Upload
wanda-john
View
149
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat moden pada hari
ini tidak terkecuali golongan remaja. Penggunaannya semakin meluas disebabkan harganya semakin mampu
dibeli serta memiliki teknologi yang amat canggih.
Kesan baik menggunkan telefon bimbit :
menjadi penghubung yang efektif
1. boleh menghubungi keluarga jika perlu
2. menjadi media untuk berkomunikasi dengan rakan pelajar
3. mengeratkan hubungan silaturahim
menjadi media penyalur maklumat dan hiburan
1. boleh berkongsi ilmu dan maklumat dengan berkesan
2. menghilangkan kebosanan dengan mendengar muzik dan menonton video
3.
Manakala kesan buruknya pula:-
membazirkan wang kerana terpaksa menjelaskan bil
1. wang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang lebih perlu
2. remaja leka sehinggakan bil telefon bimbit berganda
membuang masa kerana leka oleh hiburan yang tersedia
1. mengabaikan pelajaran sehingga tercicir
2. mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri
3.
Kesimpulan:-
Telefon bimbit seharusnya digunakan secara bijak oleh golongan remaja. Ibu bapa mestilah memantau
penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak mereka agar tidak disalahgunakan.
Telefon bimbit sudah menjadi satu bentuk perhiasan diri yang harus dimiliki oleh semua remaja.
Kecanggihan telefon bimbit sering menarik minat remaja sehingga ada yang sanggup menahan lapar atau
bekerja ketika cuti sekolah semata-mata untuk mendapat telefon bimbit yang lebih baik. Keadaan ini
menyebabkan ramai yang menganggap telefon bimbit sudah menjadi satu pembaziran tetapi ada yang masih
menyanjung kepentingan telefon bimbit ini. Lantaran itu, apakah kebaikan-kebaikan telefon bimbit kepada
remaja?
Satu kebaikan memiliki telefon bimbit ini ialah kemudahan untuk berkomunikasi. Hubungan antaa ibu
bapa, adik, kakak, abang, kawan, guru dan sebagainya menjadi lebih akrab kerana telefon bimbit mempunyai
kelebihan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh perbualan tradisi kita. Konsep sistem pesanan ringkas (SMS)
yang unik bersama-sama dengan ikon dan lagu atau irama menjadikan penggunaan teknologi ini untuk
berinteraksi begitu romantik. Kemudahan berhubung juga mengelakkan pelbagai masalah seperti aspek
keselamatan, tidak membuang masa untuk menunggu dan mendapat ketepatan tentang sesuatu perkara yang
sering menimbulkan masaalah kepada remaja kini. Jadi, telefon bimbit memang membawa kebaikan kepada
remaja dalam aspek komunikasi.
Kebaikan kedua ialah telefon bimbit ini menjadi satu bentuk penyampaian informasi yang pelbagai dan
menarik. Teknologi ini memudahkan pelbagai maklumat disalurkan seperti berita, lagu dan data peribadi.
Maklumat ini berguna kepada remaja kerana melalui penggunaan yang betul semua maklumat ini dapat
memastikan remaja memahami sesuatu atau melakukan sesuatu dengan betul. Jelaslah, telefon bimbit yang
mempunyai pelbagai guna ini penting dalam memastikan remaja kita menjadi remaja berinformasi.
Sudah pasti impak yang paling banyak dipaparkan ialah penggunaan telefon bimbit ini menyebabkan
kos hidup remaja bertambah. Sikap suka menggunakan telefon ini untuk berhubung memastikan kos turut
bertambah dan penggunaan telefon yang sebegini menyebabkan remaja tidak nampak penggunaan kosnya
sehinggalah mereka terpaksa membayar bil telefon itu. Keadaan ini mungkin membawa mereka terpaksa
mencari wang dan ada yang terpaksa beralih ke arah cara yang negatif seperti mencuri. Lantaran itu, telefon
bimbit mampu menyebabkan remaja mengalami masaah kewangan yang serius.
Tambahan pula, penggunaan telefon bimbit menyebabkan remaja tidak memberi tumpuan dalam aspek
pendidikan mereka. Ada remaja terutama yang masih belajar menggunakan telefon bimbit di dalam kelas ketika
guru mengajar tanpa segan silu. Mereka juga sering menghabiskan masa dengan membuat SMS atau berbual
sehingga melupakan tanggung jawab mereka sebagai pelajar iaitu belajar. Akibatnya, banyak pelajar akan
terjejas prestasi pelajarannya kerana penggunaan telefon bimbit.
Konklusinya, telefon bimbit harus dikawal penggunaannya terutama kepada remaja. Ibu bapa harus
menegur dan memarahi anak mereka yang keterlaluan menggunakan teknologi ini. Namun dalam masa yang
sama penggunaan telefon bimbit in turut memberi sat dimensi baru kepada hubungan keluarga. Mungkin remaja
harus lebih bijak dalam kemelut ini supaya mereka terus dihormati oleh masyarakat.
KEBURUKAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN
REMAJA
Marcapada ini, telefon bimbit menjadi satu daripada alat komunikasi yang menguasai dunia tanpa
memilih usia, status dan kedudukan ekonomi seseorang. Tidak hairanlah telefon bimbit menjadi medium
penting untuk masyarakat berinteraksi dalam dan luar negara. Namun begitu, penggunaan telefon bimbit
mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap pengguna, khususnya pelajar sekolah. Dalam kalangan pelajar
sekolah hari ini, telefon bimbit sinonim dengan mereka. Malah, ada ibu bapa yang berkemampuan menyediakan
telefon bimbit untuk kegunaan anak-anak.
Malangnya, ada pelajar yang menyalahgunakan teknologi ini demi keseronokan dan kepuasan jiwa.
Mereka gemar berbual dengan rakan sebaya sehingga lewat malam. Ini menyebabkan masa untuk
mengulangkaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Apabila lewat tidur, tentulah masa tidur tidak mencukupi. Ini
pasti menjejaskan prestasi mereka semasa di dalam kelas. Akibatnya, mereka tidak mampu memberikan
tumpuan yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar.
Lebih membimbangkan, telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah. Dengan kemampuan
telefon bimbit menghantar dan menerima mesej SMS dan MMS, segelintir pelajar sanggup merakam dan
memuat turun klip video, menyimpan dan mengedarkan foto lucah dan seumpamanya. Menurut statistik PDRM,
jenayah rogol dan cabul meningkat akibat salah guna telefon bimbit. Lebih buruk lagi, remaja sekolah mudah
terdorong dengan ‘cinta monyet’ yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka, terutama bagi
remaja perempuan. Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri
seseorang remaja. Ia juga menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan perzinaan.
Inilah punca yang mengakibatkan kes pembuangan bayi persis zaman Jahiliah di Tanah Arab dahulu.
Selain itu, telefon bimbit turut mendatangkan masalah terhadap keputusan akademik pelajar kerana
mereka teruja untuk menggunakan perkakasan tersebut berbanding mentelaah buku pelajaran. Sikap suka
bertangguh akan mula bertapak di dalam jiwa kerana terlalu obses dengan telefon bimbit. Ini sekaligus
menyebabkan prestasi mereka merudum, apatah lagi jika mereka diberi ruang menggunakannya pada usia yang
masih belasan tahun.
Penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan. Ada pelajar sekolah yang sanggup
mengikat perut semata-mata untuk memastikan telefon mereka mempunyai baki kredit prabayar. Selain itu, ada
pelajar yang sanggup berbohong terhadap ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan duit poket yang lebih.
Secara purata, seorang pelajar sekolah memerlukan antara RM20 hingga RM30 sebulan untuk membiayai nilai
tambah kad prabayar mereka. Ini tentulah dianggap suatu pembaziran kerana pesanan SMS dan perbualan
berkenaan tidak penting dan hanya celoteh kosong sahaja.
Ada segelintir pelajar menganggap telefon bimbit lambang kekayaan. Bagi sesetengah ibu bapa yang
berkemampuan, mereka membeli telefon bimbit yang canggih kepada anak-anak. Sikap suka menunjuk-nunjuk
dan menayangkan kepada rakan-rakan sebaya membuka ruang kepada persaingan yang tidak sihat. Alangkah
baiknya jika wang menukar beli telefon tersebut digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.
Telefon bimbit juga menyebabkan segelintir pelajar menipu dengan membuat panggilan palsu kepada
agensi tertentu. Antaranya, nombor talian 999 untuk kecemasan sering disalahgunakan demi keseronokan yang
menyusahkan pihak lain. Mereka harus sedar bahawa penggunaan telefon bimbit yang berterusan dalam tempoh
yang lama juga, boleh mendatangkan kesan kepada otak seperti peningkatan sel-sel barah.
Konklusinya, teknologi komunikasi seperti telefon bimbit bergantung kepada niat penggunanya.
Sebagai pelajar, kita harus bijak menggunakan peranti teknologi maklumat ini dan tidak menyalahgunakannya
untuk tujuan yang sia-sia.
Alexander Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat telekomunikasi yang
dinamakan sebagai telefon. Sejajar dengan dunia yang pesat berkembang ini, telefon kini lebih mobil dan
mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Rekaannya juga semakin menarik perhatian ramai umumnya remaja yang
sentiasa mengejar kelainan. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini
mendatangkan impak yang pelbagai kepada remaja.
Kita pastinya boleh menggunakan telefon bimbit yang dimiliki untuk menghubungi insan tersayang
yang berada jauh di mata tetapi dekat di hati. Mendengar suara ibu dan bapa pastinya membuatkan jiwa kita
tenang lebih-lebih lagi mereka merupakan insan yang paling mengenali diri kita. Oleh hal yang demikian,
penggunaan telefon bimbit oleh para pelajar pastinya meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar lebih-
lebih lagi untuk para pelajar yang tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga.
Lain daripada itu, kita boleh menggunakan telefon bimbit untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan
persekolahan. Sebagai contohnya, rakan-rakan rapat boleh dihubungi dengan segera waima kita tidak berada di
sekolahpun jika mereka mempunyai telefon selular ini. Secara tidak langsung, segala perkara penting yang
disampaikan oleh guru ketika kita tidak boleh hadir ke sekolah dapat diketahui dengan segera melalui
penggunaan telefon bimbit. Hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah mesra.
Selain itu, kita juga boleh membuat capaian Internet melalui telefon bimbit pintar yang terdapat di
pasaran kini. Hal ini benar-benar membuatkan dunia berada di hujung jari kita. Dengan menekan butang-butang
tertentu di telefon bimbit, segala maklumat yang ingin diketahui boleh didapati dengan mudah dan cepat.
Justeru, kita tidak perlu lagi menunggu-nunggu untuk mendapatkan sesuatu maklumat kerana masa itu emas.
Sudah terang lagi bersuluh, telefon bimbit memudahkan pelajar mendapatkan maklumat dengan segera.
Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit juga mendatangkan kesan negatif kepada pelajar.
Misalannya, mereka lebih mudah merakam atau menyimpan video-video mahupun gambar-gambar lucah dalam
alat telekomunikasi itu. Perkara ini memang tidak boleh dinafikan lebih-lebih lagi apabila cerita mengisahkan
klip-klip video ini pernah tersiar di layar perak iaitu filem Klip 3GP. Penyebaran video-video seperti yang
dimaksudkan ini bukan mudah untuk dibanteras tetapi tidak mustahil untuk diperangi.
Di samping itu, penggunaan telefon bimbit juga boleh melalaikan remaja. Lihat sahaja situasi masa ini
apabila golongan remaja tidak boleh berpisah dengan ‘kembar’ mereka itu walaupun sedetik. Ditambah pula
dengan pelbagai aplikasi yang kurang penting dan permainan yang melekakan dalam telefon mudah alih itu
pastinya membuang masa para remaja dengan sia-sia. Walhal, masa senggang para remaja perlu diisi dengan
ilmu yang bakal menerangi masa depan mereka.
Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa
sahaja. Kita perlu bijak menggunakan apa-apa sahaja gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini
dengan cara yang betul. Jika tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan
fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, para remaja yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan lebih
bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara sebelum dilakukan bak peribahasa tepuk dada tanyalah
selera.