Upload
others
View
3
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR MEMPELAJARI MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS.
ROHASLIZA BINTI ABD HADZI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Tandatangan : ..............................................................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA. DR. SETH BIN SULAIMAN
Tarikh : ..............................................................................
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”
KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR MEPELAJARI
MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS.
ROHASLIZA BINTI ABD HADZI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2007
ii
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Buat suami tersayang
Mohd Faizul bin Che Amat.
Kebahagian memerlukan pengorbanan
‘Dugaan…. kita simpan di lubuk kenangan’
Pesanmu sentiasa di ingatan…
“Isteri… Sambungkan cinta cita ini”
Kerana kiri kanan
Adalah rona cabar
Yang tiada henti
Isteri…… Perjuangan cinta cita ini
Telah lama bertunjang
Selagi izin masih terikat
Teruskan tanpa titik henti
Berani melakukan
Isteri…… Sambungkan hasrat cinta cita
Kerana hidup ini panjang
Kerana kasih sayang ini juga panjang
Jagan takut Isteri……
Sambungkan cinta cita ini
kerana hasrat ini telah lama terhenti
Kerana cerita hidup telah terlukis
Kerana mampu dalam bijaksana
Ada di setiap ruang
Hidup adalah pilihan
Pilihan untuk satu……
iv
Buat ibu dan bapaku
Sepiah dan Abd Hadzi
Doamu mengiringi setiap detik perjalananku.
Tiap langkah ku ingati pengorbananmu
Jasamu sumber kejayaanku
Buat ibu mertuaku,
Pengertian, keikhlasan dan dorongan tidak termampu ku
lahirkan dengan kata-kata
Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya
Untuk keluarga, sanak saudara dan rakan taulan
Segala jasa, doa dan sokongan kalian
Akan kuabadi dalam ingatan.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Setinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. Dengan izin dan lipah kurniaNya
dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarja Muda ini. Selawat dan salam ke atas
junjungan nabi Muhammad s.a.w. keluarga baginda, para sahabat dan para syuhada’,
para ambia’ serta para pejuang Islam keseluruhannya. Setinggi-tinggi penghrgaan
ikhlas dirakamkan kepada Prof. Madya Dr. Seth Sulaiman selaku pensyarah
pembimbing projek ini yang telah memberi panduan, kerjasama, iltizam sepenuhnya.
Berkat dedikasi dan kesungguhan beliau segala kerumitan dapat diatasi. Penghargaan
juga ditujukan khas buat keluarga dan sahabat handai yang sentiasa memberi
dorongan dan nasihat dalam segenap bidang meniti perjuangan serta kesabaran
menanti kejayaan ini. Akhir kata semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat ke atas
mereka yang telah menyumbangkan kerjasama dalam meyiapkan laporan Projek
Sarjana Muda ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua.
Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin
vi
ABSTRAK
Kemerosotan pencapaian Matematik di kalangan pelajar luar bandar setelah
perubahan kurikulum Matematik dilakukan telah menarik minat penyelidik untuk
membuat penyelidikan. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap kesukaran
pelajar luar bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris. Set soal selidik
yang mengandungi 30 item di bentuk untuk dijawab oleh 242 responden tingkatan
empat dari tiga buah sekolah di daerah Gua Musang, Kelantan. Data yang diperoleh
di analis menggunakan program Statistical package for social science version
13.0.(SPSS). Empat faktor telah dikenal pasti Iaitu Kesediaan Pelajar, Pengajaran
Guru, Rujukan dan Buku Teks dan Bahan Bantu Mengajar. Secara keseluruhannya
tahap kesukaran adalah berada pada tahap sederhana. Namun begitu faktor Kesediaan
Pelajar merupakan faktor yang berada pada tahap yang tinggi menyumbang kepada
masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kelemahan penguasaan
Bahasa Inggeris ini di kalangan pelajar telah menyebabkan kegagalan untuk
mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Matematik. Analisis yang dibuat
menggunakan ujian-t pula mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan antara
pelajar lelaki dan perempuan tentang kesukaran mempelajari Matematik dalam
Bahasa Inggeris. Pelajar lelaki mempunyai tahap kesukaran yang lebih tinggi
berbanding pelajar perempuan. Berdasarkan keputusan kajian, beberapa cadangan
diberikan bagi membantu mengatasi masalah ini dan juga untuk kajian yang akan
datang.
vii
ABSTRACT
The declining in Mathematics achievement among rural students after the changes in
Mathematics curriculum had attracted the researcher to undertake this research. The
objective of the study is to examine the level of difficulties faced by students when
teaching and learning Mathematics in English was implemented. A set of
questionnaire consisted of 30 question was designed and administered to 242 form
four students in rural area of Gua Musang, Kelantan. Quantitative data were collected
and analyzed by using Statistical Package for Social Science Version 13.0 (SPSS)
software. Four factors consider in examining the difficulty levels are Student’s
Readiness, Teacher’s Teaching, Texts Book and References and Teachings Aid. On
the whole the level of difficulty is moderate. However Student’s Readiness to learn
Mathematics in English is at higher level of difficulty which is one reason why
students did not perform well in Mathematics. Analyses in gender differences on the
level of difficulty, indicated that male students faced more difficulty in leaning
Mathematics in English then female students significant at α=0.05. Based on the
findings suggestion for further research as well as improve the situations are also
given.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS -
PENGESAHAN PENYELIA -
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Terminologi Kajian 9
ix
1.9.1 Kesukaran 9
1.9.2 Luar Bandar 10
1.9.3 Matematik 10
1.9.4 Bahasa Ingger 11
1.10 Kesimpulan 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Kesediaan Pelajar 13
2.3 Pengajaran Guru 14
2.4 Rujukan dan Buku Teks 16
2.5 Bahan Bantu Mengajar 18
2.6 Rumusan 20
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pendahuan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3.2.1 Kajian ini dijalankan mengikut
langkah-langkah seperti berikut:- 24
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 24
3.4 Instrument Kajian 26
3.4.1 Pengiraan Skala Likert 37
3.5 Kajian Rintis 28
3.6 Prosedur Kajian 29
BAB 4 PENGANALISIIAN DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan 31
4.2 Dapatan Kajian 32
x
4.2.1 Analisis Bahagian A :
Latar Belakang Responden 32
4.2.2 Analisis Bahagian B 35
4.2.3 Tahap Kesukaran Secara Keseluruhan. 36
4.2.4 Persoalan 1 : Faktor Kesediaan Pelajar
Mempengaruhi Tahap Kesukaran 37
4.2.5 Persoalan 2 : Faktor Pengajaran Guru
Mempengaruhi Tahap Kesukaran 40
4.2.6 Persoalan 3 : Faktor Rujukan dan Buku
Teks Mempengaruhi Tahap Kesukaran 42
4.2.7 Persoalan 4 : Tahap Kesukaran Yang
Dipengaruhi oleh Bahan Bantu Mengajar 44
4.2.8 Persoalan 5 : Perbezaan Yang Bererti
Merentas Jantina Tentang Kesukaran
Mempelajari Matematik Dalam
Bahasa Inggeris. 46
4.3 Rumusan Hasil Kajian 47
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Rumusan Dan Perbincangan 49
5.2.1 Persoalan Kajian 1 : Apakah faktor
Kesediaan Pelajar menyebabkan
kesukaran pelajar luar bandar
mempelajari Matematik dalam
Bahasa Inggeris? 49
5.2.2 Persoalan Kajian 2 : Adakah Pengajaran
Guru menyebabkan kesukaran pelajar
luar bandar mempelajari Matematik
dalam Bahasa Inggeris? 51
xi
5.2.3 Persoalan Kajian 3 : Adakah masalah
Rujukan dan Buku Teks menyebabkan
kesukaran kepada pelajar luar bandar
mempelajari Matematik dalam
Bahasa Inggeris? 53
5.2.4 Persoalan Kajian 4 : Adakah masalah
Bahan Bantu Mengajar menyebabkan
kesukaran kepada pelajar luar bandar
mempelajari Matematik dalam
Bahasa Inggeris? 54
5.2.5 Persoalan Kajian 5 : Adakah terdapat
perbezaan bererti merentasi jantina
tentang kesukaran dalam mempelajari
Matematik dalam Bahasa Inggeris? 56
5.3 Cadangan 56
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.5 Penutup 59
BIBLIOGRAFI 61
LAMPIRAN
Lampiran A – G 66
xii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
Jadual 1.1 Peratusan Keputusan Matematik dan
Bahasa Inggeris bagi tahun 2003-2005 5
Jadual 3.1 Taburan responden yang dipilih berdasarkan
sekolah di daerah Gua Musang 25
Jadual 3.2 Skala Likert berserta dengan markah skor 27
Jadual 3.3 Skor Bagi Item Positif dan Negatif 28
Jadual 3.4 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 29
Jadual 4.1 Taburan Jantina Responden Mengikut Sekolah. 32
Jadual 4.2 Taburan Jantina Responden 33
Jadual 4.3 Taburan Keturunan Responden. 33
Jadual 4.4 Taburan Keputusan Peperiksaan 34
Jadual 4.5 Jadual Pemeringkatan 35
Jadual 4.6 Jadual Tahap Kesukaran 35
Jadual 4.7 Jadual Min Kesukaran Secara Keseluruhan 37
Jadual 4.8 Taburan Data Bagi Faktor Kesediaan Pelajar 38
Jadual 4.9 Taburan Data Bagi Faktor Pengajaran Guru 40
xiii
Jadual 4.10 Taburan Data Bagi Faktor Rujukan dan Buku Teks 42
Jadual 4.11 Taburan Data Bagi Faktor Bahan Bantu Mengajar. 45
Jadual 4.12 Taburan Data Bagi Perbezaan Yang Bererti
Merentas Jantina Tentang Kesukaran Mempelajari
Matematik Dalam Bahasa Inggeris 46
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1.1 Penggunaan Deria 19
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Surat Kebenaran Penyelidikan Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan 66
Lampiran B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan
Penyelidikan Dari Jabatan Pendidikan
Negeri Kelantan 68
Lampiran C Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia 69
Lampiran D Soal Selidik 70
Lampiran E Jadual Penentuan Saiz Sampel
(Krejcie & Morgan) 76
Lampiran F Keputusan Ujian – T Mengikut Faktor 77
Lampiran G Keputusan Ujian – T Secara Keseluruhan 79
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan merupakan pemangkin utama untuk membentuk identiti
anak bangsa, menjadi sumber terpenting untuk menjayakan pembangunan Negara.
Sistem ini berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta
kesejahteraan bangsa dan Negara. Selaras dengan itu maka falsafah pendidikan
Negara dibentuk di mana Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha untuk
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
sosial dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Bidang pendidikan di Negara ini sedang mengalami proses perubahan yang
amat pantas. Ledakan dan kepesatan perubahan ini akan berterusan dan dijangka
lebih mencabar pada masa-masa yang akan datang. Alaf baru yang muncul adalah
cabaran besar untuk generasi baru dalam mengharungi kehidupan dengan pelbagai
perubahan yang timbul seiring dengan kepesatan dan pembangunan Negara.
6 Januari 2003 merupakan satu tarikh yang membawa seribu makna kepada
sistem pendidikan Negara Malaysia. Pada tarikh itulah satu dasar baru diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini
dilaksanakan secara berperingkat dan sebagai permulaan hanya pelajar darjah 1,
tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Walaupun
pada awalnya ianya menjadi isu yang hangat diperkatakan namun pihak kementerian
tetap mempunyai alasan untuk mewujudkan dasar ini.
Objektif utama perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik di dalam
Bahasa Inggeris ini adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar
bagi mempersiapkan diri mereka ke arah menguasai ilmu Sains dan Matematik
dengan lebih berkesan dan mudah. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu
dalam bidang Sains dan Matematik sama ada dari segi buku-buku atau berkaitan
dengan komputer serta teknologi komunikasi dan maklumat.
Kepentingan Bahasa Inggeris sangat ditekankan oleh bekas perdana menteri
Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam dialognya dengan para pendidik dari perlbagai
universiti di Malaysia pada 9 Julai 1992. Tun Dr. Mahathir Mohammad menegaskan
bahawa setiap warganegara Malaysia yang berpendidikan harus mempunyai
kecekapan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Menurut beliau,
kemahiran dalam Bahasa Inggeris merupakan syarat untuk mencapai wawasan 2020
dalam membangunkan Negara Malaysia kepada sebuah negara industri yang maju
(Asmah Haji Omar 1994).
Dalam kita menghadapi era teknologi maklumat yang serba canggih ini,
masih ada segelintir masyarakat yang bersikap sambil lewa. Mereka seolah-olah
tidak memikirkan apa yang akan dilakukan bagi mengharungi masa depan yang
sentiasa berubah seiring dengan langkah kerajaan yang mengharapkan muda-mudi
Malaysia bergerak maju. Keadaan ini ketara apabila ramai pelajar yang gagal
menguasai subjek Matematik dan Bahasa Inggeris dengan baik walaupun subjek ini
telah diperkenalkan sejak di bangku sekolah lagi.
Keadaan ini lebih membimbangkan terutama sekali ia berlaku dikalangan
bangsa Melayu. Ramai pelajar melayu khususnya yang ketinggalan dalam bidang
teknologi, mekanikal, kejuruteraan, perubatan dan banyak lagi. Masalah ini
disebabkan kelemahan mereka dalam Bahasa Inggeris. Di atas keperihatinan kerajaan
maka pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris
sebagai jalan keluar masalah ini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris di kalangan pelajar telah
menarik perhatian pemimpin tertinggi dan banyak pihak sehingga menimbulkan
perdebatan dan polemik. Isu bahasa ini semakin di perkatakan sehubungan dengan
perubahan dasar dalam kurikulum Matematik. Masyarakat tidak akan berhenti
berpolemik tentang perkara ini selagi pencapaian akademik khususnya subjek
Matematik tidak dipertingkatkan dan memuaskan. Kajian yang mendalam terhadap
kesukaran dapat menjadi maklumat untuk menyingkap permasalahan sebenar di
sebalik fenomena yang berlaku.
Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang mula dipelajari dari darjah
1 hingga tingkatan 5 atau tingkatan 6 di mana ia berkaitan dengan kemahiran
pengiraan. Matematik melengkapi para pelajar dengan ilmu pengetahuan matematik
yang berguna dan berkaitan dengan kehidupan seharian. Ia menggalakkan
perkembangan pemikiran analitis, bersistem dan kritis serta kemahiran
menyelesaikan masalah. Ini membolehkan pelajar mengendalikan dunia teknologi
yang sentiasa mengalami perubahan. Di samping kemahiran mengira yang
melibatkan daya kreativiti yang tinggi, ia juga memerlukan kefahaman sesuatu
konsep dengan tepat dan menyeluruh.
Tahun 2003 merupakan detik perubahan kurikulum baru bagi Matematik di
mana pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Melayu ditukar ke
Bahasa Inggeris. Program tersebut telah empat tahun dilaksanakan di sekolah-
sekolah di Malaysia. Dalam proses perlaksanaannya, ia memberi kesan yang amat
besar terhadap pencapaian dan prestasi pelajar.
Ramai pelajar yang mempunyai pandangan yang negatif terhadap mata
pelajaran Matematik dan tidak berani menghadapi tekanan matematik. Hasilnya
ramai pelajar yang benci dan takut terhadap Matematik, tambahan pula setelah
Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya keadaan ini berterusan ia akan
merugikan pelajar khususnya dan negara amnya. Tambahan pula Matematik
merupakan mata pelajaran wajib dan memerlukan penguasaan, pengamatan dan
pemahaman oleh pelajar.
Hasrat dan matlamat kerajaan melaksanakan kurikulum baru bagi Matematik
adalah sangat baik namun dalam perlaksanaan dasar ini, sekolah luar bandar
menghadapi masalah kekurangan guru yang berkelayakan bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, masalah kekurangan bahan
rujukan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan kemudahan ICT, internet
dan lain-lain lagi.
Walaupun perhatian serius yang diberikan terhadap pendidikan Matematik
dan pelbagai usaha dilakukan namun penguasaan Matematik belum memuaskan.
Berikutan dengan itu penyelidik ingin mengkaji apakah tahap kesukaran yang
dihadapi oleh pelajar terutama sekali pelajar-pelajar di kawasan luar bandar dalam
mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris sehingga menyebabkan mereka takut
untuk meminati dan seterusnya mempelajari Matematik. Beberapa faktor kesukaran
yang ditekankan dalam kajian ini iaitu dari aspek Kesediaan Pelajar, Pengajaran
Guru, Rujukan dan Buku Teks serta Bahan Bantu Mengajar.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kesukaran pelajar tingkatan 4
yang disebabkan oleh beberapa faktor dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Matematik setelah satu perubahan dasar dilakukan terhadap
kurikulum Matematik, iaitu pengajaran dan pembelajaran Matematik dilaksanakan
dalam Bahasa Inggeris. Perubahan dasar ini telah menarik perhatian penyelidik untuk
melihat tahap kesukaran yang dihadapi oleh pelajar yang tinggal di kawasan luar
bandar dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seperti yang kita tahu
kawasan luar bandar sering dikaitkan dengan masalah kekurangan kemudahan asas,
infrastuktur, kelengkapan dalam sistem pendidikan dan berbagai-bagai lagi.
Ramai pelajar yang menyukai dan meminati Matematik kerana mereka
anggap Matematik adalah satu mata pelajaran yang unik dan logik, menarik dan
membantu pelajar ke arah pembentukan pemikiran kreatif dan kritis. Matematik
dapat membantu membentuk pelajar yang berdisiplin, dan berfikiran mantik serta
bijak dalam menyelesaikan masalah. Malah ramai juga di antara pelajar yang
merasakan Matematik mata pelajaran yang mencabar, membosankan, sukar difahami,
menjemukan dan menakutkan. Tambahan pula setelah perubahan dasar kurikulum
Matematik dilakukan.
Keputusan peperiksaan mata pelajaran Matematik bagi kebanyakan sekolah
masih dianggap kurang memuaskan. Kenyataan ini berdasarkan kepada analisa
peperiksaan PMR dari tahun 2003 hingga 2005 yang di perolehi daripada Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan peratusan
pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris di daerah
Gua Musang bagi tahun 2003 dan 2005.
Jadual 1.1. Keputusan Matematik dan Bahasa Inggeris bagi tahun 2003-2005
Subjek/Tahun 2003 2004 2005
Matematik 83.46 70.90 75.91
Bahasa Inggeris 35.56 37.17 42.08
Oleh sebab itu penyelidik memilih untuk membuat penyelidikan terhadap
faktor yang menyebabkan tahap kesukaran kepada pelajar dalam mempelajari
Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi sekolah luar bandar di daerah Gua Musang.
Kajian yang dibuat terhad kepada aspek Kesediaan Pelajar, Pengajaran Guru,
Rujukan dan Buku Teks serta faktor Bahan Bantu Mengajar.
1.4 Objektif Kajian
Meninjau kepada persoalan kajian penyelidik merumuskan objektif kajian yang
hendak dikaji ialah :
1. Mengenal pasti tahap kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari
Matematik dalam Bahasa Inggeris dari aspek Kesediaan Pelajar.
2. Mengenal pasti tahap kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari
Matematik dalam Bahasa Inggeris dari aspek Pengajaran Guru.
3. Mengenal pasti tahap kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari
Matematik dalam Bahasa Inggeris dari aspek Rujukan dan Buku Teks
4. Mengenal pasti tahap kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari
Matematik dalam Bahasa Inggeris dari aspek Bahan Bantu Mengajar
5. Menentukan jika ada perbezaan yang bererti merentasi jantina tentang
kesukaran mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris.
1.5 Persoalan Kajian
1. Adakah faktor Kesediaan Pelajar menyebabkan kesukaran kepada pelajar luar
bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris?
2. Adakah faktor Pengajaran Guru menyebabkan kesukaran kepada pelajar luar
bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris?
3. Adakah faktor Rujukan dan Buku Teks menyebabkan kesukaran kepada
pelajar luar bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris?
4. Adakah masalah Bahan Bantu Mengajar menyebabkan kesukaran kepada
pelajar luar bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris?
5. Adakah terdapat perbezaan yang bererti merentasi jantina tentang kesukaran
dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris.
1.6 Hipotesis
1.6.1 Tidak Terdapat Perbezaan Yang Bererti Merentas Jantina Tentang Kesukaran
Mempelajari Matematik Dalam Bahasa Inggeris.