makanan terganggu

Petempatan

Page 22: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Kesan kegiatan manusia akibat

pemusnahan hutan

Page 23: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Page 24: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

KESAN PENEROKAAN

SUMBER    

 

 

 

 

 

 

  

1.Lengkapkan carta minda di bawah tentang kesan-kesan penerokaan sumber ke atas alam sekitar: 

        

2. Berikan sebab-sebab peningkatan suhu di Malaysia?a.b.c.3. Apakah akan berlaku kepada keadaan cuaca dan iklim Malaysia 20 tahun akan datang. Bincangkan.4. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.Mengapakah kita perlu5. Bagaimanakah aktiviti penerokaan sumber mengubah lanskap semulajadi

Page 25: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Jawab soalan-soalan objektif di bawah:

Suhu setempat meningkat. Flora dan fauna terjejas

1. Keadaan di atas terjadi kerana

A. Usaha carigali petroleum

B. Penebangan hutan

C. Peghutanan semula

D. Menebusguna paya

Empangan Kenyir

Empangan Batang Ai

2.Kesan pembinaan empangan di atas adalah

I. Air tercemar

II. Berlaku banjir

III. Habitat haiwan terancam

IV. Kawasan tadahan berkurang

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

Page 26: Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

Sungai Perak dan Sungai Gombak

3. Aktiviti yang dijalankan di sungai-sungai di atas telah menyebabkan pencemaran sungai yang

dipenuhi kelodak. Aktiviti tersebut adalah

A. Perikanan

B. Perlombongan

C. Pelancongan

D. Perindustrian

4. Mengakah kawasan pembalakan menyebabkan sungai melimpahkan air dan menyebabkan banjir berlaku

I. Jumlah hujan tahunan akan meningkat

II. Dasar sungai cetek penuh kelodak

III. Sungai tidak dapat menampung air yang banyak

IV. Air hujan menjadi air larian permukaan bumi

A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan IV