37
AMSU5203 FAKULTI SAINS SOSIAL SEMESTER 3 / TAHUN 2013 AMSU5203 SEJARAH KEILMUAN DAN INTELEKTUALAN ISLAM NO. MATRIKULASI : CGS00774625 NO. TELEFON : 012 6936320 E-MEL : [email protected] PENSYARAH : Puan Norunnajjah binti Ahmat 1

Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER 3 / TAHUN 2013

AMSU5203

SEJARAH KEILMUAN DAN INTELEKTUALAN ISLAM

NO. MATRIKULASI : CGS00774625

NO. TELEFON : 012 6936320

E-MEL : [email protected]

PENSYARAH : Puan Norunnajjah binti Ahmat

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA

1

Page 2: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Penghargaan

� يم ح� ح�من� الر� � الله� الر� م �س� ب

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan

hidayah dalam menyiapkan tugasan bertajuk ‘ Kemunculan Ahli Sunnah Wal Jamaah amat berbeza

dengan kelahiran Syiah, Muktazilah, Qadariyah dan Jabariyah ‘. Bincangkan : Kewajipan Umat Islam di

Malaysia berpegang dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Satu keperluan dan cabaran’.

Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami

serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan

dan pembelajaran saya di OUM Melaka ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM

semester September 2013 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama

yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah yang di hormati, Puan Norunnajjah binti Ahmat kerana telah memberi panduan dan

tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa

tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini.

Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah S.W.T. dan segala kelemahan adalah dari diri saya

sendiri. Wallahu a'lam.

Sekian , terima kasih.

وبالله التوفيق والهداية

ISI KANDUNGAN HALAMAN

2

Page 3: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Penghargaan

1.0 Pendahuluan1.1 Pengertian mazhab1.2 Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah

12

2 - 3

2.0 Sejarah kelahiran mazhab-mazhab muktabar dalam Islam2.1 Aliran mazhab-mazhab muktabar 2.1.2 Mazhab Hanafi 2.1.2 Mazhab Maliki 2.1.3 Mazhab Syafie 2.14 Mazhab Hanbali

2.2 Aliran mazhab-mazhab akidah 2.2.1 Mazhab Qadariah 2.2.2 Mazhab Jabariah 2.2.3 Mazhab Muktazilah 2.2.4 Mazhab Syiah 2.2.5 Mazhab Ahli Sunnah Wal jamaah

2.3 Perbezaan Ahli sunnah wal Jamaah 2.3.1 Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Muktazilah, Qadariah dan Jabariah 2.3.2 PerbezaanAhli sunnah Wal Jamaah dengan Syiah.

33444

55 - 66 - 77 - 9

9 – 11

11

11 - 12

3.0 Kewajipan berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia3.1 Islam menyeru mengikuti sunnah dan menjauhi bidaah3.2 Ajaran Islam sempurna3.3 Al quran dan Al Sunnah penentu hukum

12 - 1415

15 - 16

4.0 Cabaran-cabaran Ahli Sunnah Wal Jamaah akibat aliran-aliran yang berbeza.

17 - 18

5.0 Strategi berkesan mengatasi perbezaan ideologi dan mazhab di Malaysia.

18 - 20

6.0 Kesimpulan 20

Bibliografi

1.0 PENDAHULUAN

3

Page 4: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan perkembangan mazhab Syiah yang semakin

berleluasa. Masyarakat Malaysia dihidang dengan amalan Syiah seperti kahwin mut’ah ,

mengharuskan jamak solat dalam semua keadaan, solat dhuha adalah bid’ah dan haram, serta

banyak lagi. Sistem kekeluargaan amat terkesan dengan perkembangan mazhab syiah ini. Rata-

rata masyarakat Islam di Malaysia yang kurang kefahaman tentang aliran pemikiran dalam Islam

, mula mencari-cari kebenaran di sebalik propaganda syiah ini. Sehinggalah diwartakan fatwa

yang mengharamkan perkembangan syiah di Malaysia oleh fatwa-fatwa daripada negeri-negeri

di Malaysia bersandarkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 5 Mei 1996 yang lalu. Ketika

membincangkan isu Syiah di Malaysia, pihak jawatankuasa telah bersetuju memutuskan bahawa

keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24-25 September 1984

[Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] yang menetapkan :

“Hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyyah dan al-Ja`fariyyah yang diterima untuk

diamalkan di Malaysia” dimansuhkan.”

Berhubung isu ini, ia telah dibincangkan dalam sidang parlimen pada 9 Mac 2011 di mana

YB Senator Mejar Jeneral Dato Jamil Khir b. Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana

Menteri telah melarang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia tanpa turut menghalang

pengamalan ajaran tersebut di negara ini. Ini bererti ajaran ini masih bebas untuk diamalkan di

Malaysia oleh pengikutnya dan kesannya adalah sukar untuk dijamin sejauh mana ia tidak

disebarkan kepada pengikutnya, apatah lagi wujudnya suara-suara sumbang yang cuba

mempertahankan hak golongan ini untuk menjalankan aktiviti mereka atas dasar hak asasi

manusia. Setakat ini, terdapat enam buah negeri yang telah mewartakan larangan terhadap

penyebaran fahaman Syiah iaitu Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan,

Negeri Sembilan dan Melaka (Portal Rasmi Fatwa Malaysia. 2013)

Sehubungan dengan itu, fokus utama tugasan ini dibuat adalah untuk mengetahui tentang

mazhab-mazhab yang terdapat di dalam Islam , sejarah kelahirannya serta perbezaaannya

dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Turut menjadi agenda perbahasan ialah kewajipan

berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, cabaran dan strategi berkesan bagi mengatasi

masalah perbezaannya dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.

1.1 PENGERTIAN MAZHAB

4

Page 5: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Mazhab ( مذهب ) adalah istilah daripada bahasa Arab, yang bererti jalan yang dilalui dan

dilewati, sesuatu yang menjadi tujuan seseorang baik konkrit atau abstrak. Sesuatu dikatakan

mazhab bagi seseorang jika cara atau jalan tersebut menjadi ciri khasnya. Menurut para ulama

dan ahli agama Islam, yang dinamakan mazhab adalah manhaj yang dibentuk setelah melalui

pemikiran dan penelitian, kemudian orang yang menjalaninya menjadikannya sebagai pedoman

yang jelas batasannya, bahagiannya, terdiri daripada prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah tertentu. 

Menurut kamus dewan (2000), mazhab ialah cabang agama Islam yang dianuti oleh umat

Islam ( iaitu mazhab Shafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki ). Kalimah mazhab dari segi bahasa

ialah tempat untuk berjalan ataupun jalan itu sendiri (Al-Marbawi.2000). Mazhab menurut ulama

feqah adalah sebuah metodologi fiqh khusus yang dijalani oleh seorang ahli feqah mujtahid,

yang berbeza dengan ahli feqah lain, yang menghantarkannya memilih sejumlah hukum dalam

ilmu furu'.

Berdasarkan pengertian di atas, mazhab ialah ijtihad seorang mujtahid terhadap sesuatu

hukum yang tiada nas dan melibatkan masalah zonni ( prasangka ) bukan qat’i ( pasti ) seperti

masalah tentang perkara-perkara yang membatalkan wuduk ( menyentuh kulit wanita yang

bukan muhrim ). Hukum berpegang kepada mazhab adalah wajib. Sekiranya dibenarkan untuk

tidak bermazhab dan bertalfiq maka kaum muslimin akan mengambil aturan-aturan yang ringan

dan mudah, hal ini akan membawa kepada akibat terlepasnya tuntutan taklif.

1.2 PENGERTIAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Pengertian sunnah ialah sunnah Rasulullah S.A.W, pengertian Jamaah ialah kumpulan

sahabat dan tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata daripada Al Quran dan Sunnah

Rasulullah S.A.W. Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang

berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para sahabat yang bersepakat di atas

kebenaran yang nyata dari Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. (Portal Rasmi Fatwa

Malaysia. 2013)

Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mereka yang menempuh apa yang telah ditempuh oleh

Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya. As Sunnah pula kerana mereka berpegang dan ittiba’

sunnah nabi dan para sahabatnya. As Sunnah menurut bahasa adalah jalan atau cara sama ada

baik atau buruk. Sementara menurut terminologi, As Sunnah ialah petunjuk yang telah di

lakukan oleh Rasulullah dan para sahabatnya baik tentang ilmu, i’tikad ( keyakinan), perkataan

5

Page 6: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

atau perbuatan. Al Jamaah pula kerana mereka bersatu di atas kebenaran, tidak mahu berpecah-

belah dalam urusan agama, berkumpul di bawah kepimpinan para imam yang berpegang kepada

kebenaran, tidak berpecah belah dalam urusan agama, tidak keluar dari jamaah dan mengikuti

apa yang telah menjadi kesepakatan salaful ummah.(Yazid.2006) Jadi Ahli Sunnah Wal Jamaah

adalah orang yang mempunyai sifat mengikuti sunnah nabi dan menjauhi perkara-perkara yang

baru atau bid’ah dalam agama.

2.0 SEJARAH KELAHIRAN MAZHAB-MAZHAB MUKTABAR DALAM ISLAM

2.1 ALIRAN MAZHAB-MAZHAB MUKTABAR

Sebenarnya terdapat banyak mazhab dalam Islam kerana ulama-ulama yang

bekemampuan terdiri daripada sahabat-sahabat nabi, para tabiin dan tabi Al-tabiin yang

mempunyai cukup syarat-syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai, tetapi mengikut pendapat

ulama, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat

mazhab sahaja iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hanbali.

Ini kerana keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan-peraturan, kaedah-kaedah

dan panduan-panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis dalam kitab-kitab mereka.

Mazhab-mazhab lain tidak mempunyai kaedah-kaedah yang cukup yang dibukukan dan boleh

dijadikan panduan dalam bidang perundangan.

2.1.1 Mazhab Hanafi

Mazhab ini diasaskan oleh Nu`man Bin Tsabit bin Zhuthi’. Dilahirkan pada tahun 80

H/699M di Kufah, Iraq (Afendi.2011). Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.

Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi

masalah-masalah yang dihadapi. Oleh kerana beliau seorang yang berpengetahuan, bijak dan

berakhlak mulia, maka beliau dapat membuat perhubungan yang rapat dengan pembesar negara.

Ia mendapat tempat yang baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan yang tinggi

dalam pemerintahan.

2.1.2 Mazhab Maliki

6

Page 7: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas, lahir di kota Madinah pada tahun 93H

(Afendi.2011). Beliau dilahirkan 13 tahun selepas lahirnya Iman Abu Hanifah. Semasa

hidupnya, Iman Malik dapat menurut dua corak pemerintahan iaitu Umaiyyah dan Abasiyyah, di

mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering terjadi. Di masa itu juga pengaruh ilmu

pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat.

  

2.1.3 Mazhab Syafie

Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada

tahun 150H di Gaza, Palestin. Keturunannya bersambung dengan Rasulullah S.A.W. pada

Abdul Manaf bin Qusay (Afendi.2011). Beliau banyak mengembara untuk menimba ilmu. Imam

Syafie dianggap seorang yang dapat menggabungkan antara hadis dan fikiran bagi membentuk

undang-undang fiqh.

 

2.1.4 Mazhab Hanbali

Nama bagi pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin Hanbal. Lahir di

bandar Baghdad pada tahun 164H di Baghdad, Iraq (Afendi.2011). Ibnu Hanbal adalah dari

keluarga miskin kerana bapanya tidak meninggalkan harta di waktu matinya melainkan sebuah

rumah yang kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupannya, beliau terpaksa bekerja di

kedai jahit untuk mengambil upah. Imam Syafie adalah salah seorang dari guru Ahmad Bin

Hanbal. Peta di bawah menunjukkan pengaruh keempat-empat mazhab di seluruh dunia.

2.2 ALIRAN MAZHAB AKIDAH

7

Page 8: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Selepas zaman Rasulullah dan zaman para sahabat ilmu tauhid ini berkembang dengan

pesat dan telah dibahaskan oleh beberapa tokoh ilmuan Islam. Daripada perbahasan ini,

timbullah beberapa aliran mazhab dalam ilmu tauhid seperti Qadariah, Jabariah, Muktazilah dan

Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara sebab lahirnya pelbagai aliran ini ialah :

Kefahaman dan tafsiran yang berbeza tentang al-Quran.

Perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman.

Tidak hidup sezaman dengan Rasulullah SAW.

Perbezaan pendapat.

Pengaruh politik semasa.

Berlaku pergeseran politik antara penyokong–penyokong Khalifah Uthman Bin Affan

dan Khalifah Ali bin Abi Talib.

Pengaruh kebudayaan dan pengaruh asing.

Pengaruh Yunani, Rom dan Parsi telah melahirkan aliran Murji’ah dan Muktazilah.

2.2.1 Mazhab Qadariah

Qadariah adalah sebuah mazhab yang dilahirkan di Basrah berikutan timbulnya

perbahasan hangat orang Islam mengenai masalah qadha dan qadar Allah. Asal nama mazhab ini

diambil dari perkataan Al-Qadar yang membawa maksud sifat qudrat.  Mereka berpendapat

segala kerja baik dan buruk manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasa diri sendiri dan

bukan kerana Allah,. Pengasas mazhab ini bernama Ma’bad Ibnu Khalid Al-Juhani dan Ghailan

Al-Dimasyqi. Di antara pendapat mereka ialah seperti :

Mereka mengatakan manusia itu bebas untuk melakukan segalanya menurut apa yang

dikehendaki oleh manusia itu sendiri.

Mereka percaya bahawa Allah tidak menentukan apa-apa takdir kepada manusia.

2.2.2 Mazhab Jabariah

Jabariah muncul di Kufah pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, pengasas mazhab ini ialah

Jaham Ibnu Safuan yang berasal dari Khurasan. Asal Jabariah ini diambil dari perkataan Al-Jabr

atau Jabrun yang membawa maksud digagahi atau tergagah. Mereka berpendapat bahawa

8

Page 9: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

manusia dan makhluk itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata atau

sepenuhnya. Mereka juga mengatakan tidak ada sedikit pun bagi manusia ikhtiar dan tidak boleh

memilih sama sekali. Segala perbuatan baik dan buruk manusia itu bukan atas dasar kehendak

diri sendiri dan itu semua adalah dari kehendak Allah. Di antara pendapat mazhab ini ialah

seperti :

Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah. 

Manusia itu tidak mempunyai apa-apa usaha, pilihan atau ikhtiar dalam melakukan

semua perbuatan. 

Manusia diibaratkan seperti bulu dan kapas yang boleh ditiup angin ke mana sahaja. 

Syurga dan neraka tidak kekal, kerana yang kekal hanya zat Allah sahaja. 

Al-Quran itu adalah baru. 

Allah hanya mempunyai zat dan tidak mempunyai sifat. 

Allah tidak boleh dilihat pada hari akhirat nanti.

2.2.3 Mazhab Muktazilah

Muktazilah adalah satu mazhab akidah yang berpegang kuat kepada dasar kebebasan berfikir

dan cuba melepaskan umat Islam dari belenggu taqlid buta. Muktazilah diambil dari perkataan

I’tazala yang membawa maksud mengasingkan diri dari golongan pada masa itu. Manakala dari

segi istilah ia bermaksud golongan yang lahir dalam Islam pada awal kurun kedua Hijrah.

Pengasas mazhab ini bernama Wasil Ibnu Ata’ yang mengasingkan diri daripada gurunya Hasan

Al-Basri. Ketika itu Wasil keluar dari halaqah gurunya kerana tidak bersetuju dengan pendapat

yang diberikan oleh Hasan Al-Basri tentang hukum orang melakukan dosa besar. Beliau

berpendapat orang yang melakukan dosa besar itu tidak mukmin dan tidak kafir, bahkan mereka

berada di satu tempat di antara dua tempat, iaitu Al-Manzilah Baina Al-Manzilatain

(Ismail.2011). Antara fahaman yang dibawa oleh mereka ialah :

Allah tidak bersifat dengan mana-mana sifat bahkan segalanya dengan zat Allah sahaja. 

Allah itu bersifat Adil dan membalas baik kepada orang yang berbuat baik dan

sebaliknya.

Manusia bebas melakukan sesuatu menurut kehendak mereka.

Allah wajib membuat sesuatu yang baik dan yang lebih baik.

Al-Quran itu baru dan bukan qadim. 

9

Page 10: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Allah tidak dapat dilihat oleh manusia baik di dunia atau pun di akhirat.

2.2.4 Mazhab Syiah

Syiah secara etimologi bahasa bererti pengikut dan golongan, menurut istilah Syara',

Syiah adalah suatu aliran yang timbul sejak pemerintahan Uthman bin Affan yang diketuai oleh

Abdullah bin Saba', seorang Yahudi dari Yaman (Danial Zainal Abidin, 2003). Setelah

terbunuhnya Uthman bin Affan, lalu Abdullah bin Saba' mengembangkan ajarannya secara

terang-terangan dan menyatakan bahawa kepemimpinan setelah Nabi S.A.W. sebenarnya ke

tangan Ali bin Abi Talib. Namun, menurutnya Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman telah

mengambil alih kedudukan tersebut. Keyakinan itu berkembang sehingga Ali bin Abi Talib

dianggap tuhan dan golongan ini dibakar oleh Saidina Ali dan sebahagian mereka melarikankan

diri ke Madian.

Kemudian Syiah berkembang menjadi berpuluh-puluh golongan, golongan Rafidhah

terbahagi menjadi 5 bahagian : Al Kissaniyyah, Az Zaidiyyah, Al Imamiyyah, Al Ghaliyyah dan

Al Isma'iliyyah. Dinamakan Rafidhah kerana mereka menolak Zaid bin Ali bin Husain

sedangkan orang yang berbaiah kepadanya dinamakan Syiah Zaidiyyah.

Pada abad ke-2 hijrah, perkembangan keyakinan Syiah semakin meluas hingga

tertubuhnya kerajaan Fathimiyyah di Mesir dan Sofawiyah di Iran. Akhirnya aliran tersebut

diangkat kembali oleh revolusi Khomeini dan dijadikan sebagai aliran rasmi negara Iran sejak

1979. Antara fahaman yang dibawa oleh mereka ialah :

'Aqidah Bada' iaitu meyakini bahwa Allah tidak mengetahui sesuatu sebelum terjadi.

Berkeyakinan bahawa Allah berjisim (bertubuh seperti makhluk).

Menafikan sebahagian daripada sifat-sifat Allah

Mengatakan bahawa al Qur'an adalah makhluk, mengingkari akan melihat wujud Allah di

akhirat dengan mata, bahkan mereka mengatakan, barang siapa yang menisbatkan kepada

Allah sebahagian sifat, seperti sifat Allah dapat dilihat, maka ia dihukumi murtad.

Majoriti ahli hadis Syiah berkeyakinan adanya perubahan dalam al Quran. Jadi syiah

memiliki dua al Quran, iaitu al Quran umum dan al Quran yang khusus bagi mereka,

yang di antara isinya terdapat surah al Wilayah.

Aqidah mereka juga berpijak di atas pencacian, pencelaan dan pengkafiran terhadap para

sahabat nabi.

10

Page 11: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Syiah Rafidhah mengaku bahawa para imam mereka maksum (terpelihara dari kesalahan

dan dosa) serta mengetahui hal-hal yang ghaib. Bahkan mereka lebih utama darjatnya

dari pada para nabi dan para rasul.

Mereka juga meyakini aqidah raj'ah, iaitu keyakinan hidup kembali setelah kematian

sebelum hari kiamat. Kemudian 'aqidah raj'ah ini mengalami perkembangan yang sangat

cepat sehingga mereka mengatakan bahawa semua orang Syiah bersama para imamnya,

musuh-musuhnya dan para pemimpinnya akan dihidupkan kembali. Dan pada akhirnya

aqidah ini dijadikan sebagai saranan yang dipergunakan golongan Saba'iyya untuk

mengingkari hari kiamat.

Mengharuskan Taqiyah, iaitu suatu ucapan atau perbuatan yang dilakukan tidak sesuai

dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta, atau untuk

menjaga kehormatan.

Mereka juga meyakini, bahawa tanah kuburan Husain sangat barakah. Mereka

menamakannya dengan istilah "ath Thinah."

Aqidah Rafidhah juga berpijak pada penghalalan harta dan jiwa ahli Sunnah wal

Jama'ah. Lebih daripada itu, mereka juga beranggapan bahawa kekufuran ahli Sunnah

lebih besar dari pada kekufuran orang-orang Yahudi dan Nasrani. Oleh sebab itu, orang-

orang Rafidhah membantu orang-orang kafir di dalam peperangan melawan orang-orang

Islam sebagaimana yang disaksikan oleh sejarah.

Mereka meyakini bahawa nikah mut'ah adalah sebahagian daripada agama. Maka barang

siapa yang mengamalkannya bererti ia telah mengamalkan agama, dan barangsiapa yang

mengingkarinya bererti ia mengingkari agama, dan anak yang dilahirkan dari hasil

perkawinan mut'ah lebih utama daripada anak yang dilahirkan melalui nikah yang tetap.

Dan yang mengingkari nikah mut'ah adalah kafir dan murtad.

o Mereka berdalil dengan firman Allah : Surah an Nisaa' : 24

o Mereka tidak berhenti sampai di situ, bahkan mereka memperbolehkan

mendatangi isteri pada duburnya.

Orang-orang Syiah Rafidhah juga mempunyai tanah haram, sebagaimana Mekah dan

Madinah bagi kaum Muslimin. Tanah haram yang suci menurut mereka adalah Kufah,

Karbala dan Qum. Tanah Karbala menurut orang-orang Syiah lebih utama daripada

Kaabah.

11

Page 12: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Menjadikan sepuluh hari pertama sebagai upacara dan ratapan untuk mengenang

kematian Husain dengan keyakinan bahawa ini merupakan merupakan ajaran dari syiar

islam.

Meyakini tentang Lauhul Fathimah, iaitu dakwaan mereka bahwa Jibril turun kepada

Fatimah untuk menyampaikan wahyu kepadanya.

Beranggapan bahawa seluruh pemerintahan selain pemerintahan imam mereka yang

jumlahnya 12 dianggap tidak sah dan batal. Salah seorang mereka berpendapat bahawa

tiga khalifah iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman : "Bahwa mereka adalah para perompak

kekuasaan, pengkhianat, dan murtad dari agamanya, semoga laknat Allah kepada mereka,

dan orang-orang yang mengikutinya, kerana kezaliman yang dilakukannya kepada

keluarga nabi dari generasi pertama dan sesudahnya.”

Keyakinan bahwa Ali bin Abi Talib dan para imam yang telah wafat akan hidup kembali

sebelum hari kiamat untuk membalas dendam kepada lawan-lawannya, iaitu Abu Bakar,

Umar, Usman, Aisyah dan lain-lain.

Syiah hanya memiliki 5 rukun iman, tanpa menyebut keimanan kepada para Malaikat,

Rasul dan Qadha dan Qadar iaitu Tauhid (keesaan Allah), Al-'Adl (keadilan Allah),

Nubuwwah (kenabian), Imamah (kepemimpinan Imam), Ma'ad (hari kebangkitan dan

pembalasan). Rukun Islam bagi Syiah tidak memasukkan Syahadatain dalam rukun

Islam, iaitu Solat, Zakat, Puasa, Haji dan Wilayah.

2.2.5 Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang mengikuti perjalanan sunnah Rasulullah

S.A.W dan orang ramai. Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berbeza dan menentang semua mazhab

yang telah lahir sebelumnya. Golongan ini diketuai oleh dua orang tokoh ilmu tauhid yang

bernama Abu Hassan As-Syaari di Basrah dan Abu Mansur Maturidi di Samarkhandi. Ada lapan

kelompok yang tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti :

Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang akidah dan kerasulan. Mereka juga

mengikut ulama mutakallimin Safatiyyah, iaitu golongan yang tidak mentasybihkan

Allah, ulamak ini juga berpegang bahawa Allah mempunyai sifat-sifat tertentu dan sifat-

sifat itu tidak menyerupai sifat-sifat makhluk. 

Orang Islam yang menjadi tokoh dalam fikah dan mengikut jalan safatiyyah dari sudut

akidah dan pegangan mereka. Mereka terdiri daripada pengasas empat mazhab, iaitu

12

Page 13: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Imam Malik, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Syafie serta semua pengikut

mereka.

Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang hadis seperti Imam Bukhari, Imam

Muslim, Imam Nasai, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud dan sebagainya.

Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang adab, nahu dan saraf atau dikenali

sebagai kumpulan ahli bahasa.

Kumpulan orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang bacaan qiraat Al-Quran dan

tafsirnya, mereka ini juga dikenali sebagai ahli qiraat dan ahli tafsir.

Orang Islam yang mempunyai ilmu tasawuf, mereka juga dikenali sebagai orang yang

zahud atau sufi.

Orang Islam yang berjihad atau berjuang untuk menentang musuh-musuh Islam dalam

peperangan. 

Orang Islam yang tinggal di negeri, tempat dan mengiktiraf segala syiar yang terdapat

dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mereka telah memperbetulkan segala fahaman yang salah berkaitan dengan ilmu tauhid

yang diberikan oleh golongan terdahulu. Di antara pendapat mereka ialah:

Allah telah menjadikan perbuatan manusia yang berbentuk usaha dan ikhtiar sendiri. 

Manusia bebas menggunakan segalanya sama ada hendak membuat sesuatu atau

tidak.  Manusia hendaklah mematuhi segala hukum yang telah diwajibkan ke atasnya. 

Allah bersifat dengan sifat kesempurnaan yang lain baginya, seperti kuasa, berkemahuan,

berpengetahuan dan sebagainya. Sifat Allah berada pada zat Allah sejak azali lagi dengan

sifat kuasa itulah Dia mengada atau mentiadakan segala yang mungkin. Manakala

kemahuan Allah pula menentukan sesuatu perkara yang mungkin. 

Al-Quran adalah kalam Allah yang qadim dan azali (bukan baru) kerana segala isi dan

maksud Al-Quran itu ialah kalam Allah yang qadim. 

Orang mukmin dapat melihat Allah di akhirat nanti. 

Orang mukmin yang melakukan dosa besar itu boleh gugur imannya dan mereka masih

dianggap mukmin. Jenazah mereka boleh disembahyangkan dan mereka dimasukkan di

dalam neraka dahulu sehingga bersih dari segala dosa yang telah dilakukan, kemudian

mereka dimasukkan ke dalam syurga.

13

Page 14: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

2.3 Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mazhab lain.

Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan satu mazhab atau aliran yang berbeza dengan syiah , muktazilah, qadariyah dan jabariyah.

2.3.1 Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Muktazilah , Qadariyah dan Jabariyah

Mengambil jalan tengah dalam persoalan ikhtiar manusia iaitu dengan beriktiqadkan

bahawa manusia diberi kuasa memilih oleh Allah tetapi ia tetap tertakluk dengan taqdir

Allah. Kuasa memilih manusia tidaklah mutlak, sebaliknya terikat dengan qudrah dan

iradah Allah. Iktiqad ini menyalahi mazhab Qadariyah yang menyebutkan manusia bebas

memilih sepenuhnya tanpa terikat dengan taqdir Allah dan menyalahi mazhab Jabariyah

yang menyebutkan manusia terikat sepenuhnya tanpa ada kebebasan memilih sedikitpun.

Merujuk ilmu Aqidah kepada al-Quran dan as-Sunnah. Ini berbeza dengan mazhab

Muktazilah yang merujuk ilmu aqidah kepada akal rasional.

Mendahulukan Nas (wahyu) ke atas akal. Berbeza dengan mazhab Muktazilah yang

mendahulukan akal ke atas nas.

Menurut Ahlu Sunnah al-Quran bukan makhluk, namun menurut Muktazilah al-Quran

adalah makhluk.

Menolak fahaman Wahdatul Wujud yang dianuti oleh sebahagian ahli Falsafah Islam

silam dan sebahagian tarekat kesufian.

2.3.2 Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah :

Fahaman Syiah adalah satu fahaman yang mempunyai banyak perbezaan pokok dengan

mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang diikuti oleh umat Islam di negara ini. Antara fahaman

yang jelas bertentangan ialah :

Syiah menolak hadis yang tidak diriwayatkan oleh Ahlu Bait, sedangkan ahli Sunnah wal

Jamaah tidak membezakannya, semua hadis yang memenuhi syarat ilmu mustalah hadis

adalah diterima.

Syiah melihat "imam" itu sebagai ma'sum, sedangkan Ahli Sunnah wal Jamaah

melihatnya sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada berbuat kesalahan dan

dosa.

Syiah tidak mengakui Ijma' tanpa adanya "Imam", sedangkan Ahlus Sunnah wal Jamaah

mengakui Ijma' tanpa mensyaratkan adanya "Imam".

14

Page 15: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Syiah berpegang kepada konsep Al-Imamah, iaitu satu iktikad yang mendakwa bahawa

hak memerintah setelah Nabi Muhammad S.A.W. adalah milik Sayyidina Ali dan

keturunannya daripada zuriat Sayyidatina Fatimah al-Zahra. Ia merupakan salah satu

daripada rukun iman yang penting sehingga iman seseorang dianggap tidak sah

melainkan setelah menerima konsep al-imamah ini. Perkara ini merupakan khilaf terbesar

di antara golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Syiah. Hal ini disebabkan,

imamah di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah sabit berdasarkan persetujuan (al-ittifaq)

dan pemilihan (al-ikhtiyar) yang dilakukan oleh umat Islam.

Golongan Syiah Imamiah berpegang dengan teori al Raj’ah iaitu Allah S.W.T. akan

mengembalikan Nabi Muhammad S.A.W., Sayyidina `Ali, al-Hasan, al-Husain dan

beberapa imam-imam mereka yang lain dan musuh-musuh mereka seperti Sayyidina Abu

Bakar, Umar, Usman, Mu`awiyah dan Yazid ke dunia setelah kedatangan al-Mahdi.

Mereka akan menuntut keadilan terhadap perampasan jawatan imamah (menurut mereka)

yang sepatutnya diberikan kepada ahl al-Bayt. Mereka mendakwa bahawa Sayyidina Abu

Bakar dan Umar akan disalib pada zaman pemerintahan al-Mahdi. Pendapat mereka

dalam hal ini didapati bercanggah secara jelas dengan nas al-Quran dan al-Hadith.

3.0 KEWAJIPAN BERPEGANG KEPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI

MALAYSIA.

3.1 Islam menyuruh mengikuti sunnah dan menjauhi Bid’ah

Rasulullah menyuruh umat Islam mengikuti sunnah baginda dan melarang melakukan

perkara bid’ah kerana agama Islam telah sempurna dan cukup apa yang disyari’atkan olah Allah

dan RasulNya, dan yang diterima sebagai tuntutan As Sunnah oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah,

iaitu para sahabat dan tabi’in. Bid’ah dalam agama ialah setiap perkara yang bercanggah dengan

Al Quran dan As Sunnah dan pendapat-pendapat sahabat serta ijma’ (Muhamad Fuad. 2005). Di

dalam hadis sahih Rasulullah S.A.W bersabda:

د� �ه# ف!ه#و! ر! �س! م�ن !ي !ا ه!ذ!ا م!ا ل م�ر�ن! !ح�د!ث! ف�ي أ م!ن� أ

Maksudnya :

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak

ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” 

15

Page 16: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

د� ر! ف!ه#و! !ا ن م�ر#! أ �ه� !ي ع!ل �س! !ي ل + ع!م!ال ع!م�ل! م!ن�

Maksudnya :

“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari kami, maka amalan tersebut

tertolak” 

(HR. Muslim no. 1718)

#م� �ك م�ن !ع�ش� ي م!ن� �ه# �ن ف!إ 2ا ي !ش� ب ح! �د+ا ع!ب �ن� و!إ و!الط�اع!ة� م�ع� و!الس� �ه� الل !ق�و!ى �ت ب #م� #وص�يك أ

>ين! �م!ه�د�ي ال !ف!اء� ل �خ# ال �ة� ن و!س# �ى �ت ن �س# ب #م� �ك !ي ف!ع!ل ا �ير+ !ث ك !ف+ا �ال ت اخ� ى !ر! ي ف!س! !ع�د�ى ب

�ن� ف!إ #م#ور� األ !ات� و!م#ح�د!ث #م� �اك �ي و!إ �و!اج�ذ� �الن ب �ه!ا !ي ع!ل و!ع!ضJوا �ه!ا ب #وا ك !م!س� ت د�ين! اش� الر�

Nة! !ل ض!ال Pد�ع!ة� ب #ل� و!ك Nد�ع!ة� ب Pة! د!ث م#ح� #ل� ك

Maksudnya :

“Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, tetap mendengar dan taat kepada

pemimpin walaupun yang memimpin kalian adalah seorang budak dari Habsyah. Kerana

barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku nanti, dia akan melihat perselisihan yang

banyak. Maka wajib bagi kalian untuk berpegang pada sunnahku dan sunnah  Khulafa’ur

Rasyidin yang mereka itu telah diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia

dengan gigi geraham kalian. Jauhilah dengan perkara (agama) yang diada-adakan kerana

setiap perkara (agama) yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah

kesesatan” 

(HR. At Tirmidzi no. 2676)

Menerusi hadis-hadis di atas jelas telah memberi peringatan keras terhadap mengadakan

berbagai perkara bid’ah dan menyatakan bahawa bid’ah adalah sesat. Ini bertujuan menjadi

peringatan kepada umat Islam tentang bahaya bid’ah dan mengajak mereka menjauhi tindakan

melakukan bid’ah. Firman Allah SWT :

)Surah al Hasyr 59 : 7)

Maksudnya:

16

Page 17: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

“ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta

amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan

bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-

orang yang melanggar perintahNya)”.

(Surah An Nur 24 : 63)

Maksudnya :

“ Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau

panggilan sesama kamu, Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang

menarik diri keluar (dari majlis nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah

mereka yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala

bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

(Surah At Taubah 9 : 100)

Maksudnya :

“ Dan orang-orang yang terdahulu, yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-

orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan

kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia

menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka

kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.

Ayat-ayat al Quran di atas pula mengukuhkan lagi bahawa perkara yang wajib dilakukan

adalah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya termasuklah perkara-perkara

bid’ah. Maka jelaslah di sini akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah akidah yang wajip

dipegang oleh setiap mukmin.

3.2 Ajaran Islam telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W dengan sempurna.

17

Page 18: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Allah berfirman:

(Surah Al Maidah 5 : 3).

Maksudnya :

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan

nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka

sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia

tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya

Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ”.

Ayat di atas membuktikan bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah nabi yang mulia, nabi

terakhir yang paling sempurna dalam menunaikan tugas tabligh dan membina umat. Tugas

tersebut telah lengkap dengan kewafatan Rasulullah S.A.W. dan umat Islam seterusnya

berkewajipan mempertahankan dan meninggikan lagi syiar Islam di muka bumi ini berlandaskan

akidah ahli Sunnah Wal Jamaah.

3.3 Al Quran dan As Sunnah adalah penentu hukum.

Sebagai mana dimaklumi daripada kaedah syar’i bahawa penentuan halal atau haram dan pemutusan perselisihan dalam hal hukum hendaklah merujuk kepada Al-Qur’an dan Sunnah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah S.W.T :

(Surah. An Nisaa' 4 : 59)

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada

Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian

jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya, jika kamu benar

beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih

elok pula kesudahannya. “

18

Page 19: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

(Surah Asy Syuura 42 : 10).

Maksudnya :

“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua perkara agama

yang kamu berselisihkan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah, hakim yang

demikian kekuasaannya ialah Allah Tuhanku, kepadaNyalah Aku berserah diri dan

kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”

(Surah Al An'aam 6 : 116)

Maksudnya :

“Dan jika Engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan

menyesatkanmu dari jalan Allah, tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata,

dan mereka tidak lain hanyalah berdusta”.

Ayat–ayat Al Quran di atas menerangkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan

dengan hukum hendaklah dirujuk kepada Al Quran dan hadis. Tiada pertikaian mengenainya

sebagaimana yang berlaku sekarang, contohnya berkaitan dengan perkahwinan mut’ah yang

diamalkan oleh golongan syiah. Jelaskan di sini bahawa mengikuti pegangan Ahli Sunnah Wal

Jamaah adalah satu kewajipan bagi umat Islam selari dengan fatwa yang dikeluarkan oleh

Jabatan Mufti Negeri Melaka .

4.0 CABARAN-CABARAN TERHADAP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG

TIMBUL DARIPADA ALIRAN-ALIRAN YANG BERBEZA.

Menurut Muhammad Uthman (2011), cabaran-cabaran yang timbul daripada aliran-aliran

yang bukan daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah seperti berikut:

4.1 Cabaran dari segi akidah contohnya :

Imam maksum yang lebih daripada Nabi dan rasul

Quran Siti Fatimah (Mushaf Fatimah)

Akidah para sahabat menjadi kafir selepas kewafatan Rasulullah

19

Page 20: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Akidah raj’ah

Menganggap orang Ahli Sunnah kafir

Memahami ayat-ayat Quran dan hadis yang mutasyabihat mengikut zahir lafaz

Menolak sifat dua puluh yang diterima ijma’ ulama dalam Ahlisunnah.

Akidah mujjassimah (Tuhan berjisim)

Menjadi musyabbihah (menyamakan Tuhan dengan makhluk)

Boleh membawa kepada kekufuran

Menuduh orang bertawassul sebagai kafir (menyeru kepada orang yang mati)

4.2 Cabaran syariat contohnya :

Ajaran tentang kahwin mutaah

Tidak taat kepada ulil-amri

Penghayatan Syariat Islam tidak menjadi kewajipan .

4.3 Cabaran hidup akhlak seperti :

Sikap menghina Ahli sunnah Wal Jamaah sebagai nawasib (نواصب) ertinya yang paling

hina dalam dunia dan harus dibunuh.

Menggunakan bahasa kasar seperti kafir-Islam, bahasa sunnah-bidaah, bahasa negara

kafir-negara Islam, bahasa salafi-bukan salafi, perang mengkafirkan dan membidaahkan

orang dan perang menggunakan kekerasan.

4.4 Cabaran terhadap keselamatan negara dan masyarakat, contohnya :

Kerajaan tidak sah (de jure) hanya kerajaan Syiah sahaja sah kerana di bawah imam

maksum.

Hidup masyarakat kurang panduan mengikut tertib dan disiplin kerana penafsiran hukum

mengikut penilaian sendiri. Hidup keluarga dan masyarakat tidak tersusun dan aman serta

teratur kerana berlaku kekeliruan nilai dan tindakan yang tidak seragam. Keadaan ini

lebih berbahaya di Malaysia kerana Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama,

jika Islam berpecah belah maka maruah melayu dan Islam akan tercalar.

Kesetiaan kepada agama Islam yang menjadi agama persekutuan menjadi ringan,

kesetiaan kepada ulil-amri yang diajar dalam Islam terjejas maka ia akan menjejaskan jua

keselamatan negara.

20

Page 21: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

4.5 Cabaran cabaran hidup ilmiah seperti :

Kekacauan dalam hidup ilmiah tentang Islam kerana metodologi ilmu Ahli Sunnah Wal

jamaah tidak diikuti.

4.6 Cabaran hidup kerohanian

Mereka menolak tasawwuf bahkan mengkafirkan orang tasawwuf

Menuduh orang tasawuf berakidah kufur kerana hulul (menganggap Tuhan berada dalam

diri manusia)

Menuduh orang tasawwuf berakidah wahdatul wujud yang mereka faham bererti

makhluk adalah Tuhan

Menuduh orang tasawwuf tidak taat kepada syariat dan sunnah kerana menganggap diri

sebagai tuhan.

5.0 STRATEGI BERKESAN ATASI MASALAH PERBEZAAN IDEALOGI DAN

MAZHAB DI MALAYSIA.

Kaedah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Justeru itu untuk membendung

penularan pelbagai aliran mazhab akidah dalam kalangan masyarakat Ahli Sunnah Wal Jamaah

di Malaysia, pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan keharmonian dan

ketenteraman berterusan. Antara usaha yang perlu dijalankan adalah:

5.1 Individu

Mempelajari kitab-kitab muktabar dalam Usuluddin, ‘Aqidah, Tauhid dan juga hukum

hakam Fiqah. Ilmu-ilmu ini akan dapat menjadi neraca dan kayu pengukur dalam

kehidupan.

Tekun dan memantapkan ilmu-ilmu dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

5.2 Kerajaan

Usaha-usaha pencegahan melalui undang-undang dan peraturan serta tindakan bersepadu

perlu disegerakan.

Pihak berkuasa agama negeri dengan kerjasama pasukan polis perlu melipat gandakan

pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

21

Page 22: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri perlu mengawasi kedutaan

Iran supaya mereka tidak menyebarkan buku-buku Syiah kepada masyarakat Islam.

Pihak Imigresen pula perlu menghalang pendakyah-pendakyah Syiah daripada memasuki

negara ini.

Kementerian Pendidikan pula patut mengurangkan pengambilan pelajar dari negara Syiah

dan tenaga pengajar daripada kalangan penganut Syiah.

Kerajaan perlu mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri atau yang setara

dengannya. Semua ini adalah mekanisme yang bertujuan untuk memelihara kesucian

ajaran Islam.

5.3 Pertubuhan Bukan kerajaan ( NGO )

Organisasi-organisasi Islam, NGO atau politik, patut mengisytiharkan secara terbuka

bahawa organisasi mereka menolak ajaran Syiah, Qadariah, Jabariah dan Muktazilah daripada

berkembang di Malaysia sama seperti menolak fahaman Komunisme. Soal hak kebebasan

beragama tidak timbul, kerana firqah-firqah ini menggunakan jenama Islam untuk merosakkan

Islam sama seperti ajaran sesat, pluralime, sekularisme dan lain-lain.

5.4 Universiti

Memberi pendedahan berterusan tentang kewujudan pelbagai aliran akidah kepada

mahasiswa universiti

Memantau serta mengawal pergerakan kumpulan-kumpulan aliran mazhab ekstrem

supaya mereka tidak menjadikan pelajar yang kurang asas pendidikan agama Islam

menjadi sasaran.

Memastikan dan mengawal guru-guru yang terlibat dalam penyebaran aliran mazhab

berbeza di kampus.

5.5 Golongan Ulama dan Intelek

Mengadakan dialog serta perbincangan yang tertutup bagi ahl-ahli kumpulan ini untuk

memastikan mereka benar-benar menurut syariah yang telah ditetapkan serta tidak

menganggu ketenteraman awam.

22

Page 23: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Menyediakan kursus-kursus dan bengkel kepada masyarakat berkaitan dengan perbezaan

aliran mazhab dari masa ke semasa.

Memberi pendedahan berterusan tentang kewujudan pelbagai aliran akidah

6.0 KESIMPULAN

Kemunculan Ahli Sunah Wal Jamaah sangat berbeza dengan lain-lain aliran pemikiran

akidah Islam. Kemunculannya tidak bermotifkan politik seperti golongan Syiah dan tidak juga

akibat perbezaan pendapat dalam mentafsirkan usul akidah seperti golongan Muktazilah,

Qadariah dan Jabariah. Ahli Sunah Wal Jamaah bukan satu organisasi atau pergerakan yang

terancang dalam dunia pemikiran akidah Islam tetapi adalah golongan atau nama yang

mengandungi makna jamaah. Umat Islam yang beriltizam kepada al Quran dan al Sunnah. Ini

adalah mengikut pemahaman yang diajar oleh Nabi S.A.W. dipegang dan dihayati oleh sahabat,

tabiin, tabi tabiin dan umat Islam yang mewarisi mereka sehingga kini.

Justeru akidah merupakan aset yang tidak ternilai, pendekatan Ahli Sunnah Wal Jamaah

merupakan satu-satunya pendekatan yang menjamin keutuhan dan keunggulannya. Hakikat ini

telah diakui oleh ulama Islamiah. Pada hari ini amat sukar untuk mendapati satu golongan umat

Islam yang benar-benar menepati pegangan para sahabat kecuali Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ahli

Sunnah Wal jamaah berpegang kepada konsep wasatiyyah. Wasatiyyah adalah keistemewaan

kepada umat Islam dengan mengikut manhajnya yang adil dan jauh daripada penyelewengan

serta fanatik (Mohd. Rumaizuddin. 2003) Dengan mengetahui iktikad aliran pemikiran mazhab

yang lain dan mengatur strategi yang terancang dapat mencegah aliran mazhab yang berbeza ini

daripada disebar luaskan seterusnya membendungnya daripada menjejaskan keamanan dan

keselamatan masyarakat Islam di Malaysia.

( patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

Al Quran Al Karim.

Kamus Idris al Marbawi. (2000).

Kamus Dewan (2000), edisi ke-4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Kadir Djaelani. (2001). Membangun Masyarakat Bertamadun dan Harmoni. Pustaka Dini Sdn. Bhd. Malaysia : 54

23

Page 24: Kewajipan Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah

AMSU5203

Afendi Awang . (2011). Kaedah Pengajian Syariah. Open Universiti Malaysia : 13 – 16

Danial Zainal Abidin. (2003). Bahan berdakwah untuk remaja moden. Pahang. PTS Publication : 113

Ismail Mamat . (2011). Kaedah Pengajian Usuluddin. Open Universiti Malaysia : 81 – 94

Mohammad Rumaizuddin Ghazali. (2003). Panduan berdakwah kontemporari. Pahang. PTS Publication : 46

Muhammad Fuad bin Kamaludin. (2005). Agamamu dalam bahaya. Selangor. Sofa production : 78

Siti Zalikhah Hj. Md Nor et. al. (2001). Konsep Perundangan Islam. Selangar Darul Ehsan, Dewan Bahasa Pustaka : 23

Yazid bin Qadir Jawas.(2006). kitab syarah aqidah ahlus Sunnah Wal Jamaah. Jakarta. Penerbit Imam Asy Syafi’i : 23

Abdul Shukor Husin. (1988). Ahli Sunah Waljamaah Pemahaman Semula. ISBN 967-942-430-8.Universiti Kebangsaan Malaysia

Hussin bin Salamon et.al. (2006). Kajian kesan perbezaan aliran mazhab ke atas kesatuan masyarakat Islam.Kajian Kes : Pelajar dan staf UTM. No. Vot Penyelidikan: 71867.

Pusat Pengurusan penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia 81310, UTM Skudai.

Mohd Aizam Mas’od . Bahaya Anti Mazhab. Cawangan Aqidah. Bahagian Penyelidikan JAKIM

Mohd Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias. (April 2011). Perbezaan fahaman syiah imamiyah danahli sunnah wal jamaah. Sumber R&D. Jabatan Agama Islam Selangor

Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman. (2008). Kemunculan Budaya Syiah di Alam Melayu: Satu Kajian Awal . Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam . UKM, 43600 UKM Bangi, Selangor

Muhammad ‘Uthman El - Muhammady  [23 April 2011] Ancaman fahaman – fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia. Blog idea pemikir Islam.

Artikel ‘Hadits-Hadits Tentang Bid’ah — Muslim.Or . Id '

e fatwa , Portal rasmi fatwa Malaysia. 13 Oktober 2013

24