Upload
others
View
36
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1
UCAPAN YAA DATO’ DR HJ MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR
KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
SEMPENA “FIFTH EDUCATIONAL TALK”
“PENGABAIAN NAFKAH ANAK”
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
[masukkan salawat dan doa memulakan ucapan]
UCAPAN ALUAN DAN PENGHARGAAN
Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis
-seterusnya nama dan jawatan VVIP yang hadir-
Assalamu’alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh
Saya ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana pada petang yang mulia
ini, saya dijemput untuk bersama-sama dengan Tuan-Tuan dan Puan-puan yang
merupakan insan istimewa yang telah ‘dipilih’ oleh ALLAH SWT dalam majlis ilmu ini.
2
Tuan-tuan dan Puan-puan,
TANGGUNGJAWAB NAFKAH DARI SEGI HUKUM SYARAK
1. Islam adalah cara hidup (deen) yang lengkap (syumul) yang mencakupi semua
bidang kehidupan termasuk dalam perkara tanggungjawab nafkah terhadap anak.
Tanggungjawab tersebut digariskan melalui nas-nas yang bersifat qatie al-thubut
atau qatie al-dilalah yang tidak akan berubah dengan perubahan zaman dan
keadaan.
2. Terdapat banyak Nas daripada al-Quran dan al-Sunnah yang mengariskan
kewajipan menanggung nafkah, antaranya—
a) dalam surah al-Baqarah, ayat 233, Allah S.W.T menetapkan kewajipan
menanggung nafkah isteri dan anak-anak ke atas bapa—
ضاعة دهن حولين كاملين لمن أراد أن يتم ٱلرت يرضعن أول لد وعلى ٱلمولود لهۥ رزقهن ۞وٱلو
بولدها ول مولود لهۥ بولدهۦ وعلى وكسوتهن بٱلمعروف ل تكلف نفس إل وسعها ل لدة تضار و
لك نهما وتشاور فل جناح عليهما وإن أردتم أن ٱلوارث مثل ذ فإن أرادا فصالا عن تراض م
دكم فل جناح بما تسترضعوا أول وٱعلموا أن ٱلل ا ءاتيتم بٱلمعروف وٱتقوا ٱلل عليكم إذا سلمتم م
تعملون بصير
Maksud: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap
iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula
ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah
menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga
menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga
menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya
(suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai
oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).
Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada
salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara
yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah
sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”.
3
b) dalam hadis riwayat Saidatina Aisyah r.anh –
إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إل أن هند بنت عتبة قالت يا رسول الل
ما أخذت منه وهو ل يعلم فقال خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف
Maksud: Bahwasanya Hindun bintu ‘Itbah berkata,’’Wahai Rasulullah sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kikir, dia tidak memberi nafkah yang cukup buat aku dan anak- anakku, kecuali aku harus mengambilnya sedangkan dia tidak tahu,’’ maka (Rasulullah) mengatakan,’’ambillah apa yang cukup buatmu dan anak- anakmu dengan cara yang patut.’’ (HR.Bukhori 4945)
Taklif Berdasarkan Kemampuan
3. Walaupun, bebanan tanggungjawab (taklif) nafkah itu ke atas bapa, tetapi Allah
S.W.T atas sifat al-rahman dan al-rahim, tidak membebankan seseorang melainkan
sekadar kemampuan menurut rezeki yang diberikan kepadanya. Dalam hal ini Allah
S.W.T berfirman dalam surah al-Talaq, ayat 7—
ل يكل ف ٱلل ه ٱلل ا ءاتى ن سعتهۦ ومن قدر عليه رزقهۥ فلينفق مم ها نف لينفق ذو سعة م ساا إل ما ءاتى
بعد ع ٧سر يسرا سيجعل ٱلل
Maksudnya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya …”.
4. Berhubung dengan Ayat tersebut, syeikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di
rahimahullah berkata:
“Ini sesuai dengan hikmah dan rahmat Allah Ta’ala. Dia menjadikan
(kewajipan) setiap orang sesuai dengan keadaannya, dan Dia meringankan
dari orang yang kesusahan, sehingga, dalam masalah nafkah dan lainnya,
Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekadar)
kemampuannya.”.[Tafsir Taisir Karimir Rahman, surah al- Thalaq : 7, disalin
almanhaj.or.id dari majalah As-Sunnah Edisi 04/Tahun X/1427H/2006M].
4
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekelian,
Ganjaran Dan Pahala
5. Terdapat Nas-nas Syarak yang menjelaskan mengenai kelebihan dan ganjaran
kepada bapa yang melaksanakan tanggungjawab nafkah, antaranya:
a) Nabi s.a.w bersabda (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi):
سبيل هللا و دينار أنفته في رقبة و دينار تصدقت به على مسكين ودينار أنفته في علىدينار أنفته في أهلك أعظمها أجرا الذي أنفته على أهلك
Maksud: “Dinar yang engkau infakkan di jalan Allah, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dan dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu”.
b) Abu Mas’ud Al Badri meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
إن المسلم إذا أنفق على أهله نفقة وهو يحتسبها كانت له صدق
Maksud: “Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya karena Allah, maka pahala nafkahnya itu sama dengan pahala sedekah.”. (HR. Muslim)
c) Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w bersabda (HR Ibnu Majah, 2138; Ahmad,
916727; dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Ibnu Majah,
1739):
ما أطعمت والدك فهو لك صدقة، و ما ما أطعمت نفسك فهو لك صدقة، وما أطعمت ولدك فهو لك صدقة، و
أطعمت زوجك فهو لك صدقة، و ما أطعمت خادمك فهو لك صدقة
Maksud: “Apa yang engkau infaq untuk dirimu sendiri, maka itu adalah sedekah bagimu, dan apa yang engkau infaq untuk anakmu, maka itu adalah sedekah bagimu, dan apa yang infaq orang kedua ibubapamu, maka itu adalah sedekah bagimu. Dan apa yang engkau infaq isterimu, maka itu
5
adalah sedekah bagimu, dan apa yang engkau infaq orang gajimu, maka itu adalah sedekah bagimu.”.[6]
6. Berdasarkan hadis tersebut, pahala bapa yang memberi nafkah kepada
anak-anaknya adalah lebih besar pahala berbanding infaq ke jalan Allah.
Bahkan Syarak menyamakan infaq kepada ahli keluarga tersebut sebagai
sedekah yang diberikan balasan berlipat kali ganda sama ada di dunia dan
Akhirat. Dalam hal ini, Nabi s.a.w bersabda:
كل عمل ابن آدم يضاعف الحسنة عشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف Maksud: Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali ganda. (HR. Muslim no. 1151)
Ancaman Ke Atas Orang Yang Mengabaikan Nafkah
7. Bagi suami suami yang bakhil dan kedekut, banyak nas yang memberikan
ancaman baginya, iantaranya—
a) Nabi s.a.w bersabda HR Muslim.
كفى بالمرء إثما أن يضي ع من يقوت
Maksud: “Cukuplah sebagai dosa bagi seseorang manusia yang mengabaikan orang yang di bawah tanggungannya.”.
b) Dalam hadis lain, Baginda s.a.w bersabda:
إال ملكان ينزالن فيقول أحدهما : اللهم أعط منفقا خلفا، و يقول اآلخر: اللهم ما من يوم يصبح العباد فيه أعط ممسكا تلفا
Maksud: “Tidaklah para hamba berada dalam waktu pagi, melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari mereka berdoa,”Ya,
6
Allah. Berikanlah kepada orang yang menafkahkan hartanya balasan yang lebih baik,” sedangkan malaikat yang lain berdoa,”Ya, Allah. Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (tidak mau menafkahkannya).”.
Tuan-tuan/puan-puan,
TANGGUNGJAWAB NAFKAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG
8. Dari segi undang-undang, peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah undang-
undang sedia ada tiada percanggahan dengan prinsip-prinsip nafkah yang
ditetapkan oleh hukum Syarak, iaitu tanggungjawab menafkahi anak-anak itu
terletak ke atas bapa atau waris bapa jika bapa meninggal dunia atau tidak
berkemampuan .
9. Sebagai contoh, seksyen 73 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan
“Kewajipan menanggung nafkah anak
73. (1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan
selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama
ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan
mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran
sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau
dengan membayar kosnya.
(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di
bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah
kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak
diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.”.
10. Maksud ungkapan “seseorang yang bertanggungan di bawah hukum Syarak” di
bawah subseksyen 73(2) itu diperjelaskan melalui Arahan Amalan Mahkamah
Syariah no 14 Tahun 2007:
“Susunan Waris Yang Bertanggungan Membayar Nafkah
7
…berhubung dengan orang-orang yang bertanggungan mengikut Hukum Syarak yang boleh diperintahkan membayar nafkah bagi seseorang tertentu mengikut peruntukan Undangundang Keluarga Islam Negeri-negeri ialah waris-waris lelaki mengikut tertib asobah dalam faraid. Sekiranya waris-waris lelaki tiada atau tidak berupaya, Mahkamah boleh memperakukannya kepada Baitulmal untuk membayar nafkah tersebut.”.
11. Sehubungan dengan itu, dari segi undang-undang, walaupun dalam ketiadaan bapa
atau bapa tidak mampu, nasib anak-anak yatim tersebut terbela. Ini adalah kerana
tanggungjawab nafkah tersebut berpindah kepada waris-waris bapa atau baitul mal
seperti mana yang diperuntukkan dalam Arahan Amalan No. 14 Tahun 2007 itu.
12. Peruntukan di atas adalah selaras dengan hukum Syarak yang meletakkan
tanggungjawab menyediakan nafkah adalah kepada ahli waris ketika ketiadaan
bapa ataupun bapa yang tidak mampu.
Tuan-tuan dan puan-puan..
PENGABAIAN NAFKAH ANAK
Perintah nafkah
13. Sekiranya berlaku pengabaian nafkah anak oleh bapa, adalah amat penting untuk
penjaga kanak-kanak itu (sebagai contoh ibu) untuk mengambil tindakan segera
bagi mendapatkan perintah mahkamah yang memerintahkan bapa kanak-kanak
tersebut membayar nafkah itu.
14. Ini adalah kerana sekiranya berlaku pengabaian, nafkah tersebut tidak dikira
sebagai hutang mengikut hukum Syarak selagi mana tidak diperintahkan oleh
mahkamah.
15. Sebagai contoh, Dr Mohamed al Zuhaili, pengarang Kitab al Muktamad fi al fiqh al
Syafie dalam kitabnya di halaman 294 menyatakan perintah nafkah yang
dikeluarkan oleh Hakim atau keizinan berhutang daripada Hakim adalah mengikat
penghutang (bapa) untuk membayar nafkah anak dan ianya adalah dikira hutang
8
nafkah apabila penghutang atau bapa tidak melaksanakan perintah tersebut. Selagi
mana tiada perintah daripada hakim, nafkah tersebut tidak menjadi hutang. Ini
adalah kerana mengikut prinsip asal, pembayaran nafkah anak merupakan مواساة
iaitu pertolongan, bantuan daripada bapa dan bukannya تمليك iaitu pemilikan hak.
Berbeza dengan nafkah isteri yang merupakan تمليك .
Pelanggaran perintah nafkah
16. Berdasarkan rekod statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat
banyak kes pelanggaran perintah nafkah anak-anak. Sebagai contoh bagi tahun
2015 sebanyak 1359 kes, tahun 2016 (1410 kes) dan bagi tahun 2017 (1498 kes).
17. Berdasarkan statistik tersebut, dapat disimpulkan bahawa terdapat sebilangan bapa
walaupun telah diperintahkan oleh mahkamah supaya membayar nafkah anak-
anaknya, tetapi masih tetap berdegil (culas) untuk melaksanakan tanggungjawab
tersebut.
Peranan JKSM dalam menangani bapa yang melanggar perintah nafkah
18. Atas keprihatinan Kerajaan bahawa isu tentang pengabaian nafkah adalah
merupakan isu umat Islam amnya, dan isu imej Islam khususnya, yang perlu
ditangani dengan sebaik mungkin, maka pada tahun 2008, satu bahagian baru
diwujudkan di JKSM yang dikenali dengan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).
Objektif utama penubuhan BSK adalah bagi membantu isteri/ bekas isteri dan anak-
anak menguatkuasa dan melaksanakan perintah nafkah yang gagal dipatuhi. Bagi
memudahkan pelaksanaan objektif ini BSK Seksyen Negeri diwujudkan disetiap
Negeri dengan kekuatan 96 orang pegawai dan kakitangan.
19. Penubuhan BSK atas objektif tersebut adalah selaras dengan roh dan semangat
perundangan Islam seperti yang terdapat dalam Risalat al-Qadha’ Saidina Umar al-
9
Khatab kepada Abu Musa al-Ash‘ari yang mengariskan prinsip-prinsip kehakiman
yang perlu diambil perhatian dalam menjalankan tugas dan kewajipannya sebagai
hakim di Yaman. Antara prinsip tersebut adalah adalah berkenaan dengan tanfiz al-
qadha (pelaksanaan perintah) yang mana Saidina Umar menyatakan—
“له فاذن ل بحق تكلم ينفع ل”
Maksud: “Tiada faedah/ manfaat berbicara (memutuskan) mengenai sesuatu
hak yang tidak dapat dilaksanakan”.
20. Begitu juga dalam risalah kepada Mu‘az bin Jabal, Saidina Umar menegaskan
prinsip yang sama—
فاقض إذا فهمت، وأنفذ إذا قضيت
Maksud: ““Hakimilah sesuatu pertikaian apabila engkau memahaminya,
dan laksanakanlah apabila engkau menghakiminya.”.”.
21. Fungsi BSK dalam membantu kes-kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah
nafkah, dilaksanakan melalui mekanisme yang berikut:
a) pegawai BSK diberikan tauliah sebagai peguam Syarie dan bailif oleh pihak
berkuasa Negeri-Negeri kecuali Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor;
b) BSK menyediakan pendahuluan nafkah (bersifat revolving fund yang
disalurkan oleh Kerajaan) dan bantuan nafkah (yang disalurkan oleh Majlis
Agama Islam Negeri-Negeri) kepada penghutang penghakiman (isteri/
bekas isteri) yang tidak berkemampuan (iaitu yang berada di bawah had
kifayah) selama tempoh 6 bulan selepas kes penguatkuasaan dan
pelaksanaan perintah nafkah didaftarkan di mahkamah Syariah. Jumlah
pendahuluan nafkah tersebut adalah mengikut jumlah yang dinyatakan
dalam perintah nafkah oleh mahkamah Syariah;
10
c) bagi membolehkan pengabaian perintah nafkah diambil tindakan dengan
segera, JKSM telah mewujudkan sistem e-nafkah pada tahun 2012 yang
mana sistem tersebut diintegrasi dengan sistem e-syariah. Melalui integrasi
sistem tersebut, BSK dapat memantau mana-mana perintah nafkah yang
tidak dipatuhi;
d) sekiranya didapati berlaku pelanggaran perintah nafkah dan pemiutang
penghakiman berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah, pegawai
BSK yang diberi tauliah sebagai peguam Syarie akan memberikan khidmat
guaman kepada pemiutang penghakiman dalam prosiding penguakuasaan
dan pelaksanaan perintah;
e) selepas mahkamah Syariah mengeluarkan perintah penguatkuasaan
melalui apa-apa cara yang ditetapkan oleh undang-undang (seperti
perintah penyitaan dan penjualan), pegawai BSK yang diberi tauliah
sebagai bailif pula akan membuat pelaksanaan perintah mengikut cara-
cara pelaksanaan yang diperintahkan oleh mahkamah; dan
f) di samping pemantauan pematuhan perintah melalui integrasi e-nafkah dan
e-syariah, pihak JKSM melalui BSK juga mengadakan promosi dan
kaunter-kaunter bergerak secara berkala di tempat tumpuan awam bagi
memudahkan orang awam mendapatkan khidmat nasihat perundangan
Syariah dan khidmat guaman yang berhubungan dengan perintah nafkah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kaedah atau cara penguatkuasan dan pelaksanaan perintah
22. Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah yang dilaksanakan oleh BSK adalah
berdasarkan peruntukkan undang-undang yang sedia ada dalam Akta/ Enakmen/
Ordinan Prosedur Mal (Mahkamah Syariah).
11
23. Perintah nafkah adalah perintah pembayaran wang. Oleh itu dari segi undang-
undang, ia boleh dikuatkuasa dengan satu atau lebih daripada cara-cara yang
berikut:
a) perintah penyitaan dan penjualan harta penghutang penghakiman;
b) prosiding hiwalah;
c) perintah tahanan pendapatan penghutang penghakiman; .
d) perintah pengkomitan; atau
e) Saman penghutang penghakiman.
24. Sebagai contoh, subseksyen 148(1) [Akta 585 memperuntukkan –
“Penguatkuasaan penghakiman, dsb, bagi pembayaran wang.
148. (1) Tertakluk kepada Akta ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu--
(a) perintah penyitaan dan penjualan; (b) prosiding hiwalah; (c) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.”.
25. Perintah nafkah juga boleh dikuatkuasakan melalui pelaksanaan oleh bailif seperti
yang diperuntukkan dalam subseksyen 159(1) Akta 585 yang memperuntukkan
seperti yang berikut:
“Jenis pelaksanaan. 159. (1) Suatu perintah bagi pelaksanaan boleh mengarahkan bailif supaya mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu tindakan yang berikut:
(a) mendapatkan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar dengan menyita dan
menjual harta alih penghutang penghakiman itu;
(b) menahan harta alih penghutang penghakiman itu yang berada dalam milikan atau
kawalan pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut "mudhal 'alaih") atau hutang
yang kena dibayar oleh muhal 'alaih kepada penghutang penghakiman itu;
12
(c). ……; atau
(d) menahan pendapatan penghutang penghakiman itu.”.
26. Prosiding hiwalah (garnishment) ialah suatu prosiding untuk mendapatkan hutang
penghakiman melalui pihak ketiga (muhal ‘alaih) yang berhutang dengan
Penghutang Penghakiman atau yang menyimpan harta penghutang penghakiman.
Terdapat beberapa kes yang dikendalikan oleh BSK yang melibatkan prosiding
hiwalah ini, antaranya --
i. kes yang pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan pada
tahun 1996 ialah WD lawan WM dan MS.(bukan nama sebenar) WD (bekas
isteri) ialah seorang pemiutang penghakiman yang telah mendapat perintah
Mutaah berjumlah RM10 juta dan penyelesaian lain berjumlah
RM2,062,500.00 menjadikan hutang sebanyak RM12,062,500.00. Bayaran
yang dipersetujui adalah sebanyak 8 kali tetapi WM (bekas suami) iaitu
penghutang penghakiman gagal menyelesaikannya dan masih berhutang
sebanyak RM10,856,500.00. Pada masa yang sama bekas suami
melupuskan harta-harta yang ada bertujuan mengelak perintah mahkamah
tersebut. Bekas isteri segera memfailkan hiwalah dan menamakan MS
(pihak ke-3) sebagai garnishee. Ini kerana MS adalah penama yang
memegang amanah segala aset dan saham bekas suami yang ada di dalam
syarikat-syarikat. Syarikat-syarikat tersebut merupakan kepunyaan WM dan
MS (pihak ke-3) adalah pemegang amanah terhadap aset dan saham
syarikat kepunyaan WM. Kes ini kemudian diselesaikan apabila bekas
suami melalui garnishee (pihak ke-3) bersetuju untuk memindahmilik
sebidang tanah 12ndustry berharga RM16,500,000.00 dan 3000 saham
syarikat ke atas nama bekas isteri atau pemiutang penghakiman.
ii. kes hiwalah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Negeri Melaka
pada tahun 2016. Pemiutang Penghakiman (bekas isteri) telah hadir ke
13
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri Melaka pada bulan
Mei tahun 2014 dan membuat aduan ke atas tunggakan nafkah anak yang
tidak dijelaskan oleh bekas suami (Penghutang Penghakiman) sebanyak
RM48,600.00. Bekas isteri juga telah memaklumkan bahawa anak kelima
mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 16
Disember 2013. Sijil Faraid bertarikh 24 April 2014 telah dikeluarkan
daripada Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka melalui Kes No:04200-
040-0177-2014 memperuntukkan bahawa pembahagian harta pusaka Si
Mati untuk ibu (Pemiutang Penghakiman) adalah satu perenam (1/6)
manakala lima perenam (5/6) adalah milik bapa.(Penghutang
Penghakiman). Selanjutnya, pada tahun 2015, pihak Prudential Assurance
Malaysia Sdn. Bhd telah memaklumkan berkenaan manfaat kematian yang
berhak diterima oleh waris Si Mati di mana jumlah manfaat kematian adalah
sebanyak RM52,060.71. Wang tersebut telah diserahkan kepada Amanah
Raya Berhad (‘Selepas ini dirujuk sebagai “ARB” ) sebagai pemegang .
Pihak ARB sebagai Pemegang Amanah akan membahagikan amaun
tersebut berdasarkan pembahagian daripada Sijil Faraid yang telah
dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.
Pihak BSK telah berurusan dengan ARB agar tunggakan nafkah yang masih
berbaki diselesaikan dengan cara mendapatkan wang manfaat kematian
bahagian yang akan diterima oleh bekas suami sebagai bapa kepada Si Mati
iaitu sebanyak 5 /6 daripada jumlah RM52,060.71 tersebut yang mana
secara kasarnya Penghutang Penghakiman akan menerima RM 43,383.90.
Pada 14 Jun 2016, BSK telah memfailkan permohonan untuk mengeluarkan
Perintah Pelaksanaan dan Saman Hiwalah juga telah difailkan. BSK telah
memohon kepada mahkamah bagi memerintahkan pihak ARB untuk
menjelaskan tunggakan nafkah anak-anak tersebut sebanyak RM45,235.41
yang telah terhutang oleh bekas suami kepada bekas isteri daripada jumlah
manfaat kematian arwah yang akan diterima oleh bekas suami (Penghutang
14
Penghakiman). Berdasarkan keterangan pihak ARB, affidavit dokumen-
dokumen yang telah difailkan, maka hakim bicara telah memerintahkan
tunggakan nafkah anak-anak tersebut sebanyak RM44,600.00 dibayar
secara hiwalah pada 26 Julai 2016.
27. Berhubung dengan pengkomitan, Mahkamah Syariah juga telah banyak
melaksanakan hukuman pemenjaraan ke atas bekas suami yang enggan memberi
nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak. Namun perkara ini jarang atau tidak
diberi liputan oleh media massa.
28. Berdasarkan statistik Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), JKSM pada tahun 2016,
Mahkamah melalui permohonan BSK yang mewakili bekas isteri dan anak-anak
telah membuat 85 permohonan ke mahkamah untuk memenjara pihak suami yang
gagal membayar nafkah isteri dan anak-anak. Dalam kes tersebut ada antaranya
yang belum sempat dihantar ke penjara, bekas suami telah membuat pembayaran
kepada bekas isteri dan ada sesetengahnya membuat pembayaran selepas ditahan
beberapa hari di penjara.
29. Di Negeri Terengganu pula, dari tahun 2010 hingga 2015, Mahkamah Syariah
Negeri Terenggau telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tujuh lelaki kerana
mengingkari perintah mahkamah untuk membayar nafkah anak-anak mereka.
30. Tindakan pengkomitan ini akan dipilih bagi menangani bapa yang terlalu degil untuk
mematuh perintah nafkah. Pada kebiasaannya bapa akan sedaya upaya berusaha
melaksana tanggungjawab membayar nafkah bagi mengelak daripada
dipenjarakan.
Pencapaian BSK
15
31. Dari tahun 2015 hingga 2018 BSK (3 tahun terakhir) telah mengendalikan sebanyak
5810 kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah.
32. Manakala jumlah pendahuluan nafkah dan bantuan nafkah setakat ini adalah
berjumlah RM2, 148, 104.00 yang dikeluarkan kepada 1118 orang.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Cabaran Penguatkuasaan Perintah Nafkah
33. Oleh kerana perintah pembayaran nafkah adalah perintah pembayaran wang yang
mana pada kebiasaannya wang disimpan dalam bank atau dalam kumpulan wang
simpanan yang diurus dan dikendalikan mengikut undang-undang persekutuan
(federal law). Manakala perintah nafkah dikeluarkan oleh mahkamah Syariah yang
ditubuhkan mengikut undang-undang Negeri (state law), maka perintah-perintah
nafkah sukar dikuatkuasakan kerana kebanyakan institusi tersebut tidak tertakluk
kepada perintah-perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
PENUTUP
34. Perintah nafkah yang tidak dilaksanakan adalah satu pengabaian kepada penerima
perintah tersebut. Sebagai langkah memastikan pengabaian tidak berlaku,
pemerintah memainkan peranan yang penting untuk memastikan perintah
dilaksanakan dan tidak dikeluarkan secara sia-sia. Walau pun tindakan
penguatkuasaan perintah boleh dilakukan berdasarkan peruntukkan undang-
undang sedia ada, proses tersebut dilihat rumit dan seringkali melalui pelbagai
kerenah birokrasi. Justeru inisiatif dan pendekatan baharu yang lebih objektif perlu
dibuat bagi memastikan apa-apa perintah tersebut dilaksana sesegera mungkin
16
demi memastikan hasrat Kerajaan menjadikan pengurusan hal ehwal Islam unggul
dan bertaraf dunia melaui teras Maqasid Syariah dan Rahmatan Lil Alamin.
35. Walaupun penubuhan BSK yang berfungsi untuk menguatkuasa dan melaksanakan
perintah nafkah, namun fungsi dan peranan BSK perlu ditambah baik dari semasa
ke semasa, khususnya dari segi kekangan undang-undang bagi menangani isu
pengabaian oleh “deadbeat father” iaitu bapa yang mampu membayar nafkah
namun lari daripada tanggungjawab.
36. Sebagai penutup saya memetik tulisan Abu Al wafa’ di dalam Kitab al-Murafa‘at al-
Madaniyyah wa al-Tijariyyah, edisi ke-15, 1990, p. 440 menyebut:
“Perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan terhadap usaha-usaha
bagi mengelakkan kelewatan dan kelengahan dalam tindakan
penguatkuasaan perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah
dan menghapuskan sebarang bentuk halangan yang boleh
menyebabkan implikasi negatif terhadap perintah tersebut yang
seterusnya akan merosakkan reputasi sistem kehakiman. Ia hanya
akan dapat dilakukan apabila kehakiman benar-benar dini’mati
sepertimana penyataan yang menyatakan,” Keadilan tidak hanya
diperolehi apabila memberikan pihak yang berhak haknya, tetapi
keadilan hanya akan tercapai apabila seseorang individu itu
memperoleh haknya dengan mudah, tanpa kesengsaraan, dalam
tempoh yang singkat (munasabah) dan juga memberikan ruang masa
yang mencukupi bagi sebarang proses rayuan.
Sekian, terima kasih.