13
KESESUAIAN MASA DAN TEMPAT DALAM PENYEBUTAN HADIS Mujahidah Nasuha Nur Farhana

Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Hadis

Citation preview

Page 1: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

KESESUAIAN MASA DAN TEMPAT DALAM PENYEBUTAN HADIS

Mujahidah NasuhaNur Farhana

Page 2: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

PENGENALAN

Islam ialah agama samawi yang terakhir dan bersifat sejagat (universal). Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan Nabi terakhir untuk disampaikan kepada semua golongan manusia. Segala ajaran dalam Islam telah pun disampaikan sepenuhnya oleh Baginda dalam bentuk yang paling sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Oleh itu ajaran Islam berada dalam keadaan yang sempurna dan lengkap untuk manusia pada setiap tempat zaman sebagaimana dijelaskan oleh al-Qur’an:

Maksudnya >

Maka pada hari ini Aku (Allah) telah menyempurnakan agama kamu bagi kamu Aku telah menyempurnakan rahmatKu untuk kamu, dan Aku (Allah) telah reda bagi kamu sekalian akan Islam itu menjadi Din (agama) kamu.

(Almaidah:3)

Page 3: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

Pada peringkat awal Islam, Nabi s.a.w. beserta para sahabat telah bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus menyebarkan Islam di mata dunia. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, tugas mengembangkan Islam dan berdakwah pada jalan Allah adalah menjadi tanggugjawab ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya.

Dalam al-Qur‘an tedapat beberapa ayat yang menggesa supaya tugasan dakwah ini dilaksanakan oleh setiap umat Islam, antaranya:

Maksudnya:

Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar.

Mereka inilah orang-orang yang beruntung (Ali-Imran 104)

Page 4: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

Firman Allah S.W.T lagi, maksudnya:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah

(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah. (Ali- Imran 110)

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an tersebut, tugasan dakwah ini merupakan satu agenda penting yang harus dipikul dalam kehidupan setiap umat Islam. Namun bagi memastikan agenda ini berjaya menarik ramai sasaran sama ada dari kalangan umat Islam sendiri mahupun non-muslim, maka pendekatan yang sesuai serta bersistematik dan berstrategi perlu diatur dan disusun secara terancang.

Page 5: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana

kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an)

dan sunnahku.” (HR Malik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619)

Page 6: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

KISAH 1 : MEMULIAKAN TETAMU

Dari Abu Hurairah R.A katanya: “ Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka

janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan

tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”      

hadith riwayat Muslim

Page 7: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

DIKISAHKAN bahwa ketika berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israil, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata: “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah.”Setelah fakir itu berkata demikian, maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.

Sebaik gadis itu memberikan roti itu, maka keluarlah bapa gadis berkenaan yang bakhil terus memotong tangan kanan anak gadisnya hingga putus.

Sejak peristiwa itu, Allah mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya hingga dia menjadi seorang yang fakir.

Akhirnya, dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah itu.

Page 8: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

Ibu itu terpegun dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis itu dan berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis berkenaan.

Maka, selepas perkahwinan itu selesai, si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahwa dia kudung kerana ibunya merahsiakan perkara itu. Apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.

Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata: “Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tata cara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”

Selepas si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Page 9: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu: “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah SWT, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana-Allah, maka tidak ada halangan bagi-Allah SWT memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”

Setelah gadis itu mendengar suara itu, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya dan mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya. Dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir. Sesungguhnya apabila dia datang ke rumah kita, maka dia adalah tetamu kita.

Page 10: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

KISAH 2 : ADAB DUDUK DALAM MAJLIS

Daripada Abu Waqid Al-laitsi r.a. Berkata, “Rasulullah s.a.w. Sedang duduk di masjid bersama orang ramai ketika menyampaikan ceramahnya, tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua daripada mereka mendatangi Nabi s.a.w. Sedang yang seorang lagi terus pergi begitu saja. Seorang daripada mereka mencari-cari ruang yang kosong dalam majlis itu, lalu dia duduk di situ. Dan seorang lagi terus duduk di belakang.

Setelah Rasullulah s.a.w. Selesai memberikan pengajian Baginda bersabda, “perhatikanlah”, kuberitahukan kepada anda sekalian tentang orang yang bertiga itu. Seorang antaranya mencari tempat di sisi Allah, maka Allah melapangkan tempat baginya. Orang yang kedua malu-malu pula kepadanya. Dan orang yang ketiga jelas berpaling, maka Allah berpaling pula daripadanya.’

Page 11: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

PENGAJARAN

o Seorang alim yang menyampaikan kuliahnya hendaklah duduk di tengah-tengah murid-rmuridnya di tempat yang boleh dilihat dengan jelas oleh semua orang.

o Disunatkan membentuk halakah dalam majlis ilmu dan zikir.

o Makruh keluar dari dalam masjid ketika sedang berlangsungnya ceramah tanpa alasan yang munasabah.

o Kita hendaklah mengisi kawasan yang renggang dengan penuh adab tanpa mengganggu para hadirin yang sedia ada.

o Hendaklah duduk tetap di suatu tempat sehingga selesai pengajian atau ceramah melainkan jika ada keuzuran.

Page 12: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

KISAH 3 : LELAKI MEMBUNUH DIRI

• Daripada jundub al-bajli r.a. bahawa rasulullah s.a.w. bersabda: “ ada seorang lelaki sebelum kamu yang menderita sakit, disebabkan ia tidak sabar menahan penyakitnya, kemudian ia memotong urat nadinya hingga mengalir darah terus-menerus yang tiada berhenti sehingga menyebabkan kematiannya.

• Kemudian Allah berfirman: “ hambaku mempercepatkan kematiannya, maka haram baginya masuk syurga.”

Page 13: Kesesuaian Masa Dan Tempat Dalam Penyebutan Hadis

PENGAJARAN

• Keutamaan sabar dalam menghadapi musibah dan larangan menyeksa diri.

• Larangan berbuat sesuatu untuk membunuh diri.

• Walaupun berdosa, manusia diberi peluang untuk bertaubat.