52
KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN) Imbuhan Pinjaman - imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris. - boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku. Contoh imbuhan pinjaman: Imbuhan Inggeris: Awalan Imbuhan Makna Contoh anti- menentang / benci antidadah antikomunis anti-Amerika auto- dengan sendiri automatik autonomi automobil poli- banyak poligami poliklinik politeknik pro- menyokong / menyebelahi prokerajaan probarat pro-Malaysia sub- sebahagian daripada subtajuk subbidang subsistem supra- melebihi / merentasi supranasional suprakelas pasca- selepas pascakemerdekaan pascakolonial pascamajlis Akhiran Imbuhan Makna Contoh -is orang yang melakukan cerpenis kartunis ekonomis -isme kepercayaan / ajaran / fahaman seseorang kapitalisme komunisme nasionalisme -logi bidang ilmu antologi psikologi morfologi -grafi bidang ilmu / bidang seni geografi kaligrafi biografi *Catatan - jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda sempang (-) mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut. Contoh : pro-Malaysia, anti-Israel Imbuhan Sanskrit Awalan

KESILAPAN EJAAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tatabahasa spm

Citation preview

KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)Imbuhan Pinjaman- imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris.- boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.Contoh imbuhan pinjaman:Imbuhan Inggeris:AwalanImbuhanMaknaContoh

anti-menentang / benciantidadahantikomunisanti-Amerika

auto-dengan sendiriautomatikautonomiautomobil

poli-banyakpoligamipoliklinikpoliteknik

pro-menyokong / menyebelahiprokerajaanprobaratpro-Malaysia

sub-sebahagian daripadasubtajuksubbidangsubsistem

supra-melebihi / merentasisupranasionalsuprakelas

pasca-selepaspascakemerdekaanpascakolonialpascamajlis

AkhiranImbuhanMaknaContoh

-isorang yang melakukancerpeniskartunisekonomis

-ismekepercayaan / ajaran / fahaman seseorangkapitalismekomunismenasionalisme

-logibidang ilmuantologipsikologimorfologi

-grafibidang ilmu / bidang senigeografikaligrafibiografi

*Catatan- jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda sempang (-) mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut.Contoh : pro-Malaysia, anti-Israel

Imbuhan SanskritAwalanImbuhanMaknaContoh

dasa-sepuluhdasawarsa

dwi-duadwibahasadwimusimdwicara

eka-satuekabahasaekafungsiekatujuan

juru-orang yang pakar / mahir dalam sesuatu bidangjuruhebahjurubahasajuruterbang

maha-agung / besarmahagurumaharajamahasiswa

panca-limapancaragampancawarnapancaindera

pra-sebelumprakataprasangkaprasyarat

tata-peraturan / sistemtatabahasatatatertibtatadunia

AkhiranImbuhanMaknaContoh

-itawanita / perempuanbiduanitaposnita

-manorang yang memiliki sifat / kepakaran dalam sesuatu bidangsenimanbudiman

-wanorang yang- pakar dalam sesuatu bidang- melakukan sesuatuperbuatan- memiliki sesuatu sifat- memiliki sesuatujutawanwartawanjelitawanilmuwanangkasawan

-watiwanita yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaanperagawatiseniwatiangkasawati

*catatan- -wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf-huruf lain]- -man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf i]

Imbuhan Arab ParsiAwalanImbuhanMaknaContoh

bi-tidakbiadabbilazimbinormal

AkhiranImbuhanMaknaContoh

-ahorang perempuan / wanitaustazahqariah

-atorang perempuan / wanitamuslimathadirat

-iahhal yang ada perkaitan dengan sifatilmiahjasmaniahalamiah

-inorang lelakihadirinmusliminmusyrikin

*catatan- -wi [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal]- -in[untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf konsonan]

MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

A. Kesalahan istilah:Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.Contoh 1:Salah: Kakaknya bekerja sebagaipragawatidi Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luarnegara.Betuln: Kakaknya bekerja sebagaipramugaridi Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luarnegara.

Contoh 2:Salah: Ibumencuciikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.Betul: Ibumenyiangikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

B. Kesalahan tatabahasa:Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalampembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hokum tatabahasa.

Contoh 1:Salah: Sungai Pahang ialah sungai yangterpanjang sekalidi Semenanjung Malaysia.Betul : Sungai Pahang ialah sungai yangterpanjangdi Semenanjung Malaysia.

Contoh 2:Salah: Azim diberi masadua setengah jamuntuk sampai ke tempat pertandingan itu.Betul : Azim diberi masadua jam setengahuntuk sampai ke tempat pertandingan itu.

Latihan:Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.

1. Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu? tanya para peserta perlawananmemasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang diabuat.

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itulebih baik dari seorang pemuda lagi.

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wangsyarikat tersebut.

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melakayang syarikat itu anjurkan.

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yangmenyerang di beberapa buah daerah di negara itu.

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baikmenerima arahan daripada pihak berkuasa.

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebutbegitu mengutamakan kuantiti.

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusanbuku tersebut.

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yanghadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalanpenyelesaian perlu segera diambil.

13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluhbagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akandisenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkantakat keselamatan diri mereka sendiri.

16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibalutitepung itu.

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya ituberjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan olehkedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.

19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan denganpetikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.

20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masihberada pada ibu negara berkenaan.

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butirtayar kereta yang dipandunya meletup.

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging ditaman yang berhampiran.

23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilangtersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalamkecederaan.25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api dikawasan landasan itu.

26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebutsebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalampeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemaingagal memasukkan gol.

30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsemaburung daripada meluas kepada orang ramai.

31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokohperniagaan yang terkenal.

32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agartanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.

33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luarnegara.

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kitadariancaman musuh.

35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yangberbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenisbahan masakan di ruang masakan itu.

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerjapembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.

38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahanpengurusan syarikat terbabit.

39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.

40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namunperbuatan jahatnya itu terbungkam juga.

41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikanyang sewajarnya pada orang ramai.

42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihakpengantin perempuan.

43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar setelahmelihat sijil asal yang dikemukakan.

44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusanbeberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untukmengatasi masalah pendidikan di negara kita.

46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.

47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yangsingkat.

48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusanyang bakal di buat pada minggu hadapan.

49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa kesemasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.

50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikandan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.

MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT:

A. KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN:Dalam setiap ayat di bawah, terdapatsatu kesalahan ejaandansatu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggisuka hati kepada pemborong ayam.

2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalansimen.

3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahumembesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.

4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui olehpihak polis.

5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yangdijalankan.

6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih tidakberubah.

7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu diserahkankepada Menteri Pengangkutan.

8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.

9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.

10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihakpencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.

11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yangditawarkan berpatutan juga.

12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahantarianasli yang ditontonkan.

13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supayamenyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.

14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkanperlumbaan kerana suntuk masa.

15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yangkelima.

16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yangdiberikan oleh pegawai harta tanah itu.

17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana merekamenganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.

18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebakdengan gejala gengsterisma.

19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalambidang perniagaan dan industri kecil.

20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan permainanyang menarik dan penuh semangat sukan.

21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempenadisambut kemerdekaan tanah air selesai.

22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.

23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangipingat dalam acara yang disertai.

25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutamapada waktu puncak.

26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennyapada awal minggu lepas.

27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisionalMelayu pada minggu yang lalu.

28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihakpolis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibatdiri dalam lapangan perniagaan.

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar disebuah hotel terkemuka di ibu kota.

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukankebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasauntuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diridaripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan keranabilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.

35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraanbaginda yang ke 52 tahun.

36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahantersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.

37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus ataudaripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.

38. Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasukkhidmatan menggunting rambut, katanya dengan ramah.

39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supayasentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilahmemperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.

41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkantermasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.

42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari puncasebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.

43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara denganmengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus denganlebih efisyen.44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenalibagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kitadengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehinggadewasa.

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalammatapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yangtimbul.

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahundipinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.

TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT

A. Langkah yang perlu diikuti:1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada kesalahan ejaan, kesalahanimbuhan, kesalahan istilah atau kata atau kesalahan tatabahasa.2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan denganhukum tatabahasa yang telah dipelajari.4. Biasanya anda dikehendaki menyalin semula ayat yang sudah dibaiki dengan lengkap.5. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.6. Biasanya, dalam satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.7. Semasa menulis ayat itu semula, jangan ubah struktur dan maksud asal ayat tersebut.8. Biasanya, satu ayat yang dibetulkan dengan sempurna akan diberi 2 markah.

B. Jenis kesalahan dalam ayat:i.Kesalahan ejaanii. Kesalahan penggunaan imbuhaniii. Kesalahan penggunaan kata atau istilahiv. Kesalahan tatabahasaAyat Aktif dan Ayat PasifA. AYAT AKTIF:i. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakalabenda yang kena buat terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan dan men.i.iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kenabuat)

B. AYAT PASIF:i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)manakala pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat).ii. Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau di.i. Kata kerja juga bolehmenggunakan perkataan kena. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dankedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.Contoh :i.Ikan itu dipancing oleh Ali.ii.Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.Ayat pasif: Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang olehbapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencanasekolahnya.Ayat pasif: Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi olehguru disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakittersebut.Ayat pasif: Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yangberkacamata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.Ayat pasif: Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

D. LATIHAN:Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Husaini sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat SemenanjungMalaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut padapagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.

11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.

12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan dimahkamah.

13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.

14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membacabuku.

15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.

E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.Ayat aktif: Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.Ayat aktif: Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaangadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.Ayat aktif: Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu padaawal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dariAmanah Saham Nasional.Ayat aktif: Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumattentang pelaburan saham tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja dibahagian pemprosesan.Ayat aktif: Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telahdiproses itu ke dalam bekas plastik.

F. LATIHAN :Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.

1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonominegara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.

2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagimenarik penyertaan orang ramai.

3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagimemudahkan keluarga yang menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagardi Kuala Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagisemua mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikanpada akhir bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabiladia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasaldari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.

9.Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan hargadiskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihakkerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut.

11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja merekapada setiap akhir tahun.

12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejakditinggalkan oleh pemiliknya.

13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulangtahun kelahirannya.

14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itudalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.

15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawahpadinya pada petang kelmarin.

LANGKAH MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:

A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.

a. Langkah menukarkan ayat:

1. Jangan mengubah makna asalnya.2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)3. Lakukan perubahan perkataan:

contoh:- saya.....................dia..................................-kamu...............................dia- kami....................mereka..........................-hamba..............................dia- di sini...................di situ/di sana...............-begini................................begitu- kini.......................ketika itu.......................-dan sebagainya.

4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.contoh:- mengapa..............punca/sebab................-bagaimana........................cara/keadaan- berapa..................jumlah/harga...............-bila....................................masa

5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.contoh:i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.ii.Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.iii.Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.iv.Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.v.Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.vi.Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.vii.Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut,menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".( Sebagai pemahaman tambahan sila rujuk buku Kerja Twitter Ting. 5 )

6. Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.Jawapah:Ali memberitahu Azim bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.Jawapan:Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunyapenipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.Jawapan:Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.iv. "Jemput makan kuih itu!" kata SalbiahkepadaCikgu Hazimah..Jawapan: Salbiahmenjemput Cikgu Salbiahsupaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.Jawapan:Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Husaini kepada Naimullah..Jawapan:Husaini menyindir Naimullahyang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Munirah?" kata Fai Jun Pui.Jawapan:Ashikinmenegur Munirahsambil bertanyakan khabarnya..

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

Contoh 1:Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.Samad: Betul, tu. Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.Aziz: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara sepertiIndonesia,Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.Samad:Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancongtempatan.pelancong di dalam negeri.Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberipotongan.harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusatpercutian mereka.Samad: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanamdalam diri.Jawapan:Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh Samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.Contoh 2:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan. Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat.Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu HassanRumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah. Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, Kamarul memberikan alasan.

Jawapan:1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakanbahawa mereka berada di dalam rumah.3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naikke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akannaik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerjamenuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

c. Latihan Pengukuhan(AMARAN: Rujuk jawapan setelah latihan dibuat sahaja!)Latihan 1Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh. Rancangan apa? jawab Ani. Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata Salleh. Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani. Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.............[ 6 markah ]

Latihan 2:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi.Ya, Tuk Yahya tahu.........Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada,jelas anak itu hampir meraung.Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk Yahya.....................................[ 6 markah ]

Latihan 3:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam.Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu.Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan.Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, jelas Salim.Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya, kata Nizam.Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim......[ 6 markah ]

Latihan 4:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindahMAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?FELIX : Mi Pedas.MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia....................[ 6 markah ]..............................................................................................Latihan 5:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.Norhayati......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?Norasyikin....: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.Norhayati......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?Norsyikin......: Sebenarnya ibu Syikin sakit.........................................................[ 6 markah ].....................................................................................................................................................................................................................................................

Contoh jawapan:-Jawapan Latihan Ayat Cakap Ajuk ke Cakap PindahJAWAPAN SOALAN 1:

1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung denganrancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.

4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtuakan datang.5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

JAWAPAN SOALAN 2:

1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu bahayasambil meneliti mata belolok Ani.3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal dirumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudahtiada lagi.6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot

JAWAPAN SOALAN 3:

1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentangyuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskanyuran peperiksaannya.4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatanabangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskanperkara yang sebenarnya.6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan seorangyang sangat garang.

JAWAPAN SOALAN 4:

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepadaFelix.2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastiannamanya sekali lagi daripada Felix.4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-mata makan Mi Pedas.6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makandahulu.

JAWAPAN SOALAN 5:

1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskanbahawa dia menghadapi masalah di rumah.3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakanperkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggungkesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.

a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:

1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya semula kepada bentukasal seperti yang telah dipelajari dalam menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat pindah. Jika andalupa, sila rujuk semula.3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk mengelakkan markahanda ditolak.

b. Contoh soalan dan jawapan:

Contoh 1:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu............[ 6 markah ]

Jawapan :Kamariah...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.Samad........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi......................yang..indah.

Aziz.............: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,.......................Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Samad.........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong.......................tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah....: Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian........................mereka.

Samad..........: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu.........................ditanam dalam diri.

Contoh 2:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan:Mak Limah......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?Pak Usop.........: Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.Mak Limah......: Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.Pak Usop.........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.Mak Limah......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?Pak Usop.........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

c. Soalan Latihan:Latihan 1:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

Latihan 2:Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.

A. MAKSUD AYAT:1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal:-ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja.2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang:-- ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat.

B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :Syarat penukaran:

i.Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.ii.Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.a.Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya.b.Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab.maka, walaupun .namundan lain-lain.iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali atau digunakan.v.Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripadaperkara yang sebelumnya.vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.Ayat majmuk: Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.

2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.Ayat majmuk: Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.Ayat majmuk: i.Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur.ii. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.Ayat majmuk: Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.

D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :

Contoh 1 :(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.

Jawapan :1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjualpelbagai barang dengan harga yang murah.2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmatisuasana pasar malam yang meriah tersebut.3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersamaibu bapa dan rakan-rakan.

Contoh 2 :(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Jawapan :1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendiriansupaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masihengkar.2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang denganmenangkap pesalah dan didenda RM300.3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya dapatdijadikan pengajaran.

E. LATIHAN :Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk.

Soalan 1 :Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang hadir. Mereka dating dari seluruh kampung itu. Mereka meraikan hari jadi anak Tok Mudim. Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan. Makanan itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh gembira.

Soalan 2 :Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun 1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris. Kini tanaman itu sangat penting. Tanaman itu menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah dieksport. Tanaman itu dieksport ke seluruh dunia. Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak tanah telah ditebus guna. Tanah itu dijadikan kawasan industri. Tanah itu dijadikan kawasan tanaman kelapa sawit.

Soalan 3 :Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar. Rakyat Malaysia diseru supaya berjimat cermat. Harga minyak sedang melambung tinggi. Harga barangan pengguna sedang meningkat. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan membantu meringankan beban rakyat. Kerajaan akan memulihkan harga minyak. Kenaikan harga minyak ini adalah fenomena luar biasa. Harga minyak dunia meningkat dengan mendadak. Harga minyak meningkat sehingga US45 setong.

Soalan 4 :Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England, Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511. Mereka menjajah selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh. Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar. Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka ingin mendapatkan kemerdekaan tanah air.

F. LATIHAN DAN JAWAPAN

Panduan kepada pelajar :** PERKATAANCONDONGIALAH KATA HUBUNG YANG PERLUDITAMBAH.LATIHAN 1Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.Cadangan jawapan :-1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita sejak beberapa lama dulu.2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusanyangberpunca daripada kegiatan manusiasepertimanusiaberburu sesuka hati mereka dankegiatan pembangunan.3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan kempenkesedarandanpenyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

Cadangan jawapan:-1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran amyang direka untuk memberikan manfaatkepada manusia dalam pelbagai aspek2)Malangnya,akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah serta kesankepada masyarakat dan hasil penyelidikan menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas ganas dapatmempengaruhi masyarakat.3)Malangnya,Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikantersebut dan merekamerekamenegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

LATIHAN SPM 3Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk jugaCadangan jawapan:-1) Unsur-unsur keganasan dalam rancangan-rancangan seperti yangdisiarkan olehRTMterdapatjugadi TV3.2) Sejak akhir-akhir ini, penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkatdanhalinimembimbangkanibu bapa kerana mereka bimbangkalau-kalau unsur-unsur tersebutmempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.3) Golongan-golonganini belum bijak menilai sesuatu yang baikataumenilai sesuatuyang buruk.

LATIHAN SPM 4Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer untukpara pelajar dinegara ini.2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapademimembantumengisi kekosongandalam bidang berkenaanyangketara sekali di sekolah luar bandar.3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaaninimemberikan peluang kepada pelajar luarbandarmempelajari komputersertalangkah ini diharapkandapat menarik minat pelajar mendalamibidanginikomputer juga.

LATIHAN SPM 5Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.Cadangan jawapan:-1) Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku yangtergolong dalam jenisnovel kanak- kanakdanbuku ini dikarang oleh Darulsalam.2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustakabercuti ke Pulau Sayakmenceritakan kisahseorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya ketika mereka bercuti ke PulauSayak3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeluduptetapitanpa disedari nasibmerekabaik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

Cadangan jawapan:-1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat sejakbeberapa tahun yang lalusertakestabilan ekonominyapula berterusan2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini untuk mencari rezeki.3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakanwalaupunkeistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

LATIHAN SPM 7Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang seriusdankeadaan ini mencemaskan manusia di seluruhdunia.2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusiayangmemperlakukan bumi sewenang-wenangnyauntuk mengaut keuntungan.3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjilsepertipeningkatan suhudan penipisan lapisan ozon.

FRASA DM DAN HUKUM DM:

1. MAKSUD:a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. yang bertentangan dengansebutan frasa dalam bahasa Inggeris.-D bermaksud dibuat atau benda/ perkara/objek.-M pula bermaksud membuat atau sifat benda itu.c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana benda mendahului sifatnya.

2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat')Contoh:-Rumah saya-Kereta baru-Bebola ikan-Lampu kereta-Buku teks-Kereta Proton-Idea baru

Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia.Contoh:-Saya rumah (my house)-Baru kereta (new car)-Ikan bebola (fish ball)-Kereta lampu (car lamp)-Teks buku (text books)-Proton kereta (proton cars)-Baru idea (new idea)3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:

i.Kesalahan kerana meletakkan sifat di hadapan manakala benda di belakang.

Salah :(kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)- dia menaikimini bas.- makan diAisyah Restoran.- makanMaggie mee.- naikMara Ekspress- bercicahkancili sos.- membeligoreng pisang.- di Ah Kong Kedai Basikal.-berbincanglain hal.Betul:(kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)-dia menaikibas mini.- makan diRestoran Aisyah.-makanmi Maggie.-naikEkspress Mara.-bercicahkansos cili.-membelipisang goreng.-di KedaiBasikal Ah Kong.-berbincanghal lain.

ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan benda di hadapan dan benda yang digandakan.

Contoh:Salah:(salah kerana sifat digandakan)- hallain-lain-perkaralain-lain-peristiwalain-lain-buku lain-lain-buku bacaanlain-lain

Contoh:Salah:(salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)-lain-lainhal-lain-lainperkara-lain-lainperistiwa-lain-lainbuku-lain-lainbuku bacaan

Contoh:Betul:(betul kerana benda di depan dan benda digandakan)-hal-hallain-perkara-perkaralain-peristiwa-peristiwalain-buku-bukulain-buku-buku bacaanlain.

4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengangoreng pisangyang masih panas.ii. Kami menaikimini basyang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkanlain-lainfaktoryang mengakibatkankejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

KATA NAFI1. MAKSUD:Kata naf ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.

2. JENIS KATA NAFI:Tidak: Untuk kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerjaBukan: Untuk kata/ frasa nama dan kata/frasa sendi dan hubung

3.KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI:

a. tidak hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja.Salah:i- Orang yang menyertai pertandingan itubukanberbadan besar. (adjektif)ii- Kereta baru yang dibelinya itubukan cantik sangat.(adjektif)iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyakibukan tidur.(kerja)

Betul: i-Orang yang menyertai pertandingan itutidak berbadan besar.(adjektif)ii-Kereta baru yang dibelinya itutidak cantik sangat.(adjektif)iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyakitidak tidur.(kerja)

b. bukan hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama dan kata/ frasa sendi & hubung.Salah :i-Kereta yang dipandunya itutidak kereta Proton.(nama)ii-Pelajar perempuan yang baru datang itutidak Hayati.(nama)iii-Peniaga berbangsa Melayu itutidak dariKuala Lumpur. (sendi)iv-Dia melawat ke negara barat itutidak dengansaya. (hubung)

Betul:i -Kereta yang dipandunya itubukan kereta Proton.(nama)ii -Pelajar perempuan yang baru datang itubukan Hayati.(nama)iii -Peniaga berbangsa Melayu itubukan dariKuala Lumpur. (sendi)iv -Dia melawat ke negara barat itubukan dengansaya. (hubung)

c. Jika sesuatu ayat itu ada perkataan tetapi, hanya bukan yang boleh digunakan tanpa mengirajeniskata di depannya. (jangan gunakan tidak)

Salah:i- Kereta yang dipandunya itutidakkereta Protontetapikereta Mazda.ii- Orang yang menyertai pertandingan itutidakberbadan besartetapiberbadan kurus.iii-Kereta baru yang dibelinya itutidakcantik sangattetapisederhana sahaja.

Betul:i - Kereta yang dipandunya itubukankereta Protontetapikereta Mazda.ii - Orang yang menyertai pertandingan itubukanberbadan besartetapiberbadan kurus.iii -Kereta baru yang dibelinya itubukancantik sangattetapisederhana sahaja.

d. Kata pemeri adalah sahaja yang boleh digunakan bersama-sama dengan kata nafi. (jangangunakan ialah) / Lebih tepat jika 'adalah tidak' atau 'adalah bukan' digantikan dengan 'tidak'atau 'bukan' sahaja.

Salah:i-Merokokialah tidakmenyalahi undang-undang di negara kita.ii-Kenyataan yang anda beri tadiialah tidakbenar sama sekali.iii- Orang kaya ituialah bukanketurunan raja Melayu Melaka.iv- Peniaga berbadan gempal ituialah bukandari Johor Bahru.

Betul: i- Merokokadalah tidakmenyalahi undang-undang di negara kita. (lebih tepat:tidak menyalahi)ii- Kenyataan yang anda beri tadiadalah tidakbenar sama sekali. (lebih tepat:tidak benar)iii- Orang kaya ituadalah bukanketurunan raja Melayu Melaka. (lebih tepat:bukan keturunan)iv- Peniaga berbadan gempal ituadalah bukandari Johor Bahru. (lebih tepat:bukan dari)(Pelajar disaran supaya menggunakan 'tidak' atau 'bukan' tanpa menyertakan 'adalah')

KATA PEMERI1. JENIS KATA PEMERI:i.ialah: digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.

ii.adalah: di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.

2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:i. ialah hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah:-Nama kampung sayaadalah KampungPinang Sebatang.-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi ituadalah buah-buahan.

Betul:-Nama kampung sayaialah KampungPinang Sebatang.-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi ituialah buah-buahan.ii. adalah hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendiSalah:-Keadaan di pusat perkelahan ituialah sangat cantikdan menarik.-Tempat tinggalnyaialah diKampung Pinang Sebatang.-Pegawai ituialah dariPusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

Betul:-Keadaan di pusat perkelahan ituadalah sangat cantikdan menarik.-Tempat tinggalnyaadalah diKampung Pinang Sebatang.-Pegawai ituadalah dariPusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

iii. kata nafi iaitu tidak dan bukan hanya boleh digandingkan dengan adalah. ( kata pemeriadalah boleh ditiadakan untuk kata nafi)Salah:-Kenyataan yang anda beri tadiialah tidakbenar sama sekali.-Pemuda yang bermisai tebal ituialah bukanabang kandungnya.-Pakaian seperti ituialah tidaksesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

Betul:-Kenyataan yang anda beri tadiadalah tidakbenar sama sekali.-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.-Pemuda yang bermisai tebal ituadalah bukanabang kandungnya.-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.-Pakaian seperti ituadalah tidaksesuai dipakai dalam majlis seperti ini.-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

KATA TANYA ( ? )

1. MAKSUD:Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.

2. JENIS KATA TANYA:

Jenis dan Fungsi kata tanyaApa - Untuk binatang, benda, perkara, tidak pasti (lembaga / hantu dll)Siapa - Untuk manusiaMana - Untuk tempat, kedudukanBila - Untuk masa, zaman, waktuBerapa - Untuk jumlah, hargaMengapa - Untuk sebab (lebih tepat berbanding kenapa)Kenapa - Untuk sebabBagaimana - Untuk cara, keadaan, langkah Macamana - Untuk cara, keadaan, langkah, punca

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA:

a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan kata tanya tetapi mestilah ada tandatanya ( ? ).Betul:-Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?-Nama bapa saudara awak ialah Haji Kamaruddin bin Ishak?

b. Penegas kah tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya.(letak di hadapan atau tengah)Salah:-Semalam awak tidak hadir,mengapakah?-Awak akan melancong ke sana,bilakah?Betul:-Semalam awak tidak hadir,mengapa?-Mengapakahawak tidak hadir semalam?-Awak akan melancong ke sana,bila?-Bilakahawak akan melancong ke sana?

c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat anya.(tukar dengan menyebut fungsinya)

Salah:-Saya terkejutbilamelihat lelaki itu menumbuk muka awak.-Pelanggan itu ingin mengetahuiberapaharga ikan tersebut.-Kami ingin mengetahuidi manaanda tinggal sekarang.-Kami tidak tahubagaimanaanda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

Betul:-Saya terkejutapabilamelihat lelaki itu menumbuk muka awak.-Pelanggan itu ingin mengetahuihargaikan tersebut.-Kami ingin mengetahuitempatanda tinggal sekarang.-Kami tidak tahupuncaanda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

d.apa tidak boleh digunakan untuk manusia./ siapa tidak boleh digunakan untuk binatang.

Salah:-Apakahnamaanak lelaki Encik Kamilyang baru menjadi doktor itu?-Siapakah nama kucingawak yang comel sungguh itu?

Betul:-Siapakah nama anak lelaki Encik Kamilyang baru menjadi doktor itu?-Apakah nama kucingawak yang comel sungguh itu?

e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya dengan syarat telah digandakan.Salah:-Awak boleh bertanyaapasoalan kepada saya sebelum saya balik.-Awak juga boleh berjumpa dengan saya padabilamasa pun.-Manapelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.

Betul:-Awak boleh bertanyaapa-apasoalan kepada saya sebelum saya balik.-Awak juga boleh berjumpa dengan saya padabila-bilamasa pun.-Mana-manapelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.

f. Mengapakah dan bagaimanakah lebih tepat penggunaannya daripada kenapakah danmacamanakah.Betul:-Mengapakah awak tidak hadir?(ini lebih tepat)-Bagaimanakah awak sampai ke sini? (ini lebih tepat)-Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir?(ikut susunan mana yang lebih tepat)-Bagaimana/ Macamanakah/ macamana awak sampai ke sini?(ikut susunan mana yang lebih tepat)

g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti diletak.Salah:-Mengapaawak tidur di lantai?-Bilaawak tiba di sini?

Betul:-Mengapakahawak tidur di lantai?-Bilakahawak tiba di sini?

KATA MAJMUK1. MAKSUD:Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok mengikut jenis di bawah.

2. JENIS KATA MAJMUK:a.Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas:Contohnya:gambar rajah biru laut air hujan jalan rayanasi minyak terima kasih luar biasa merah muda alat tulisbandar raya tengah hari jam tangan meja tulisbom tangan kapal terbang kuning langsat

b.Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran:Contohnya:Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha PolitikPenolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Censelor Profesor MadyaTimbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara

c.Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah:Contohnya:model linera garis pusat lelefon dail terus lesung sendikanta tangan mata pelajaran pita suara darah panaskertas kerja batu kapur

d. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa:Contohnya:kaki ayam buah hati makan angin pilih kasihanak emas bulan madu manis mulut tumbuk rusukberat tangan

e.Bentuk kata majmuk yang telah mantap:Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan/ dirapatkan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:apahal apabila antarabangsa apakataapalagi bagaimana barangkali beritahubumiputera darihal daripada dukacitajawatankuasa kakitangan kepada pilihanrayakerjasama manakala manalagi olahragapadahal pesuruhjaya sediakala setiausahasukacita sukarela suruhanjaya tandatangantanggungjawab warganegara matahari

f.Penggandaan kata majmuk:Penggandaan kata majmuk melibatkanpenggandaan unsur pertamakata sahaja.Contohnya:alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku katajirim-jirim organik Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftargambar-gambar rajah kapal-kapal terbang garis-garis pusatmodel-model linear Naib-Naib Censelor Ketua-Ketua Menteri

g. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkansimpulan bahasadan bentuk yang telahmantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.Contohnya:anak emas-anak emas ayam tambatan-ayam tambatankaki bangku-kaki bangku buah hati-buah hatibuah tangan-buah tangan ibu bapa ibu bapapesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegaratandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasasetiausaha-setiausaha

h. Pengimbuhan kata majmuk :Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja (1 imbuhan), ejaannya tetap terpisah.Contohnya:campur aduk bercampur aduklitar selari berlitar selariambil alih mengambil alihtemu bual ditemu bualdaya serap daya serapansenarai hitam -- disenarai hitambaik pulih -- membaik pulih

ii)apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan (2 imbuhan), ejaannyamenjadi bercantum.Contohnya:campur aduk mencampuradukkandaya serap kedayaserapangaris pusat mengarispusatkansatu padu menyatupadukantunjuk ajar menunjukajarkansenarai hitam -- disenaraihitamkanbaik pilih -- membaikpulihkan.

KATA BILANGAN1. MAKSUD :Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jumlah.

2. JENIS KATA BILANGAN :a. Kata bilangan tentu: Menunjukkan jumlah yang tepat.Contoh : satu, dua, seratus, sejuta, tiga puluh tiga dan sebagainya.b. Kata bilangan tak tentu: Menunjukkan bilangan yang tidak pasti jumlahnya.Contoh : semua, banyak, ramai, pelbagai, berbagai-bagai, sekumpulan, sekawan dan lain-lain.c. Kata bilangan pisahan: Kata bilangan yang menunjukkan sifat dipisahkanContoh : berdua-dua, ketiga-tiga, masing-masing, tiap-tiapd. Kata bilangan tingkat: Menunjukkan maksud tempatContoh : pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.e. Kata bilangan pecahan: Jumlah yang dinyatakan dalam pecahan.Contoh : suku, separuh, tiga suku, dua per tiga dan sebagainya.

3. KONSEP KATA BILANGAN :a. Kata bilangan jamak: Menunjukkan maksud jumlah lebih daripada satu.Contoh : semua, beberapa, kebanyakan, pelbagai, berhari-hari dan sebagainya.

b. Kata bilangan tunggal: Menunjukkan maksud bilangan tunggal atau satu.Contoh : satu, se

4. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN :a. Ada kata bilangan yang tidak boleh digandakan. (salah jika digandakan)Salah:-pelbagai-pelbagaihadiah diberi.-para-parapelajar yang hadir.Betul:-pelbagaihadiah diberi.-berbagai-bagaihadiah diberi.-parapelajar yang hadirb. Ada kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan/ ditunggalkan.Salah:-Dia ke sekolah padatiappagi.-Berbagaicabaran telah ditempuh.Betul:-Dia ke sekolah padatiap-tiappagi.-Dia ke sekolah padasetiappagi.-Berbagai-bagaicabaran telah ditempuh.-Pelbagaicabaran telah ditempuh.

c. Kata bilangan berimbuhan ber. Mesti digandakan.Salah:-Lori itu membawaberguniberas ke kilang.-Sudahbertahunlamanya kami merantau.-Dia minumbercawanair sejuk.Betul:-Lori itu membawaberguni-guniberas ke kilang.-Sudahbertahun-tahunlamanya kami merantau.-Dia minumbercawan-cawanair sejuk.

d. Jika kata bilangan sudah jamak, kata nama yang mengikutinya tidak boleh digandakan.Salah:-Banyak buku-bukuyang disediakan di perpustakaan.-Sekawan burung-burunghinggap di atas pokok.-Beberapa ekor ikan-ikanberjaya dipancing.Betul:-Banyak bukuyang disediakan di perpustakaan.-Sekawan burunghinggap di atas pokok.-Beberapa ekor ikanberjaya dipancing.

e. Jika kata bilangan berakhiran dengan .an, kata nama juga tidak boleh digandakan.Salah:-Barisanpelakon-pelakonakan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.-Sinaranbintang-bintangkelihatan di dada langit.-Puluhanpeserta-pesertamengambil bahagian pada malam ini.Betul:-Barisan pelakonakan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.-Sinaran bintangkelihatan di dada langit.-Puluhan pesertamengambil bahagian pada malam ini.

f. Kata bilangan jamak, tidak boleh disertai dengan penjodoh bilangan.(kecuali : 'beberapa' dan kata bilangan tentu seperti 'tiga, empat, lima' dan sebagainya)Salah:-Semuaekorikanyang dibelinya itu sudah busuk.-Kebanyakanorangpengakapyang hadir turut memberi sumbangan.Betul:-Semua ikanyang dibelinya itu sudah busuk.-Kebanyakan pengakapyang hadir turut memberi sumbangan.-Beberapa ekorikan,enam buahrumahdan sebagainya.

g. Jika kata bilangan jamak digunakan, kata adjektif bagi kata nama tidak boleh digandakan.Salah:-Banyak ikan yang besar-besardi kawasan hulu sungai itu.-Semua pegawai di situ garang-garangdan sukar untuk ditemui.Betul:-Banyak ikan yang besardi kawasan hulu sungai itu.-Semua pegawai di situ garangdan sukar untuk ditemui.

h. Kata bilangan jamak boleh digunakan untuk kata nama yang memang berganda.Salah:-Di kawasan sungai itubanyak kura.-Ramai matabertugas di tempat ini.Betul:-Di kawasan sungai itubanyak kura-kura.-Ramai mata-matabertugas di tempat ini.

i. Kata bilangan berimbuhan ke. yang menunjukkan jumlah mestilah digandakan.Salah:-Polis berjaya membarkaskelimaperompak itu.-Keduaberadik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.

Betul:--Polis berjaya membarkaskelima-limaperompak itu.-Kedua-duaberadik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.

j. Kata bilangan tentu (satu, dua, dan sebagainya) tidak boleh rapat dengan kata bilangan pecahan ('suku, separuh, setengah). (letak objek antara kata bilangan ini)Salah:-Kami mengambil masadua setengah hariuntuk sampai di sini.-Anda hanya diberi tempohtiga suku jamuntuk menyiapkan tugas ini.-Masukkansatu suku sudugaram ke dalam masakan itu.

Betul:-Kami mengambil masadua hari setengahuntuk sampai di sini.-Anda hanya diberi tempohtiga jam sukuuntuk menyiapkan tugas ini.-Masukkansatu sudu sukugaram ke dalam masakan itu.

KATA HUBUNG1. MAKSUD:Kata hubungialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

2. JENIS KATA HUBUNG:a. Kata hubung gabungan:Contoh: dan, serta, atau, sambil, lalu, makab. Kata hubung pancangan:Contoh: sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabilac. Kata hubungan berpasangan:Contoh: oleh sebab maka, walaupun namun, biarpun tetapi, meskipun namun, baik mahupun,sama ada mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG:

a. Jangan gunakan dua kali perkataan dan untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan serta)Salah:--Dia bekerjadanberniaga pada waktu siangdanberehat pada waktu malam.Betul:-Dia bekerjadanberniaga pada waktu siangsertaberehat pada waktu malam.

b. Gunakan atau jika bermaksud membuat pilihan.Salah:-Anda boleh makandanminum di kantin ini pada waktu rehat nanti.-Kamu boleh berehat di hoteldandi rumah tumpangan.Betul:-Anda boleh makanatauminum di kantin ini pada waktu rehat nanti.-Kamu boleh berehat di hotelataudi rumah tumpangan.

c. Jika atau digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.Salah:-Awak datangdari Melaka atau Johor.-Kamu boleh membawabuku sejarah atau matematik.-Pelajar itumenghisap rokok atau dadah.Betul:-Awak datangdari Melaka atau dari Johor.-Kamu boleh membawabuku sejarah atau buku matematik.-Pelajar itumenghisap rokok atau menghisap dadah.

d. hingga/ sehingga tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ke. (pilih salah satu sahaja)Salah:-Dia belajar dari pagihingga ke petanghari.-Ibu menghantar saya dari rumahsehingga ketepijalan.Betul:-Dia belajar dari pagihinggapetanghari.-Dia belajar dari pagike petanghari.-Ibu menghantar saya dari rumahsehingga tepijalan.-Ibu menghantar saya dari rumahke tepijalan.

e. antara perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan pilihan atau menunjukkan had serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan antara : Antara faktor tersebut ialah .)Salah:-Antaramembacadanmenulis, saya lebih suka menulis.-Rumahnya terletakantarakedaidenganpejabat pos.Betul:--Di antaramembacadenganmenulis, saya lebih suka menulis.-Rumahnya terletakdi antarakedaidenganpejabat pos.

f. Jika di antara digunakan untuk pilihan atau had, gunakan dengan sahaja. (Jangan gunakan dan )Salah:-Di antaramakandanminum, adik saya lebih suka makan.-Kedudukan rumahnya terletakdi antarapejabat posdankedai.Betul:-Di antaramakandenganminum, adik saya lebih suka makan.-Kedudukan rumahnya terletakdi antarapejabat posdengankedai.

g. Tidak ada kata hubung oleh kerana dalam bahasa Malaysia.Salah:-Oleh keranasakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.Betul:-Oleh sebabsakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan tetapi.Salah:--Dia kayadandia kedekut.-Dia malas membuat ulang kajidanlulus dengan cemerlang.Betul:--Dia kayatetapidia kedekut.-Dia malas membuat ulang kajitetapilulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan maka.Salah:-Dia malas membuat ulang kajidandia gagal dalam peperiksaan.-Dia terjatuh dari atas pokokdankaki kanannya patah.

Betul:--Dia malas membuat ulang kajimakadia gagal dalam peperiksaan.-Dia terjatuh dari atas pokokmakakaki kanannya patah.

j. kerana tidak boleh diletak di depan ayat. Sebab tidak boleh diletak di tengah ayat. oleh sebab tidak boleh diletak di tengan ayat.Salah:-Keranaterlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.-Dia tidak hadir ke sekolahsebabterlibat dengan ujian memandu kenderaan.-Kami terpaksa membatalkan lawatan ituoleh sebabhari hujan.Betul:-Oleh sebabterlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.-Dia tidak hadir ke sekolahkeranaterlibat dengan ujian memandu kenderaan.-Kami terpaksa membatalkan lawatan itukeranahari hujan.

Aktiviti Masteri Peribahasa:-

Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:

A. Membina ayat daripada peribahasa:Contoh:1.bagai menatang minyak yang penuhIbu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuhsehinggalah mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurungSikap Muzammil yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikirantertutup seperti katak di bawah tempurung.

3. seperti paku dengan penukulPelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaanyang cemerlang dalam peperiksaan.

4. ketam mengajar anaknya berjalan lurusMasih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaransamalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:Contoh: Beri tigaperibahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.

1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggupmelakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kesragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapatdiselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.

i.bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)ii.bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)iii.anak emas (anak kesayangan)iv.air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

i. bagai pinang dibelah dua.ii. sedangkan lidah lagi tergigit.iii. bagai embun di hujung rumput.

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:Contoh:

1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:Contoh:

1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama (i) Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana (ii).. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah (iii)..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

i. rumah siap pahat berbunyiii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.iii. anak buah

Latihan 1:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit3. burung terbang dipipiskan lada4. menegakkan benang yang basah5. bagaikan telur dihujung tanduk6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya7. bagaikan tikus jatuh di kepuk8. matinya semut kerana gula9. air dicincang tidak akan putus10. bagaikan embun di hujung rumput

Latihan 2:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. seperti mendukung biawak hidup2. sudah jatuh ditimpa tangga3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina8. genggam bara api biar sampai menjadi arang9. bagai mencurah air ke daun keladi10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak

Latihan 3:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain4. seperti pelanduk dua serupa5. melentur buluh biarlah dari rebungnya6. seperti ular kena palu7. mati semut kerana gula8. bagai mendapat durian runtuh9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Latihan 4:Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukaioleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telahberbaik-baik semula seperti sediakala.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan EncikIzkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yangbaik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.

5. Walaupunkeluarga EncikMohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah,namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.

6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajarkelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

7. Walaupun asalnya Saidiyahseorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.

8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalampertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula dikampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernamaFarislullah supaya berhenti merokoksia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.