Upload
vodan
View
298
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Kesan Rumah Hijau
&
Pemanasan Global
KANDUNGAN
BAB 4: KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
(Greenhouse effects and global warming)
Pengenalan: senario semasa
Kesan Rumah Hijau
Pengenalan
Mekanisme Kesan Rumah Hijau
Gas-gas Kesan Rumah Hijau
Kesan kepada persekitaran akibat kejadian Kesan Rumah Hijau
Pemanasan Global
Pengenalan
Impak pemanasan Global kepada kesihatan dan
persekitaran.
PENGENALAN
Senarion: fenomena alam masa kini.
RAMAI mengeluh cuaca sekarang semakin panas. Kepanasan
matahari semakin terik terutama pada tengah hari.
Fenomena kepanasan ini dikaitkan dengan aktiviti manusia di
muka bumi.
Penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran
industri, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa dan
pelepasan gas rumah hijau antara contoh „kerosakan‟ yang
dilakukan manusia hingga memberi kesan terhadap bumi.
PENGENALAN
Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai
Perubahan Iklim (IPCC), suhu dunia diramal meningkat
daripada 1.1 darjah Selsius kepada 6.4 darjah Selsius antara
1990 dan 2100. Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan
semakin panas.
Risiko banjir besar boleh berlaku sekiranya suhu bumi terus
meningkat, malah beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam.
Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima
taburan hujan yang banyak.
PENGENALAN
“Sejak 10 tahun kebelakangan ini, manusia semakin
terancam berikutan bencana kerap berlaku. Taufan, banjir,
kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar
semakin kerap dan ancamannya bertambah meluas.
“Senario pemanasan global turut menggiatkan kesan El
Nino, terutama membabitkan kejadian kemarau dan banjir.
El Nino akan mempengaruhi iklim dunia mengakibatkan
sesetengah tempat kemarau manakala sesetengah lagi
banjir,” katanya.
PENGENALAN
Kesan rumah hijau merupakan satu
fenomena yang berlaku akibat
pencemaran udara.
Sejarah kesan rumah hijau bermula
pada zaman Revolusi Perindustrian.
Pada zaman inilah manusia mula
menggunakan bahan api fosil secara
meluas.
Ini menyebabkan kandungan karbon
dioksida bertambah.
PENGENALAN
Kesan rumah hijau berlaku kerana
pemerangkapan haba oleh gas-gas
rumah hijau.
Gas-gas ini akan bertindak seperti
selimut yang membenarkan haba
masuk kemudian akan memerangkap
haba ini.
Haba yang terperangkap inilah yang
akan meningkatkan suhu pada
permukaan bumi.
KESAN RUMAH HIJAU…
(Green house effects)
MEKANISME KESAN RUMAH
HIJAU
Kesan rumah hijau (greenhouse effect) adalah
berkaitan dengan kesan pemanasan atmosfera
terhadap bumi.
Gelombang cahaya matahari melalui udara
diserap oleh bumi.
Bumi kemudiannya memancarkan semula
tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap
oleh udara, terutamanya oleh karbon dioksida.
Karbon dioksida di atmosfera bertindak seperti kaca di
dalam rumah hijau
dimana kaca menukarkan jarak gelombang cahaya yang
memasuki rumah kaca menjadi
semakin memanjang dan membebaskan haba dalam rumah
kaca dan memerangkap haba tersebut.
(konsep asal di dalam rumah hijau diterjemahkan ke
atmosfera dan dinamakan sebagai kesan rumah hijau).
GAS-GAS KESAN RUMAH HIJAU
Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati
ialah:
Karbon dioksida (CO2)
Nitrous Oxide (N2O)
Gas Metana (CH4)
Ozone (O3)
Wap Air
IMPAK KEPADA PERSEKITARAN AKIBAT
FENOMENA KESAN RUMAH HIJAU…..
KENAIKAN PARAS LAUT
PERUBAHAN IKLIM
KESIHATAN MANUSIA TERGANGGU
KEGIATAN HARIAN DAN PENEMPATAN MANUSIA
TERGANGGU
PEMANASAN GLOBAL
(Global warming)
PENGENALAN
Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan
dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti
Matahari, atau kelajuan putaran Bumi.
Pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh
kesan rumah hijau.
Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari
Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak
dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah
diserapi oleh atmosfera kita.
PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan Global didorong oleh “aktiviti manusia” yang rakus.
Pemanasan yang berterusan ini telah mencairkan bongkah-
bongkah ais dikawasan kutub pada setiap hari dan
mengakibatkan peningkatan air laut diseluruh dunia.
Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan bandar, negara dan
pulau didunia bakal tengelam selamanya jika air laut terus
meningkat.
Selain itu, pemanasan global juga menyebabkan fenomena
lain:
kemarau,
hujan lebat,
taufan,
banjir dan
ombak besar berlaku dibeberapa bahagian bumi.
Bryn Mawr
di Alaska
runtuh
akibat
Global
Warming
(April 2000)
Global warming
Pencairan ais
“GLOBAL WARMING”
Climate changes Ocean level Flood and El-nino
PEMANASAN GLOBAL
Menurut Ahli Kaji Iklim (Climatologist), menyatakan pemanasan
global bermula sejak 1800-an lagi. Manusia merupakan penyebab
utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas
rumah hijau (greenhouse gases).
Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang
membabitkan:
cahaya matahari,
gas, dan
partikel di atmosfera.
Gas tersebut akan memerangkap haba diatmosfera yang dikenali
sebagai gas rumah hijau.
PUNCA PEMANASAN GLOBAL
Proses Semula jadi:
a) Tenaga matahari yang berlebihan diterima oleh
bumi.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada dekad 1990-an suhu
bumi sudah mula meningkat. Pada tahun 2004 dan 2005
merupakan tahun yang paling panas sejak suhu bumi
dicatatkan pada tahun1861.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika
Syarikat (AS) merupakan pengeluar gas CO2 terbesar dunia
(6.0005 bilion tan), China (5.017 bilion tan) dan Indonesia
(3.014 bilion tan).
PUNCA PEMANASAN GLOBAL
Aktiviti utama manusia:
a) Pembakaran bahan api fosil (arang batu, minyak
dan gas asli)
Pembakaran kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan,
kilang dan loji jana kuasa elektrik.
Bahan api fosil membebaskan karbon dioksida (CO2) yang
merupakan gas rumah hijau yang akan memperlahankan
pembebasan haba ke atmosfera.
b) Pembersihan hutan dan tanah
Tumbuhan akan menggunakan CO2 untuk menghasilkan
makanan melalui proses fotosintesis.
Aktiviti pembersihan hutan dan kawasan tanah secara
berleluasa akan menyumbang kepada peningkatan gas rumah
hijau.
Hal ini berlaku kerana semakin kurang tumbuhan yang
menggunakan CO2 untuk proses fotosintesis. Jika masalah ini
terus berlaku tanpa kawalan pihak berkuasa ia akan
memburukan lagi keadaan semasa
PUNCA PEMANASAN GLOBAL
KESAN PEMANASAN GLOBAL
Hasil pemanasan global ini telah memberi kesan secara
langsung kepada bumi dan hidupannya.
Pemanasan global akan mengancam tumbuhan dan
haiwan.
Ia juga akan memaksa haiwan dan tumbuhan didarat
untuk berpindah ke habitat baru.
Kesan pencairan bongkah-bongkah ais dikutub yang
telah menghasilkan fenomena peningkatan paras laut
dan perubahan ini juga mengancam produktiviti dan
tuaian hasil pertanian.
Senario pemanasan global, negara seperti Afrika merupakan
kawasan yang sebahagian besarnya diliputi kawasan gurun
yang panas. Namun, baru-baru ini berlaku penurunan salji pada
tahun 2006. Manakala Perancis mengalami panas melampau
yang telah mengorbankan 29 penduduknya pada 2006.
Suhu atmosfera meningkat 1.1 farenheit (0.6 darjah celcius).
Aras air laut meningkat (naik) sebanyak 10 sentimeter.
Laporan PBB menyatakan pada tahun 2085, dijangkakan 25-40
peratus spesis flora dan fauna akan pupus atau kehilangan
habitat akibat pemanasan global.
KESAN PEMANASAN GLOBAL
a) Peningkatan Paras Laut
Suhu panas yang berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah
ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan
air laut. Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan
tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air
tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.
b) Ancaman Hidupan Laut
Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan
meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu
karang. Peningkatan kepanasan juga membantu proses penyebaran
penyakit yang akan mengancam hidupan laut.
KESAN PEMANASAN GLOBAL - NASA
c) Perubahan Habitat
• Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau
sebaliknya akan menyebabkan hidupan dibumi akan
berpindah ke habitat atau lokasi baru.
d) Kerosakan Cuaca
• Keadaan suhu yang ekstem dan kerap akan membawa
kemusnahan. Perubahan bentuk taburan hujan akan merubah
sama ada menyebabkan banjir atau kemarau. Taufan dan
ribut tropika juga akan berlaku hasil perubahan cuaca dan
suhu yang tidak konsisten.
KESAN PEMANASAN GLOBAL -
NASA
e) Ancaman Kesihatan Manusia
• Penyakit tropika seperti malaria dan denggi akan menular dengan mudah.
• Selain itu, katarak mata dan kanser kulit akan berlaku jika pendedahan
kepada gelombang panas yang ekstrem dan untuk jangka panjang boleh
menyebabkan kematian, kelaparan dan kekurangan zat makanan.
f) Perubahan Tuaian Makanan
• Sesetengah kawasan dunia akan mengalami perubahan hasil tuaian
pertanian sama ada meningkat atau sebaliknya. Rusia dikatakan akan
memperoleh hasil pertanian yang lebih baik.
KESAN PEMANASAN GLOBAL -
NASA
LANGKAH PENCEGAHAN DAN
MENGATASI “PEMANASAN GLOBAL”
Perjanjian Kyoto yang ditandatangani di Kyoto, Jepun pada
1997 perlu dilaksanakan dengan lebih serius, cekap dan
berkesan.
Lebih dari 160 negara yang terlibat dengan draf perjanjian
tersebut yang menekankan kepada pengurangan
pembebasan gas rumah hijau.
Daripada jumlah itu, 38 buah negara industri perlu menghadkan
pengeluaran CO2 dan gas rumah hijau yang lain.
Sambungan…. “langkah pencegahan dan mengatasi “pemanasan global”
Pengharaman tersebut bermula pada 2008 hingga 2012. Setiap
negara mempunyai sasaran pengeluaran CO2 yang berbeza.
Namun, perjanjian ini tidak menyatakan pengharaman kepada
negara membangun. Ia juga mengalakkan kerjasama dari semua
negara membangun dalam usaha untuk mengurangkan pembebasan
CO2 secara sukarela.
Pada 2001, AS telah menolak usul Protokol Kyoto dengan alasan
bahawa ia akan mengancam ekonomi AS. Tindakan AS ini
merupakan tindakan yang menunjukkan bahawa Presiden Bush
mementingkan diri dan kepentingan kapitalis mereka berbanding
usaha untuk menyelamatkan bumi. Umum sudah tahu bahawa As
penyumbang terbesar CO2 dan gas rumah hijau yang lain (melebihi
6 bilion tan).
Adalah tidak wajar AS menolak terus Protokol Kyoto.
Adalah lebih baik ia dikaji dan menunjukan sedikit sikap
tolak ansur dalam mengatasi isu global yang membabitkan
alam sekitar.
Namun begitu, AS dalam usaha menenangkan pihak lain.
Ia telah menyatakan sokongan untuk menangani masalah
pemanasan global dengan mana-mana negara didunia.
Sambungan…. “langkah pencegahan dan mengatasi “pemanasan global”
Ahli kaji Iklim sedang berusaha untuk mengatasi
masalah pemanasan global ini iaitu
a) Menghadkan pembebasanCO2
Mengantikan bahan api fosil dengan sumber tenaga
yang tidak menghasilkan O2.
Menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap.
Bahan api yang tidak mengeluarkan CO2
termasuklah angin, cahaya matahari, dan stim (wap)
bawah tanah.
Sambungan…. “langkah pencegahan dan mengatasi “pemanasan global”
b) Memencilkan CO2 dan menghalang CO2 dari memasuki ruang
atmosfera atau membuang CO2 yang sudah berada
disitu.
i. Penyimpanan dalam air atau bawah tanah membabitkan penyuntikan
CO2 ke dalam formasi geologik bawah tanah atau lautan. Laut mampu
untuk menyimpan lebih banyak CO2 namun ia masih lagi dalam kajian
supaya ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap persekitaran
ekosistem laut.
ii. Tumbuhan hijau mampu menyerap CO2 dari atmosfera. Ia
mengabungkan karbon dari CO2 dengan hydrogen untuk menghasilkan
gula yang disimpan didalam tisu tumbuhan tersebut. Tumbuhan yang
mati akan membebaskan CO2. Oleh itu, penebangan hutan dan
tumbuhan yang mati secara langsung akan membebaskan CO2 dari tisu
tumbuhan tersebut dan kekurangan tumbuhan baru yang hidup akan
menyebabkan pertambahan dan lambakan CO2 di ruang atmosfera
bumi.
Sambungan…. “langkah pencegahan dan mengatasi “pemanasan global”