Kesihatan Hamster

Embed Size (px)

Citation preview

KESIHATAN HAMSTERHamster merupakan haiwan peliharaan yang sihat dan dapat hidup baik selama dua tahun atau lebih. Mereka perlu kandang yang selesa, jauh dari kekeringan dan kelembaban, perlu dibersihkan baik dan teratur. Mereka memerlukan makananan campuran yang lengkap dan memenuhi keperluan mereka. Mereka perlu makanan buah-buahan yang segar atau sayuran dalam jumlah sedikit. Mereka suka bermain dan keluar untuk bermain bersama dengan pemiliknya.

Pada hamster yang sihat, mata mereka akan bersih, cerah, memiliki bulu yang gebu dan telinga yang tegak. Walaupun hamster baru saja bangun dari tidurnya, sebentar saja telinganya akan berdiri tegak dengan baik. Hamster memiliki dua tanda/bercak pinggul atau scent gland pada sisi tubuh mereka (di pinggul mereka). Ini normal dan mereka akan membesar atau juga dapat kelihatan seperti kudis pada beberapa hamster bulu pendek. Jangan diusik kerana dapat menyebabkan hamster anda masalah.

Hamster yang sakit akan diam saja di sarangnya walaupun terdapat aktiviti yang menarik di luar. Waktu dia keluar, matanya mungkin setengah tertutup dan telinganya tetap turun dan rata dengan kepalanya.

Tip kesehatan: Cucilah tangan anda sebelum memegang hamster anda jika anda sakit perut atau cirit-birit. Hamster anda mungkin dijangkiti kuman. Jangan menyembur aerosol/racun serangga disekitar kandang karana dapat membahayakan hamster anda.

Makanan HamsterHamster merupakan haiwan pengerat ( macam arnab ), mereka akan makan semua makanan yang ada depan mata mereka terutama yang berbau manis atau bau yang menarik. Tak kisah la apa jenis makanan tu..mereka main tibai je. Kalau bagi je makanan mesti akan makan.

Kuaci ini kegemaran hamster..jangan manjakan dengan kuaci. Hamster suka sangat dengan kuaci atau biji bunga matahari. Buktinya, hamster aku akan makan kuaci kalau aku bagi mix kekacang pada dia. First choice dia adalah kuaci ( kuaci wangi paling dia suka ). Sebenarnya kuaci tidak sesuai untuk hamster kerana kuaci mengandungi lemak yang tinggi. Jadi tidak sesuai diberi hari-hari. Kuaci juga boleh memberi risiko keguguran kepada hamster. Kuaci ini boleh menyebabkan hamster anda menjadi semakin gemuk dan lembab. Kalau nak bagi kuaci kena la seminggu sekali dan jumlah kena sikt. Jumlah maksimum harian adalah antara 3 sampai 5 biji. Untuk menjinakan hamster suapkan kuaci dengan tangan, mesti hamster suka kat tuan dia..

Selain daripada bijirin dan kekacang. Sayur-sayuran penting untuk hamster. Sayursayuran merupakan pelawas untuk mereka dan dapat mengekalkan gizi yang

seimbang. Contohnya, kalau anda masak lobak merah, potong sepotong kecil dan bagi pada hamster anda. Tak perlu banyak, sikit sahaja. Perlu diingatkan selalu la anda membuat spot chek di sarang atau habuk kayu, kerana hamster suka sorok makanan. Kalau sayur yang disorok masih ada dan dah tak elok so buangkan sahaja. Nanti mati keracunan pula hamster anda. Perlu diingatkan jangan sesekali memberi bawang, halia, bawang putih dan sayuran berbau sewaktu dengannya. Tak sesuai OK! Nanti boleh membahayakan kesihatan hamster. Bagilah mereka makan sayur sawi, kankung, lobak merah, senkuang tapi jumlah yang kecil. perlu ditekankan bahawa hamster merupakan haiwan pengerat. Giginya mesti nak mengigit ( mengerat makanan ). Jadi letak kayu kat cage dia agar dia dapat mengigitgigit nanti takut cage pula yang jadi mangsa. Sememangnya itu adalah habitat hamster.

Inilah dia vitamin hamster. Pastikan anda menyimpannya di dalam bekas kedap udara. Hamster juga perlukan vitamin. Belilah vitamin untuk dia sama ada dalam bentuk air atau tablet. Selalunya ada kat pet shop.

PENJAGAAN HAMSTER HAMIL DAN SELEPAS BERANAK

Ini antara langkah penjagaan hamster hamil dan selepas beranak..

==> inilah contoh anak hamster yang baru lahir... ( gambar hiasan ) Ciri hamster hamil adalah :

1. Bentuk tubuh bulat ( gemuk semacam je ), perut bahagian belakang membuncit 2. Menjadi sangat agresif ( suka mengigit tangan tuannya ) dan sering menyerang si jantan 3. Makan dan minum lebih banyak dari biasa ( kuat sangat minum ) 4. Mulai membuat sarang ( selalu mengkais2 serbuk kayu mcm nak buat sarang ) 5. Puting susu membesar dan terlihat sangat jelas ( selalu la belek2 hamster anda!! ) 6. Kadang ciri-ciri 1 dan 2 akan terlihat menjelang mau melahirkan

Cara merawat bayi hamster :

1.Berikan makanan yang cukup supays si ibu tidak kekurangan gizi 2. Singkirkan mainanan dalam sangkar ( roda dan sbgainya ) 3. Memidahkan si jantan, lebih baik jika sebelum si bayi lahir. 4. Jangan memegang bayi hamster secara langsung dengan tangan anda. 5. Jangan terlalu sering melihat ibu hamster yang sedang menyusui babynya. 6. Jangan mengganti serbuk sebelum sang bayi berumur lebih dari 1 sampai 2 minggu 7. Berikan air minum yang secukupnya.

Cara merawat HAMSTER yang baru melahirkan anak:

1. Pisahkan hamster lain termasuk jantanya, biarkan dia sendiri bersama babynya.. 2. Bersihkan semua kandang termasuk tempat makan dan minumnya. 3. Kurangi serbuk kayunya ( jangan sampai hamster tengelam ) 4. Tutupkan area kandang dengan kertas atau kain agar terlindung dari cahaya, kerana hamster lebih sukakan dalam keadaan yang gelap.

5. Jangan memegang anak dan ibunya kerana jika baby hamster berbau lain ( bau manusia ) mungkin di makan oleh ibu atau dibiarkan oleh ibu. 6. Berikan gizi yang cukup : a. Susu strawbbery jelli b. Putih telur yang direbus dan dihancurkan c. Tablet corella 7. Jangan selalu melihat hamster..nanti stress

Arnab

Cara Pegang ArnabCara Memegang Arnab Yang Betul. 1. Cara memegang arnab yang betul adalah sangat penting. 5 cara memgang arnab: - Cara memegang arnab yang jinak

cara pegang arnab jinak

cara pegang arnab jinak 2

cara pegang arnab jinak 3

- Cara memegang arnab yang agresif

cara pegang arnab agresif 1

cara pegang arnab agresif 2 JANGAN sesekali mengangkat arnab dibahagian telinga atau kakinya. Arnab boleh mengalami kecederaan tulang belakang yang serius apabila ia diangkat tanpa memegang bahagian bawah (punggung). Selalulah membelai arnab ketika ia masih kecil untuk membiasakan arnab dengan bau tangan tuannya.

cara salah 1

cara salah 2

CIRIT BIRITCIRIT BIRIT Baiklah tajuk yang dimulakan hari ini adalah bagi memfokuskan sesuatu yang kerap dan sering ditanyakan kepada NZ. Harus diingat NZ bukan pakar veterinar, tetapi apa yang ditulis berdasarkan pengalaman NZ , rakan rakan NZ dan juga rujukan pembacaan & dikumpulkan disini dan berharap agar mendapat sedikit sebanyak panduan kerana kebelakangan ini terlalu banyak kes-kes yang melibatkan masalah ini yang merunsingkan pemilik-pemilik arnab yang kehilangan arnab mereka.Selamat Membaca dan Selamat Mencuba... Punca Punca Seperti yang sering dikatakan peka kepada masalah arnab dan berjaga-jaga dengan setiap perubahan arnab anda. Ini adalah kerana apabila masalah cirit birit tidak disedari dari awal dan lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Cirit birit adalah salah satu faktor besar kematian arnab. Terutama arnab yang berumur 8 minggu kebawah. Ada beberapa punca terjadinya cirit birit. 1. Arnab muda Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku. 2. Diet & Pemakanan Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbohidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku. 3. Pemberian Ubat Ubatan Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi

karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku. 4. Stress Stress juga boleh menyebabkan cirit birit. 5. Jangkitan Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur. Sintom Sintom 1. Najis yang lebik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal. 2. Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air 3. tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam 4. pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan 5. arnab hilang upaya dan lemah 6. jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku Mengelakan dari berlaku; Secara ringkas bagi mengelakan cirit birit berlaku amat mudah; 1. 2. 3. 4. Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu. Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu. Berikan diet yang tinggi serat paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun. 5. Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar. 6. Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda. 7. Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan. Apa Perlu Dilakukan; 1. Gunakan Vitamin Bengy sebanyak 0.5ml dan disuapkan terus kedalam mulut arnab anda. 2. Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.

3. Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains 4. Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih selalu. Bersihkan bahagian punggung yang terkena najis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu. 5. Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan. 6. Bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat anda boleh memcuba bancuhan ORS menyuapnya mengunakan Syringe. 7. Berikan ORS kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. 8. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada.

Vitamin for Rabbit

Membantu mengimbangi keperluan vitamin, mengelakkan diarrhea (cirit) dan sesuai untuk perut arnab. Hanya RM 5 sebotol (120ml)

Penjagaan Asas ArnabPEMAKANAN Serat amat penting bagi sistem penghadaman arnab. Rumput kering (Hayrumput khas yang dipotong dan dikeringkan) dan juga sayuran segar seharusnya adalah diet yang perlu diberikan tanpa limit. Pemakanan yang tidak seimbang dan hanya berpaut kepada pellet boleh menyebabkan masalah penghadaman dan juga kegemukan melampau atau Obesiti kepada arnab. Walaupun serat terdapat di dalam pellet tetapi ia tidak berfungsi sebaik serat yang terkandung didalam rumput kering atau hay, yang mana amat berkesan bagi mengelakan masalah HairBall. Bagaimanapun tambahan pelet dalam pemakanan arnab dapat memberi diet yang seimbang kepada haiwan ini. Selain daripada Hay, sayuran dan pelet adalah dikatagorikan sebagai makanan tambahan sahaja dan tidal diberikan secara khas. Sistem penghadaman arnab amat lemah dan sebarang kesilapan boleh menyebabkan masalah kepada arnab. Pemakanan hendaklah dikawal terutama sekiranya mengahadapi masalah arnab obes, walaubagaimana pun pengurangan memberi pelet haruslah diseimbangkan dengan memberi sayuran dan juga Hay tanpa had.

HAY Rumput kering atau hay (Timothy, Alfalfa, Panggola,dan Oat) seharusnya seharusnya diberikan tanpa had kepada arnab. Bagi anak arnab yang lahir sehingga berumur 6-7 bulan diberikan rumput Alfalfa. Dan menukarkan kepada rumput dari jenis lain (Timorty, Panggola) secara berperingkat sehingga diet penuh adalah rumput dari jenis Timothy. Ini adalah kerana rumput Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat daripada jenis hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.

Rumput Alfalfa bagus untuk arnab muda sehingga berumur 6 bulan

Rumput Timothy untuk arnab dewasa. SAYURAN SEGAR Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada size arnab tersebut. Kepelbagaian jenis sayur dapat mengimbangi diet. Jika arnab sudah biasa dengan diet pellet, peralihan kepada diet baru hendaklah dibuat berperingkat agar sistem penghadaman arnab tidak terganggu. Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini dapat mengesan sayuran yang tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit. Jangan sesekali beri kepada arnab sayur yang telah layu dan tidak segar ini boleh menyebabkan cirit birit. Basuh sayuran dengan aliran air dan jika was was rendam sayuran didalam air selama 10 minit. Ini bukan sahaja dapat membuang segala racun serangga yang digunakan.. tetapi juga memboleh sayuran menyerap lebih banyak air yang mana ia bagus untuk arnab.

Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur 12 minggu dalam jumlah yang kecil. Tapi kebiasaannya saya memperkenalkan arnab kepada sayur hanya setelah arnab berumur 4 bulan. Ini adalah kerana sistem penghadaman yang masih muda dan dikhuatiri boleh menyebabkan cirit birit yang berlarutan dan boleh membawa kepada kematian. Sayur sayuran yang boleh diberi;

PERINGATAN!!! Salad Bulat atau Bola tidak boleh diberikan kepada arnab.

Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik di Suggested Vegetable PELLET Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had. Pilih pelet yang baik kualitinya, kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan cawan untuk

berat arnab 5-7 lb, cawan untuk 8-10lb, dan cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan.Kami menggunakan pellet ini :-

Pellet Arnab

GOLD COIN, pellet yang berkualiti untuk arnab kesayangan anda. Hanya RM3 per kilo. Membantu proses pertumbuhan bulu arnab dan memenuhi keperluan nutrisi makanannya. Maklumat lanjut, 012-5350740

MEMILIH SANGKAR Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat. Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab. Saiz dan ukuran Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab. Arnab mudah untuk di litter trained, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti sore hocks. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz x atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.

Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar. Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda. Bukan saya lebih praktikal tetapi juga menambahkan keseronokan anda memelihara arnab. Kemasan Bulu/ Grooming Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk mengemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan sangat , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku. Menyikat atau memberus Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati. Jika ada memelihara baka Angora,Teddy Bear,@baka berbulu tebal & panjang rutin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (wool Block). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa. Adalah digalakan melakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda. Membuang Gumpalan Bulu Sekiranya arnab anda mempunyai gumpalan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnya, kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kulit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agar tidak menarik kulit arnab

terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut. Adakah arnab perlu dimandikan? Arnab boleh juga dimandikan tetapi janganlah terlalu kerap dan tindakan semasa memandikan arnab perlulah dilakukan dengan berhati- supaya arnab ini tidak merasa terancam dan takut.Jangan merendam arnab kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika anda tidak berani ataupun was-was untuk memandikan arnab dengan cara yang betul,anda boleh juga kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor ataupun menggunakan spray shampoo kemudia lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Harus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Hair Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnye lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.

Rabbit Spray Shampoo

Hanya spray dan lap, ia menanggalkan setiap kotoran asing dari arnab anda dan mengharumkan bulunya. Mudah dan selamat untuk digunakan. Hanya RM 10 sebotol (150ml). MEMOTONG KUKU Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku. Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.