69
 BAB 4 KESATUAN SEKERJA (TRADE UNIONS)

KESATUAN SEKERJA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BAB 4

Citation preview

PowerPoint Presentation

BAB 4KESATUAN SEKERJA (TRADE UNIONS)Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:

1. Memahami sebab-sebab dan harapan pekerja menyertai dan menubuhkan kesatuan sekerja.2. Mengenal pasti ciri-ciri kesatuan sekerja secara amnya.3. Menerangkan perkembangan kesatuan sekerja di Malaysia khususnya prinsip-prinsip kesatuan sekerja, bentuk dan impak undang-undang serta perkembangan dan pengaruhnya.4. Memahami peraturan-peraturan kesatuan sekerja menurut Akta Kesatuan Sekerja 1959.5. Memahami peranan kesatuan sekerja sebagai satu sumber kuasa kolektif pekerja-pekerja dan fungsi kesatuan dalam memberi faedah kepada keahlian dan perkhidmatan, memperjuangkan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan, mewakili pekerja dalam pembuatan keputusan organisasi dan politik serta mempengaruhi polisi kerajaan.4.1 PENGENALAN

Kesatuan sekerja bukanlah semata-mata organisasi yang memperjuangkan ekonomi pekerja atau merundingkan upah dan syarat-syarat pekerjaan dengan pihak pengurusan.

Perjuangan kesatuan sekerja adalah satu pernyataan kepentingan berorganisasi bagi melindungi dan memperjuangkan kepentingan mereka menerusi tindakan kolektif.

Menerusi kuasa perundingan, kesatuan menambahbaik upah dan syarat-syarat pekerjaan bagi ahli-ahlinya. Ia merupakan satu sistem pantauan dan imbangan (check and balance).Kita tidak boleh menafikan pentingnya penglibatan kesatuan sekerja dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Apabila negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan baru Persekutuan Tanah Melayu telah mengumumkan polisi menggalakkan pertumbuhan kesatuan sekerja yang kuat, bebas dan demokratik. Ini bererti bahawa kesatuan sekerja mempunyai peranan yang istimewa untuk dimainkan dalam mengisi kemerdekaan dan menyumbang kepada hala tuju Negara yang baru merdeka pada ketika itu.4.2 APAKAH KESATUAN SEKERJA?

Definisi:Organisasi bagi pekerja-pekerja dalam rangka kerja hubungan antara pekerja dan majikan.

Menerusi kesatuan, para pekerja dapat:Menyusun dan memperteguhkan kedudukan merekaMemperjuangkan terma-terma pekerjaan (iaitu perjanjian atau persetujuan bersama)Memelihara ekonomi dan kepentingan-kepentingan kaum pekerja. Kesedaran dan perpaduan.

Tiga elemen yang membezakan kesatuan sekerja dengan organisasi lain:

Sifat keahlian mereka (iaitu nafkah hidup mereka bergantung dengan memasarkan tenaga mereka).

Tujuan mereka (iaitu untuk melindungi dan mewakili pekerja-pekerja,memberi mereka sokongan dan kuasa kolektif dan menjanaterma-terma pekerjaan mereka).

Cara yang digunakan oleh mereka bagi mencapai tujuan (penekanan kepada perundingan secara langsung dengan majikan).123Ciri-ciri Kesatuan:

Entiti yang tetap dan demokratik. Menyelesaikan masalah-masalah pekerja yang berbangkit Berterusan memperjuangkan kepentingan dan keperluan ahli-ahli pada bila-bila masa. Mewakili dan melindungi pekerja tanpa diskriminasi berdasarkan ras, agama, seks, umur dan lain-lain.4.3 PENGLIBATAN PEKERJA DALAM KESATUAN SEKERJA

Di dalam masyarakat yang bebas, kesatuan sekerja adalah pernyataanterancang hak-hak utama para pekerja bagi mengatur diri mereka,melindungi dan memaju kepentingan mereka melalui tindakan kolektif.

Penglibatan ahli-ahli dalam aktiviti kesatuan memberi kekuatan danperpaduan kepada kesatuan, membantu pengembangan kepimpinan dari bawah dan memastikan kuasa penawaran dan perundingan yang kuat.

Penglibatan bukan sahaja dilihat dari segi kebaikan kepada ahli-ahlikesatuan, malah sebagai kejayaan kesatuan-kesatuan sekerja itu sendiri.4.4 KENAPA PEKERJA MENYERTAI KESATUAN SEKERJA?

Tiga sebab utama penubuhkan atau penyertaan kesatuan sekerja.

Motif ekonomi (menambah baik situasi ekonomi mereka). Penyertaan mereka dalam kesatuan dapat menambah baik terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan seperti upah dan faedah-faedah yang diperolehi. Ini dapat dilakukan melalui perpaduan mereka di dalam kesatuan. Apabila mereka bersatu padu, mereka mempunyai kekuatan secara kolektif untuk berunding dan tawar menawar dengan majikan bagi mendapat termaterma dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik. Di samping itu, penglibatan mereka dalam aktiviti kesatuan yang sah dilindungi oleh undang-undang. Oleh itu, kejayaan perjuangan kesatuan bagi mendapat terma-terma yang lebih baik akan memberi pulangan faedah secara langsung kepada ahli- ahlinya.Perlindungan hak-hak.Daripada diskriminasi oleh pihak pengurusan atau majikan seperti pilih kasih, membezakan upah antara individu pekerja dari segi ras, agaman, jantina (gender), dan sebagainya.

Menurut Allen Flanders, antara sebab utama pekerja menyertai kesatuan ialah untuk mendapat perlindungan. Selain melindungi taraf hidup kebendaan juga sekuriti, status dan maruah insan.

Kesatuan bertindak sebagai watch dog bagi ahli-ahlinya daripada sebarang layanan yang tidak adil.Perlindungan sekuriti kerja. Oleh itu, kesatuan akan cuba melindungi pekerja daripada pemberhentian secara beramai-ramai (retrenchment) atau pemberhentian secara yang tidak adil.

Sebab-sebab sosial. Sebagaimana yang kita sedia maklum manusia dikatakan haiwan sosial. Manusia berkeinginan untuk berada dalam kelompoknya. Di tempat kerja keperluan kepada kesatuan adalah penting untuk memelihara kebajikan dan kepentingan ahli-ahli yang menganggotai kesatuan.Sifat konteks organisasi berkenaan. Sekiranya sesebuah organisasi mempunyai bilangan ahli-ahli kesatuan yang beitu ramai, ia dapat mempengaruhi atau mendorong pekerja baru menyertainya. Oleh itu, penyertaan seseorang individu dalam kesatuan bergantung kepada situasi di tempat kerja mereka. Ada yang menyertai kesatuan kerana tekanan rakan-rakan sekerja yang telah menyertai kesatuan.

PeribadiSebaliknya ada pekerja yang melibat penyertaan mereka dalam kesatuan secara positif. Ada di antara mereka melibatkan diri dalam kesatuan kerana memiliki ciri-ciri kepimpinan dan melihat peluang untuk memanifestasikan kualiti-kualiti kepimpinan dalam hierarki kesatuan.Mereka percaya bahawa mereka dapat menolong rakan-rakan sekerja membaiki terma-terma dan syarat-syaratSoalan dlm teks 4.14.5 DEFINISI KESATUAN SEKERJA MENURUTORDINAN KESATUAN SEKERJA 1959

Seksyen 2 Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 sebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan, iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan:(i) Peraturan perhubungan di antara orang-orang kerja dengan majikan-majikan, bagi maksud menggalakkan perhubungan perindustrian yang baik di antara orangorang kerja dan majikan-majikan, memperbaiki syarat-syarat pekerjaan orang-orang kerja atau memperbaiki status ekonomi dan social mereka, atau meningkatkan produktiviti;

(ii) Peraturan perhubungan di antara orang-orang kerja dan orang kerja, atau di antara majikan-majikan dan majikan-majikan;

(iii) Perwakilan sama ada orang-orang kerja atau majikan-majikan dalam pertikaian-pertikaian tred; dan

(iv) Menjalankan, atau mengatur atau membiayai mogokatau tutup pintu dalam mana-mana tred atau industriatau peruntukan gaji atau faedah-faedah lain bagi ahliahlinyasemasa suatu mogok atau tutup pintu.(a) Dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa; dan(b) Sama ada secara sementara atau tetap; dan(c) Yang mempunyai di antara tujuan-tujuanya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut:-Menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran kesatuan sekerja.

Oleh itu, kesatuan sekerja boleh terdiri daripada kesatuan pekerja-pekerja atau kesatuan majikan-majikan. Namun begitu di Malaysia, pertubuhan majikan lazimnya tidak menggunakan istilah kesatuan kerana tiada peruntukan statut supaya berbuat demikian. Sebaliknya mereka menggunakan perkataan persatuan.Berdasarkan definisi Akta,

Kesatuan sekerja majikan berasingan daripada kesatuan sekerja pekerja.

Sesebuah kesatuan tidak boleh menerima keahlian daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja atau majikan.

Tidak boleh wujud satu kesatuan yang keahliannya terbuka kepada semua pekerja di Malaysia atau kepada seseorang yang diambil dari luar Malaysia dan juga antara timur dan barat Malaysia.

Kesatuan yang berbentuk umum adalah tidak dibenarkan. Mesti terdiri dalam lingkungan tred, pekerjaan atau industri yang sama termasuk yang bersifat bersekutu.Wu Min Aun menyifatkan peruntukan ini memberi kesanyang negatif kepada perkembangan pergerakan kesatuan sekerja di negara kita. Ini adalah kerana kesatuan secara umumnya berpecah, keahliannya kecil dan sumber mereka adalah terhad.

Kesatuan juga tidak semestinya dipanggil atau dinamakan kesatuan. Jika sesebuah organisasi atau kumpulan pekerja yang melaksanakan satu atau lebih daripada objektif-objektif yang dinyatakan dalam Akta, ia dianggap telah menubuhkan kesatuan dan hendaklah menurut semua keperluanundang-undang yang berkaitan dengan kesatuan sekerja.Soalan dalam teks 4.24.6 JENIS-JENIS KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja di Malaysia dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu

(i) Kesatuan sekerja sektor awam;(ii) Kesatuan sekerja sektor swasta; dan(iii) Kesatuan sekerja majikan

4.6.1 Kesatuan Sekerja Sektor Awam

Kesatuan sekerja sektor awam terdiri daripada sektor kerajaan, badan berkanun dan kerajaan tempatan. Menurut Akta KS, pekerja-pekerja di sektor awam hanya boleh menubuh dan menganggotai kesatuan dalam kementerian, jabatan atau pekerjaan yang serupa.

Antara kesatuan-kesatuan di sektor awam yang ramai keanggotaannya ialah Kesatuan Profesional Perguruan Kebangsaan (KPPK), Kesatuan Jururawat Malaya.4.6.2 Kesatuan Sekerja Sektor Swasta

Bersifat kebangsaan atau kesatuan dalaman.

Kesatuan yang bersifat kebangsaan mencakupi semua pekerja dalam tred, pekerjaan dan industri yang sama atau serupa. Kesatuan-kesatuan yang besar pula mempunyai struktur yang lebih luas seperti cawangan di peringkat kawasan dan tempatan atau komiti di peringkat kilang.

Kesatuan dalaman pula ialah kesatuan yang terdiri daripada semua pekerja di tempat pekerjaan yang berkenaan. Contoh:Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE),Kesatuan Sekerja Pekerja Telekom (NUTE), Kesatuan KebangsaanPekerja-Pekerja Ladang (NUPW), Kesatuan Sekerja Pengangkutan(TWU) dan lain-lai lagi. NUPW merupakan kesatuan yang ramaikeanggotaannya di seluruh Semenanjung Malaysia.4.6.3 Kesatuan MajikanKebanyakan kesatuan majikan dikenali sebagai persatuan. Akta memberi hak yang sama kepada majikan untuk menubuh dan menganggotai kesatuan majikan tetapi majikan tidak boleh menganggotai kesatuan sekerja pekerja dan begitulah sebaliknya. Peraturan penubuhan dan keanggotaan kesatuan adalah sama.

Kedua-kedua kesatuan adalah terpisah mengikut seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan.

Contohkesatuan majikan ialah The Malayan Agricultural Producers Association(MAPA)/Persatuan Pengeluar Perladangan Tanah Melayu di bidangindustri perladangan dan Malaysian Commercial Banks Association(MCBA)/Persatuan Bank-Bank Perdagangan Tanah Melayu dalamindustri perbankan.Objektif Kesatuan Majikan antaranya ialah:

(i) Menggalakkan dan melindungi kepentingan ahli-ahlinya;(ii) Untuk berunding dan tawar menawar dengan kesatuan sekerja pekerja;

Dan

(iii) Mewakili ahli-ahli dalam mana-mana pertikaian perdagangan antara seseorang ahli dengan kesatuan sekerja pekerja.4.7 KETUA PENGARAH KESATUAN SEKERJA

Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dilantik Yang di-Pertuan agong bagi mengawal selia, mengarah dan mengawal secara amnya perkara-perkara berhubungan dengan kesatuan sekerja di seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah diberi kuasa budi bicara yang luas dalam menjalankan, menunaikan dan melaksanakan segala fungsinya berhubungan dengan penguatkuasaan Akta dan peruntukan-peruntukan di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Segala keputusan Ketua Pengarah boleh dibuat rayuan hanya kepada Menteri Sumber Manusia dan keputusan Menteri adalah tetap dan muktamad. 4.8 PERSEKUTUAN KESATUAN SEKERJAKesatuan sekerja-kesatuan sekerja berdaftar di Malaysia yang anggota anggotanya terdiri daripada tred, pekerjaan atau industri yang sama boleh membentuk suatu persekutuan kesatuan sekerja-kesatuan sekerja.

Sebelum suatu persekutuan itu boleh dibentuk terdapat beberapa keperluan peraturan yang perlu dipatuhi, antaranya:

(i) Memaklumkan kepada pendaftar kesatuan sekerja dansemua anggota-anggota kesatuan sekerja-kesatuan sekerja14 hari sebelum mesyuarat untuk mengambil bahagiandalam persekutuan itu; dan(ii) Suatu undian sulit hendaklah diadakan oleh anggota-anggota tiap-tiap kesatuan sekerja yang ingin membentukkesatuan sekerja dengan undi majoriti.Pendaftaran hendaklah dibuat dalam tempoh satu bulandari tarikh ia diwujudkan, ditandatangani oleh setiausaha dan tujuh orang anggota bagi-tiap satu dan tiap-tiap kesatuan sekerja berdaftar yang membentuk persekutuanitu.

Penggabungan, Jika suatu persekutuan kesatuan sekerja telahpun ada dalam pendaftaran, suatu kesatuan sekerja yang berdaftar boleh memohon digabungkandengan syarat kesatuan tersebut adalah dalam tred, pekerjaan dan industriyang sama atau serupa.

Persetujuan ahli-ahli kesatuan perlu diperolehi untuk bergabung sama seperti dalam pembentukan suatu persekutuan.

Memfailkan suatu notis kepada pendaftar dengan ditandatangani oleh setiausaha persekutuan bahawapermohonan untuk bergabung telah dipersetujui oleh persekutuan berkenaan. Undang-undang berkaitan dengan kesatuan sekerja juga diaplikasikan ke atas suatu persekutuan kesatuan sekerja sama sepertikesatuan sekerja.Di negara kita terdapat beberapa persekutuan kesatuan sekerja sepertiCUEPACS, NUTP/KPPK.

CUEPACS mempunyai tujuh kesatuansekerja kakitangan awam yang bergabung dengannya dengan jumlah keanggotaan melebihi 100,000.4.9 KEPERLUAN DAN PROSES PENDAFTARANKESATUAN SEKERJA 19594.9.1 PermohonanPermohonan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam bentuk atau borang yang telah ditetapkan dan hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh orang anggota kesatuan yang di antaranya boleh terdiri daripada pegawaipegawai kesatuan.

Perkara-perkara dan butir-butir berikut hendaklah dilengkapkan apabilamemohon pendaftaran iaitu(i) Yuran pendaftaran;(ii) Satu salinan bercetak kaedah-kaedah kesatuan sekerja yang ditandatangani oleh anggota yang membuat permohonan; dan(iii) Suatu penyata yang mengandungi butiran berikut: Nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang membuat permohonannya; Nama kesatuan sekerja itu dan alamat ibu pejabatnya; dan Nama, umur, alamat dan jawatan pegawai-pegawai kesatuan sekerja itu, dan maklumat lain mengenai pegawai-pegawai yang diperlukan supaya diberi olehKetua Pengarah dalam sesuatu kes.4.9.2 PendaftaranKetua Pengarah keluarkan sijil perakuan pendaftaran jika diterima.Dalam keadaan-keadaan tertentu Ketua Pengarah hendaklah menolakdaripada mendaftar suatu kesatuan sekerja jika:(i) Beliau berpendapat bahawa kesatuan sekerja itu mungkin akan digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang bertentangan atau tidak konsisten dengan tujuan dan peraturannya;(ii) Sesuatu tujuan kesatuan sekerja itu menyalahi undangundang;(iii) Beliau tidak berpuas hati bahawa kesatuan sekerja itu telah mematuhi akta dan peraturan-peraturannya;(iv) Beliau berpuas hati bahawa tujuan, kaedah dan keanggotaan kesatuan sekerja itu bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta atau dengan mana-mana peraturannya; atau(v) Nama di bawah mana kesatuan sekerja itu akan didaftarkan adalah: Sama dengan mana-mana kesatuan sekerja lain yang ada, atau hampir menyerupai nama kesatuansekerja lain yang pada pendapat beliau berkemungkinan akan memperdayakan orang awam atau ahli-ahli salah sebuah kesatuan sekerja itu; atau Pada pendapat Ketua Pengarah ia tidak diingini melainkan jika kesatuan sekerja itu mengubahnamanya kepada sesuatu yang boleh diterima oleh Ketua Pengarah. Di samping itu, Ketua Pengarah boleh meminta maklumat-maklumat lanjut bagi maksud memuaskan hatinya bahawa sesuatu permohonan pendaftaran itu mematuhi Akta dan semua peraturan yang dibuat dibawahnya atau kesatuan sekerja itu berhak didaftar di bawah Akta.(a) Pembatalan pendaftaranKetua Pengarah boleh memperakukan bahawa sesuatu kesatuan sekerja dibatalkan pendaftarannya atau ditarik balik pendaftarannya berdasarkan perkara-perkara di bawah:

(i) Akta permintaan KS itu apabila ia dibubarkan iaitu harusdisahkan oleh Ketua Pengarah; atau

(ii) Jika beliau berpuas hati: Bahawa pengakuan pendaftaran itu khilaf atau fraud; Tujuan atau kaedah kesatuan sekerja itu menyalahi undang-undang; Bahawa keanggotaan menyalahi undang-undang; Bahawa ia telah atau sedang atau mungkin akan digunakan bagi sesuatu maksud yang menyalahi undang-undang Bahawa kesatuan sekerja itu telah melanggar sesuatu peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; Bahawa wang kesatuan sekerja itu dibelanjakan atau telah dibelanjakan dengan cara yang menyalahi undang-undang atau atas tujuan yang menyalahi undang-undang Bahawa kesatuan sekerja itu tidak wujud lagi.Notis pemberitahuan pembatalan dikeluarkan minima 30 hariNotis rayuan dalam masa 30 hari terima notis atasBerhak batalkan pendaftaran dalam masa 30 hari tersebut SOALAN DALAM TEKS 4.31. Terangkan prosedur pendaftaran Kesatuan Sekerja.4.10 PENGGANTUNGAN SESUATU CAWANGAN KESATUAN SEKERJA

Sesuatu cawangan kesatuan sekerja yang melanggar peruntukan-peruntukan Akta atau kaedah-kaedah kesatuan boleh digantung oleh Ketua Pengarah.

Perintah penggantungan itu hendaklah dihantar ke pejabat berdaftar kesatuan sekerja atau dengan sendiri diserahkan kepada mana-mana pegawai cawangan itu. Perintah penggantungan ini boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah pada bila-bila masa.4.11 KUASA MENTERI MENGGANTUNGKAN KESATUANSEKERJAAkta membenarkan Menteri mengikut budi bicara sepenuhnyamenggantung mana-mana kesatuan sekerja iaitu

Berpendapat ada maksud tidak baik terhadap kepentingan negara. Tempoh arahan penggantungan itu tidak lebih daripada enam bulan.

(ii) Menteri boleh juga menggantungkan sesuatu kesatuan sekerja berdasarkan desakan keadaan memerlukannya berbuat demikian walaupun sebelum disiarkan dalam warta.

(iii) Menteri juga boleh membuat sesuatu perintah pada masa tersebut atau pada bila-bila masa terkemudian daripada itu, memberi arahan-arahan yang bersifat tambahan atau sampingan atau sebaliknya yang difikirkan perlu dan bermanfaat termasuk arahan-arahan berkenaan dengan sesuatu perkara atau prosiding di hadapan mana-manapihak berkuasa, yang berhubungan dengan kesatuan sekerja atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.(iv) Suatu arahan yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (3).(v) Boleh pada bila-bila masa dibatalkan atau diubah oleh Menteri jika difikirkan perlu atau bermanfaat.(vi) Adalah sah dan mempunyai kuat kuasa dan efek sepenuhnya walau apapun yang tidak kosisten atau bercanggah dnegan apa yang terkandung dalam Akta ini.(vii) Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh diubah atau dibatalkan oleh Menteri pada bila-bila masa. (viii) Apabila arahan penggantungan diperintah oleh Menteri, maka; Pengakuan pendaftaran kesatuan itu terhenti daripada berkuatkuasa dan kesatuan itu terhenti daripada menikmati apa-apa hak, imuniti dan keistimewaaan sesuatu kesatuan sekerja; Kesatuan sekerja dilarang daripada menjalankan sebarang aktiviti; dan Tiada sesiapa boleh mengambil bahagian dalampengurusan atau organisasi atau bertindak atau cubauntuk bertindak bagi pihak kesatuan atau sebagaiseorang pegawai kesatuan.SOALAN DALAM TEKS 4.41. Akta Kesatuan Sekerja 1959 memberi kuasa yangluas kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.Jelaskan kuasa Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.4.12 KEANGGOTAAN4.12.1 Keanggotaan Seseorang Belum Dewasa

21 tahun > ahli > 16 tahun Pelajar bekerja > 18 tahun

Ahli < 18 tahun - tidak layak undi untuk:

(i) Mogok dan tutup pintu dan semua perkara yang berkaitan dengannya;(ii) Mengenakan suatu levi;(iii) Pembubaran kesatuan sekerja atau persekutuan yang berhubungan dengannya; dan(iv) Pemindaan kaedah-kaedah kesatuan sekerja iaitu pindaan tersebut boleh menyebabkan tambahan kepada liabiliti anggota-anggota untuk mencarum atau mengurangkan faedah-faedah yang anggota-anggotanya mempunyai hak.4.12.2 Keanggotaan Pegawai-Pegawai Awam dan Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun

Di bawah Seksyen 27 Ordinan 1959 seseorang pegawai awam boleh menyertai atau menjadi seseorang anggota sesuatu kesatuan sekerja atau boleh diterima sebagai aggota mana-mana kesatuan sekerja dengan syarat mendapat kebenaran daripada Yang di-Pertuan Agong atau telah diwartakan. KSN Diberi kuasa untuk pengecualian pegawai awam yang dilarang.Peraturan Kesatuan sekerja tahun 1971 pula telahmengecualikan pegawai-pegawai awam dalam pekerjaan, jabatan dan kementerian untuk menubuhkan kesatuan :

(i) Anggota-anggota Polis Diraja Malaysia;(ii) Anggota-anggota mana-mana Perkhidmatan Penjara;(iii) Anggota-anggota Angkatan Bersenjata;(iv) Pegawai-pegawai awam yang bertugas dalam keupayaansulit atau keselamatan;(v) Pegawai-pegawai awam yang dilarang di bawah manamanaundang-undang bertulis daripada menubuhkan ataumenjadi anggota-anggota kesatuan sekerja; dan(vi) Pegawai-pegawai awam yang memegang sesuatu jawatandi dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas melainkanpegawai-pegawai awam di dalam kumpulan tersebut, yangtidak dikeluarkan daripada pelaksanaan perenggan inioleh suatu arahan bertulis yang dikeluarkan oleh KetuaSetiausaha Negara.4.12.3 Keanggotaan Kesatuan Pekerja Badan BerkanunPekerja-pekerja pihak berkuasa berkanun dibenarkan menyertai atau menjadi seorang anggota atau diterima sebagai seorang ahli oleh mana-mana kesatuan sekerja tetapi kesatuan sekerja itu hendaklah dikhususkan khas kepada pekerja-pekerja yang diambil kerja oleh pihak berkuasaberkanun yang berkenaan. Walaupun begitu, Akta tidak membenarkan pegawai-pegawai pihak berkuasa berkanun dalam kategori berikut menyertai atau menjadi anggota kesatuan sekerja badan berkanun:

(i) Memegang apa-apa jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas atau yang sama dengannya, melainkan oleh suatu arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara; atau(ii) Bertugas dengan cara sulit atau bagi keselamatan.4.12.5 Pegawai-Pegawai Kesatuan SekerjaTidak layak sebagai anggota eksekutif menurut akta:

(i) Dia bukan warganegara persekutuan;(ii) Dia belum bertugas atau diambil kerja bagi sesuatu tempoh sekurang-kurangnya satu tahun dalam manamana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang mana kesatuan sekerja atau persekutuan itu bersangkutan;(iii) Di telah menjadi seorang anggota eksekutif mana-mana kesatuan sekerja yang mana pendaftarannya telah dibatalkan atau ditarik balik atau di bawah mana-mana undang-undang yang telah dimansuhkan oleh akta;(iv) Dia adalah seorang pemegang jawatan atau pekerja suatu parti politik;(v) Dia telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah undangundang mengenai pecah amanah, pemerasan atau intimidasi atau suatu kesalahan yang pada pendapatKetua Pengarah menjadikannya tidak layak untuk menjadi sebarang pegawai dalam kesatuan sekerja itu; atau(vi) Dia adalah seorang muflis/bankrap.4.12.6 Pekerja-Pekerja Sesuatu Kesatuan Sekerja

Dibenarkan ambil pekerja dan bayar gaji, syarat bukan anggota tetap dan eksekutif:

(i) Seorang setiausaha;(ii) Bendahari; dan(iii) Orang-orang lain yang perlu bagi maksud-maksudkesatuan berkenaan atau sesuatu persekutuan kesatuan sekerja.Larangan sebagai pekerja Kesatuan:

(i) Bukan warganegara;

(ii) Jika dia telah disabitkan kesalahan jenayah oleh manamana mahkaha dan belum menerima pengampunanbebas berkenaan dengannya;

(iii) Jika dia adalah seorang pegawai atau pekerja mana-mana kesatuan sekerja lain; dan

(iv) Jika dia seorang pemegang jawatan atau pekerja suatuparti politik.4.12.7 Pertukaran Nama atau PenyatuanMinima 2/3 undian sokongan ahli

Atau jika gabungan, minima dari ahli satu-satu kesatuan direkodkan undi dan minima 60% setuju4.12.8 Pemindahan Perjanjian-PerjanjianAntara satu-satu kesatuan dalam gabunganJika sama tredTidak boleh memudaratkan mana-mana ahli

Resolusi mesyuarat dihasilkanMinima 2/3 anggota kesatuan hadir / perwakilan hadir

Sah jika:

2/3 setujuKelulusan Ketua Pengarah4.12.9 Notis Pertukaran Nama atau PenyatuanPermohonan bertulis kepada Ketua PengarahTandatangan oleh Setiausaha dan tujuh anggota kesatuan berdaftar

Penyatuan:Tandatangan setiausaha dan tujuh anggota setiap satu kesatuan gabungan.

Kesannya:Tidak menghilangkan prosiding dan tanggungjawab undang-undangTidak boleh mudaratkan mana-mana ahli gabungan daro segi hak dan pemiutang.4.12.11 Pejabat BerdaftarPerlu punyai pejabat berdaftarPerlu maklumkan kepada Ketua Pengarah

Salah: Denda RM50 setiap hari.4.12.12 Kaedah-KaedahPerlu disediakanDicetak dalam bahasa kebangsaan atau bahasa lainDipamerkan di pejabat berdaftarPerlu diberi jika diminta dengan bayaran tiodak lebih RM1Jika tidak dicetak (ditaip dsb), perlu ditandatangani Presiden, Setiausaha dan BendahariSalinan dalam bahasa Kebangsaan mesti dihantar ke Ketua Pengarah untuk kelulusan dalam masa 50 hariBerkuatkuasa sebaik lulus dan didaftar Ketua Pengarah4.12.13 Undi SulitPerlantikan wakil ke mensyuarat agungPerlantikan pegawai selain pemegang amanahPerkara berhubung mogok dan tutup pintuBerkaitan suatu leviPembubabaran atau gabunganPindaan kaedah yang sebabkan libiliti kepada ahliPenyatuan dan pemindahan perjanjian.

Perlu disertakan resolusi, kertas undi disimpan minima 6 bulan4.12.14 Pemberitahuan Mengenai Pertukaran Pegawai-Pegawai Kerja dan Pekerja-PekerjaPerlu pamerkan nama-nama pegawai pada masa itu dan pegawai sementara pada masa itu di pejabat berdaftar

Notis dibuat kepada Ketua Pengarah dalam mas 14 hari selepas pertukaran.4.12.15 Pemberitahuan Mengenai PembubaranMenurut seksyen 42 sesuatu kesatuan sekerja berdaftar yang dibubarkan dengan sukarela, perlulah;

(i) Menyerah notis mengenai pembubaran yangditandatangani oleh tujuh oleh tujuh orang anggotadan oleh setiausaha kesatuan yang berkenaan; dan

(ii) Dihantar kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 14hari dari tarikh pembubaran.4.12.16 Pemegang AmanahMinima 3 orang pemegang amanah

Bendahari dan Setiausaha tidak boleh jadi pemegang Amanah

Perbadanan dilulus KP boleh dilantik Pemegang Amanah tunggal

Butir Pemegang Amanah yang dilantik/tukar dikemukakan kepada KP dalam masa 14 hari4.12.17 Hak dan Imuniti Kesatuan SekerjaPerlu berdaftar dengan KP untuk dapat hak dan imuniti, seperti:

Tindakan mogok yang sah tidak boleh dibawa ke mahkamah

Hak untuk mendakwa atas nama Kesatuan berdaftar4.12.18 Wang dan Akaun KesatuanWang kesatuan sekerja berdaftar boleh dibelanjakan hanya bagi tujuanseperti membayar gaji, elaun dan perbelanjaan pegawai dan pekerjakesatuan sekerja, membayar kos dan perbelanjaan pentadbiran kesatuan sekerja, perbelanjaan dalam menyelesaikan pertikaian, pampas an bagi anggota-anggota kerana kerugian yang berbangkit daripada pertikaian tred dan sebagainya

Wang kesatuan sekerja boleh digunakan untuk tujuan pelaburan dengan syarat mendapat kelulusan daripada Menteri terlebih dahulu.

Perlu disediakan laporan tahunan.4.13 HAK DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA DAN KESATUAN MASING-MASING

4.13.1 Hak-Hak Pekerja dan MajikanAkta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP) menjelaskan bahawa tiada sesiapapun boleh campur tangan dengan menghalang atau memaksa seorang pekerja atau seorang majikan dalam menjalankan hak-haknya Iaitu

(i) Hak untuk menubuh dan membantu penubuhankesatuan sekerja;(ii) Hak untuk memasuki suatu kesatuan sekerja; dan(iii) Hak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang sah.4.13.2 Larangan ke Atas Majikan dan Kesatuan Sekerja MerekaBerkenaan dengan Tindakan-Tindakan TertentuAdakan kontrak halang pekerja anggotai kesatuanEnggan menggaji ahli kesatuanDiskiriminasi ahli kesatuanMemecat atau ancaman kepada ahli kesatuan, niat jadi ahli, sertai aktiviti.Mendorong pekerja berhenti dari kesatuan twaran atau imbuhan

Boleh jika ianya untuk kebaikan pekerja terbabit, cth kenaikan pangkat, atau tugasan khusus seperti HR4.13.3 Larangan Terhadap Pekerja-Pekerja dan Kesatuan Sekerja Mereka Berkenaan dengan Tindakan-Tindakan Tertentu

(i) Memujuk seseorang pekerja untuk memasuki atau tidakmemasuki kesatuan sekerja kecuali dengan kebenaranmajikan di tempat kerja majikan;(ii) Mengancam mana-mana orang supaya menjadi atau tidakmenjadi atau terus menjadi atau berhenti daripadamenjadi seorang ahli atau pegawai suatu kesatuan sekerja;atau(iii) Mendorong mana-mana orang supaya tidak menjadi atauberhenti daripada menjadi ahli atau pegawai suatukesatuan sekerja dengan memberi atau menawar untukmemberi kepada mana-mana orang atau denganmemperolehi atau menawar untuk memperolehi apa-apafaedah.4.13.5 Sikap Majikan Terhadap Kesatuan Sekerja

Menurut Marilyn, respons majikan terhadap kesatuan sekerja secarakasarnya dapat diklasifikasikan seperti berikut:

(i) Konflik atau permusuhan terbuka;(ii) Mengawal sikap bermusuhan;(iii) Berkompromi; dan(iv) Bekerjasama.4.13.6 Mewujud Persekitaran Tanpa KesatuanWujudkan hubungan yang baik antara majikan-pekerja

Contoh:

Upah yang kompetitif / tinggiPenglibatan pekerja dalampembuatan keputusanMenghapus halangan-halangan komunikasi / statusPeranan Jabatan Sumber Manusia yang baik latihan,perkembanganIklim kerja yang menarikLayanan kesamarataan tanpa prejudis/diskriminasiKemudahan-kemudahan tambahan untuk keselesaan pekerja pengangkutan, rehat, bersukan4.14 ORGANISASI KESATUAN SEKERJA4.14.1 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)MTUC ialah singkatan kepada Malaysian Trade Union Council Ditubuhkan pada tahun 1949 Tahun 1958 perkataan 'Majlis'digantikan dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaya. Denganterbentuknya Malaysia, MTUC menukarkan namanya kepada KongresKesatuan Sekerja Malaysia (Malaysian Trade Union Congress). KehadiranMTUC dalam arena pergerakan buruh bermula apabila kerajaan kolonialmengharamkan pergerakan kesatuan sekerja yang didokongi olehkomunis (PKM) pada tahun 1948. MTUC didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1948. MTUC mewakili pelbagai tred dan industri.MTUC adalah kesatuan sekerja yang membela kepentingan pekerja dalamsektor swasta.

MTUC dipengaruhi atau ditentukan oleh perwakilan yang mempunyai ahli yang ramai khususnya kesatuan-kesatuan sekerja yang besar seperti National Union of Plantation Workers (NUPW - terdiri daripada 83,992 orang ahli pada tahun 1998) dan sebagainya.Objektif MTUC ialah

(i) Memberi khidmat nasihat kepada ahli-ahli;(ii) Menyampaikan pandangan buruh kepada kerajaan;(iii) Menyampaikan pandangan pekerja berhubung dengan isu-isu nasional seperti perancangan pembangunan dan pendidikan;(iv) Membantu pekerja yang tidak menjadi ahli kesatuan sekerja; dan(v) Menjalankan penyelidikan.4.14.2 Kongres Kesatuan-Kesatuan Kakitangan Awam dan Perkhidmatan Awam (CUEPACS)CUEPACS adalah singkatan bagi Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services.

Didaftarkan pada 23 Oktober 1957 di bawah Enakmen Kesatuan Sekerja.

CUEPACS dianggotai oleh lebih 100 buah kesatuan sekerja awam dengan keahlian melebihi 250,000 orang

CUEPACS berfungsi sebagai jurubicara bagi pekerja-pekerja perkhidmatan awam. Dari segi sejarahnya CUEPACS pemah berpisah dengan MTUC pada tahun 1969 dan menyertai MTUC semula pada tahun 1981. Namun begitu CUEPACS sekali lagi berpecah dari MTUC.Objektif-objektif CUEPACS

Memelihara kepentingan dan menambah baik pekerjaan kesatuan-kesatuan gabungannya;(ii) Melindungi kepentingan kesatuan-kesatuan gabungan dan ahli-ahlinya;(iii) Berjuang bagi menambah baik keadaaan pekerjaan ahli-ahli dalam kesatuan-kesatuan gabungannya; dan(iv) Memelihara peraturan-peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan kepentingan ahli-ahli kesatuan khasnya dan kesatuan sekerja amnya.4.14.3 Pertubuhan Buruh Malaysia (MLO)

MLO ialah singkatan bagi Malaysian Labour Organization

Ditubuhkan ekoran beberapa peristiwa sebelum tahun 1989, perpecahan kepimpinan MTUC.

Kemudian menyertai semula MTUC pada 19964.14.4 Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)

Di pihak majikan atau pengurusan pula terdapat beberapa kesatuansekerja majikan seperti The Malayan Agricultural Producers Association(MAPA), The Malayan Commercial Bank Association (MCBA), The Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan sebagainya.

Seperti MTUC, The Malaysian Employers Federation (MEF) mewakili kesatuan-kesatuan sekerja majikan. Keahlian MEF terdiri daripada firma-firma individu dan persatuan-persatuan majikan. MEF mempunyai perwakilan dalambeberapa majlis dan badan seperti Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan(NLAC), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan KeselamatanSosial (SOCSO), Majlis Gaji, dan sebagainya.Objektif MEF ialah(i) Untuk memelihara semua pertubuhan-pertubuhanmajikan;(ii) Menyelaras dan menyampaikan pandangan majikan-majikan mengenai hal-hal buruh;(iii) Menaikkan, melindungi dan membela kepentinganmajikan-majikan secara umum;(iv) Memberitahu dan menasihat ahli-ahli mengenaiimplementasi undang-undang buruh; dan(v) Menasihati ahli-ahli mengenai penyelesaian pertikaianperusahaan.akta- undang-undang yang digubal oleh parlimenenakmen- undang-undang yang digubal oleh DUN Semenanjung dan Sabah selepas kemerdekaanordinan- undang-undang di sarawak, serta undang-undang yang di gubal di Sabah dan parlimen SEBELUM MERDEKA