Upload
others
View
8
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar
https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 1/5
Pertahankan institusi diraja demikesinambungan nilai kemerdekaan sebenarBy admin - 9 September 2020
Istana Negara memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Yang Dipertuan Agong (YDPA)bagi menyebar berita palsu.- Gambar hiasan.
Oleh PROF MADYA DR ROHAYU AB. MAJID
TANGGAL 31 Ogos yang baru sahaja berlalu merupakan tarikh keramat buat rakyat seluruh Malaysia.
Perolehan status kemerdekaan yang telah melewati 63 tahun usianya pastinya memberikan seribu
makna buat warga Malaysia, tidak kira yang muda maupun tua.
Susulan itu sambutan Hari Malaysia pada 16 September turut diraikan pada setiap tahun bagi
memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang termenteri pada tahun 1963 bagi menandakan
penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada ketika itu.
Advertisement
1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar
https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 2/5
Apa yang pasti susah payah rakyat Malaya berhadapan ranjau duka pada ketika dulunya dalam
melepaskan ikatan naungan pihak British terhadap Tanah Malaya bermula sejak tahun 1944 lagi
amat berbaloi dan ia terbukti memberikan impak besar ke atas kehidupan hakiki hari ini. Namun
begitu perolehan status kemerdekaan yang dijulang ini seringkali dikaitkan dengan perjuangan
nasionalisme rakyat semata-mata.
Setelah tamatnya penjajahan Jepun di Tanah Malaya, semangat perjuangan rakyat makin terus
membara menuntut kebebasan bersama. Namun dalam memperjuangkan hak ini, mungkin kita sama
sekali tidak sedar bahawa Raja- Raja Melayu pada ketika itu merupakan satu entiti yang memainkan
peranan yang sangat penting dalam proses memperolehi kemerdekaan.
Penubuhan Malayan Union oleh Kerajaan British yang kononnya mahu memberikan kebebasan
bernegara ke atas Tanah Malaya sekitar tahun 1946 pada awalnya mendapat persetujuan raja-raja.
Namun niat sebenar British yang mahu menukar status naungan kepada penjajahan dapat dihidu
oleh Datuk Onn. Ketika majlis pertabalan Gavenor Malayan Union, di atas pemakluman Datuk Onn ke
atas apa yang dihajati Britih, Raja-Raja Melayu pada ketika itu bersepakat untuk tidak menghadiri
majlis pertabalan yang bakal berlansung.
Keengganan Raja-Raja untuk turut serta telah menjejaskan persetujuan asal sekaligus membawa
kepada pembubaran Malaya Union pada 21 Jan 1948. Tahun yang sama juga telah menyaksikan
kesepakatan semua raja yang ada dengan penubuhan Majlis Raja-raja bagi menjaga kedaulatan
tanah Malaya.
Gerakan politik mula berkembang dengan penubuhan Jawatankuasa antara kaum CLC pada Januari
1949 dan disusuli dengan pertambahan ahlinya pada ogos 1949. Berlansungnya Pilihanraya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 dan Pilihanraya Umum Tanah Melayu pada Julai 1955 telah
merancakkan lagi semangat pembebasan. Tuntutan lebihan ahli pilihan berbanding ahli lantikan dari
pihak British telah mengetengahkan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai pemimpin utama yang
membakar semangat kemerdekaan.
Kunjungan Tunku bersama beberapa orang wakil ke London bagi menuntut kemerdekaan daripada
pihak British pada Januari 1956 malangnya tidak dilayan British. Justeru sekembalinya Tunku ke
tanah air, sekitar Januari sehingga awal Februari 1956 rundingan kemerdekaan mula berjalan
bersama seluruh rakyat di tanah Malaya. Rundingan yang direstui Raja-Raja Melayu pada ketika itu
seumpama memberi jalan pengharapan ke atas usaha yang dilakukan, selain memperkemaskan
strategi tuntutan.
Advertisement
1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar
https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 3/5
Sekali lagi rombongan Tunku Abdul Rahman Putra berkunjung ke London bersama wakil wakil orang
besar di tanah Malaya pada 18 Februari 1956. Pertemuan yang diberi nama Persidangan Malaya
Merdeka ini telah dibuat di Lancaster House, London. Ketika ini Raja-Raja Melayu telah turut serta
dengan menghantar wakil-wakilnya. Antaranya adalah
Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak)
Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan)
Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor)
Dato’ Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor).
Peranan Raja-Raja Melayu amat besar ketika ini apabila sanggup turun padang bersama-sama rakyat
jelata dalam usaha menuntut kemerdekaan. Malah Tunku Khursiah salah seorang puteri raja sanggup
menggadaikan barang perhiasannya demi menyumbang dana tabungan dalam membiayai
rombongan ke London.
Pertemuan kali kedua rombongan Tunku bersama pemerintah tertinggi British akhirnya berjaya
membawa rundingan kemerdekaan. Mungkin tidak pernah tersurat di mana-mana penulisan akan
perkara utama yang mencetuskan kemenangan rundingan. Namun ingin diperjelaskan disini bahawa
kemasukan British ke tanah melayu pada awalnya iaitu sebelum perang duna kedua lagi adalah di
atas tiket persetujuan Raja-Raja Melayu. British yang bertapak ditanah melayu pada awalnya diatas
dasar perdagangan mula berubah menjadi naungan. Justeru apabila status kebebasan yang dipohon
ketika rundingan kemerdekaan, Raja-Raja lah yang menjadi titik fokus pihak British dalam membuat
pertimbangan.
Bertapaknya British di Tanah Malaya pada awalnya di atas rundingan dan kebenaran raja, maka
keguguran status naungan ke atas Tanah Malaya hanya diberi kepada Raja-Raja sahaja. Justeru raja-
raja lah yang menjadi pemegang kunci utama ke atas proses perolehan kemerdekaan. Dengan kata
lain kemerdekaan Tanah Malaya diberi kepada Raja-Raja.
Walau bagaimanapun dalam struktur pemerintahan secara demokrasi berperlembagaan, maka fungsi
pemerintahan ini diturunkan kepada para pemimpin dari kalangan rakyat yang telah dipilih oleh
rakyat sendiri.
Apa yang perlu dijelaskan di sini peranan Raja-Raja Melayu amat lah penting dalam memartabatkan
status kemerdekaan di Tanah Malaya. Ianya menjadi pasak kedaulatan pemerintahan negara selain
menjaga keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan bangsa. Maka Institusi Raja-Raja wajar
kita pertahankan bagi memastikan kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar
1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar
https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 4/5
Merdeka-merdeka laungan keramat
Makin diulang menjadi azimat
Peranan Raja disebalik keringat
Bersama mendokong impian rakyat
Raja Tunggak perpaduan negara
Kasihnya tulus tersemai dijiwa
Memayungi rakyat pelbagai bangsa
Asalkan rakyat hidup terbela
Sudah bertahun kita merdeka
Pejuang bangsa dilupa jangan
Pastikan Merdeka ini kebebasan selamanya
Untuk kesejahteraan seluruh watan
— Prof Madya Dr Rohayu Ab. Majid, Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UniversitiTeknologi Mara (UiTM)
Kongsi:
Advertisement
1/11/2021 Pertahankan institusi diraja demi kesinambungan nilai kemerdekaan sebenar
https://malaysiagazette.com/2020/09/09/pertahankan-institusi-diraja-demi-kesinambungan-nilai-kemerdekaan-sebenar/ 5/5