Kesan Penggunaan Laman Sosial Ke Atas Kaedah Perbincangan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Kesan Penggunaan Laman Sosial Ke Atas Kaedah Perbincangan

    1/6

    Jurnal Teknologi Pendidikan

    Malaysia

    75

    Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di

    dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah

    Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad ShariffPusatTeknologi Pengajaran dan Multimedia, Universiti Sains

    Malaysiar o s s af r i @ us m.my, sh a 1 4 6 1 @y ah oo .c o m

    AbstrakObjektif kajian adalah untuk mengenalpasti kaedah perbincangan yang digunakan dalam pengajaran

    dan pembelajaran sejarah dengan menggunakan laman sosial Facebook dapat meningkatkan

    motivasi dan kefahaman pelajar mengenai topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom bagi mata

    pelajaran Sejarah Tingkatan 4. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar yang dipilih secara

    rawak dari sebuah sekolah luar bandar di Pulau Pinang. Soal selidik telah digunakan sebagai

    instrumen kajian dan data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistik Deskriptif danStatistik Inferensi. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran

    menggunakan laman sosialdengan mengaplikasikan penggunaan facebook dapat meningkatkan motivasi

    dan kefahaman pelajar berdasarkan jantina dan aliran. Kajian ini juga mendapati terdapat

    perbezaan min yang signifikan dalam peningkatan motivasi berdasarkan jantina dan kefahaman

    pelajar berdasarkan aliran. Min keseluruhan ialah 3.81. Namun begitu, pemahaman pelajar dalam

    kaedah pembelajaran secara ICTdengan mengaplikasikan penggunaan facebook tidak bergantung

    kepada kemahiran komputer pelajar, dapatan kajian mendapati terdapat tidak perbezaan min yang

    signifikan dalam peningkatan kefahamanpelajar berdasarkan kemahiran komputer.

    Mohamad, R. & Mohamad Shariff, S. (2011). Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas

    Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. JurnalTeknologiPendidikan Malaysia, 1(1), 75-80.

    PengenalanKaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan pendekatan perbincangandalam

    kumpulan merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran. Hal ini

    kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Namun

    begitu, perbincangan sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi yang berkesan sesama

    pelajar tidak berlaku. Oleh itu, peluang ini digunakan oleh pengkaji untuk memperkenalkan pembelajaran

    menggunakan laman sosial bagi memperbaiki kaedah perbincangan secara kumpulan. Dalam konteks ini,

    kajian dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratifdalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dengan mengaplikasikan penggunaan facebook agar dapat

    meningkatkan kefahaman dan memotivasi pelajar serta mengatasi permasalahan yang wujud.

    Pernyataan MasalahP&P mata pelajaran Sejarah di sekolah sering berhadapan dengan pelbagai masalah menyebabkan

    prestasinya kurang memberangsangkan. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran

    Malaysia (SPM) bagi tahun 2008 menunjukkan bahawa prestasi pelajar dalam mata pelajaran

    Sejarah tidak konsisten dan memperoleh keputusan yang kurang memberangsangkan iaitu sebanyak

    64.0% (2004), 52.4% (2005), 59.62% (2006), 58.0% (2007) dan 59.8% (2008). Hal ini membuktikan

    bahawa prestasi mata pelajaran Sejarah adalah kurang baik berbanding mata pelajaran yang lain.

    Keadaan ini

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/30/2019 Kesan Penggunaan Laman Sosial Ke Atas Kaedah Perbincangan

    2/6

    76

    Jurnal Teknologi Pendidikan

    Malaysia

    merupakan satu cabaran yang paling besar kepada guru-guru memandangkan ia merupakan mata

    pelajaran teras di dalam peperiksaan SPM dan juga merupakan mata pelajaran wajib lulus. KiniP&P mata pelajaran terlalu terarah kepada transmisi pengetahuan dan berorientasikan peperiksaan yang

    secara langsung mempengaruhi gaya pengajaran guru. Trigwell et al (1999) dan Meade (1997)

    berpendapat bahawa pihak sekolah patut menukar cara pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan

    guru kepada memusatkan pelajar. Oleh itu, kaedah pembelajaran secara perbincangan dengan

    menggunakan laman sosial perlu dilaksanakan untuk mengaktifkan suasana pembelajaran dan

    meningkatkan minat pelajarterhadap mata pelajaran Sejarah. Pendekatan ini diharapkan dapat dijadikan

    alternatif dalam pembelajaran Sejarah iaitu dengan memindahkan beberapa tajuk dan sub tajuk dalam

    bentuk paparan komputer yangboleh diakses pada bila-bila masa. Dalam kaedah ini, penggunaan laman

    sosial dimanipulasi selari dengan minat generasi yang suka meneroka persekitaran yang baru. Persekitaran

    yang baru akan menyebabkan pelajar memberi tumpuan kepada kaedah penggunaan dan penerokaan

    (Wlodkowski, 1978) seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan mencabar.

    Signifikan KajianKajian ini dijalankan setelah mendapati kurangnya kajian yang dijalankan terhadap penggunaanlaman

    sosial dalam pembelajaran Sejarah khususnya bagi topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom untuk

    menjadikan P&P lebih bermakna dan menyeronokkan. Tambahan pula, selaras dengan

    perkembangan ICT ia bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat mengikut masa dan

    kebebasan pelajar merka sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menggalakkan proses

    penambahan dan percambahan ilmu pengetahuan. Antara objektif yang hendak dicapai melalui kajian

    ini adalah untuk mengenalpasti sama ada P&P menggunakan kaedah perbincangan dengan laman sosial

    dapat ; a) meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah; b) meningkatkan teknik dan

    gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah; c) meningkatkan kefahaman pelajar

    mengenai topik yang dipelajari dan ; d) mengatasi masalah atau kekangan masa dalam P&P Sejarah.

    Metodologi KajianKajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan penggunaan instrument soal

    selidik Skala Likert 5 peringkat yang mengandungi empat konstruk. Dua pembolehubah digunakan dalam

    kajian ini iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah moderator. Pembolehubah bersandar ialah

    motivasi dan kefahaman dan pembolehubah moderator ialah jantina, aliran dan kemahiran. Sampel kajian

    terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 daripada sebuah sekolah menengah harian biasa yang terletak di

    kawasan luar bandar di Pulau Pinang. Lingkungan umur sampel adalah antara 16 hingga 17 tahun. 60

    orang responden dipilih secara rawak. Semua responden dipilih dari sekolah yang sama kerana mereka

    memiliki ciri-ciri yang sama dari segi budaya dan suasana pembelajaran. Kesemua sampel telah

    mempunyai pengetahuan sedia ada tentang Tamadun Awal Manusia dalam bab sebelumnya

    mengikut sukatan pelajaran Sejarah Menengah Atas.

    Analisis Data

    a. Analisis Statistik Inferensi Dalam Peningkatan Motivasi BerdasarkanJantina

    Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan terhadap kaedah perbincangan dengan penggunaan

    aplikasi laaman sosial dalam peningkatan motivasi berdasarkan jantina. Jadual 1 menunjukkan min

    motivasi bagi responden lelaki ialah 3.71 dan sisihan piawai ialah 0.12. Manakala min motivasi

    bagi responden perempuan ialah 3.63 dan sisihan piawai ialah 0.16. Hal ini menunjukkan bahawa

    aras nilai min berada pada tahap tinggi.

  • 7/30/2019 Kesan Penggunaan Laman Sosial Ke Atas Kaedah Perbincangan

    3/6

    Motivasi Lelaki 31 3.71 0.12

    Kefahaman Sains 25 4.85 0.16

    77

    Jurnal Teknologi Pendidikan

    Malaysia

    Jadual 1 Min dan Sisihan Piawai Motivasi Mengikut Jantina Pelajar

    Jantina N Min Sisihan Piawai

    Perempuan 29 3.63 0.16

    Levene's Test for Equality of Variances dalam Jadual 2 menunjukkan nilai keberangkalian p ialah

    0.335 iaitu p > 0.05. Ini bermakna varians adalah tidak homogen di antara kedua-dua kumpulan. Dalam

    ujian t sample bebas terdapat perbezaan yang signifikan antara min dalam peningkatan motivasi pelajar

    berdasarkan jantina. Min motivasi bagi pelajar lelaki ialah 3.71 dan sisihan piawai ialah 0.12.

    Manakala min motivasi bagi pelajar perempuan ialah 3.63 dan sisihan piawai 0.16 di mana

    t=2.086,d.f = 58,p =

    0.041 iaitu p < 0.05. Oleh itu,terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik. Maka hipotesis

    nol ditolak.

    Jadual 2 Keputusan Ujian t bagi Motivasi Berdasarkan Jantina

    Levenes

    Testfor

    Equakity of

    Variences

    t-testfor

    Equality of

    Means

    Item F Sig. Nilai t df Sig. (2-

    tailed)

    Motivasi Kesamaanvarian

    diandaikan

    Kesamaan

    varian tidak

    diandaikan

    .945 .335 2.086 58 0.041

    2.069 52.80 0.043

    *Aras Signifikan p

  • 7/30/2019 Kesan Penggunaan Laman Sosial Ke Atas Kaedah Perbincangan

    4/6

    Jumlah 1.867 59

    Jadual 4 Keputusan Ujian t bagi Kefahaman Berdasarkan Jurusan

    Levenes

    Testfor

    Equakity of

    Variences

    t-testfor

    Equality of

    Means

    Item F Sig. Nilai t df Sig. (2-

    tailed)

    Kefahaman Kesamaanvarian

    diandaikan

    Kesamaan

    varian tidak

    diandaikan

    *Aras Signifikan p

  • 7/30/2019 Kesan Penggunaan Laman Sosial Ke Atas Kaedah Perbincangan

    5/6

    Perbincangan DapatanDapatan keseluruhan kajian ini menunjukkan jumlah keseluruhan min bagi 74 item ialah sebanyak 15.24dengan purata keseluruhan min ialah 3.81. Dapatan ini menunjukkan bahawa responden bersetuju kaedah

    pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dalam mata pelajaran Sejarah dengan mengaplikasikan

    penggunaan laman sosial mampu meningkatkan motivasi, gaya pembelajaran, kefahaman dan mengatasi

    masalah/kekangan yang dihadapi pelajar kerana aras aras nilai min berada pada tahap tinggi iaitu lebih

    daripada 3.66 (Jadual 6). Secara keseluruhannya dapatan daripada data ini telah menjawab semua

    persoalan kajian dan hipotesis.

    Jadual 6 Jumlah min keseluruhan danpurata

    Jumlah Keseluruhan Min

    ItemPurata Keseluruhan Min Kaedah Pembelajaran

    15.24 3.81 Baik

    Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua persoalan kajian yang

    dikemukakan telah dapat dijawab. Soalan kajian yang pertama ialah adakah kaedah perbincangan dengan

    penggunaan aplikasi laman sosial dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah?

    Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat

    meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana daripada 36 item

    yang diuji dengan purata min keseluruhan ialah 3.67.

    Soalan kajian yang kedua ialah adakah kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman

    sosial dapat meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah?

    Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dengan

    menggunakan aplikasi laman social berjaya meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran

    mata pelajaran Sejarah. Gaya pembelajaran ini meliputi cara pembelajaran secara kumpulan

    (kolaboratif), interaksi dua hala dan pembelajaran kendiri yang akhirnya memperoleh pembelajaran yang

    berkesan. Purata min keseluruhan teknik dan gaya pembelajaran ialah 3.86 daripada 10 item yang diuji.

    Kajian Martin (2002) menyatakan bahawa motivasi dan pencapaian pelajar akan menjadi lebih

    tinggi sekiranya kaedahpengajaran disesuaikan dengan mod pembelajaran yang disukaipelajar.

    Bagi menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu, adakah kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi

    laman sosial dapat menguasai kefahaman topik tersebut? Daripada 12 item yang diuji didapati purata min

    keseluruhan bagi kefahaman tentang topik kajian ialah 4.80. Hal ini menggambarkan bahawa

    kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat menguasai kefahaman pelajar

    berkaitan dengan topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Interaksi dua hala, kerjasama dan

    pembelajaran kendiri akan meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap topik tersebut. Pendapat ini

    disokong oleh Windle dan Waren (2005), iaitu teori pembelajaran secara kolaboratif boleh

    menimbulkan minat dan motivasi pelajar. Guru membimbing penglibatan individu dalam proses

    kolaboratif dan perbincangan supaya dapat membina satu hubungan interaksi antara pelajar untuk

    membangunkan kemahiranberfikirseseorang pelajar dan mencapai pemahaman tentang sesuatu konsep.

    Persoalan yang terakhir ialah adakah kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman

    sosial dapat mengatasi masalah atau kekangan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah? Purata min

    keseluruhan masalah/kekangan ialah 3.86 daripada 9 item yang diuji menunjukkan bahawa masalah

    yang

  • 7/30/2019 Kesan Penggunaan Laman Sosial Ke Atas Kaedah Perbincangan

    6/6

    80

    dihadapi berada pada tahap sederhana. Hal ini bermakna pelajar mempunyai pandangan yang

    berbeza terhadap masalah yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Perasaanbimbang wujud dalam diri pelajar sekiranya menggunakan laman sosial kerana berkemungkinan besar

    pembaziran masa akanberlaku.

    KesimpulanSecara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa dengan penggunaan kaedah perbincangan melalui

    laman sosial dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar. Pendekatan ini merupakan satu proses

    pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar terlibat

    dalam aktiviti dengan secara aktif serta membolehkan pembelajaran sosial berlaku melalui perbincangan

    kolaboratif semasa menghadapi masalah atau ketidakfahaman tentang sesuatu perkara. Seterusnya,

    motivasi pelajar terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran terbentuk secara tidak langsung

    melaluipenggunaan laman sosial. Justeru itu, pembelajaran yang berkesan akan berlaku dan diikuti

    olehpeningkatan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

    RujukanKeller J.M. (1987). Development and Use of the ARCS Model of Motivational Design. Journal

    of

    Instructional Development, 10(3), 2-10.Martin, K.(2002). Issues of Teaching and Learning - Focussing on the student. In Focusing onthe

    Student. Proceedings of the 11th Annual Teaching Learning Forum, 5-6 February. Perth: Edith

    Cowan University.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

    Sekolah

    Menengah Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Trigwell, K., Prosser, M. & Waterhouse, F. (1999) Relations between teachers approaches to

    teaching and students approaches to learning. Higher Education, 37, 57-70.

    Windle, R. & Warren, S. (1999).Collaborative Problem Solving and Dispite Resolution in Special

    Education: Training Manual. Retrived November 27, 2009, from

    ww w .d ir e c t io n s e r v ice s .o r g / c a d r e / c o n t e n ts .cfm.

    Wlodkowski, R. J. (1997). Motivation With A Mission: Understanding Motivation And CultureIn

    Workshop Design, New Directions for Adult and Continuing Education. 76, 19-31

    http://www.directionservices.org/cadre/contents.cfmhttp://www.directionservices.org/cadre/contents.cfmhttp://www.directionservices.org/cadre/contents.cfmhttp://www.directionservices.org/cadre/contents.cfm