Keserasian Alam Sekitar

  • View
    113

  • Download
    6

Embed Size (px)

Transcript

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar Keserasian Alam Sekitar. Pendahuluan KONSEP KESERASIAN DALAM ALAM SEKITAR. Sumber alam ialah segala sesuatu yang memungkinkan organisme hidup untuk meningkatkan pengubahan energi (Watt, 1973 dalam Soeriaatmadja, 1997). Sumber semulajadi Alam adalah semua kekayaan bumi, baik biotik maupun ambiotik yang dapat dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan dan kesejahteraan manusia, misalnya: tumbuhan, haiwan, udara, air, tanah, bahan makanan, angin, cahaya matahari, dan mikrob (jasad renik). Alam memiliki sifat yang beraneka ragam, tetapi harus serasi dan seimbang. Oleh karena itu, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar harus terus dilakukan untuk mempertahankan keserasian dan keseimbangan tersebut. Semua kekayaan yang ada di bumi ini, baik biotik mahu pun ambiotik, yang dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan manusia merupakan sumber alam. Tumbuhan, haiwan, manusia, dan mikrob merupakan sumber alam semulajadi, sedangkan faktor ambiotik lainnya merupakan sumber alam yang bukan semulajadi. Pemanfaatan sumber alam harus diikuti oleh pemeliharaan dan pelestarian karena sumber alam bersifat terbatas. Manusia di dalam kehidupannya tidak terlepas dari berbagai-bagai keperluan. Keperluan tersebut secara umum dapat dibahagi kepada: 1) keperluan asas iaitu keperluan mutlak berupa pakaian, makanan, tempat tinggal dan udara bersih, 2) keperluan sekunder iaitu segala sesuatu yang diperlukan untuk dapat lebih menikmati hidup berupa rekreasi, pendidikan, pengangkutan dan hiburan. Setiap orang memandang dan memenuhi keperluannnya mengikut cara yang berlainan, dipengaruhi oleh faktor ekonomi, pertimbangan

1

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar keperluan, sosial budaya dan waktu. Semakin tinggi tingkat pemenuhan keperluan untuk kelangsungan hidup, maka semakin baik pula mutu hidup. Derjat pemenuhan keperluan asas manusia dalam keadaan persekitaran disebut mutu persekitaran. Keinginan manusia terhadap sumber alam untuk memenuhi keperluan asasnya dibatasi oleh sokongan persekitarannya, iaitu ketersediaannya pada alam dan adanya cukup ruang untuk hidup pada tingkat kestabilan sosial tertentu. Sokongan persekitaran dalam hal ini dapat dinyatakan sebagai kemampuan persekitaran untuk menyokong perikehidupan semua makhluk hidup. Penyebaran sumber alam di bumi ini tidaklah merata letaknya.

Misalnya, ada bahagian bumi yang sangat kaya sumber mineral, ada pula yang tidak. Ada yang baik untuk pertanian ada pula yang tidak. Oleh karena itu, agar pemanfaatannya dapat berkesinambungan, maka tindakan eksploitasi sumber alam harus disertai dengan tindakan perlindungan. Pemeliharaan dan pengembangan persekitaran hidup harus dilakukan dengan cara yang rasional yang antara lain adalah seperti berikut: 1. Memanfaatkan sumber alam yang dapat diperbaharui dengan hatihati dan efisien, misalnya: air, tanah, dan udara. 2. Menggunakan (campuran). 3. Mengembangkan kaedah menambang dan memproses yang efisien, serta kitar semula (recycling). 4. Melaksanakan etika persekitaran berdasarkan falsafah hidup secara damai dengan alam. Alam merupakan suatu kesatuan, terdiri dari banyak bahagian, seperti organisme dengan organ-organnya. Semua bagian berjalan secara harmoni, saling melayani dan memerlukan. Tiap organ memiliki peranan masingmasing, saling melengkapi dan memberikan sinergi untuk menghasilkan keseimbangan secara optima, dan berkesinambungan. Setiap komponen tidak berfikir dan bertindak hanya demi aku, tetapi untuk kita, keseluruhan alam. Demikian halnya Alam, melindungi dan menggunakan bahagianbahan pengganti, misalnya hasil metalurgi

2

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar bahagiannya secara harmonis. Serasi dengan alam secara etika

bermakna pengubahan sikap, paradigma cara berfikir manusia terhadap alam, tidak ada anggapan manusia berkuasa terhadap makhluk lain. Sehingga apa yang diekspresikan di alam persekitaran adalah memanfaatkan energi yang bebas beredar, relatif tidak berbahaya, melalui pemanfaatan sumber alam, dengan tidak meniadakan bentuk kehidupan lain di alam. Tindakan yang selaras dan seragam terhadap alam adalah dengan perubahan cara hidup, berupa tindakan untuk mulai berbuat sesuatu sekecil apapun dalam kecekapan tenaga dalam kehidupan sehari-hari, tanpa mengorbankan sesuatu yang bernilai. Pembangunan seharusnya diarahkan pada Pembangunan

berkesinambungan yang berwawasan . Persekitaran hidup adalah keupayaan sedar dan terencana, yang menyepadukan pesekitaran, termasuk sumber alam, ke dalam proses pembangunan untuk menjamin kemampuan, kesejahteraan, dan mutu hidup generasi masa kini dan generasi masa depan. Sasaran pengelolaan alam sekitar adalah : (a) tercapainya keselarasan, keserasian, dan keseimbangan antara manusia dan lingkungan hidup; (b) terwujudnya manusia sebagai insan lingkungan hidup yang memiliki sikap dan tindak melindungi dan membina lingkungan hidup; (c) terjaminnya kepentingan generasi masa kini dan generasi masa depan; (d) tercapainya kelestarian fungsi persekitaran hidup; (e) terkendalinya pemanfaatan sumber alam secara bijaksana.

Sehubungan dengan itu, saya bersamasama rakan sekerja telah merancang dan menjalankan satu mini projek yang bertujuan untuk menjaga keindahan dan seserasian alam sekitar di kawasan sekolah. Mini projek ini dikenali sebagai projek serasi Taman Mini Hijau.

3

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar

Projek Serasi Taman Mini Hijau Latar Belakang. Projek ini merupakan satu program yang dirancang khas untuk muridmurid yang berada di tahap dua iaitu murid tahun 4,5 dan 6. Projek Taman Mini Hijau telah dirancang khas sebagai salah satu aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid tahun 4,5 dan 6 sebagai sumbangan mereka bagi menghijaukan persekitaran sekolah selain menyedarkan dalam diri murid-murid betapa pentingnya menghargai alam sekitar. Tema Projek Sreasi Taman Mini Hijau ini ialah Satu Pokok Satu Murid

Apakah Projek Serasi Taman Hijau: Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menhargai alam sekitar pada sepanjang masa. Projek ini juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari. Objektif Projek Serasi Taman Mini Hijau

Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

4

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar

Mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.

Konsep Projek Serasi Mini Taman Hijau 1. Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa. 2. Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar merentas ko-korikulum. 3. Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. 4. Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan penghijauan sekolah. Matlamat Projek Taman Hijau. Projek ini dapat membantu pihak sekolah menguruskan penghijauan taman secara teratur supaya kelihatan indah dan serasi dengan persekitaran sekolah. Pihak sekolah juga dapat menggalakkan penanaman tumbuhtumbuhan dalam atau luar sekolah. Projek Taman Mini ini adalah bertujuan untuk menambahkan lagi keceriaan dan keindahan landskap kawasan sekolah. Projek ini telah dijalankan selama seminggu melalui kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dengan Panitia Sains dan juga Kemahiran Hidup.

Proses Perlaksanaan Projek Setiap murid yang terllibat dalam menjayakan projek ini di minta membawa satu pokok dari pelbagai jenis pokok daripada rumah masing-masing. Guru dan murid sama-sama menanam pokok-pokok tersebut.

5

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar Projek ini dijalankan sepenuhnya oleh murid-murid tahun 6 dan juga kerjasama guru-guru yang ditugaskan sebagai fasilitator sepanjang program ini berjalan. Dengan adanya kerjasama yang jitu antara murid dengan usaha guru, maka projek ini dapat dijalankan seperti yang dirancang. Seterusnya projek ini di laksanakan secara berterusan.

6

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar Perjalanan dan senario Perlaksanaan projek Serasi Taman Mini Hijau di Sk Pekan Semporna Dua Semporna. a. Majlis Perasmian ( Pecah Tanah ) oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

7

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar b. Proses Membersihkan Kawasan & Meratakan Tanah

c. Proses mengembur tanah

8

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar

d. Proses menanam bunga

9

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar

e. Menjaga dan menyiram bunga

10

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar

f. Tanaman mula subur

11

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar Salah satu Hasil Projek setelah di jaga dengan rapi setiap hari.

12

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar Gambar di bawah menunjukkan suburnya tumbuhan hijau yang di tanam di sekitar sekolah.

13

Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar

Kesimpulan: Sebagai seorang yang beriman, kita tidak mahu kemajuan sains dan teknologi yang dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak nafsu manus