36
KESIHATAN DIRI Selepas mempelajari bab ini,pelajar akan:- Menyatakan jenis –jenis pemeriksaan ujian dalam saringan kesihatan Menjelaskan faedah melakukan saringan kesihatan Menyenaraikan 4 daripada 5 permasalahan fizikal yang boleh mengganggu keupayaan individu.

Kesihatan diri

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TINGKATAN 5

Citation preview

KESIHATAN DIRI

Selepas mempelajari bab ini,pelajar akan:-

Menyatakan jenis –jenis pemeriksaan ujian dalam saringan

kesihatan

Menjelaskan faedah melakukan saringan kesihatan

Menyenaraikan 4 daripada 5 permasalahan fizikal yang boleh

mengganggu keupayaan individu.

Sub-Topik

a)Saringan kesihatan

b)Permasalahan fizikal

c)Penjagaaan kesihatan

Saringan kesihatan

i)Ujian tekanan darah

ii)Ujian air kencing

iii)Ujian senaman berperingkat

(GXT)

iv)Pemeriksaan sendiri payu dara

dan testis

v)Pemeriksaan sendiri payu dara

(PSP)

vi)Pemeriksaan sendiri testis (PST)

Permasalahan fizikalObesiti

Kurang upaya

Keabnormalan postur

Keabnormalan ortopedik

Jerawat

Penjagaan kesihatan

Tahap kecergasan

Pemakanan

UJIAN TEKANAN DARAH

Semakin usia meningkat, tekanan darah tinggi

boleh

menyebabkan:-

Serangan sakit jantung

Lumpuh (strok)

Buah pinggang tidak berfungsi

Buta

Bagaimana ujian ini dilakukan?

1-Sekeping kain (cuff) akan dililitkan pada bahagian atas lengan anda. Ia

akan disambungkan pada alat untuk menyukat tekanan darah iaitu

sphygmomanometer

2-Kain tersebut (cuff) akan dipamkan dan mengembung dan anda akan rasa

sedikit tekanan di kawasan sekeliling lengan

3-Doktor atau jururawat akan mendengar bacaan untuk mengesan tekanan

darah anda dan sesudah itu tekanan tersebut akan dilepaskan

4-Ada juga alat memeriksa tekanan darah tinggi secara automatik. Mesin ini

secara automatik akan mengembung dan mengempiskan lilitan (cuff). Bacaan

tekanan darah anda akan tertera pada skrin mesin dalam masa beberapa saat

UJIAN AIR KENCING

Dilakukan untuk mengesan kandungan glukosa.

Sedikit sampel air kencing dimasukkan ke dalam

botol kecil

Alat pengesan glukosa diendam ke dalam air

kencing selama 2 minit.

Sekiranya glokosa dikesan , warna kuning (neutral)

kertas akn bertukar kepada warna hijau cerah atau

gelap.

Warna ini akan dibandingkan dengan warna

pengukur pada bekas penguji untuk menentukan

kadar glukosa.

Kadar glukosa dikira dengan menggunakan mol.

UJIAN SENAMAN BERPERINGKAT (GXT)

Dilakukan untuk mengesan penyakit jantung.

Aktiviti elektrik semasa jantung berdenyut boleh

dikesan dengan elektrokardiogram (ECG).

jantung yang sihat menghasilkan gelombang

elektrokardiogram yang normal.

PROSEDUR UJIANPesakit dikehendaki berlari di atas treademill dengan

peningkatan intensiti secara berperingkat.

Elekttod diletakkan pada bahagian atas badan di

tempat yang ditetapkan.

Ukuran gelombang elektrik akan diambil semasa

pesakit sedang melakukan larian .

Sekiranya gelombang elektrik pesakit

abnormal ,pesakit disyaki menghidap penyakit jantung

PEMERIKSAAN SENDIRI PAYU DARA DAN TESTIS

1. Pemeriksaan dilakukan sebulan sekali untuk

mengesan tanda-tanda awal kanser payu dara

atau testis.

2. Kanser payu dara ata u testis berpunca daripada

sel-sel kanser yang terdapat pada tisu-tisu payu

dara atau testis.

3. Sel ini akan merebak ke kawasan lain dan boleh

mebawa maut sekiranya tidak dirawat.

PEMERIKSAAN SENDIRI PAYU DARA

Risiko

1. Telah mengalami kanser pada sebelah payu dara.

2. Sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payu dara. Risiko lebih tinggi bagi ibu, anak, adik atau kakak ahli keluarga yang mendapat kanser payu dara. Risiko anda mendapat kanser selepas umur 30 tahun meningkat 2 hingga 3 kali ganda.

3. Wanita yang tidak pernah melahirkan anak dan telah berusia lebih

30 tahun.

4. Wanita yang mengalami haid lebih awal (sebelum umur mencapai

12 tahun) atau lewat putus haid (selepas umur 55 tahun).

BAGAIMANA CARA MELAKUKANNYA ?

SEMASA MANDI

Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu

jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke

serata tempat bagi setiap payu dara. Gunakan

tangan kanan untuk memeriksa payu dara sebelah

kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payu dara

kanan. Periksa sama ada terdapat gumpalan/ketulan

keras, menebal di payu dara anda.

BERDIRI DI HADAPAN CERMIN

Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.

Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payu dara anda ke hadapan.

Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.

Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

BERBARING

Untuk memeriksa payu dara sebelah kanan, letakkan bantal

di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di

belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak

perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari

bahagian pangkal payu dara.

Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah

puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian

payu dara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada

payu dara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah

bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala.

Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di

bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

PEMERIKSAAN SENDIRI TESTIS(PST)

Langkah pemeriksaan sendiri testis:-

berdiri di hadapan cermin besar .Periksa skrotum untuk

melihat tanda-tanda bengkak atau lebam pada kulit.

Periksa kedua-dua testis dengan jari telunjuk dan jari hantu di

bawah testis kanan serta ibu jari di sebelah atas testis. Golekkan

testis dengan perlahan-lahan di antara jari-jari tersebut.

Ulang perbuatan seperti langkah 2 di atas pada sebelah kiri

testis. Sekiranya terjumpa ketulan kecil yang keras bersaiz biji

kacang, segera berjumpa dengan doktor.

PERMASALAHAN FIZIKAL

OBESITI

KURANG UPAYA

KEABNORMALAN POSTUR

KEABNORMALAN ORTOPEDIK

JERAWAT

OBESITI

Adalah kegemukan dan masalah yang kerap

dialami oleh masyarakat kita.

Kita dianggap obes jika Indeks Jisim Badan atau

Body Mass Index (BMI) kita berada dalam julat 30

hingga 39.9.

sekiranya julat BMI melebihi 40, dia dilabel

sebagai lampau obes.

Punca obesiti adalah genetik, kerosakan pada salah satu

bahagian otak, pola pemakanan berlebihan, kurang

bersukan, pengaruh emosional dan lingkungan persekitaran.

Kesan obesiti adalah kurang keyakinan diri, masalah fizikal

kerana kesukarannya untuk bergerak cergas, mudah penat,

tidak mempunyai kekuatan dan daya tahan otot yang baik

lalu menyebabkan mudah tercedera, diabetes, kanser, sakit

jantung dan hipertensi.

KURANG UPAYA

Terdapat pelbagai bentuk kurang upaya

daripada yang ringan kepada yang kronik.Kurang

upaya boleh mengganggu pergerakan individu.

Kadangkala kerja-kejra harian seperti memakai baju,

makan, menulis dan berjalan terpaksa dibantu oleh

orang lain.

Punca kurang upaya adalah disebabkan genetik

(baka), kelahiran pra-matang (lahir tidak cukup

bulan), sawan, demam panas, pengambilan ubat-

ubatan secara berlebihan dan terbabit dengan

kemalangan yang menyebabkan kecederaan kekal.

Kesan kurang upaya adalah pergerakan terhad,

kerja harian terbatas, kurang keyakinan diri, peluang

terhad dalam aktiviti fizikal dan kurang pergaulan.

KEABNORMALAN POSTUR

Keabnormalan postur berpunca daripada penyakit

scoliosis (pertumbuhan tulang belakang tidak

seimbang), dan lordosis/kyphosis (pembesaran

tulang belakang berbentuk bonggol.

Keabnormalan postur disebabkan kecacatan sejak

lahir, penyakit sarat dan otot, jangkitan dan

pertumbuhan ketika bayi, duduk dalam keadaan

janggal, duduk membongkok, dan tidur atas tilam

nipis dalam tempoh masa yang panjang.

• Kesan bagi individu yang mengalami

keabnormalan postur adalah pergerakan sukar

dilakukan (kurang kelenturan), dan mudah

mengalami kecederaan sekiranya melakukan aktivit

lasak.

KEABNORMALAN ORTOPEDIK

Ia berlaku disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak normal pada

tulang dan otot kaki. Terdapat beberapa jenis keabnormalan

ortopedik seperti pengkar (club foot), bow legged dan knock-knees.

Pengkar berlaku disebabkan oleh serangan sawan ketika kecil.

Ianya terjadi kerana otot kaki sebelah dalam gagal untuk membesar

selari dengan otot kaki sebelah luar. Oleh sedemikian, tapak kaki

akan berpusing ke sebelah dalam.

Bow legged terjadi kerana otot kaki menarik tulang kaki keluar.

Knock-knees pula disebabkan otot menolak tulang kaki keluar.

Hal ini akan mengakibatkan individu tersebut

berjalan kengkang, lutut bergesel ketika berjalan,

sukar bergerak secara normal, dan kurang aktif

dalam aktiviti fizikal.

JERAWAT

Adalah radang kelenjar sebaceous yang

mengandungi nanah pada bahagian kulit.

Jerawat berpunca daripada infeksi bakteria

khusnya bakteria staphylococcus,

ketidakseimbangan hormon, makanan, cuaca,

penggunaan bahan kimia, dan stres.

Kesan berjerawat adalah kurang keyakinan diri,

pergaulan sosial terganggu, menurungan,

kegusuran, kurang harga diri, dan pengangguran

(kadar tidak bekerja).

Kita perlu menjaga kebersihan muka untuk

mengelakkan daripada jerawat.

PENJAGAAN KESIHATAN

TAHAP KECERGASAN

PEMAKANAN

APAKAH KECERGASAN FIZIKAL???

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan

kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian

tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga

untuk melakukan aktiviti kesenggangan.

Kita digalakkan bersenam selama 30 minit sehari ,

tiga kali seminggu bagi mengekalkan tahap

kecergasan yang minimum.

Aktiviti yangdijalankan perlu bertumpu kepada

membina daya tahan kardiovaskular, daya tahan dan

kekuatan otot, ketangkasan dan flexibiliti.

Antara aktiviti yang digalakkan ialah:- berkayak,

berbasikal dll.

PEMAKANAN

Amalkan diet yang seimbang dan mengurangkan makanan yang

berlemak dan berminyak.

Kita boleh mengambil makanan yang mengandungi kadar

fitokimia (phytochemical), antioksidan dan asid lemak omega-3

yang tinggi. Makanan ini melindungi kita daripada diserang

penyakit jantung dan kenser.

Pemakan seimbang perlu diamalkan mengikut aras piramid

makanan.

PIRAMID MAKANAN

KESIMPULAN:-

Menjaga kesihatan diri amat penting bagi

mengelakkan diri dari diserang penyakit kronik .

Penjagaan kesihatan dapat dilakukan dengan

bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang.

Langkah ini akan dapat melahirkan generasi muda

yang mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.